Tuesday, 31 July 2012

NOTA SJH 1106 : SEM 2 PPISMP SEJARAH


PENDIDIKAN DAN BAHASA MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DALAM KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP NASIONALISME. BINCANGKAN.
ZAILAN BIN ABU BAKAR

            Bermula pada abad ke-19, kebanyakan negara Asia telah dijajah oleh kuasa asing disebabkan kepentingan ekonomi dan politik. Penindasan yang dilakukan oleh penjajah ke atas penduduk Asia telah membawa kepada kemunculan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Asia. Kebangkitan nasionalisme ini merupakan satu bentuk kesedaran untuk menebus maruah yang tercemar melalui dasar penjajahan kuasa asing. Semangat nasionalisme ini hampir boleh dilihat di semua negara Asia. Pendidikan dan bahasa adalah dua elemen penting dalam perjuangan menentang penjajah.
            Perkembangan sistem pendidikan telah membantu dalam melahirkan tokoh-tokoh yang berpelajaran. Tokoh-tokoh inilah yang menjadi penggerak kepada gerakan nasionalisme di negara masing-masing. Umumnya, pendidikan memberikan satu rangsangan kepada golongan terpelajar ini untuk mendesak penjajah supaya melakukan anjakan ke atas bangsa yang dijajah. Maka bolehlah dikatakan penerimaan pendidikan oleh tokoh-tokoh ini bertujuan membentuk kekuatan masyarakat terhadap nasionalisme serta melakukan pemodenan ke atas negara. Apa yang pasti gerakan kesedaran tidak akan menonjol jika tiada individu yang memperoleh pendidikan. Ini kerana, kepimpinan menerajui sesuatu gerakan memerlukan seseorang yang berwibawa dari pelbagai aspek.
            Di Filipina, mereka yang menerima pendidikan barat adalah seperti Jose Rizal, Marcelo Del Pilar dan Andres Boritacio. Mereka telah terdedah dengan idea-idea moden seperti demokrasi negara merdeka, yang mana telah menimbulkan kesedaran memperjuangkan negara Filipina berdaulat. Kezaliman serta penindasan yang diamalkan penjajah ternyata mendorong mereka mengatur strategi. Antaranya, Jose Rizal memperlihatkan ketokohan dengan menubuhkan Liga Filipina yang menumpukan perjuangan terhadap pembangunan masyarakat.
            Indonesia – sistem pendidikan penjajah yang diterapkan berjaya menghasilkan tokoh berwibawa seperti Raden Adjeng Kartini, Tjipto Mangunkusomo dan Dr. Mas Wahidin Sudiro yang berperanan membekalkan kepimpinan meniup semangat penduduk menentang penjajahan Belanda. Raden Adjeng menubuhkan sebuah sekolah di Japara untuk anak-anak perempuan pegawai kerajaan. Dr. Mas Wahidin pula telah menjelajah Pulau Jawa untuk berkempen tentang perlunya dibina sekolah di desa. Masing-masing berjuang lantaran diskriminasi yang dikenakan pihak Belanda.
            Pengenalan pendidikan Inggeris di Burma memberi ruang orang Burma mendapatkan ilmu pengetahuan. Contohnya pada tahun 1884, Maktab Rangoon didirikan bagi menyediakan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Calcutta, India. Dengan kesempatan ini berjaya menghasilkan para intelek Burma memimpin gerakan nasionalisme. Mereka ialah Aung San, Thein Pe dan Thi Han yang digelar Thakin.
            Nguyen Hien, Duong Ba Trac, Phan Boi Chau, Phanh Chan Trinh adalah tulang belakang kebangkitan Vietnam. Corak perjuangan mereka berbeza. Phan Boi Chau menyebarkan idea serta pendapatnya melalui berkarya manakala Phan Chan Trinh mengamalkan sifat sederhana dan menentang pemberontakan terbuka terhadap Perancis. Mereka didorongi oleh kezaliman penjajah seperti penindasan cukai dan ketidaksempurnaan pendidikan yang diterima penduduk Vietnam.
            Di China, nasionalisme dicetuskan oleh pelajar yang menerima pendidikan Barat dan Jepun. Mereka adalah Dr. Sun Yat Sen, Lu Hsun dan Lu Shih. Golongan ini tidak berpuashati dengan pemerintahan kuasa imperialisme yang mengamalkan dasar perbezaan terhadap pentadbiran, ekonomi mahupun pendidikan. Terdapat juga tokoh berfahaman komunis seperti Chen Tu-Siu dan Mao Tse Tung. Chen Tu-Hsin menyatakan ideologinya dalam majalah New Youth.
