Tuesday 31 July 2012

NOTA SISTEM FEUDAL


SISTEM FEUDAL MENCORAKKAN BENTUK PEMERINTAHAN DALAM MASYARAKAT ASIA.

NURHUDA BT. MOHAMED FADZIL

            Feudalisme secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan, iaitu kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukan kerajaan pusat. Pada asasnya, sistem ini seperti yang wujud di Eropah sejak abad ke-9 memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah (lord) dan petani (vassal) yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord. Satu pihak akan memberi perlindungan sementara satu pihak lagi memberi perkhidmatan ketenteraan dan keselamatan kepada raja. Selain aspek ketenteraan dan keselamatan, feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah buruh untuk sistem kerah. Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dan keuntungan bersama.
            Jika dilihat dari segi strukturnya, sistem feudal memaparkan satu bentuk piramid. Di bahagian bawah sekali ialah golongan rakyat atau petani manakala di bahagian atas sekali ialah raja. Bahagian tengah pula ialah golongan pembesar yang bertanggungjawab menjadi ‘tali penghubung’ antara raja dengan rakyat dan secara praktikalnya turut bertindak sebagai tuan tanah. Dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satu hierarki yang jelas antara feudatories dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorang raja. Ia sangat terikat dengan pendapatan dari kampung.
            Di rantau Asia Tenggara, sistem feudal yang wujud adalah berasaskan masyarakat pertanian yang merupakan satu cirri umum utamanya. Raja adalah kuasa yang besar dan dianggap sebagai pemilik tanah yang boleh ditemui di semua kerajaan Asia Tenggara. Raja dianggap sebagai pemilik tanah seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tiga Tera di Siam serta perundangan di Burma. Raja dianggap sebagai tuhan yang mempunyai kuasa mutlak terhadap semua aspek termasuk kehidupan rakyat yang turut ditentukan oleh raja. Dalam masa yang sama, raja juga bergantung kepada pembesar daerah terutama dalam melaksanakan segala keperluan pemerintahan ataupun keperluan yang berbentuk peribadi.
            Sebelum kehadiran pihak Barat, sistem feudal yang dilaksanakan di Asia Tenggara menjelaskan bahawa kuasa pembesar wilayah adalah cukup besar. Dalam keadaan-keadaan tertentu, kuasa pembesar lebih besar daripada raja atau pembesar pusat. Berdasarkan kelayakan serta pengaruh tertentu, golongan pembesar telah menerima anugerah yang besar daripada raja termasuk mentadbir sebuah wilayah.
            Di Burma, sistem feudal yang wujud merupakan kesan daripada kebergantungan raja kepada golongan pembesar terutama Myowun (gabenor) dan Myosa (pembesar wilayah). Di ibu negeri terdapat empat orang Myowun yang mengendalikan hal ehwal tempatan, setiap orang mentadbir sebuah daerah di ibu negeri tersebut. Myowun yang berada di luar ibu negeri menjalankan kuasa atas dasar feudal iaitu mereka mempunyai kuasa besar memungut cukai sebanyak 10 hingga 15 peratus daripada hasil tahunan rakyat. Sebahagiannya dihantar kepada raja di pusat dan sebahagiannya disimpan untuk kegunaan sendiri.
            Masyarakat Vietnam pula masih berpegang kepada sistem tradisi. Sistem pemerintahan di bawah Maharaja Gia Long dan selepasnya adalah bercorak birokratik yang berasaskan hierarki Mandarin. Negara dibahagikan kepada tiga wilayah iaitu Annam, Tongking dan Cochin-China. Wilayah Annam terletak di bawah kuasa raja manakala dua wilayah lagi dikuasai oleh wizurai yang mempunyai kuasa yang sangat besar. Wilayah-wilayah ini kemudiannya dibahagikan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil termasuk Provinci, Phu, Huyen, Tong, dan Kemun di mana setiap bahagian di tadbir oleh seorang pembesar. Pembahagian ini menyebabkan kerajaan pusat kurang memberi perhatian dan menyebabkan para pembesar mengukuhkan kedudukan masing-masing. Walaupun raja berkuasa mutlak, namun dalam keadaan sebenarnya, pembesar Mandarin yang menjalankan sistem sosial dan pemerintahan Vietnam.
            Sistem feudal di Asia Selatan pula telah diamalkan lebih kurang pada abad ke-4 sebelum Masihi. Sistem ini telah dilakukan oleh kerajaan Maurya yang turut menjadikan tanah sebagai elemen utama iaitu tuan tanah mempunyai hak yang lebih besar berbanding petani. Dalam sistem feudal di Asia Selatan, golongan keagamaan atau Brahmin turut terlibat. Brahmin merupakan pemilik tanah terutama geran-geran yang diberikan oleh pihak-pihak berkuasa sebagai satu keistimewaan terhadap golongan ini dan untuk menjaga status mereka di kalangan masyarakat. Mereka mempunyai kuasa autonomi yang besar pada tanah-tanah yang mereka miliki. Secara langsung, sistem feudal di Asia Selatan yang terus berlangsung sehingga pasca-kemerdekaan memperlihatkan satu keterikatan yang sangat kuat antara pihak berkuasa, bangsawan dan pemerintah tempatan, golongan agama dan petani yang menduduki atau menyewa tanah.

            Pada zaman kemuncak sistem feudal, iaitu sebelum kuasa Barat muncul pihak pemerintah yang terdiri daripada golongan raja merupakan pihak yang diberi seluruh taat setia mereka. Kelangsungan ini dapat dilihat di mana muncul ratusan raja-raja kecil yang menguasai wilayah-wilayah tertentu di Benua Kecil India. Kedatangan British pada tahun 1947 tidak mampu menguasai seluruh benua itu, dan masih terdapat raja-raja yang masih bebas. Raja-raja ini mempunyai pembesar-pembesar daerah atau digelar Nayaka yang bertanggungjawab menyediakan segala keperluan raja, mengutip cukai dan sebagainya. Untuk mempertahankan kedudukan raja, mereka telah menubuhkan pasukan ketenteraan yang terdiri daripada rakyat.
            Sistem feudal juga dijalankan di negara-negara Asia Timur. Di Jepun, sistem feudal dilihat secara jelas iaitu maharaja mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya termasuk tanah. Misalnya, pada zaman Kamakura antara abad ke-12 dan 14, keluarga Minamoto menjadi keluarga yang penting di Jepun. Selain itu, sistem feudal ini dapat tumbuh subur kerana tumbuhnya estet-estet persendirian yang dikenali sebagai syo atau syoen. Pertumbuhan estet-estet ini telah dipercepatkan oleh kemerosotan golongan aristokrat dan kebangkitan kelas perwira (buke).
            Di Jepun, sistem feudal telah menyebabkan satu corak tertentu dapat dilihat di mana telah melahirkan dua golongan yang saling bergantung antara satu sama lain, iaitu golongan tuan-tuan tanah dan daimyo yang bertanggungjawab menyumbangkan sebahagian daripada hasil tanah kepada maharaja. Golongan daimyo mempunyai hubungan yang kuat dengan petani dan tentera, tetapi golongan maharaja tidak banyak peranan. Kemunculan golongan tentera khusus (profesional) sebagaimana di Jepun begitu berpengaruh dalam menentukan hala tuju pemerintahan. Golongan daimyo merupakan kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya mengalahkan kuasa maharaja. Golongan tentera mempunyai kebolehan yang besar dalam peperangan dan digunakan oleh golongan bangsawan untuk mempertahankan hak milik mereka atau menjaga keselamatan tuan-tuan mereka. Kekuatan daimyo ini menjadi tulang belakang kebangkitan daimyo sehingga maharaja tidak ada peranan.
            Secara ringkasnya, sistem feudal di Asia Tenggara dan Asia Timur mempunyai persamaan daripada beberapa segi iaitu raja atau maharaja memerintah hanya pada teorinya sahaja sementara kuasa sebenar banyak ditentukan oleh pembesar-pembesar. Pembesar-pembesar ini juga mempunyai gelaran yang berbeza mengikut kekayaan dan kedudukan. Golongan pembesar ini biasanya adalah golongan pemerintah. Selain itu, kerajaan terbahagi kepada dua iaitu kerajaan pusat dan wilayah di bawah kekuasaan pembesar. Tanah juga menjadi pengikat yang kuat dalam sistem feudal.

            Kesimpulannya, abad ke-19 dan 20 memperlihatkan satu perkembangan menarik dalam sejarah sistem feudal di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Sejak sekian lama, ketiga-tiga rantau ini telah melaksanakan dan menerima sistem feudal sebagai sistem sosial mereka. Peranan pembesar wilayah mempunyai pengaruh yang sangat besar meskipun meletakkan raja atau maharaja sebagai kuasa tertinggi.

