JELASKAN SEBAB-SEBAB WUJUDNYA PERUBAHAN DASAR EKONOMI DI ASIA SELATAN
DAN ASIA TENGGARA.
NOR AZLINA BT. HARON
Secara umumnya
perkataan ekonomi berasal daripada gabungan kata Greek, iaitu ‘iokos’ dan
‘oikomia’ yang bermaksud segala tindakan yang berkaitan dengan pengeluaran atau
pengedaran barangan ekonomi. Menurut J. L. Hanson dalam A Dictionary of
Economics and Commerce. Perkara yang berkaitan dengan ekonomi adalah mempunyai
hubungan dengan perdagangan, kewangan serta faktor-faktor pengeluaran seperti
tanah, buruh dan modal. Sebenarnya, terdapat pelbagai dasar ekonomi yang
dijalankan di sesebuah negara baik di Asia Selatan mahupun di Asia Tenggara.
Walau bagaimanapun, dasar-dasar ekonomi yang diamalkan adalah tidak kekal dan
telah mengalami perubahan atas sebab-sebab tertentu. Secara langsungnya, sektor
ekonomi merupakan salah satu faktor penting yang harus diperhatikan, dalam
melihat struktur masyarakatnya. Adalah nyata bahawa kesan daripada pengaruh
Barat yang berleluasa di rantau-rantau ini menyebabkan amalan dasar ekonomi
sedikit sebanyak berubah.
Di rantau Asia Selatan,
antara negara yang mengalami perubahan dalam dasar ekonomi yang dijalankan
ialah negara India. Dalam usaha memenuhi keinginan British untuk memaksimumkan
eksploitasi ekonomi, maka satu perubahan diperkenalkan terhadap dasar sedia ada
di Bengal. Pada tahun 1793, satu sistem percukaian tanah baru diperkenalkan
oleh British yang dikenali sebagai sistem Zamindari (Permanent Settlement).
Zamindar bermaksud tuan tanah dan sistem zamindari pula ialah sistem bagi
pemungutan cukai tanah daripada tuan tanah secara tetap. Tuan tanah dikatakan
terdiri daripada pembesar tempatan yang terdiri daripada pegawai Mughal yang
ditugaskan mengutip sukai. Oleh itu, mereka telah dianggap sebagai zamindar
kerana telah memperoleh tanah dan memajaknya kepada petani. Sistem ini
mempunyai motif ekonomi iaitu menggalakkan lebih banyak pelaburan daripada
pemodal Barat ke atas tanah.
Antara sebab-sebab
berlaku perubahan dasar kepada dasar zamindari ialah kerana Lord Cornwallis,
Gabenor General Inggeris merasakan bahawa zamindar boleh dan akan berperanan
untuk membangunkan pertanian di Bengal jika kadar cukai tanah berpatutan.
Misalnya, bagi masyarakat di Benagl, hasil pendapatan dalam kadar tertentu
haruslah diserahkan kepada kerajaan pusat di Delhi melalui zamindar. Golongan
zamindar ini diletakkan sebagai golongan penengah antara pemerintah serta
golongan petani. Cukai yang dibayar itu biasanya adalah dalam bentuk hasil.
Zamindar yang bertanggungjawab mengutip cukai tersebut akan mengambil
sebahagian hasil upahnya sementara sebahagian lagi akan dihantar kepada
kerajaan.
Selain itu, Cornwallis
juga berkeyakinan bahawa kapitalis tempatan akan bergiat cergas dalam pertanian
jika wujud kepastian mengenai soal keuntungan. Keyakinan ini diutarakan dengan
mempelbagaikan kegunaan tanah bukan setakat menyewakannya sahaja, tetapi
diusahakan untuk menambahkan pengeluaran pertanian di India. Dengan cara ini,
Cornwallis beranggapan bahawa kelas kaya India tidak sahaja menjalankan
aktiviti peminjaman wang atau perdagangan memonopoli garam, tetapi telah
menggunakan hartanah sebagai aset bagi mengubah nasib rakyat India melalui
perkembangan dan perubahan sistem pertanian.