            Pendidikan juga berfungsi sebagai tempat semai nasionalisme di kalangan bangsa terjajah. Kehadiran para cendekiawan membawa makna besar terhadap perjuangan untuk membebaskan negara mereka. Pendidikan memerlukan satu tempat khusus bagi menyampaikan ilmu. Di sini, berlaku satu perubahan di mana tertubuhnya pelbagai institusi pendidikan seperti universiti, sekolah, madrasah dan sebagainya yang digunakan sebagai medium untuk menyampaikan ideologi dalam melahirkan kesedaran masyarakat. Di samping itu, institusi ini berperanan membangunkan pemikiran rakyat yang masih diselubungi sikap kolot, adat-adat mengongkong penduduk dan pelbagai amalan lain yang hanya mencicirkan diri mereka.
            Semasa pemerintahan Amerika Syarikat di Filipina, sebuah suruhanjaya telah ditubuhkan oleh Presiden Mc Kialey iaitu Suruhanjaya Sheurman. Suruhanjaya ini telah mengemukakan cadangan untuk membantu rakyat Filipina menyediakan diri untuk berkerajaan sendiri, dengan pembukaan sekolah permulaan percuma di seluruh kepulauan Filipina. Begitupun, pendidikan yang ada telah mencetuskan semangat nasionalisme di kalangan rakyat Filipina. Mereka menuntut agar diberikan kemerdekaan sepenuhnya kepada Filipina.
            Di Burma, golongan sami Buddha telah menggerakkan nasionalisme peringkat awal. Golongan ini mendalami ilmu pendidikan melalui sekolah agama Buddha. Apa yang mendorong mereka ialah pengenalan pendidikan sekular dan terbinanya sekolah kerajaan dan mubaligh. Ini semua mengakibatkan sekolah agama Buddha merosot. Ramai rakyat Myanmar memahami agama Kristian di samping memperoleh jawatan dalam kerajaan. Tetapi jika dilihat dari satu sudut, pendidikan Baratlah yang menghasilkan golongan cerdik pandai seperti Jose Rizal di mana akhirnya menentang penjajah itu sendiri.
            Sementara Vietnam pula, penubuhan institusi Dong Kinh Nghia Thuc atau sekolah percuma oleh Nguyen, Duong Ba Trac cuba dijadikan sebagai langkah melatih penduduk Vietnam untuk berjuang membela nasib bangsa mereka yang ditindas. Ianya ditubuhkan di Hanoi pada Mac 1907 dengan diawasi Perancis. Selain memberikan pendidikan, sekolah ini juga berperanan sebagai pusat menerbit, menyunting dan menterjemah buku termasuk tulisan Phan Bhoi Chan dan Nguyen Phan Lang. Jelas salah satu teknik untuk menyemai nasionalisme.
            Bagi Indonesia ialah penubuhan stovia iaitu sekolah untuk latihan doktor pribumi. Dengan adanya pelajar yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat dan kawasan, maka tidak hairanlah andainya mewujudkan perpaduan bangsa utuh. Ia telah dijadikan pusat memupuk kesedaran kebangsaan di mana ideologi mereka sama ke arah membebaskan rakyat daripada ditindas. Dalam pada itu, peranan Taman Siswa tidak kurang pentingnya. Ditubuhkan pada tahun 1921 berobjektifkan pendedahan para pelajar dengan budaya sendiri dan melatih pemuda Indonesia untuk percaya kepada dirinya. Oleh itu, mereka yakin akan bangsanya hingga tercetus semangat nasionalisme.
            Keadaan yang sama turut berlaku di China setelah penubuhan Universiti Peking (PEITA). Ia telah memainkan peranan penting dalam mencetuskan semangat nasionalisme. Ini kerana para pelajar telah mendapat inspirasi dari pensyarah masing-masing. Para penuntut universiti banyak mendapat pengaruh  kerana pusat ini bukan sahaja bagi kegiatan belajar malahan tempat kegiatan berpolitik China. Kebangkitan pelajar China dapat dilihat semasa Ts’ai Yuan-P’ei menjadi Canselor PEITA 1916. Pendidikan yang diterima mencetuskan kesedaran bahawa mereka dieksploitasi penjajah.
            Perkembangan nasionalisme di India berkait rapat dengan penubuhan sekolah Hindu pusat di Banares yang kemudiannya dinaik taraf sebagai Universiti Hindu. Institusi ini telah menyelamatkan India daripada penderitaan dengan menghidupkan semula idea-idea agama Hindu purba. Ini telah memberi orang India satu identiti baru. Perpaduan menerusi satu pentadbiran pusat dan perluasan perhubungan dengan berbekalkan pendidikan menggerakkan masyarakat Hindu ke arah kesedaran kebangsaan.
            Setelah bertapaknya kesedaran dalam diri, maka boleh kita katakan peranan pendidikan seterusnya ialah kewujudan parti-parti dan kesatuan penduduk. Kedua-duanya saling berhubungan kerana tanpa kesedaran nasionalisme dalam diri penduduk, maka tidak akan terhasil persatuan yang bangkit menentang penjajah. Lazimnya, bagi golongan intelektual (tokoh-tokoh perjuangan), setelah adanya sentimen patriotik, perasaan itu akan dikumpulkan untuk membantu gerakan nasionalisme dengan lebih teratur dan berkesan. Untuk mencapai objektif ini, maka di sini perlunya sebuah organisasi yang boleh mempengaruhi rakyat. Pertubuhan-pertubuhan ini terdiri daripada aliran politik, agama mahupun sosial.