NOTA SJH 1106 (SEM 2 PPISMP SEJARAH)


Sistem ekonomi pertanian di Fillipina, Indonesia , dan India menguntungkan pembesar dan penjajah. Bincangkan

1.                  Mendapat komisen daripada pemerintah Inggeris dalam melaksanakan dasar atau system yang diamalkan.
a.      Sistem Tanaman Paksa – golongan priyayi dan bupati dibawah komisen daripada hasil yang dilakukan petani. Semakin banyak hasil yang didapati semakin banyak komisen yang diperoleh.
b.      Petani Jawa mengalami kerugian – dalam hari bekerja, tanaman sendiri terbengkalai, kekurangan hasil, penipuan dalam pelaksanaan tanaman paksa.
                                                                                    
2.                  Mendapatkan hasil melalui kenaikan kadar sewa tanah dan cukai tanah.
a.      Di India , golongan zamindari menindas petani yang menyewa tanah dengan menaikkan kadar sewa. Zamindar berhak menaikkan sewa jika kadar cukai di ladangnya rendah jika dibandingkan dengan kawasan sekeliling, atau jika ia menyediakan kemudahan, atau jika harga hasil tanah bertambah Untungkan zamindari dan Inggeris. Kutipan sewa oleh kelas Zamindar bertambah daripda Rs 30 juta pada tahun 1793 kepada Rs 130 juta pada tahun 1876-77, dan Rs 168 juta pada tahun 1900-01
b.      Zamindar bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai ladangnya. Taksiran ladang adalah pada kadar 45%  hasilnya dan daripada kutipan 9/10 harus diserahkan kepada kerajaan dan  1/10 akan disimpan oleh Zamindar sebagai ganjarannya. Mengikut perhitungan tahun 1793, jumlah cukai tanah yang akan dikutip oleh kerajaan di wilayah Bengal ialah Rs 27 juta setahun
c.      Dalam system Ryotwari Inggeris menaikkan kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap golongan petani. Jumlah cukai akan ditaksirkan setiap tahun, dan antara 25 - 60 % hasil tanah hendaklah diserahkan kepada kerajaan sebagai cukai tanah.
d.      Kadar cukai pada peringkat awal amat tinggi sehingga 55% pada tahun 1818. Ini ditambahkan lagi dengan dasar kerajaan yang membuat taksiran baru setiap 30 tahun.
e.      Petani terpaksa menjual hasil tanah yang lebih untuk membayar cukai dalam bentuk wang tunai. Keadaan ini semakin parah pada 1820-50 apabila harga bijirin merosot sebanyak 50%.
f.       Kadar cukai pada peringkat awal amat tinggi sehingga 55% pada tahun 1818. Ini ditambahkan lagi dengan dasar kerajaan yang membuat taksiran baru setiap 30 tahun.
g.      Kegagalan petani Indonesia membayar cukai dalam bentuk wang tunai menggalakkan mereka berhutang dan tergadai tanah-tanah pertanian kepada ceti dan peminjam wang.

3.                  Penjajah memperoleh dapatan hasil daripada keluaran yang telah ditetapkan.
a.      Belanda berjaya keluar daripada masalah kewangan dan bebanan hutang.
b.      British berjaya menambahkan hasil melalui tambahan cukai dan lambakan hasil industri.
c.      Sepanyol berjaya mendapatkan hasil daripada sistem polo dan vandala.

4.                  Wujudnya monopoli perdagangan
a.      oleh SHT Belanda dan memusnahkan perdagangan pesisir pantai yang menjadi amalan sebelum pelaksanaan sistem ini. Ini mendatangkan kesan kepada harga barangan yang dihasilkan dengan meletakkan harga yang tinggi di Belanda dan harga yang rendah di Indonesia. Hasilnya petani Indonesia sentiasa menghadapi masalah kemiskinan yang berterusan. ( Legge, 1972 )

5.                  Berkembangnya sistem ekonomi komersial.
a.      Hasil perubahan yang dibawa penjajah terhadap ekonomi sara diri, masyarakat pribumi berlumba bagi mencari pendapatan dan kekayaan. Perubahan nilai yang dibawa dalam sistem ekonomi komersial  telah mengubah persepsi masyarakat terhadap ekonomi sara diri yang berfokus pada kerahan tenaga tanpa upah dan bekerja untuk golongan pembesar dan raja. Ekonomi komersial memberikan peluang kepada masyarakat tani untuk mendapatkan hasil yang sama dan bagi mempastikan keuntungan titik peluh yang dikerjakan ialah hak mereka. Perubahan mentaliti ini memperlihatkan ramai para petani mencari jalan bagi meningkatkan kualiti hidup mereka

NOTA SEM 2 PPISMP SEJARAH


SEJAUH MANAKAH JEPUN JUJUR DALAM MEMBEBASKAN NEGARA-NEGARA ASIA YANG DIJAJAH OLEH PENJAJAH BARAT.
                                                                                          