Di samping itu, kelas
tani dan rakyat Bengal juga akan menikmati hasil daripada kemajuan pertanian
yang akan dijalankan oleh zamindar dan kapitalis tempatan. Ini kerana jika pada
tahun 1793, hanya 35% sahaja kawasan di Bengal diusahakan namun menjelang
penghujung abad ke-19, angka ini meningkat sehingga 80%. Dalam pada masa yang
sama, sektor pertanian juga telah dijalankan secara komersial iaitu penumpuan
diberikan kepada penanaman sejenis tanaman dan untuk tujuan eksport seperti
jut, sutera, tebu, candu dan nila.
Sebaliknya di Madras,
satu sistem yang dikenali sebagai Ryotwari telah diperkenalkan. Sistem ini
diperkenalkan oleh Thomas Munro pada tahun 1912 sebelum diperluaskan ke
kawasan-kawasan lain, termasuklah Bombay pada tahun 1818. Dalam sistem ini, ia
mengiktiraf petani sebagai pemilik tanah. Ia dibangunkan selepas kegagalan
sistem zamindari membangunkan ekonomi India secara ekonomik dan adil. Mula
diperkenalkan di Madras, 1812 dan diluaskan hingga ke Bombay pada tahun 1816.
Ia digagaskan dengan desakan para pegawai British dengan alasan beberapa kelebihan
sistem ini jika dibandingkan dengan sistem zamindari.
Selain itu, perubahan
berlaku kepada sistem Ryotwari ini adalah kerana sistem ini dilaksanakan bagi
menghalang peningkatan kadar cukai yang dikenakan terhadap petani kerana tiada
undang-undang atau akta yang boleh menyekat zamindar meningkatkan kadar cukai.
Walaupun ada usaha daripada kerajaan British, tetapi usaha ini todak berjaya
dilakukan kerana golongan zamindar mempunyai hubungan yang rapat dengan pembuat
dasar undang-undang. Biasanya undang-undang ini tidak dilaksanakan.
Di samping itu,
kegagalan kerajaan British bertindak menyebabkan petani India menghadapi
kesulitan pembayaran sewa kepada para zamindar. Ini mengakibatkan semakin ramai
petani yang tidak mempunyai tanah dan ianya telah menggugat industri pertanian
di India. Keadaan ini berlaku kerana pihak zamindar bukanlah pengusaha
pertanian, tetapi hanya sebagai orang tengah bagi petani untuk mengusahakan
tanah. Sebagai kesan, India gagal membangunkan ekonomi industri dan hasil tanah
mati tanpa pengeluaran yang dilakukan.
Manakala itu, suasana
ekonomi yang tidak menunjukkan perkembangan telah menyebabkan para zamindar
memilih untuk meneruskan perniagaan yang bercorak bukan produktif. Dalam aspek
ini, modal digunakan untuk membeli dan menyewa tanah, meminjam wang serta
menguruskan pemasaran hasil tanah. Cara pelaburan ini sebenarnya tidak
meningkatkan daya pengeluaran tanah. Hal ini kerana pada zamindar telah
dipengaruhi oleh sebab-sebab yang berikut iaitu saiz pasaran untuk hasil
pertanian di Bengal adalah terhad kerana kegagalan rancangan perindustrian.
Sementara itu pula, suasana ekonomi pada waktu itu dipengaruhi oleh aktiviti
sewa tanah. Ini berikutan sebanyak 77% penduduk bergantung kepada tanah untuk
mendapatkan sumber pendapatan di Bengal.