            Di Filipina, tokoh-tokoh seperti Jose Rizal, M. H. Del Pilar dan lainnya telah menubuhkan persatuan La Associacion Hispano-Filipina dan La Liga Filipina pada 3 Julai 1892 merupakan satu gerakan propaganda tetapi menemui kegagalan. Sementara rakan seangkatannya iaitu Andres Bonifacio, Tedoro Plata dan Ladislao pula menubuhkan Parti Katipunan (KKK) pada 7 Julai 1892. Penubuhan ini dirancangkan atas alasan penindasan dan diskriminasi penjajah ke atas penduduk tempatan.
            Melalui Dr. Mas Wahidin Sudiro dan dibantu Raden Soetomo dan Raden Goanawan, maka terbentuklah pertubuhan yang dikenali sebagai Budi Utomo dalam menggerakkan nasionalisme. Persatuan ini didasari pada perjuangan untuk memajukan kehidupan orang Jawa dan Madura dalam bidang pendidikan, pertanian, industri dan perdagangan. Ahli kelab pendidikan Bandung juga menubuhkan Parti Nasional Indonesia (PNI) pada 4 Julai 1927 di bawah pimpinan Sukarno yang bertujuan mencapai kemerdekaan Indonesia dari pihak Belanda.
            Manakala di Myanmar pula, pendidikan agama Buddha yang kian merosot mengakibatkan sekumpulan peguam muda dari Universiti Rangoon menubuhkan persatuan YMBA dengan menggunakan slogan “Buddha Penyelamat Kita dan Raja”. Ini adalah ekoran daripada pengenalan sistem pendidikan sekular Barat di samping isu kasut turut menjadi pemangkin kepada nasionalisme Myanmar pimpinan seorang radikal iaitu U Thein Maung. Kemunculan golongan Thakin telah mengambil alih gerakan ini. Tokoh seperti Aung San, U Nu Thien Pe dan Thi Han bertindak mewujudkan persatuan Dobama dan Liga Pemuda Myanmar. Mereka bermatlamat serupa iaitu menuntut kemerdekaan.
            Perjuangan oleh tokoh pendidikan Vietnam seperti Phan Boi Chan dan rakan-rakan lebih tersusun setelah menubuhkan persatuan Buy Than Hoi atau persatuan pemodenan. Sementara itu, dasar mempercayai kerjasama dengan penjajah dapat menyelesaikan masalah maka seorang pemimpin bernama Bui Quang Chien telah membentuk parti perlembagaan yang menuntut reformasi pentadbiran, soal keadilan, taraf hidup penduduk dan pendidikan. Perjuangan menuntut kemerdekaan adalah tidak begitu jelas. Pendidikan yang dimiliki juga membolehkan penubuhan Parti Kebangsaan Vietnam atau VNQDD 1927 di bawah pimpinan Nguyen Thai Hoc. Antara lain perjuangan bermotifkan mendapatkan kemerdekaan secara ektremis iaitu melalui kekerasan.
            Sementara di China, pendidikan yang dimiliki oleh Dr. Sun Yat Sen membolehkannya menubuhkan persatuan nasionalisme tetapi menemui jalan buntu. Kegagalan beliau dalam usaha pertama menarik golongan rakyat ke arah nasionalisme moden tidak mematahkan semangatnya. Oleh itu jika kita lihat, beliau kemudiannya mewujudkan Revive China Society, Tung Meng Hui dan Knomintang (KMT). Jikalau diamati, jelasnya perjuangan ke atas pengusir penjajah tidak begitu ketara sebaliknya lebih kepada usaha menyingkirkan kerajaan Manchu. Sementara tokoh berfahaman komunis pula seperti Chen Tu Shin, Li Ta-Chao dan Mao Tse Tung membina parti komunis China (PKC) kerana melihat parti bercorak sederhana gagal mencapai matlamat.
            Siswazah-siswazah di Universiti Calcutta juga telah mengasaskan sebuah pertubuhan kebangsaan bagi kemajuan moral dan politik negara ibunda mereka, dengan itu terbentuklah Kongres Kebangsaan India. Ia mewakili pendapat orang India di seluruh negara yang tidak berpendidikan dan melindungi kepentingan mereka. Mereka ini sangat pintar dan sedar akan keperluan masyarakat seluruh India serta lebih faham akan masalah yang dihadapi daripada kerajaan British.