NORIZAN BINTI NASSIR

Pada peringkat awal,kedatangan Jepun ke Asia Tenggara adalah untuk membebaskan negara-negara Asia daripada penjajah barat.Jepun telah menjalankan usaha berbaik-baik dengan penduduk tempatan khususnya di Asia tenggara dan China.Ini disebabkan Jepun cuba menjadi hero kepada perjuangan nasionalisme asia.Masyarakat di asia tenggara telah memberi sokongan kepada jepun yg mereka anggap sebagai penyelamat dan membebaskan negara mrk drpd penjajahan barat .Memang tidak dapat dinafikan bahawa kehadiran jepun dapat memberi peluang kpd pddk tempatan utk mengendali ngr mrk sendiridgn sedikit kebebasan.Beberapa dasar jepun pada peringkat awal mencerminkan jepun cuba mendapat keyakinan rakyat tmptn.Namun,keadaan ini bukanlah sebenarnya yg mencerminkan kebebasan.Mlah tentera jepun mrnjalankan pemerintahan yg keras dan penuh disiplin.
Sesetengah Sejarawan menyatakan bahawa jepun jujur dalam membebaskan ataupun memberi kemerdekaan kpd ngr yg menghadapi masalah.Kejujuran dan ketidakjujuran jepun dapat dilihat di setiap negeri.Di Indonesia,kedatangan jepun telah disambut oleh rakyat krn mrk percaya bahawa jepun akan membebaskan Indonesia drpd penjajahan Belanda .Rakyat Indonesia juga tlh pun tertarik hati dgn propaganda jepun yg bercita-cita utk mewujudkan “Asia untuk orang Asia’’ dan “Negara Persekemakmuran Asia Timur Raya”.Selain itu,kedatangan jepun juga dianggap sebagai pembebasan diri drpd belenggu penjajah .
Jepun juga tlh memberi keistimewaan kpd rakyat Indonesia utk mengibarkan bendera kebangsaan Indonesia dan menyanyikan lagu Indonesia raya yg dahulunya tidak dibenarkan oleh penjajah barat.Tentera jepun tlh memberi peluang kpd rakyat Indonesia bersama tentera jepun memerintah negara mereka.Golongan terpelajar tlh diberi peluang utk melibatkan diri dlm pntdbrn ,manakala ahli-ahli politik diberi kebebasan utk berpolitik dan membebaskan tahananspt Sukarno,Hatta dan Syahrir.Dalam masa yg sama pntdbrn Indonesia dijawat oleh pegawai Indonesia yg tlh ditukar dari Pegawai Belanda .Selain itu,jepun cuba menawan hati golongan pemuda krn mrk antara tumpuan utama mrk disebabkan oleh golongan pemuda mempunyai sifat-sifat semulajadi iaitu aktif,bersemangat dan cergas.Oleh itu,tentera jepun tlh bertindak utk menyebarkan propaganda kpd golongan pemuda.Walaupun jepun tlh memberi kesempatan utk memerintah sendiritetapi kekejaman dan masalah ekonomi yg berterusan mengubah sokongan dan tanggapan rakyat Indonesia terhadap jepun.Ini membuktikan bhw jepun tidak jujur dlm memberi bantuan utk membebaskan ngr Indonesia drpd pjjh barat.Segala kejayaan jepun membebaskan nasionalis Indonesia dan  memberi segala keistimewaan kpd rakyat Indonesia adalah semata-mata sbg alasan jepun utk memajukan ekonomi bagi kepentingan negara jepun itu sendiri .Pendudukan jepun di Indonesia juga tlh menampakan banyak perubahan dan kekayaan dikuasai oleh jepun.Akibatnya,ini menimbulkan perasaan kurang puas hati dan timbul anti-barat di kalangan rakyat Indonesia .Ini menjelaskan bhw jepun membebaskan ngr Indonesia hanyalah utk kepentingan ngr mrk semata-mata .Dgn ini ,rakyat Indonesia berasakan ngrnya masih lagi tidak bebas daripada cengkaman penjajah disebabkan kepura-puraan jepun dalam memberikan kemerdekaan kpd Indonesia.Sehinggalah Indonesia mendapat kemerdekaan yg sebenar pada 27 disember 1949 yg diisytiharkan oleh sukarno dgn persetujuan drpd belanda utk memberikan kemerdekaan sepenuhnya.
Manakal di Vietnam pula,kedatangan jepun tlh memberi sokongan kpd golongan agama dan pemimpin nasionalis mereka.Tahanan politik spt pemimpin Cao Dai  dan Hoa Hao tlh dibebaskan .Tran Quang Vinh dan kumpulan Cao Dai tlh menjalankan kerjasama dgn pemerintah jepun sbg golongan inteligen utk memerhati pemerintah Perancis.Pada tahun 1944,kumpulan ini tlh mendapat latihan dan kerja-kerja teknik drpd jepun.Manakala pemerintah perancis di bawah Jean Decoux tidak diganggu  dgn syarat bekerjasama dgn jepun.Di samping kejujuran jepun memberi pelbagai sokongan atau latihan kpd tentera Vietnam ,ianya mempunyai sebab lain di mana ianya dijadikan alasan semata-mata jepun utk menguasai tanah-tanah pertanian  yg subur dan sesuai utk menguasai tanaman jut,rami dan lain-lain.Penduduk Vietnam juga menghadapi penderitaan akibat sikap paksaan yg dikenakan ke atas petani.Dgn system paksa ini maka masalah makanan semakin meruncing.Dalam masa yg sama,jepun tlh memerdekakan Annam dan tongking sbg satu propaganda jepun utk mendapatkan sokongan rakyat  Vietnam.Bao Dai sendiri berasa kecewa dgn sikap jepun yg tidak mahu membantu masalah yg dialami oleh wilayah annam dan tongking .Oleh itu,rakyat tempatan berasa tertipu dgn sikap jepun.Dgn ini menunjukkan ngr Vietnam tidak diberi kebebasan oleh pihak jepun.
Pada 1 Ogos 1943,jepun tlh memberi kemerdekaan kpd Burma.Sebuah kerajaan pusat atau boneka dibentuk utk memberi peluang kpd rakyat burma utk menjalankan pmrthn sendiri.Melalui pengalaman dlm ptdbrn ,rakyat burma yakin mrk boleh menjalankan pmrthn sendiri .Jepun tlh memberi latihan dan pengalaman tentera kpd rakyat burma .Sebelum peperangan meletus di asia ,jepun tlh melatih dan membantu menubuhkan tentera kemerdekaan burma .Pd thn1943,tentera kebangsaan burma pula dibentuk dan latihan ketenteraan yg diberi oleh jepun tlh menambahkan semangat perjuangan org-orgn burma bagi menentang inggeris.Walaubagaimanapun,golongan nasionalis sedar bhw perjuangan mrk masih belum selesai .Ini krn jepun sebenarnya tidak ikhlas dan tidak jujur memberikan kemerdekaan kpd burma.Ini mendorong mrk mengadakan pakatan sulit dgn puak kominis yg dipimpin oleh thakin Soe.Pakatan ini bertujuan utk menentang penjajah jepun.
Golongan Thakin juga tidak berpuas hati dgn hak kemerdekaan yg diberi oleh jepun kpd mrk krn pd mrk itu hanyalah kemerdekaan kosong semata-mata selagi jepun masih berjuasa di ngr itu.Thakin mu ba maw juga tidak dihormati oleh tentera japun dan juga tidak berkuasa utk membuat keputusan.Namun,kebencian kpd pmrthn jepun tlh muncul sejak thn 1942 lagi.Aung San melihat bhw jepun bukanlah penyelamat tetapi gagal memberi rakyat Myanmar utk berkerajaan sendiri.Untuk mrnguatkan lagi  perjuangan mrk,aung san mengkritik krjn Myanmar bhw kemerdekaan  ngr pd 1 ogos 1943,itu sbg satu kemerdekaan atau kebebasan yg hanya pd kertas sahaja.Ini membuktikan bhw pertolongan jepun dlm membebaskan Myanmar drpd british  bukan utk memberi peluang kpd rakyat menjalankan pmrthn sendiri sebaliknya menguasai ngr tersebut.
Pd zaman pddkn jepun di Filipina,rakyat mengalami penderitaan yg lebih hebat lagi.Ini membawa kpd penubuhan kumpulan-kumpulan anti-jepun yg bertujuan utk mengusir jepun keluar dari filipina.Kumpulan ini melancarkan perang gerila terhadap tentera jepun .Selain itu, jepun tlh memaksa Abad Santos iaitu wakil krjn filipina utk bekerjasama dgn jepun tetapi beliau menolak.Akibatnya ,beliau tlh dipenjarakan dan dihukum bunuh.Dibawah pmrthn jepun,sebuah suruhanjaya eksekutif filipina ditubuhkan utk rakyat .Satu badan propaganda jepun yg dikenali sbg Hadoo-bu yg bertujuan utk menyebarkan risalah yg berbunyi “Asia utk Asia”,Fillipina utk org filipina dan asia adalah satu.Selain itu,jepun juga menggunakan saluran radiodan suratkhabar utk menyampaikan propaganda mrk.Perstuan juga tlh ditubuhkan dan haya berperanan sbg alat propaganda jepun .Hal ini membuatkan rakyat filipina tidak begitu setuju dan tidak berminat dgn program kemerdekaan jepun dan tidak percaya kpd keikhlasan jepun utk mengiktiraf kemerdekaan ngr filipina  itu.Dgn ini jelaslah pddkn jepun di filipina hanyalah utk kepentingan ngrnya sendiri dan bukannya memberi kemerdekaan yg sebenar.
Secara kesimpulannya,kedatangan kuasa jepun di asia yg dianggap sbg penyelamat drpd pjjhn barat adalah tidak spt yg dianggapkan.Malahan,harapan ng asia  utk meminta pertolongan drpd jepun turut diketepikan utk mencapai kemerdekaan.Ini menunjukkan jepun tidak jujur dlm membebaskan ngr asia walaupun pd peringkat awlnya jepun memberi pelbagai keistimewaan dan sokongan kpd negara asia.

NOTA SEJARAH ASIA TENGGARA


PENJAJAHAN TELAH MENGUBAH STRUKTUR POLITIK
MASYARAKAT  DI ASIA. JELASKAN.