Manakala perubahan
dasar ekonomi turut berlaku di rantau Asia Tenggara. Di Indonesia, Raja William
di Belanda telah melantik Johanes Van de Bosch untuk menggantikan Du Bes de
Gisignies sebagai Gabenor Jeneral pada tahun 1828. Bosch diarahkan supaya merangka
dan merancang 1 sistem yang baru. Beliau telah memperkenalkan sistem tanaman
paksa @ sistem kultur pada 1830. Ianya merupakan sistem yang mengeksploitasi
kesuburan tanah Jawa dengan petani-petaninya yang rajin bagi kepentingan
ekonomi Belanda yang sudah tenat.
Antara sebab berlaku
perubahan dasar ialah untuk mengatasi masalah kewangan SHT Belanda. Masalah ini
berikutan daripada peperangan yang dihadapi oleh pihak Belanda. Peperangan yang
berlaku ini bukan sahaja terjadi di Indonesia, tetapi juga peperangan yang
berlaku di Eropah seperti peperangan Napoleon, Perang Jawa, Pemberontakan Ambon
dan Perang Paderi. Peperangan-peperangan ini telah menyebabkan aliran
pendapatan dan perbelanjaan tidak seimbang. Bagi mengatasi permasalahan ini,
SHT Belanda terpaksa berhutang bagi menyelamatkan maruah dan kerajaan Belanda.
Hutang yang diperolehi itu, telah menyebabkan SHT Belanda mengalami keadaan
yang muflis. Keadaan ini bukan sahaja disebabkan oleh masalah peperangan,
tetapi kegagalan Indonesia untuk bersaing dengan negara-negara penjajah yang
lain seperti British dan Amerika Syarikat.
Selain itu, sebab
perubahan lain ialah untuk mewujudkan persaingan perdagangan dengan Inggeris
dan Amerika. Ini dilakukan bagi menambahkan bilangan kehadiran para pedagang ke
Betawi. Seterusnya menghalang perkembangan Singapura sebagai pusat perdagangan.
Kegagalan ini dirumitkan lagi dengan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani
antara Belanda dengan Inggeris pada 1824 yang mengkehendaki Belanda membayar
hutang-hutang semasa Peperangan Napoleon. Perjanjian ini juga merupakan usaha
Inggeris bagi mendapatkan pengiktirafan kedudukan Inggeris di Singapura serta
penguasaan Inggeris di sebelah utara khatulistiwa. Selain itu, Belanda
mengiktiraf perdagangan Inggeris di Singapura dan tidak menuntut Singapura
walaupun ia boleh berbuat demikian atas prinsip Sultan Abdul rahman Riau tidak
pernah memberikan kebenaran kepada Inggeris untuk berbuat demikian.
Di samping itu, dasar
juga mengalami perubhan akibat usaha untuk menghalang perdagangan di singapura
bagi mengubah aliran perdagangan. Keadaan ini menyebabkan SHT Belanda semakin
tersepit dan akhirnya pengurusan telah diambil alih oleh kerajaan Belanda.
Walaupun begitu, masalah kewangan SHT ini masih tidak berubah dan cara
mengatasinya adalah dengan cara Van Den Bosch iaitu dengan prinsip pemaksaan
kepada petani Indonesia untuk menyumbangkan kewangan kepada kerajaan Belanda.
Oleh kerana dasar
ekonomi tanaman paksa gagal untuk memperbaiki taraf hidup penduduk Indonesia
maka berlaku perubahan dasar kepada dasar Liberal pada tahun 1870. Antara
sebab-sebab perubahan dasar ialah kerana tentangan terhadap sistem Tanaman
Paksa. Perlaksanaan sistem ini tidak pernah ditentang oleh rakyat Jawa walaupun
i Peperangan Napoleon. Perjanjian ini juga merupakan usaha Inggeris bagi
mendapatkan pengiktirafan kedudukan Inggeris di Singapura serta penguasaan
Inggeris di sebelah utara khatulistiwa. Selain itu, Belanda mengiktiraf
perdagangan Inggeris di Singapura dan tidak menuntut Singapura walaupun ia
boleh berbuat demikian atas prinsip Sultan Abdul rahman Riau tidak pernah
memberikan kebenaran kepada Inggeris untuk berbuat demikian.