            Peranan pendidikan agam juga tidak boleh diketepikan iaitu merupakan teras kepada nasionalisme tempatan. Kita tidak dapat nafikan aspek ini kerana kedatangan kuasa asing membawa perubahan dalam sistem pendidikan tradisional (diganti pendidikan sekular). Penjajahan ini telah meningkatkan kemarahan untuk mengusir penjajah. Di China contohnya, pendidikan yang diamalkan tertumpu kepada ajaran confucianisme, Taoisme dan Buddhisme. Banyak sekolah dan kuil dibina serta telah memberi kesan mendalam terhadap corak pemikiran masyarakat China. Kedatangan Barat menyebabkan pendidikan agama semakin merosot peranannya. Sistem pendidikan Barat yang diperkenalkan membolehkan pembinaan gereja dan ramai orang China dikristiankan. Atas sebab-sebab ini berlaku penentangan-penentangan.
            Keadaan yang sama juga berlaku di Burma. Sistem pendidikan agama Buddha pada awalnya bertapak kukuh, lengkap dan sesuai dengan keadaan setempat. Namun, pengaruhnya ajaran agama orang Burma dan kuil mulai longgar kerana British telah menghapuskan pengaruh istana sebagai pusat perkembangan agama dan kebudayaan Burma. Akibatnya, golongan sami dan guru-guru tradisional tidak lagi dipandang tinggi dan berlaku kemasukan orang India bagi menjawat jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.
            Selain itu, sekolah aliran confius juga telah memainkan peranan yang penting dalam mencetuskan kesedaran nasionalisme. Ini kerana ajaran confiusme seperti doktrin “mengelak daripada perkara benar dan adil adalah curang dan penakut” telah menanamkan sifat berani untuk menegakkan kebenaran dalm diri masyarakat Vietnam. Ini telah mencetuskan nasionalisme kerana penjajah Perancis tidak berlaku adil dalam pemerintahan. Maka berlaku gerakan mangusir Perancis dari Vietnam.
            Dengan tertubuhnya pelbagai institusi pendidikan, secara tidak langsung membawa kepada perkembangan bahasa. Penggunaan bahasa amat penting di mana penyeragaman perlu bagi membolehkan segala maklumat disampaikan ke seluruh wilayah. Ini kerana bahasa merupakan elemen penting untuk mewujudkan kesepaduan ke arah nasionalisme. Setiap kali kita membincangkan nasionalisme, pasti tergambar di dalam fikiran kita akan diskriminasi yang dilakukan penjajah. Maka dengan itu, perkembangan bahasa boleh dilihat dari dua sudut. Pertama; perkembangan bahasa penjajah dan kedua; perkembangan bahasa tempatan.
            Konteks pertama antaranya negara China. Penjajahan yang dilakukan oleh kuasa Barat menyebabkan sistem pendidikan sekolah diwawarkannya semakin bertapak kukuh. Di sini berlaku perkembangan bahasa penjajah. Aspek ini boleh dilihat apabila Kerajaan Manchu, China telah menggalakkan para pegawai mempelajari tamadun Barat terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan termasuk bahasa asing. Beberapa buah maktab bagi mempelajari bahasa asing telah ditubuhkan. Contohnya, Tung Wen Kuan (1862), maktab-maktab bahasa asing di Shanghai (1863), Canton (1864) dan FooChow (1866).
            Perkara yang sama turut melanda Filipina. Ini terbukti apabila kerajaan Sepanyol berjaya menyatukan Filipina melalui bahasa Sepanyol walaupun terdapat bahasa tagalog dan Inggeris. Bahasa Sepanyol diajar dan menjadikan gereja-gereja serta sekolah mubaligh sebagai pusat pendidikan. Hasilnya, ramai cendekiawan seperti Jose Rizal, Marcelo Del Pilar dan Juan Lona yang akhirnya bangkit menentang penjajah.
            Sementara di Burma, penggunaan bahasa Burma di kalangan masyarakat semakin merosot dan tidak begitu penting ekoran daripada perubahan yang dilaksanakan pihak British ke atas sistem pendidikan Burma. Sebaliknya, penggunaan bahasa Inggeris makin hari makin pesat dengan terbinanya sekolah-sekolah aliran Inggeris.
            Lain pula halnya di Indonesia. Bahasa Melayu telah bertindak sebagai bahasa rasmi dalam segala urusan termasuk pentadbiran. Perkembangan ini bertitik tolak daripada kelemahan pihak belanda kerana membenarkan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Sikap angkuh Belanda membawa padah kerana penggunaan bahasa yang sekata di seluruh wilayah Indonesia membolehkan penyebaran mesej-mesej berunsurkan nasionalisme dengan mudah sampai ke pengetahuan masyarakat. Akhirnya, dapat kita perhatikan berlaku penentangan seperti pemberontakan dan peperangan untuk mengusir Belanda.
            Dalam pada kita membincangkan soal pendidikan, seperkara lagi yang perlu kita ketahui ialah aspek bahasa di mana bahasa juga dijadikan sebagai lapangan untuk memperjuangkan nasib penduduk Asia yang dihimpit penjajah. Melalui bahasa, pelbagai maklumat dan pengetahuan tentang perjuangan dapat disebarkan. Sekiranya bahasa itu sukar difahami, sudah tentu mesej perjuangan yang cba disampaikan mengahadapi masalah.