NORIZAN BT. NASSIR

                             Pada abad  ke-19 kebanyakan negara di Asia tlh dijajah oleh kuasa barat yg mengorak langkah dlm membentuk struktur politik di asia mengikut kemahuan mereka.Oleh kerana itu,muncul peperangan ,kebangkitan ,dan pembunuhan beramai-ramaidi wilayah ini yg bertujuan ke arah pmbtkn negara moden terutamanya dlm bidang ptdbrn.Ini menunjukan bahawa penjelajahan yg dilakukan oleh kuasa barat ini tlh mendorong mrk utk mengubah struktur politik msykt di Asia ini.W/pun perubahan yg dilakukan dlm aspek politik ini tlh banyak mbtk satu jentera ptdbrn yg tersusun dan teratur .Dengan ini menunjukkan bhw penjelajahan tlh mengubah stuktur politik msykt di tanah jajahannya.
                             Pada keseluruhannya,ptdbrn di Asia Selatan khususnya India tlh berlaku sebelum abad ke-19 lagi.Ini kerana pd abad ke-18 kekuasaan dan empayar Moghul tlh mengalami kejatuhan .Kejatuhan ini tlh memberi kesempatan kpd pihak british scr beransur-ansur menguasai Indiascr langsung dan tidak langsung.Kejayaan british dlm perang Plassey 1757 dan perang Buxar 1764 menandakan permulaan sejarah pjjhn british di India.Warren hasting yg merupakan gabenor jeneral pertama tlh memulakan asas ptdbrn utk mengukuhkan british di India.Menurut Akta Majlis India (1861)pula wisurai british akan dibantu oleh lima pegawai british dlm bidang eksekutif.Selain itu,pjjhn british ini juga menyebabkan sisitem pemerintahan raja-raja moghul dibenarkan beroperasi di Delhi sehingga meletusnya pemberontakan pd thn 1857.Dengan ini,pmrthn british di India scr tidak langsung meletakkan gabenor jeneral sbg pmrth tertinggi di India .Selepas 1853,pihak british terpaksa mencari alternatif lain sbg pengganti kpd  SHTI yg tlh dibubarkan .Menjelang abad ke-20,keadaan politik di India tlh mula berubah dimana golongan nasionalis India mula menuntut hak berkerajaan sendiri.Oleh itu,reformasi marley minto diperkenalakan dlm ptdbrn India 1909.Perubahan ini memberi peluang kpd msykt India menyertai dlm ptdbrn kerajaan sama ada dlm peringkat wilayahatau majlis legatif pusat .Sistem politik India tlh berubah semula pd 1918 yg dibuat oleh laporan monta guchelmsford pd 1918 dan seterusnya membawa kpd Aktakerajaan India pd 1919.Pd 1935,ptdbrn british di India tlh berubah sekali lagi dgn wujudnya akta kerajaan India 1935 sekaligus memisahkan ptdbrn Burma dan India dgn memberi perlembagaan baru bagi India.
                             Di Filipina pula,struktur politik yg diubah oleh kuasa barat ini adlh dianggap paling ketara sisitem pmrthn berdasarkan Barranggay dan dipimpin oleh datu-datu ini tlh di susun semula oleh pihak sepanyol.Kehadiran sepanyol sejak 1521 di filipina tlh awal-awal lagi tlh mengubah system ptdbrn tradisional pddk di Filipina.Ini kerana sepanyol dgn slogan agama,kebangsaan dan kekayaan tlh menakluk satu persatu pulau di filipina .Oleh itu,ptdbrnnya tlh diletakkan di bawah satu tanah kerajaan mahkota bagi Raja Sepanyol.Di bawah ptdbrn Sepanyol ini tlh diwujudkan majlis indies atas nama raja yg bertindak mengawal hal-ehwal di dlm filipina .Pada thn 1837,majlis ini tlh dibubarkan dan tugasnya tlh diserahakan pd majlis menteri .Seterusnya pd thn 1863,tugas ini tlh diambil oleh kem.kolonial di Madrid yg dibantu oleh majlis filipina .Di sana juga tdpt jawatan gabenor jeneral sbg ketua eksekutif .Tugasnya adlh melaksanakan dekri dan udg-udg drpd sepanyol.Sistem ptdbrn filipina mengalami perubahan semula pd 1898 apabila  amerika syarikat mengalahkan sepanyol.Kemudian filipina mbtk kerajaan sendiri dan jeneral emelio aguinaido diisytiharkan sbg presiden .Sebuah perlembagaan baru tlh dibtk yg dikenali sbg perlembagaan malolos yg tlh diluluskan pd 8 okt.1898.Namun begitu,republik filipina bertahan 2 tahun shj apabila tentera a.sykt tlh menakluki filipina.Dengan penaklukan manila pada 4 ogos 1898,pihak amerika syarikat tlh menubuhkan  ptdbrn tentera di filipina tetapi hanya bertahan 3 thn shj.Selain itu,tdpt perubahan besar dlm system ptdbrn filipina pd 1935  dimana filipina dijadikan sebuah komenwal mengikut undang-undang tidings mcdurffie.Presidenya ialah Quezon yg tlh melakukan penyusunsn ptbrn kjn dgn mewujudkan jawatan pegawai baru,biro dan majlis spt majlis pertahanan kebangsaan ,majlis ekonomi kebangsaan dan sbgnya.
                             Selain itu,di ng Burma juga berlaku perubahan politik di mana burma terpaksa berperang dgn british .Burma tlh jatuh ke tangan british yg turut mempengaruhi inst.kjn.Di burma ptdbrn bdsrk inst.kjn dgn kewujudan dinasti –dinasti bermula dgn dinasti pagon pd abad ke-11.Pd abad ke-19 burma ditadbir oleh dinasti konbaung sejak pertengahan abad ke-18 .Raja awal konbaung tlh berjaya menyatukan burma sehingga ke sempadan India dan Thailand.Cabaran besar yg ditempuhi oleh raja-raj konbaung ialah apabila mrk mula berdepan dgn british pd abad ke-19 dan berakhir dgn penghapusan inst. Pmrthn raja di burma.Raja terakhir dinasti ini ialah raja thidaw tlh dibuang negeri.Secara beransur-ansur pula british mengenakan ptdbrn barat di burma .Antara thn 1897-1842,pmrthn british tlh melakukan perubahan system ptdbrn di burma .Langkah perubahan system ini bermula dlm system kjn tempatan burma.Pihak british mula mengubah  system ini dgn meletakkan kuasa kpd kjn british dan tidak lagi kpd individu tertentu.Oleh itu,ketua kampung akan bertanggungjawab scr langsung kpd pegawai daerah .Ketua pesuruhjaya dinaikkan kedudukan kpd leftenan gabenor.Manakal sebuah majlis perundangan yg mengandungi pgw ditugaskan utk membantu leftanan  itu.Usaha berikutnya iaitudgn memberi status pekerjaan sendiri kpd pddk burma.Perkara ini berlaku pd 1923 apabila system 2 lapis diperkenalkan dan majlis legislative separa dipilih tlh diperkenalkan.
           Majlis lagislatif yg diwujudkan itu mengamdungi 103 ahli dgn 79 dipilih dan sebahagiaanya dilantik ternasuk 11 pgw kjn.Manakala dlm bdg eksekutif tdpt perubahan dgn menggantikan jawatan leftanangabenor kpd gabenor dan majlis yg mengandungi pegawai british dan pgw bukan org burma.2 org menteri burma yg bertanggugjawab kpd legatif .Pd thn 1937, burma dipisahkan dari ptdbrn di India dan myai perlembagaan sendiri menurut akta kjn burma 1935.Perlembagaan baru burma menyarankan pmbtkn 2 dewan parlimen iaitu senat dan dewan perwakilan .Perdana menteri dan ahki kabinetnya mempunyai hak mengendalikan urusan dalaman pertahanan ,hubungan luar dan polisi kewangan.
                             Seterusnya,pjjhn Belanda juga tlh merubah struktur politik di kepulauan Indonesia pd abad ke-17 yg tlh memberi kesan kpd penubuhan system ptdbrn tradisional pddk di Indonesia yg berpusat di betawi/Jakarta.Pd thn 1799,pihak belanda tlh membubarkan SHTB dan melantik seorang gabenor jeneral bagi menyusun semula ptdbrndi pulau jawa.Kekacauan di eropah pd penghujung abad ke-18 dan awal ke-19 tlh menyebabkan belanda menyerahkan jawa kpd british .Di bawah ptdbrn british ,pulau jawa tlh ditadbir oleh leftanan gabenor .Setelah itu,sebuah majlis tertinggi tlh ditubuhkan utk menasihati dan menjadi badan perundangan kjn dan tdpt 5 buah jabatan .Belanda tlh membuat persetujuan diman 4 org pembesar perlu meminta kebenaran utk menjalankan pmrthn dan ptdbrn .Kuasa-kuasa pmrth ini tlh kehilangan kuasa dan hanya memegang kuasa autonomi yg nominal shj.Namun ,proses melatih pddk pribumi mengenai politik tlh menyebabakan tertubuhnya volkraed.Dewan ini bukan dewan lagislatif sebenar dimana ia hanya membincangkan soal-soal penting dlm kjn.
              Di Asia Timur pula,khususnya china dan jepun ,pjjhn  kuasa barat tlh membawa kwsan dlm bidang pntdbrnnya.Kehadiran barat di china mengalami tentangan oleh pihak imperialisme dan akhirnya terpaksa akur dgn barat dlm bdg ketenteraannya.Kehadiran kuasa barat di china tlh membawa kpd perubahan sisitem ptdbrn china dgn adanya reformasi 100 hari oleh kang yu wei pd 1898.Tetapi reformasi ini gagal dilksanakan kerana mendapat tentangan drpd pihak konservatif.Namun usaha-usaha mengubah organisasi ptdbrn di china tetap dijalankan .Pembaharuan ini dimulai dgn memperbaiki institusi kemaharajaan yg mengalami kelemahan .Maharaja dowagar tzu his merupakan ketua kpd gerakan ini.Kementerian tlh diwujudkan pada 1906 utk mengambil urusan lembaga upacara.Kem. perang mengambil alih lembaga perang .I-suli yemen pula ditukar menjadi kementerian hal ehwal negeri.Sementara itu,kementerian kewangan mengambil alih lembaga hasil dan lembaga hukuman juga melakukan perubahan dibawah shen chia pen.Pd thn 1905 tlh berlaku lagi perubahan petdbrn kemaharajaan china dgn adanya usaha mewujudkan system raja berpelembagaan .Pd 10 okt.1911 adlh detik penting dlm perubahan system republik pada 1912.Ketua negara china tlh digantikan dgn presiden .Sistem kabinet juga tlh diperkenalkan manakala system demokrasi tlh diguna pakai bagi memberi ruang pddk china memilih wakil mrk dlm dewan rendah dan dewan tinggi .Usaha utk mengukuhkan system republik china tlh dimulai dgn pbtkn kjn nasionalis di nanjing (nanking) pd 1926.Di bawah pemimpin chiang kai shek,system pemerintahan china tlh disusun semula dgn kewujudan 5 badan utama kjnatau dikenali sbg yuan  di bawah pemimpin presiden .5 badan ini dikenali sbg eksekutif legislative kehakiman peperiksaan  dan badan penapis .3badan awal tersebut merupakan komponen biasa dlm kjn barat.Badan peperiksaan pula berfungsi sbg organ memilih pegawai kjn .Proses mendemokrasikan china dijalankan mengikut 3 langkah yg dianjurkan oleh dr.sun yat sen .Peringkat awal bermula dgn peringkat fasa ketenteraan bagi mengawal situasi di china .Yang kedua melatih pddk china tentang demokrasi dan yg ketiganya ialah memberi demokrasi penuh kpd pddk china.
            Secara keseluruhannya,dengan ini jelaslah menunjukkan bhw pjjhn tlh banyak mengubah struktur politik di asia  ini.Ekoran drpd itu,system politik di asia mengalami pemodenan bdsrk jentera ptdbrn di barat yg mjdk s.politik di asia lebih tersusun serta teratur dan memberi lembaran baru dlm system ptdbrn yg lebih kukuh dan mantap.  