Di samping itu, dasar
juga mengalami perubhan akibat usaha untuk menghalang perdagangan di singapura
bagi mengubah aliran perdagangan. Keadaan ini menyebabkan SHT Belanda semakin
tersepit dan akhirnya pengurusan telah diambil alih oleh kerajaan Belanda.
Walaupun begitu, masalah kewangan SHT ini masih tidak berubah dan cara
mengatasinya adalah dengan cara Van Den Bosch iaitu dengan prinsip pemaksaan
kepada petani Indonesia untuk menyumbangkan kewangan kepada kerajaan Belanda.
Oleh kerana dasar
ekonomi tanaman paksa gagal untuk memperbaiki taraf hidup penduduk Indonesia
maka berlaku perubahan dasar kepada dasar Liberal pada tahun 1870. Antara
sebab-sebab perubahan dasar ialah kerana tentangan terhadap sistem Tanaman
Paksa. Perlaksanaan sistem ini tidak pernah ditentang oleh rakyat Jawa walaupun
i Peperangan Napoleon. Perjanjian ini juga merupakan usaha Inggeris bagi
mendapatkan pengiktirafan kedudukan Inggeris di Singapura serta penguasaan
Inggeris di sebelah utara khatulistiwa. Selain itu, Belanda mengiktiraf
perdagangan Inggeris di Singapura dan tidak menuntut Singapura walaupun ia
boleh berbuat demikian atas prinsip Sultan Abdul rahman Riau tidak pernah
memberikan kebenaran kepada Inggeris untuk berbuat demikian.
Di samping itu, dasar
juga mengalami perubhan akibat usaha untuk menghalang perdagangan di singapura
bagi mengubah aliran perdagangan. Keadaan ini menyebabkan SHT Belanda semakin
tersepit dan akhirnya pengurusan telah diambil alih oleh kerajaan Belanda.
Walaupun begitu, masalah kewangan SHT ini masih tidak berubah dan cara
mengatasinya adalah dengan cara Van Den Bosch iaitu dengan prinsip pemaksaan
kepada petani Indonesia untuk menyumbangkan kewangan kepada kerajaan Belanda.
Oleh kerana dasar
ekonomi tanaman paksa gagal untuk memperbaiki taraf hidup penduduk Indonesia
maka berlaku perubahan dasar kepada dasar Liberal pada tahun 1870. Antara
sebab-sebab perubahan dasar ialah kerana tentangan terhadap sistem Tanaman
Paksa. Perlaksanaan sistem ini tidak pernah ditentang oleh rakyat Jawa walaupun
ianya menyebabkan penindasan yang membawa kebuluran di Pulau Jawa pada tahun
1845-1848. Tindakbalas yang dilakukan oleh orang Jawa adalah dengan
mengurangkan pengeluaran dan sumber buruh. Kesannya, produktiviti menjadi
rendah kerana hasil yang diperolehi menerusi tenaga bebas adalah 3 atau 4 kali
ganda lebih banyak jika dibandingkan dengan tanaman paksa.
Ianya turut berubah
akibat amalan ini ditentang oleh golongan pemodal. Ini kerana meraka mahu
menamatkan sistem monopoli kerajaan dan mahu supaya kerajaan membuka kegiatan
kepada ekonomi bebas. Jadi mereka lebih berpeluang untuk memasuki bidang yang
menguntungkan ini. Bila sistem tajaan Van den Bosch memperlihatkan kemajuan,
golongan pemodal pula turut sama memperlihatkan minat menembusi bidang ini.
Malangnya, Bosch telah menyekat segala bentuk pelaburan bagi pihak swasta di
Jawa. Segala urusan pajakan dan penyewaan tanah kepada golongan swasta dilarang
sama sekali. Oleh sebab itu, mereka mendesak kerajaan Belanda supaya
menggantikan sistem Tanaman Paksa dengan dasar baru yang membolehkan mereka
turut serta.