            Justeru, bolehlah dikatakan bahawa bahasa berperanan sebagai alat komunikasi dan pertuturan. Pada amnya, penduduk sesebuah negara yang dijajah memiliki bahasa tersndiri sebagai perantaraan perhubungan. Di Indonesi misalnya, berjuta-juta penduduknya berkongsi dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi utama walaupun dari segi kedudukan geografinyaagak sukar dipercayai. Dengan ini, segala penyampaian ideologi nasionalis dapat difahami dengan mudah malah penduduk boleh bertukar-tukar pandangan tentang gerakan kesedaran kebangsaan.
            Bagi India pula, bahasa Inggeris digunapakai malahan turut diseragamkan di mana ini membolehkan pelbagai kaum berinteraksi sesama mereka. Sebelum ini, pelbagai kaum yang berbeza-beza di India menggunakan bahasa daerah atau loghat mereka sendiri. Penggunaan bahasa yang sama di semua peringkat memudahkan pendedahan orang India kepada ideologi-ideologi politik dan perkembangan semangat nasionalisme.
            Di China, pengenalan bahasa Kuo Yu atau bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar telah memainkan peranan penting dari aspek berkomunikasi. Rakyat lebih mudah berurusan tanpa dibelenggu masalah pertuturan lagi. Ini krana masyarakat China sememangnya dikenali kerana memiliki pelbagai pertuturan seperti Kantonis, Hokkien dan sebagainya. Penggunaan bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi telah dijadikan pemudahcara dalam penyebaran maklumat sesama golongan nasionalis.
            Seperti yang kita sedia maklumi, sesebuah negara terdiri daripada beberapa wilayah atau daerah yang memisahkan mereka. Sudah tentu wujud perbezaan ketara samada dari segi agama, budaya, bahasa dan ini sekaligus menyukarkan usaha menggerakkan semangat nasionalisme. Justeru, penggunaan bahasa yang seragam tidak dinafikan mampu mengikat perpaduan di kalangan penduduk. Ini kerana mereka berkomunikasi, bertukar pandangan dan akhirnya bergerak seiringan ke arah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.
            Sebagai contoh di Indonesia. Daripada segi geografinya, ia terdiri daripada beribu-ribu pulau dan memiliki pelbagai bangsa dan budaya. Namun atas konsep rumpun Melayu dan bahsa Melayu, maka kepulauan-kepulauan tersebut dijadikan sebuah entiti politik. Apa yang penting ialah penggunaan bahasa Melayu telah berjaya mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk di samping memberi kesedaran kepada mereka tentang masalah penjajahan Belanda ini. Idea Melayu Raya atau Indonesia Raya adalah contoh terbaik memperlihatkan perpaduan bangsa Indonesia.
            Di India, bahasa penjajah atau bahasa Inggeris memainkan peranan sebagai alat untuk menyatu padukan rakyat yang bertutut dalam pelbagai dialek. Tindakan penjajah ini yang menjadikan bahasa Inggeris adalah bahasa rami membantu perkembangan nasionalisme. Ini kerana penggunaannya yang meluas di kalangan rakyat India membolehkan pelbagai kaum berkomunikasi dan bertukar-tukar makluamt melalui bahasa yang difahami semua. Ia juga dapat memecahkan kecenderungan sempit dan semagat kewilayahan yang selama menghalang kesedaran kebangsaan di kalangan orang India.
            Bahasa juga dilihat sebagai lambang identiti atau menunjukkan sesuatu bangsa itu. Hal ini boleh ditinjau di negara Vietnam. Pengenalan sistem tulisan quoc-ngu iaitu tulisan yang dicipta mubaligh Katolik pada abad ke-17 telah memudahkan pembacaan dan pembelajaran bahasa Vietnam. Tulisan ini mudah dipelajari dan mampu memperkanal dan menterjemah perkataan Barat. Oleh itu, tulisan ini yang mempunyai banyak kelebihan telah menjadi lambang kemegahan Vietnam. Ini kerana bahasa telah dapat dipermudah dan difahami. Dengan adanya tulisan baru serta berjaya mencetuskan kesedaran masyarakat.
            Kesimpulannya, penjajahan kuasa-kuasa Barat ke atas negara-negara Asia serta penindasan dan diskriminasi yang dilakukan telah membuka mata rakyat agar berjuanag mendapatkan semula hak kebebasan daripada belenggu penjajah. Walauapapun, pendidikan dan bahasa merupakan dua kombinasi penting dalam mencetuskan kesedaran masyarakat terhadap nasionalisme.

NOTA KESAN-KESAN PENJAJAHAN (SJH1106)


NYATAKAN DAN HUJAHKAN KESAN-KESAN PENJAJAHAN TERHADAP
MASYARAKAT PRIBUMI DI ASIA.