NOTA SEJARAH ASIA TENGGARA (SJH1106)


 PENGARUH POLITIK DARI LUAR MEMBERIKAN SUMBANGAN YANG BERKESAN TERHADAP KESEDARAN POLITIK MASYARAKAT ASIA.
            BINCANGKAN.       

MOHD. SHAHRULAZUAN B. AHMAD JAMAIN.

Nasionalisme atau semangat kebangsaan bermaksud kesedaran politik dikalangan sesuatu bangsa untuk membebaskan diri dan negara mereka daripada penjajahan kuasa asing. Ia juga boleh didefinisikan sebagai perasaan cintakan tanah air dan juga membebaskan bangsa dan Negara daripada cengkaman penjajah. Selain daripada factor-faktor sperti peranan akbar dan wartyawan, pendidikan, intelektual, dan sebagainya, factor pengaruh daripada luar juga mempengaruhi dan memainkan peranan penting dalam usaha membangkitkan perasaan nasionalisme di Negara –negara Asia.
      Kemunculan Negara Jepun sebagai kuasa besar dunia telah membuka mata masyarakat Asia untuk memperjuangkan nasib mereka yang selama ini telah dikongkong oleh penjajah barat sama ada dari segi politik, ekonomi, mahupun social. Pembaharuan Meiji pada tahun 1868 telah memberi inspirasi kepada para pemimpin Negara-negara Asia. Apabila China telah dikalahkan oleh Perancis padatahun 1885 dan Jepun pada tahun 1895, Kang Yu-Wei meliha bahawa China perlu membuat pembaharuan dalaman khususnya dalam bidang pemerintahan dalam usaha memajulkan China. Beliau telah menghantar memorandum dan merayu kepada pihak istana Manchu untuk menerima reformasi dalam pemerintahan mereka dengan lebih mendalam. Beliau telah menyarankan agar China mencontohi reformasi Meiji di Jepun dan Peter The Great di Russia.oleh sebabitu  muncullah gerakan yang dinamakan Gerakan Seratus Hari di China (1898). Manakala kejayaan Jepun mengalahkan Russia (1905) memberikan gambaran yang jelas kepada masyarakat Asia yang pernah dijajah oleh kuasa barat , bahawa kuasa barat boleh ditewaskan oleh orang Asia. Situasi ini telah mengembalikan perasaan dan keyakinan bahawa kuasa barat tidaklah sekuat mana yang disangkakan. Maka perkara penting yang harus dilakukan ialah bagaimana untuk menyatukan masyarakat dan melakukan anjakan pemikiran masyarakat tempatan supaya mereka bangun merampas kembali hak mereka sebagai peribumi daripada penjajah. Keadaan inilah yang telah membuatkan tokoh reformasi Vietman, Phan Boi Chua dan Putera Cuang De menubuhkan Viet Nam Duy Tan Hoi di Jepun. Kedua-dua tokoh nasionalisme Vietnam amat kagum dengan kejayaan Jepun , lebih-lebih lagi kejayaannya menumbangkan Angkatan Tentera Russia. Jesteru itu pemimpin initelah bercita-cita untuk membebaskan Vietnam dan memodenkan Vietnam mengikut reformasi Meiji.
     Begitu juga dengan Indonesia dan China. Kejayaan Jepun telah membangkitkan semangart pra pejuang nasionalisme untuk terus bangun menentang penjajahan barat. Para pejuang Indonesia telah menjadikan kejayaan Jepun sebagai insprasi dan mengajak rakyatnya untuk sama-sama bangun menetang penjajah Belanda. Manakala pemimpin China yang selama ini memandang rendah terhadap Jepun telah menukar pandangan tersebut dan telah mengkantar para pelajarnya ke Jepun. Tokoh-tokoh nasionalis China seperti Kang Yu-wei, Liang Chih Chau dan Dr. Sun Yat Sen telah menumpukan perhatian mereka terhadap Jepun sebagai sumber ilmu pengatahuan dan pembelajaran. Ini telah membuktikan bahawa pengaruh Jepun amat besar terhadap perjuangan nasionalis China.
      Kejayaan dan kemenangan Jepun ini juga telah menambahkan  keyakinan orang China tentng perlunya pengenalan perlembagaan. Mereka telah menyaksikan kekalahan Russia, sebuah negara yang besar telah dapat dikalahkan oleh Jepun sebuah negara yang kecil. Orang China yakin, orang Jepun menjadi kuat sejak penubuhan perlembagaa dan pengenalan rancangan permodenan dan pembaratan dalam segakla bidang. Seorang intelktual China iaitu Chang Chin pernah mengatakan bahawa kemenangan Jepun dan kekalahan Russia mencerminkan kekalahan sistem beraja dan kemenangan sistem perlembagaan. Dengan ini semangat untuk menumbangkan Denasti Manchu semakin membara.
     Selain itum juga, refomasi Islam di Mesir juga telah mendorong dan meningkatkan kesedaran umat islam di rantau Asia untuk membela bangsanya. Jamaluddin Al-Afgani dan syeh Muhammad Abduh merupakan dua tokoh berpengaruh dalam dunia Islam. Mereka mendokong kemajuan dalam Islam dan menggesa umat Islam mementingkan ilmu pengatahuan. Islam tidak menolak kemajuan sains dan kemajuan dari barat. Umat Islam haruslah menjadikan Agama Islam sbagai panduan untuk mencapai kejayaan. Mereka juga menggesa umat Islam membebaskan Islam daripada kepercayaan kolot serta kepercayaan dan amalan yang menyekutukan Allah s.w.t dan menyimpang daripada prinsip utama Agama Islam.
     Untuk memajukan umat islam, satu rformasi telah diadakan berdasarkan pendidikan Islam yang sebenar. Dalam ssitem pendidikan Islam perkara-perkara sains moden, tamadun barat, harslah diajar selain ilmu Agama Islam itu sendiri. Manakala, perkara yang berkaitan dengan soal keadilan social dan politik haruslan ditekankan.    Pengaruh dan idea kedua-dua tokoh ini bukan sahaja menjalar kesenanjung tanah Arab bahkan juga mempengaruhi pemikiran masyarakat tempatan di India dan Asia Tenggara. Kemunculan Al Manaryang dibentuk pada tahun 1905 selepas Muhammad Abduh meninggal dunia telah meneruskan idea reformasi Islam. Mereka juga telah mengkaji baik prinsip etisa Islam dalam soal nlai social. Oleh itu, pelajar-pelajar Islan darimperbagai pelosok dunia telah dihantar ke Mesir dan mereka telah menerima secara langsung idea ini. Apabila mereka kembali ketanah air,kl idea tersebut telah dibawa dan diperluaskan dalam pemikiran umat Isalm di tempat masing-masing. Atas pegaruh ini juga Sir Said Ahmad telah menubuhkan pusat pendidkan Islam di Algarh, India. Institusi ini telah menyediakan peluang kepada pelajar Islam untuk menerima pendidkan Islam dan pendidikan barat.