Perubahan juga berlaku
akibat tentangan daripada golongan liberal. Golongan ini berpendapat bahawa
sistem Tanaman Paksa sudah ketinggalan zaman, sistem ini merupakan satu
penindasan yang kejam terhadap rakayat Jawa. Mereka mengkritik kerajaan yang
mengamalkan dasar ekonomi milik negara dan percaya dasar ekonomi bebas akan
berkeupayaan menghapuskan dasar penindasan terhadap rakyat Indonesia. Menurut
pendapat golongan liberal, kepentingan-kepentingan negeri ibunda (Belanda)
tidak harus didapati dari sistem hak milik tanah persendirian di Jawa atau
membebankan petani Jawa dengan sistem yang menindas itu. Mereka percaya
penindasan dapat dihapuskan melalui “Contemporary Economic Theory” yang mereka
anuti. Keseimbangan dalam membantu rakyat yang miskin. Golongan liberal ini
menegakkan dasar-dasar mereka melalui 2 cara iaitu perjuangan melalui parlimen
dan penulisan.
Sementara itu, kesan
Dasar Liberal yang kurang memuaskan terutama dalam konteks kebajikan rakyat
tempatan telah menimbulkan beberapa reaksi. Oleh itu, menjelang tahun 1900
Dasar Liberal mulai dianggap sebagai ketinggalan zaman dan sudah tidak sesuai
diamalkan di Indonesia. Sebenarnya beberapa reaksi golongan liberal yang muncul
mahukan lebih penumpuan diberikan untuk memperbaiki nasib rakyat tempatan.
Tegasnya mereka mahu Indonesia ditadbir bagi kepentingan kebajikan rakyat
Indonesia sendiri bukan seperti sebelumnya. Maka Dasar Susila (Etika) mula
diperkenalkan.
Abraham Kuyper dalam
suratnya, Ons Program mendesak agar kerajaan Belanda menunaikan tanggungjawab
moralnya dengan memberikan perhatian yang lebih terhadap kebajikan rakyat. Van
Deventer pula menulis “A Debt of Honour” telah membuat tuntutan yang
menggemparkan iaitu menuntut agar Belanda membayar balik segala keuntungan yang
diperolehi sejak sistem tanaman paksa lagi.
Menjelang tahun 1900,
kerajaan Parti Liberal telah kalah. Parti Kristian Demokrat dan Parti Sosial
Demokrat telah menubuhkan kerajaan campuran. Dr. Abraham Kuyper telah dilantik
menjadi Perdana Menteri. Dasar Susila bertujuan untuk memperbaiki kebajikan
rakyat Hindia Timur khususnya Jawa. Dasar ini juga bertujuan untuk memberi
sebahagian daripada kemakmuran yang dinikmati oleh Belanda kepada Hindia Timur.
Dengan kedudukan
Abraham sebagai Perdana Menteri, tentulah hasrat yang disuarakan untuk
memperjuang bangsa Indonesia dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Teras
utama Dasar Susila ialah ke arah memperbaiki keadaan ekonomi dan kebajikan
rakyat. Bertolak dari dasar inilah kita dapati lapangan pelajaran, pertanian
dan perhubungan dipesatAT12kan lagi agar menyentuh setiap sendi hidup rakyat pribumi.
Kesimpulannya,
perubahan dasar yang dijalankan adalah bertujuan untuk menjamin kebajikan
rakyat tempatan agar kehidupan mereka tidak terus tertindas melalui dasar-dasar
yang keterlaluan dan menguntungkan satu pihak sahaja.
Live casino - Play online with free spins No deposit
ReplyDeleteIt is a casino which you can trust 스피드 바카라 with your new account. How 토토 폴리스 to do this? 카드카운팅 Play live casino, you can try 인디언 포커 different games on any device, 토토 배당률 보기 including