SITI FATIMAH  BT MUHAMMAD


    Kedatangan penjajah Barat ke Asia pd abad ke-19 adalah bertujuan utk mendapatkan bahan-bahan mentah yg diperlukan,menguasai kawasan-kawasan yg menjadi sumber bahan mentah dan menguasai pentadbiran tempatan spy penguasaan ekonomi akan terus kekal.Semua aspek ini tlh memberikan kesan ke ats Asia Tenggara,Asia Timur dan Asia Selatan dr segi politik,ekonomi dan sosial.Kesan drpd kehadiran Barat di negara-negara Asia ialah perubahan dlm kehidupan masyarakat di rantau ini.Perubahan ini bukan setakat perubahan dlm status atau taraf negara tersebut m’jadi negara jajahan tetapi juga perubahan yg ketara tlh berlaku dlm bidang politik,ekonomi dan sosial.
    Salah satu aspek yg mengalami banyak perubahan kesan penjajahan kuasa Barat ialah dlm bidang pentadbiran.Di India,perubahan dlm bidang pentadbiran tlh berlaku sblm abad ke19 lagi.Secara umumnya,pemerintah British di India tlh meletakkan Gabenor Jeneral atau wizurai sbg pemerintah British di India.Wilayah-wilayah India pula tlh dipecahkan kpd bbrp bahagian pentadbiran spt bahagian dan daerah.Tetapi menjelang
abad ke 20 gol.nasionalisme India mula menuntut hak berkerajaan sendiri.Ini menyebabkan Reformasi Morley Minto diperkenalkan pd 1909.Melaluinya,sistem pentadbiran India tlh berubah sekali lagi pd 1919 yg dibuat oleh Laporan Montagu Chelmsford pd 1918 dan seterusnya m’bawa kpd Akta Kerajaan India pd 1935.Hal ini tlh mewujudkan sistem persekutuan kuasi dgn 2 dewan legislatif pusat iaitu Majlis Negara dan Dewan Perhimpunan.
    Di Burma pula,sistem pentadbiran asalnya adlh b’dsrkan institusi perajaan.Walaubagaimanapun,pd abad ke 19 British tlh m’hapuskan institusi pentadbiran raja di Burma.Ini terbukti apbl Raja Thibaw tlh dibuang negeri.Antara thn 1897 dan 1942 pula,pemerintah British tlh melakukan perubahan dlm sistem pentadbiran di Burma.Pihak British tlh mengubah sistem pentadbiran sejajar dgn meletakkan kuasa kpd krjn British dan tidak lagi kpd individu tertentu.Dgn itu pd thn 1923,sistem dua lapis dan majlis legislatif separa dipilih tlh diperkenalkan.
    Di China sistem pentadbiran adlh bertunjangkan kpd sistem pemerintahan maharaja.Maharaja diletakkan sbg ketua krjn dan negara serta dilantik b’dsrkan keturunan maharaja.Namun,kehadiran kuasa Barat tlh m’bawa perubahan kpd sistem pentadbiran China.British tlh m’perbaiki institusi kemaharajaan,maharani Dowager Tzu-His tlh menyusun semula sistem pentadbiran kemaharajaan China utk disesuaikan dgn situasi semasa.Kementerian-kementerian tlh diwujudkan bg m’gantikan Lembaga Enam dan Tsungli Yamen.Akhirnya sistem kemaharajaan tlh digantikan dgn sis. Pentadbiran Republik pd 1912.Ketua krjn China juga tlh digantikan dgn Presiden.Seterusnya sis.kabinet tlh diperkenalkan dan diketuai oleh Perdana Menteri.Sistem demokrasi juga tlh digunakan bg m’beri ruang kpd penduduk China memilih wakil mrk dlm Dewan Rendah dan Dewan Tinggi.
    Kesan penjajahan dlm aspek politik juga dpt dilihat terhadap unsur kuasa dan kekuasaan.Akibat penjajahan oleh kuasa-kuasa Barat tlh m’berikan kesan yg mendalam terhadap kekuasaan waris-waris raja yg tidak boleh menuntut hak slps kematian raja berkenaan.Mrk tidak dibenarkan menaiki takhta krjn ats bbrp alasan dan pengaruh kuasa luar yg amat kuat.Hal ini dpt dilihat sbg contoh di Indonesia .Nipo Negoro atau Pangeran Anta Wiria iaitu pitera sulung Amangku Buwono 3 dr Jogjakarta tlh menerima nasib sedemikian.Beliau tidak dibenarkan menaiki takhta krjn Jogjakarta utk m’gantikan ayahandanya stlh baginda wafat pd thn 1814.Sebaliknya putera yg lbh muda iaitu Djarot tlh dilantik m’jadi raja Jogjakarta oleh Raffles yg memerintah Jawa pd ketika itu.Djarot menaiki takhta dgn gelaran Amangku Buwono 4 pd thn 1814.Ini b’makna Dipo Negoro yg lbh tua tlh diketepikan ats alasan ibunya bukan seorang b’keturunan diraja.Walau bagaimanapun utk memujuknya Raffles tlh m’janjikan takhta krjn itu apbl Djorat mangkat kelak.Namun segalanya tidak b’laku apbl Djorat mangkat pd 1822 krn Belanda di bwh pemerintahan Baron Van Der Capellan tlh melantik pula anak Djorat sblknya Dipo hanya dilantik sbg penasihat pemerintah sehingga putera Djorot itu m’capai umur 21 tahun.