     Gerakan pemulihan Islam di tumor tengah juga telah mempengaruhi penubuhan Sarekat Islam dan Muhammadiyah di Indonesia. Idea ini memberikan inspirasi kepada kedua-dua gerakan ini untuk berjuang menentang penjajahan. Mereka yakin bahawa Agama Islam mampu menyatukan umat manusia.mereka telah melancarkan perang jihad menentangorang Belanda yang beragama Kristian.   Selain itu, idea-idea reformis politik, ekonomi dan social di Eropah juga menjadi inspirasi bagi golongan berpendidikan barat. Dr. Sun Yat Sen yang mengkagumi idea barat mula menerima idea tersebut dan menyesuaikan mengikut keadaan China sehingga melahirkan Tiga Prinsip Rakyat. Manakala penyatuan Itali dan Jerman pada 1870 juga telah memberikan idea kepada pemimpin China untuk membina negara Chuna yang moden. Manakala kekalhan Poland pula menjadi pertingatan kepada China bahawa mereka tidak perlu menjadi bangsa yang lemah dan mudah diancam oleh kuasa asing. Sementara itu, Andres Bonifasio tertarik dengan idea –idea revolusi Amerika dan revolusi Perancis. Oleh kerana iytu kedua-dua idea ini telah dijadikan inspirasi kepada pergerakan Katipunan di Filipina. Manakala pelajar Thai di Paris pula menjadikan Revolusi Perancius untuk mengubah keadaan politik yang static di Thailand.
     Sementara itu idea komunis juga telah dijadikan pemangkin oleh golongan nasionalis di China dan Vietnam. Idea demakrasi yang didokong oleh barat hanyalah dijalankan di negara mereka sahaja dan tidak dipraktikkan di tanah jajahan. Empat belas perkara yang dianggap sebagai lambing demokrasi dan pembebasan hak memerintah sendiri yang dilaungkan oleh presiden Amerika Syarikat, Woodnon Wilson, tinggal hanya idea dan tidak dijadikan sebagai asas dalam pembentukan perjajian damai Verseiles. Oleh itu idea-idea demokrasi dan liberalisme yang diamalkan di barat hanyalah sebagai ilusi sahaja. Perkara sebenar yang berlaku ialah pemerasan kepada bangsa yang telah dijajah. Idea kapitalisme dan imperialisme menjadikan bangsa Asia yang dijajah menderita. Keadaan ini telah mengecewakan golongan intelektual yang selama ini mengharapkan sisitem demokrasi adalah tonggak keadilan. Namundemikian unsur kapitalis menjadi dominan dalam perjuangan kuasa barat. Kebangkitan golongan intelektiual dalam gerakan 4 Mei di China menunjukkan rasa tidak puas hati pemimpin intelektual dengan kuasa barat.
     Oleh itu, kejayaan Revolusi Bolshevik pada oktober 1917 memberikan rangsangan kepada pemimpin Asia tenggara dan Asia timur untuk menggunakan idea komunis sebagai panduan membina negara merdeka. Selain itu prinsip komunis yang mendokong taraf kesama rataan dan menentang kapitalis dan imperialis. Oleh itu idea ini menjadi tarikan kepada pemimpin intelektual Asia Tenggara, Selatan dan Jepun.     Sementara itu kebangkitan nasionalisme di negara lain seperti pemberontakan Katipunan 1896 memberikan aspirasi kepada masyarakat Asia. Ia dikatakan gerakan Revolusi massa yang pertama di Asia. Kejayaan revolusi ini menyingkirkan pemerintahan Sepanyol telah merangsang gerakan nasionalisme negara jiran yang lain.
     Begitu juga dengan rewvolusi 1911 di china. Walaupun revolusi ini tidak mencapai matlamatnya tetapi semangat menentang kuasa asing dan pemerintahan mutlah telah menjadi dorongan kepada golongan nasionalisme lain untuk menentang ketidak adilan dan berjuang menuntut hak rakyat di negara mereka sendiri. Kesannya revolusi ini menular ke Vietnam. Phan Boi Chau telah pergi ke China setelah revolusi itu berjaya. Kejayaan Dr. Sun Yat Sen telah memberi perangsang kepada penduduk Vietnam yang bersempadan dengan China unuk menyusun kegiatan mereka. Manakala gabenor Kwangsi dan Kwangtang juga memberi sokongan kepada gerakan mereka. Sementara Phan boi Chau dan Putera Coung De telah menubuhkan persatuan pemul;aihan Vietnam pada mei 1912. mereka telah mengatur beberapa siri kekacauan tetapi telah berjaya dipatahkan.
     Disamping itu juga gerakan pasif Ghandi juga dilihat sebagai perkembangan nasionalisme di Asia. Gerakan Kongres di India di bawah pimpinan Mohandas Karamchad Ghandi telah mengamalkan dasar tidak berkerjasama dengan pihak Inggeris. Beliau berpendapat bahawa pihak Inggeris akan jatuh jika merweka tidak mengendahkan pihak Inggeris. Ghandi telah memulakan gerakan ini dengan pihak Inggeris iaitu penentangan Pasif apabila Inggeris enggan menunaikan permintaan mereka supaya tidak melu.luskan Akta rowlef (1919). Penduduk India diseru supaya tidak mematuhi undang-undang baru itu. Oleh itu Ghandi telah menyarankan supaya rakyat mengikut tindakan pasif tersebut sehingga Akta Rowlet itru di tarik balik supaya tiada sebarang kekerasan dan keganasan berlaku.pergerakanini juga dikenali sebagai Satyegnaha. Ghandi telah memulakan gerakan ini semasa pilihan raya pada tahun 1920 an, pemulauan barang-barang British, sekolah –sekolah dan mahkamah. Pada tahun 1920, Ghandi telah menuntut kerajaan sendiridan padsa tahun 1930 Ghandi terpaksa membela nasip orang India yang terjejas teruk akibat cukai garam yang dikenakan. Ghandi sekali lagi telah menyuarakan rasa tidak puyas hati dan memperotes dengan berjalan kaki beramai-ramai sejauh 200 batu dan beliau turut disertai oleh ramai penduduk India.
     Pergerakan yang dilakukan oleh ghandi ini telah dijadikan contoh oleh Parti Nasional Indonesia (PNI) yang bertujuan untuk mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya. PNI telah mengambil langkah dengan tidak memberi sebarang kerjasama kepada kerajaan Belanda. PNI juga telah menyeru supaya masyarakat Indonesia memulaukan volksraad dan perkhidmatan awam kerajaan. Sukarno adalah pemimpin PNI yang telah melaungkan semangat nasionalisme untuk mendapatkan kemerdekaan. Di Burma pula, gerakan nasionalis cara ini telah mempewngaruhi aktiviti golongn nasionalsme Burma. Tambahan pula negara tersebut pernah disatukan dengan India sebelun dipisahkan semula pada tahun 1937. oleh pemimpin nasionalisme Burma berasa ketinggalan kerana perubahan Montagu-Cheimeford 1919 hanya diperkenalkan di India tetapi tidak di Burma. Dua rombongan telah dihantar ke London untuk menuntut hak yang sama pada julai 1919 dan mei 1920.
     Perkembangan isi kandungan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Asia. Menurut isi kandungan piagam tersebut menyatakan bahawa setiap negara yang menjajah perlu membebaskan negara yang dijajah dan setiap negara adalah bebas dan berdaulat. Piagam ini secara langsung telah menaikkan perasaan cintakan negara di kalangan masyarakat dan bangsa menetang penjajah bagi menuntut hak mereka semula daripada penjajah. Ini bagi mewujudkan sebuah negara yang bebas dan berdaulat.
     Kesimpulannya, jelaslah bahawa pengaruh luar memainkan peranan  yang penting dalam pembentukan senmangat nasionalisme masyarakat Asia. Akhirnya ianya membawa kepada kejayaan masyarakat Asia menuntut kemerdekaan.

