JELASKAN SEBAB-SEBAB WUJUDNYA
DASAR EKONOMI TERTUTUP DI SIAM ,
CHINA ,
DAN JEPUN.
Kebanyakan
negara-negara, termasuk Asia Tenggara dan Asia Timur seperti Siam , China , dan Jepun telah mengamalkan
dasar ekonomi tertutup. Dasar ekonomi tertutup ini juga dikenali sebagai dasar
tutup pintu yang mana dijalankan merujuk kepada kuasa dasar yang menghalang
hubungan sesuatu negara itu dengan negara luar merangumi aspek politik, social,
dan ekonomi. Dalam erti kata yang lain dasar ekonomi tertutup ini merupakan dasar
yang dijalankan bagi mengelakkan campurtangan serta kemasukan pengaruh luar.
Sememangnya dasar yang diamalkan telah memberi manfaat kepada ketiga-tiga buah
negara ini. Jadi dasar ekonomi tertutup atau permencilan yang diamalkan
disebabkan oleh kebimbangan China, Jepun, dan Siam akan campurtangan kuasa
barat, tidak memerlukan barang dari luar, untuk menyekat penyebaran agama
kristian, bimbang akan wujud persaingan dalam ekonomi,
pemerintah takut kehilangan kuasa dan untuk menjamin
kedaulatan dan kemerdekaan negara.
Antara sebab dasar permencilan ini diamalkan adalah disebabkan rasa
bimbang negara berkenaan akan canpurtangan kuasa asing dalam politik,
ekonomi, dan social. Kuasa barat sememengnya mempunyai niat untuk mencampuri
urusan pentadbiran negara lain untuk meluaskan pengaruh dan empayar jajahannya.
Lagipun biasanya campurtangan kuasa barat mempunyai muslihat tertentu. Hasilnya
banyak negara di Asia berjaya di takluki akibat kesan campurtangan. Contohnya
kejayaan Spanyol menjajah Filipina akibat dasar buka pintu yang memberi peluang
kuasa barat untuk campurtangan. Jadi dengan mengamalkan dasar tutup pintu dapat
mengekang kuasa barat daripada terus mencampurui urusan dalam negara tersebut.
Selain itu negara seperti China, Jepun dan Siam cuba beralih hanya dengan
menyelesaikan masalah dalaman mereka sendiri. Jika kestabilan wujud sudah tentu
akan menghalang kuasa barat daripada mengambil kesemp-atan diatas masalah yang
timbul.
Selain iti dasar ekonomi tertutup yang diamalkan kerana negara Jepun, China,
dan Siam tidak memerlukan barangan dari barat. Hal ini kerana negara
tersebut hanya mengamalkan sisitemekonomi sara diri. Ekonomi sara diri yang
diamalkan hanya melibatkan urusan perdagangan dan jual beli didalam negara
sahaja.
Keistimewaan negara China, Jepun, dan Siam
sebagai negara yang kaya dengan sumber semula jadi juga menyebabkan
dasar ekonomi tertutup diamalkan. Negara-negara ini merupakan negara pertanian
utama. Contohnya, China yang terkenal dengan pengeluaran teh, sutera, tembaga
dan bijih timah. Siam dan Jepun pula terkenal dengan pengeluaran padi. Jadi
hasil yang diperolehi mencukupi untuk menampung pembangunan negaranya. Dasar
tutup pintu ini dapat menjajikan mereka hidup berdikari tanpa bantuan kuasa
asing.
Seterusnya adalah untuk menyekat agama Kristian. Pada masa yang
sama China, Jepun dan Siam turut bimbang akan pencemaran budaya tempatan akibat
kemasukan budaya barat seperti agama Kristian. Selain itu mereka juga bimbang
agama Kristian akan digunakan untuk menyatukan kaum feudal yang beragama
Kristian oleh kuasa-kuasa barat untuk menjatuhkan kerajaan. Jika kaum feudal
ini bersatu tentu akan wujud pemberontakan yang akan mewujudkan
ketidaksetabilan politik dan akan menggalakkan campurtangan asing. Contohnya di
Jepun mereka menghalau mubaligh-mubaligh dan para pedagang kerana tidak mahu
mereka menyebarkan agama Kristian. Penyebaran ini akan menyebabkan penduduk
tempatan meninggalkan kepercayaan dan adat tradisi mereka selama ini. Ajaran
Kristian juga didapati bertentangan dengan agama Buddha iaitu jalan 3 lapis
mulia dan agama Shintoisme iaitu jalan tuhan iaitu pembersihan dan penyucian
untuk mengelakkan kemusnahan.
Selain iti negara China, Jepun dan Siam turut merasa bimbang sekiranya
mereka membuka laluan perdagangan dengan negara barat akan menyebabkan kuasa
barat memonopoli ekonomi dan mengaut hasil bumi mereka. Sebagai contoh
kuasa asing telah menyebabkan beberapa perusahaan mengalami kemerosotan seperti
perusahaan kain dan pertukangan. Ini telah menambah bilangan penduduk yang
menganggur. Selain itu tindak-tanduk negara barat yang kurang sopan juga
menyebabkan negara seperti Siam tidak mahu menerima barang luar. Saudagar
Hunter telah menjalankan perdagangan secara menyeludup. China turup membatasi
perdagangan dengan barat dengan peraturan seperti tidak boleh menjalankan
perdagangan secara bebas. Namun kuasa barat telah melanggar peraturan tersebut
dan telah merugikan kerajaan China. Jadi dasar tutup pintu ini telah menghalang
monopoli perdagangan barat dan membataskan hubungan antara mereka.
Factor kuasa dan kekuasaan juga
antara sebab dasar permencilan ini diamalkan di Siam, China, dan Jepun.
Golongan pemerintah juga merasa bimbang akan kehilangan kuasa pemerintahan
apabila membuat hubungan perdagangan dengan kuasa barat. Lagipun dari awal
kedatangan kuasa imperialis barat ke Asia amat diragukan keiklasannya.
Contohnya Indonesia, pada awal kedatangan Belanda mereka hanyalah bertujuan
untuk berdagang. Namun apabila mereka telah menjumpai hasil pertanian yang
banyak dan sumber mineral yang dijumpai telah mengubah dasar daripada
perdagangan kepada penjajahan. Apabila belanda berjaya menguasai Indonesia,
golongan pemerintah seperti raja dan pembesar telah kehilangan kuasa mereka.
Maka sebagai langkah berwaspada, negara Siam, Jepun, dan China telah bertindak
lebih awal dengan menghalang hubungan dengan kuasa barat melalui dasr tutup
pintu.
Kesimpulannya,dasar ekonomi tertutup yang diamalkan telah membantu
meningkatkan resputasi positif bagi menghalang pengaruh imperialis barat. Dasar
ini telah menunjukkan kejayaan Jepun, China dan Jepun dalam pemerintahannya
tampa mengharap bantuan kuasa besar lain terutama kuasa barat.
No comments:
Post a Comment