    Selain itu,penentangan yg dilakukan oleh msykt pribumi juga merupakan satu lagi kesan penjajahan dr segi politik.T’dpt bynk penentangan yg dilakukan oleh msykt tempatan apbl kuasa Barat mula masuk campur dlm hal ehwal politik tempatan.Di Indonesia,pemberontakan demi pemberontakan tlh meletus.Penentangan t’hdp Belanda yg paling b’kesan ialah Perang Jawa yg b’laku antara thn 1825-1830.Perang ini b’laku disbbkan perasaan tidak puas hati msykt tempatan t’hdp dasar-dasar Van Der Capellan spt p’batalan kontrak sewa tnh,pengenaan cukai,perasaan t’singgung Dipo Negoro dan lain-lain lagi.
    Di China pula,tlh meletus Pemberontakan Boxer yg b’laku antara thn1899-1900. Pemberontakan ini b’tujuan utk mengusir keluar org asing dan m’bunuh org Cina yg memeluk agama kristian.Pemberontakan ini meletus akibat perasaan tdk puas hati org cina dgn kuasa barat yg tlh m’ceroboh negara cina sejak p’tengahan abad ke 19 lagi.Ini ditambah dgn kekalahan cina dlm Perang Candu1dan 2.Bukan itu shj malahan kedatangan kuasa barat tlh menyebabkan permintaan t’hdp brgn tmptn tlh merosot.Penyebaran agama kristian pula merupakan faktor meletusnya Pemberontakan Boxer.
    Manakala di India,akibat p’bahagian wilayah India oleh British pd abad ke 19 tlh menimbulkan perasaan tdk puas hati di klgn mskt tmptn.Perasaan tdk puas hati semakin b’tambah apbl Gabenor Jeneral India tlh melaksanakan p’baharuan dlm bidang sosial,politik dan kebudayaan.Perasaan benci dan tdk puas hati tlh menyebabkan t’cetusnya Dahagi India pd 1857.Dahagi India merupakan p’berontakan tentera atau sepoi menentang pemerintahan di India.
    Seterusnya,penjajahan juga turut meninggalkan kesan t’hdp aspek ekonomi.Di Burma,ini b’laku krn dasar ekonomi British turut menekankan keuntungan dan komersilisasi.Dsr British ini m’babitkan penyertaan mskt tmptn scr proaktif dlm sektor ekonomi.Gol.petani tlh mula m’gunakan alat-alat p’tanian yg lbh baik dan teknik-teknik p’tanian moden.British juga turut m’amalkan dsr ekonomi bebas yg tlh m’bawa perubahan besar t’hdp p’kembangan eko.Burma.Melaluinya,pdn beras tlh meningkat dan padi m’jadi tanaman utama di Burma.Walaupun begitu kedudukan petani Burma tdk bnyk b’ubah dan masih lagi hidup dlm kemiskinan.Inikrn dsr British di Burma adlh utk memaksimumkan keuntungan.
    Di Asia Timur pula,p’kembangan ekonomi di China dan Jepun pd abad ke 19 dan awal abad ke 20 tlh memaparkan p’bezaan yg amat ketara.Inikrn pengaruh barat di cina tdk m’bawa kesan besar kpd sektor ekonominya.Hal ini amat b’beza dgn Jepun.Jepun semasa pemerintahan Meiji tlh m’jlnkan dsr buka pintu serta m’ambilkira sistemyg diamalkan oleh barat sama ada sis.eko.politik mahupun sosial.Sis.eko. Jepun mula b’ubah apbl sektor p’tanian mula menerima kemasukan elemen baruyg diambil dr barat.Selain itu sektor p’industrian turut dimajukan.Kapal yg m’ikut model barat tlh dibina pd 1855 dan pusat p’binaan kapal di Yokosuka tlh dibuka pd 1865 dgn bantuan kewangan Perancis.
    Selain itu,kesan p’jajahan juga adlh dlm aspek sosial iaitu p’bentukan mskt majmuk.Di Filipina,hal ini b’laku akibat drpd penaklukan Sepanyol yg tlh m’percepatkan pdgn geliong ant.Filipina dan Mexico.Pdgn m’jadi tumpuan utama krn tiada ldg-ldg rempah disini.Ini menyebabkan ramai org cina yg m;jlnkan pdgn dga Filipina.Lama-kelamaan mrk tlh menetap terus dan m’jadi sumber ekonomi Filipina yg ptg.Kemasukan org Sepanyol beramai-ramai juga tlh menambahkan bil.pddk Filipina.