NOTA SEM 2 PPISMP SEJARAH


PENENTANGAN YANG DILAKUKAN TELAH BANYAK MENINGGALKAN KESAN KEPADA KEHIDUPAN MASYARAKAT PRIBUMI ASIA .BINCANGKAN.


            Penentangan merupakan gerakan yang menunjukan rasa ketidakpuashatian masyarakat pribumi terhadap penjajah atau imperilismae  asing .Penentangan ini yang telah dilakukan telah banyak meninggalkan kesan kepada masyarakat peribumi dari segi politik,ekonomi dan sosial.
Kesan kepada sistem politik ialah akan berlakunya perubahan didalam pemerintahan dan pentadbiran .kebanyakan peraturan lama telah diubah kerana kurang berkesan kepada pembangunan negara .Melaluai sistem pentabiran baru menggabungkan faktor ekonomi ,politik,sosial,ideologi dan kebudayaan .Kebanyakan negara di asia selama ini menggunakan sistem autokrasi dengan ini Raja mempunyak kuasa mutlak.Dengan kedatangan kuasa barat mereka telah memperkenalkan sistem Demokrasi iaitu semua manusia adalah sama dan mempunyai hak-hak yang boleh melindunginya.Melaluai perubahan ini kuasa raja dan golongan bangsawan telah mengalami kemerosotan dan kehilangan penyokong.Di sini dapat kita lihat bahawa timbulnya ketidakpuashatian masyarakat peribumi sehingga berlaku penentangan.
Keadaan ini berlaku di jawa pada tahun 1823 semasa pemerintahan Van Den Capellin .Satu peraturan baru telah diluluskan .Semua sewaan tanah yang melibatkan orang Eropah dengan pengusaha atau bangsawan tempatan di Yogokarta dan Surakarta di batalkan dan wang sewaan atau wang bayaran pendahuluan sebelum dikembalikan. Penyewa mempunyai kuasa ke atas tanah yang disewa dan juga keatas petani.Keadaan ini seringkali menimbulkan penindasan keatas petani dan memberi keuntungan kepada tuan tanah .Apabila sistem sewa dibatalkan tuan tanah dikehendaki membayar balik jumlah pendahuluan yang merika terima kepada penyewa.Ramai golongan bangsawan terlibat dan mereka mengalami kerugian yang besar.Tuan tanah pula dalam usaha mendapatkan wang memaksa petani berkerja keras.
Di Burma juga kedaan yang sama berlaku .Gabenor Innes mengistiharkan penurunan cukai daripada satu per sepuluh kepada satu per tiga di kawasan yang teruk menerima kesan kemelesetan .Selain itu deliau menawarkan pinjaman pertain berjumlah 20 laksa repe (2 juta).Kerajaan juga menawarkan pengampunan kepada semua merika yang terlibat menyerahkan senjata dan memberi maklmat di beri kepada kerajaan.Kerajaan menggunakan Aletawya sayadaw dan panyi yang berpengaruh untuk memaklumkan penistiharan ini .Kerajaan telah melantik Booth-Graveiy sebagai suruhanjaya khas bagi mengatasi kebangkitan yang meletus di lima daerah ,16 unit pentabiran dibentuk termasuk polis dan pengadilan dan pebicaraan khas .Dalam hal ini kerajaan telah menggunakan peraturan Akta undang-undang jenayah pindahan 1931.Persuruhanjaya khas perundangan boleh menahan tampa waran ke atas mereka yang melanggar atau hendak melanggar bahagian tertentu kanun jenayah India.
Dengan tercetusnya perjanjian banyak merugikan negara yang dijajah kebanyakan penentangan yang dilakukan oleh masyarakat peribumi dapat dipatahkan oleh kuasa barat.Oleh itu bagi memastikan peribumi tidak melakukkan penentangan.maka mereka akan mengadakan perjanjian.Yang mana dalam perjanjian ini sekiranya perjanjian ditandatangani ia akan memberi peluang kepada kuasa barat untuk meraih keuntungan keatas negara yang dijajah.Ini dibuktikkan dichina apabila berlakunya perjanjian Nankin. Diantara China-British pada 29 Ogos 1892.Antara syarat-syarat perjanjian Nangkin antaranya ialah lima buah pelabuhan iaitu Canton,,Amoy,Foschow,Ningpo dan Shangai dibuka kepada kepada rakyat dan saudagar british.Manakala dalam kebangkitan yang berlaku  di Tientsin, dan pembantunya telah terbunuh.,gereja dan rumah anak yatim telah dibakar.4 buah gereja british dan Amereka telah dimusnahkan.Manakala kesan daripada peristiwa Mangary telah termaktub perjanjian Chefau pada 13 september 1875.Perjanjian ini menurut kerajaan China membayar 2000000 taal kepada  keluarga Margary. Di jepun melalui perjanjian Kanogawa dengan Amerika,jepun akan memberi bantuan dan bekalan  kepada kelasi dan kapal  Amerika yang terkandas dan 2 pelabuhan akan dibuka Chimoda dan setahun kemudianyaHakodate.
            Kewujudan doktrin atau undang-undang baru.Kebanyakkan undang-undang lama sudah tidak sesuai lagi.Oleh kerana kuasa barat telah memperkenalkan undang-undang baru melalui doktrin  yang dicipta mereka,Ini dapat dilihat di India dengan undang-undang lesap waris.Melalui doktrin ini British cuba menafikan hak-hak tradisional dari segi sistem warisan.Undang-undang ini menyatakan sekiranya raja mangkat,negerinya terpaksa diserahkan kepada pemerintah British.Ketika pentadbiran Lord Canning (1856-58)akta pemngambilan khidmat Am telah diluluskan.Akta ini menyatakkan Britih boleh menghantar tentera perkhidmatan diluar dan di dalam India.Langkah ini membimbangkan golongan tentera yang khususnya golongan Brahmin kerana ia kehilangan kasta mereka apabila berkhidmat diluar India.
Kesan ekonomi yang dirasai oleh penduduk peribumi selepas berlakunya penentangan ialah wujudnya sistem tanaman paksa.Sistem ini diamalkan bagi menyelaraskan hasil secara maksimam .Tetapi tujuan utamanya ialah mengatasi masalah kewangan selepas peperangan.peperangan yang tercetus mengakibatkan kemusnahan tanah pertanian.dan premis-premis kerajaan .Ini terjadi selepas berlakunya peperangan Indonesia-Belanda di dapati daerah Yogojakarta dan Surakarta musnah teruk tanah pertaniannya.Perang Jawa 1825-1830 telah memberi kesan buruk kepada ekonomi belanda di Indonesia.Untuk mengatasi masalah ini Van de  Bosch dihantar untuk melaksanakan sistem kultur.Perang ini juga menyebabkan penyakit dan kebeluran. Perang Inggeris-Burma telah menyebabkan masyarakat peribumi Burma kehilangan punca ekonomi daripada hasil kayu jati apabila British menguasai Pegu.Burma juga terpaksa menyalurkan semua perdagangan melaluai kawasan yang dilaluai oleh British. Keadan ini telah menyebabkan berlakunya penghijrahan orang India ke Burma Selatan
Ekonomi pasaran tempatan mula merosot akibat persaing dari barangan Eropah yang lebih bermutu Ia terjadi apabila dasar tutup pintu di tukar kepada dasar negara luar boleh memasarkan barangan keluaran mereka tanpa disekat dengan kadar cukai yang rendah . Ini menyebabkan ramai pengusaha tempatan menjadi bagkrap dan pekerja-pekerja mengalami pengangguran kerana tidak dapat bersaing dengan pelabur luar yang lebih yang lebih memburukan keadaan ramai pengawal dan rayat tempatan menjadi ketagih menhisap candu yang dibekalkan oleh pedagang Beritish di Cina . Manakala dalam peritikal Boxer negara China dikehendaki membayar 450 juta tael dan sekiranya tidak dibayar dalam masa 40 tahun nilai ini akan digandakan.Selepas kemarahan boxer ekonomi China terus dikuasa oleh British.Ini meliputi bidang perkapalan ,perusahan pengeluaran besi dan perkhidmatan keretapi.Jelaslah disini pemberontakan yang dilakukan akan memberi kemudaratan kepada masyarakat peribumi apabila sesuatu pemberontakan gagal menguasai kuasa barat.
Perkembangan agama Kristian juga giat dijalankan selepas berlakunya penentangan.Penyebaran agama Kristian boleh dikatakan berjaya dibeberapa buah negara.Antaranya kejayaan paderi sepanyol di Filipina.Kebangkitan Cavite1872 juga mengalami kegagalan .Mereka yang menyokong pergerakan ditangkap dan dihukum bunuh.Ini juga boleh dilihat di negara China yang telah dibawa oleh orang British.Di negara China penyebaran agama Buddha dan fahaman Conficius terpaksa bersaing dengan agama kristian yang dikatakan lebih mudaha berbanding dengan ajaran Buddha dan Conficius.Dengan ini ramai rakyatnya telah memeluk agama kristian.Penyebaran agama kristian lebih giat dijalankan apabila dasar pemencilan telah dihapuskan oleh pemerintahan China,sekaligus memberi peluang kepada paderi kristian. Selain itu penghapusan sistem raja bagi pemerintahan tempatan.Dapat dilihat dari perang Inggeris-Burma ke-3 telah menyebabkan raja Thibaw dibuang ke negeri India.Ini menyebabkan tiada sistem pemerintahan beraja kerana telah diambil alih oleh orang barat .Pada1930 telah berlaku rusuhan di Bandar Rangon.Akibatnya suruhanjaya siman mencadangkan Burma dipisahkan dari India.Dalam masa yang sama peranan pong yi mulai rosot dan menyertai kegiatan politik melaluai persatuan pemuda Buddha (YMBA)
Kesimpulanya penentangan yang dijalankan banyak mendatang keburukan daripada kebaikan terhadap masyarakat pribumi .Sekalipun penentangan merupakan jalan yang terbaik bagi mmbebaskan sesebuah negara daripada dijajah terus.

NOTA SJH 1106 : SEM 2 PPISMP SEJARAH


PENDUDUKAN JEPUN DI ASIA TENGGARA TELAH MENCETUSKAN SEMANGAT KESEDARAN DI KALANGAN NASIONALIS. BINCANGKAN.

MASLIZA BTE WAHID

            Semasa Perang Dunia Kedua, negara-negara di Asia Tenggara terlibat secara langsung dalam peperangan tersebut. Jepun berusaha utk menguasai negara-negara di Asia Tenggara selain mengusir penjajah Barat. Jepun yg menggunakan slogan ‘Asia Untuk Orang Asia’ tlh menarik perhatian dan sokongan msykt Asia. Sepanjang pemerintahan Jepun dr thn 1942-1945, Jepun tlh melaksanakan pelbagai dasar yg mendatangkan kesan yg besar terhadap kehidupan rakyat Asia Tenggara terutamanya dlm mencetus semangat kesedaran di kalangan nasionalis.
            Memang tidak dapat dinafikan, walaupun kedatangan Jepun ke negara-negara Asia Tenggara mendatangkan banyak kesan negatif ke atas sesebuah negara yg didudukinya, namun ia juga mendatangkan kesan positif terhadap pergerakan kebangsaan. Pemberian kemerdekaan kepada negara-negara Asia Tenggara merupakan salah satu sebab yg mencetuskan kesedaran kebangsaan di kalangan nasionalis. Pemberian kemerdekaan ini bertujuan utk mengelak tentangan rakyat terhadap pendudukan Jepun dan ini merupakan strategi bg menawan hati rakyat. Di Indonesia, Perdana Menteri Jepun Kaiso tlh berjanji akan memberi kemerdekaan kpd rakyat Indonesia. Oleh itu, pd Ogos 1945, satu j/kuasa persediaan kemerdekaan iaitu Penitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) tlh ditubuhkan. J/kuasa ini dipengerusikan oleh Sukarno dan Hatta. Jepun bersetuju utk memberi kemerdekaan kpd tdk lewat drp 7 Sept. 1945. jepun juga beri kemerdekaan kpd penduduk Myanmar pd 1 Ogos 1943. manakal Filipina pd 14 Okt. 1943. Dgn pemberian kemerdekaan ini, gol. nasionalis menjadi lebih bersemangat utk terus bangun menentang penjajahan. Keadaan ini tlh menyebabkan para nasionalis mula mengumpul ahli utk sama-sama menubuhkan pertubuhan atau persatuan bg menentang penjajah dan seterusnya membebaskan negara mereka dpr sebarang penjajahan.

Pentadbiran
            Semasa pendudukan Jepun, kuasa ini tlh memberi peluang kpd penduduk tptn utk sama-sama dgn tentera Jepun memerintah negara mereka. Gol. terpelajar tlh diberi peluang utk menyertai pentadbiran. Manakala ahli-ahli politik pula diberi kebebasan utk berpolitik. Misalnya di Indonesia, tahanan politik semasa penjajahan Barat spt Sukarno, Hatta dan Syahrir tlh dibebaskan. Pd 1 Mac 1943, Pusat Tenaga Rakyat @ PUTERA ditubuhkan di Indonesia dan Sukarno dilantik sbg pemimpinnya dgn bibantu oleh Hatta.untuk memantapkan sokongan penduduk Indonesia kpd Jepun, maka ditubuhkan Tentera Pembela Tanah Air @ PETA pd Sept 1943. PETA ditubuhkan utk mempertahankan Indonesia drp sebarang serangan kuasa Berikat. Sukarno dan Hatta pula dibenarkan berpolitik dan berpidato ke seluruh Indonesia. Namun scr realitinya tentera Jepun masih mempunyai kuasa di Indonesia. Di Filipina juga Jepun tlh membenarkan penubuhan beberapa pertubuhan utk rakyat Filipina berpersatuan. Antara persatuan yg ditubuhkan ialah Persatuan Untuk Berkhidmat Kepada Filipina Baru @ Kalibapi, Persatuan Bantuan Wanita, Institusi Kepimpinan Kalibapi, Kalibapi Belian dan Institusi Kalibapi. Persatuan2 ini berperanan utk memberi khidmat msykt kpd penduduk Filipina. Namun demikian, scr realitinya persatuan2 ini adalah merupakan alat propaganda Jepun.
            Jepun juga tlh memberi peluang kpd gol. terpelajar utk menjawat jawatan penting dlm pentadbiran kerajaan. Misalnya di Indonesia, rakyat Indonesia dilantik utk menjadi pegawai2 bg menggantikan tempat pegawai2 Belanda dlm pentadbiran Jepun dan melaksanakan tugas2 dgn jayanya. Langkah ini tlh mengukuhkan lagi kepercayaan kpd diri sendiri dan meningkatkan keyakinan org Indonesia utk mentadbir negara sendiri.

Ketenteraan
            Pemberian latihan ketenteraan kpd rakyat tptn yg berminat utk menyertai bidang ketenteraan juga tlh mencetuskan semangat nasionalisme di kalangan para nasionalis. Misalnya di Burma, Minami Kikan tlh melatih Komred 30 dan BIA sbg penentang kpd usaha2 Jepun yg mahu meluaskan bahasa dan kebudayaan mereka.
            Di Vietnam, Jepun tlh membentuk satu pentadbiran tptn yg diketuai oleh Tran Trong Kim selepas Ngo Dinh Diem enggan memberikan kerjasama. Pentadbiran baru yg dibentuk tlh berjaya menyelesaikan pelbagai masalah termasuk mengenai kebuluran, rasuah, system cukai dan mobilasi belia tanpa sebarang kuasa. Dgn memberi peluang kpd rakyat tptn utk mentadbir sesebuah organisasi besar, ini tlh memberi peluang kpd rakyat tptn utk mengumpul dan menyelesai beberapa masalah yg dihadapi oleh rakyat tptn yg selama ini terbengkalai krn tdk diselesaikan oleh Jepun. Dgn pemberian peluang ini, kehidupan rakyat sedikit sebanyak telah mengalami perubahan dan memberi faedah serta manfaat kpd penduduk.
            Begitu juga di Indonesia, stlh Jepun gagal dlm pembentukan PUTERA, Mokokai dan Masjumi kemudiannya menubuhkan PETA @ Pembela Tanah Air pd bln Sept 1943. tujuan Jepun menubuhkan PETA adalah utk melatih tentera sukarela Indonesia drp serangan tentera Berikat. Anggota2 PETA  mempunyai semangat kebangsaan yg tinggi.mereka bukan sahaja berperasaan anti-Belanda malahan juga berperasaan anti-Jepun. Sebenarnya anggota2 PETA inilah yg menjadi tulang belakang tentera republik Indonesia stlh Jepun tewas.

Pendidikan
            Jepun juga turut memberikan pendidikan kpd penduduk tptn di negara yg diduduki. Jika sblm kedatangan Jepun aspek pendidikan tidak berapa dititikberatkan oleh Barat. Ini krn penjajah bimbang gol. terpelajar akan menentang mereka. Tetapi semasa pendudukan Jepun aspek pendidikan dititikberatkan sbg langkah bg mendpt sokongan drp rakyat tptn. Di Vietnam aspek ini jelas kelihatan. Bagi menghadapi ancaman baru, pihak pemerintah tlh melancarkan dasar2 tertentu dlm bidang politik dan social spt memperbaiki sistem perkhidmatan, menggalakkan perkembangan sukan, pendidikan dan nasionalisme yg selamat di kalangan gol. beliadan menggunakan kekerasan utk membanteras nasionalisme yg melampau. Akibatnya bil. pelajar sek. tlh meningkat drp 450 000org pd thn 1939 hingga 700 000 org (1944). Kumpulan pelajar ini tlh dikawal rapi oleh pemerintah spy tdk belot dgn penyokong puak lain.

Bahasa
            Di Indonesia, perkembangan dan penyebaran bahasa Indonesia sepanjang zaman pendudukan Jepun tlh menguatkan kesedaran nasionalisme dan menghapuskan sifat2 kedaerahan org Indonesia. W/pun utk jangka masa panjang, bahasa Jepun dirancang utk menggantikan bahasa Belanda sbg bahasa pentadbiran dan bahasa penghantar di sek,2. ttp utk jangka masa pendek, bahasa Indonesia masih digunakan. Dr. Ali Alisjahbana berpendapat bahawa apabila semakin ramai pelajar yg mempelajari bahasa Indonesia dgn bebas, mereka menjadi sedar akan ikatan yg sama mengikat mereka. Bahasa Indonesia tlh menjadi satu lambang perpaduan nasionalis penduduk tptn mahupun  sesbuah negara yg dijajah itu sendiri. Dgn itu mereka tlh menemui kata sepakat utk sama2 bangun bg mencapai kemerdekaan yg selama ini diidamkan oleh mereka. Keadaan ini tlh berjaya membuka mata negara2 yg dijajah utk bangun mendapatkan kemerdekaan bg mendaulatkan negara mereka.

Perubahan kuasa.
            Perubahan kuasa juga tlh mencetuskan semangat nasionalisme. Ini berikutan Jepun muncul sbg sebuah negara Asia pertamayg melakukan penjajahan. Kemunculan Jepun sbg kuasa besar dunia tlh membuka mata penduduk di Asia Tenggarautk memperjuangkan nasib mereka yg selama ini terbelenggu oleh kuasa penjajah sama ada dr aspek eko.,politik mahupun social. Kejayaan Jepun mengalahkan kuasa besar Barat menyedarkan penduduk Asia Tenggara bhw penduduk Asia juga mampu mengalahkan kuasa Barat. Dlm konteks nasionalisme di Asia Tenggara ini,penduduk tlh bangun menentang penjajahan Jepun krn mereka sedar bhw Jepun bukanlah kuasa yg tdk boleh dikalahkan.

Pengaruh luar
            Keadaan politik dunia juga mempengaruhi kesedaran kebangsaan di kalangan nasionalis. Banyak fahaman2 baru muncul spt fahaman komunisme dan kapitalisme serta imperialisme. Idea komunisme yg berasal dr Rusia tlh berkembang dan berjaya mempengaruhi gol. nasionalisme Vietnam. Idea demokrasiyg didukung oleh Barathanya dijalankan di negara mereka sahaja. Perkara sebenar yg berlaku ialah pemerasan kpd bangsa yg dijajah. Idea kapitalismedan imperialismemenjadikan bangsa yg dijajah hidup menderita. Keadaan ini tlh mengecewakan gol. intelektual yg selama ini percaya kpd nilai murni demokrasi yg menjadi tunggak keadilan. Namun unsur kapitalisme lebih dominan dlm perjuangan kuasa Barat.
            Kesimpulannya, pendudukan Jepun di Asia Tenggara tlh banyak mendatangkan kesan terhadap penduduk sama ada kesan positif atau negatif. Pendudukan ini tlh menyedarkan penduduk Asia Tenggara terutama gol. nasionalis utk bangkit menentang penjajahanbg memerintah negara sendiritanpa bantuan pihak luar dan seterusnya memperolehi kemerdekaan. Justeru gol. nasionalis tlh mendapat inspirasi utk menuntut kemerdekaan drp penjajah.