    Seterusnya penjajahan barat juga turut m’berikan kesan kpd sistem pendidikan di negara-negara asia.Pendidikan asal msykt asia tlh b’ubah kpd corak pemikiran barat dan banyak sekolah-sekolah sekular yg b’asaskan barat tlh dibina.Di China,akibat p’jajahan p’didikan msykt yg b’asaskan ajaran Confunisme,Taoisme dan Buddhaisme tlh dihapuskan.Pihak gereja tlh m’bina sek.sekulardan m’ajar sis. M’baca,menulis dan mengira cara barat bg m’gantikannya.Di India pula,sis.p’didikan tradisional mula t’cabar dan diganti dgn p’didikan barat.Walaupun begitu sist. Ini m’jadi lembap krn kekurangan wang,kakitgn,bangunan dan bhn pengajaran.Manakala di Indonesia,p’didikan barat tlh m’amalkan diskriminasi sosial.Ini t’bukti apblBelanda m’perkenalkan p’didikan barat kpd gol.bangsawan shj.
    Kesan p’jajahan yg berikutnya ialah dlm p’gunaan bahasa.Di India,bhs Inggeris tlh dijadikan satu alat p’paduan diklgn org India yg b’kurun lamanya b’pecahbelah akibat p’bezaan agama,bangsa, dan wilayah.Di Indonesia pula,Belanda tlh m’jadikan bhs Melayu sbg bhs kebangsaan dgn m’galakkan org Indonesia m’gunakan bhs melayu dlm p’tadb.dan interaksi diklgn mrk.Manakala di China,p’jajahan barat tlh m’perkenalkan bhs  Kuo Yu atau bhs Mandarin sbg bhs pengantar yg tlh menyatukan msykt cina.
    Kesan yg t’akhir ialah dlm aspek agama.Penyebaran agama kristian dr Barat adlh dianggap b’tentangan dgn agama msykt pribumi.Di China,penyebaran agama kristian tlh m’cemarkan kebudayaan asal org cina.Mrk yg memeluk agama ini enggan b’campur dgn org cina bukan kristian dan m’anggap diri mrk lbh b’darjat tinggi.Di India pula,penerapan agama ini tlh menyebabkan org india menyoal kesahan idea dan tradisi lama sehingga mrk m’jadi kritikal dgn keperc.karut dan dongeng.Manakala di Filipina,penyebaran agama kristian tlh m’bantu mrk melahirkan perasaan kebangsaan.
    Kesimpulannya,kedatangan kuasa Barat ke Asia dlm bentuk p’jajahan tlh banyak meninggalkan kesan sama ada dlm aspek politik,ekonomi mahupun sosial msykt tmptn di Asia.Masyarakat Asia juga tlh banyak m’alami perubahan yg m’berikan kesan positif mahupun negatif kpd kehidupan mereka pd waktu itu.

NOTA SEM 2 PPISMP SEJARAH


NILAIKAN PERBANDINGAN PERANAN TENTERA DI BURMA, JEPUN
DAN SIAM.

SITI FATIMAH MUHAMMAD.

     Umumnya,kekuatan ketenteraan adlh amat penting bg m’perlihatkan ciri sebuah negara yg aman dan bebas dr cengkaman penjajah.Organisasi ketenteraan lazimnya merujuk kpd jenis-jenis tentera yg mengepalai sesuatu peperangan.Di Asia,peranan yg dimainkan oleh tentera adlh amat penting bg m’bebaskan diri dan negara dr kuasa imperialisme barat.Hal ini dapat dilihat di Burma,Jepun dan Siam.Tentera di Burma,Jepun dan Siam b’peranan penting didalam m’perjuangkan hak dan keadilan rakyat.Tentera dianggap sbg pihak yg konservatifkrn m’gunakan kuasa yg dimiliki utk kepentingan masing-masing di dalam negara.
     Di Burma,peranan penting tentera dpt dilihat dlm aspek m’perjuangkan kemerdekaan pd zaman Jepun dan seterusnya.Pihak tentera mula mengukuhkan kuasa melalui Pertubuhan Minami Kikan yg dianggotai oleh komred 30 iaitu nasionalis tempatan.Minami Kikan tlh ditubuhkan pd Feb.1941 dan ia b’tujuan utk menutup jalan Burma-China.Komred 30 ini kemudiannya dijadikan pasukan tentera kemerdekaan Burma (BIA) pd Dis.1941.Slps thn 1942,anggota tenera ini memainkan peranan penting dlm m’perjuangkan kemerdekaan pd zaman Jepun dan seterusnya.Antara pemimpin BIA yg terkenal adlh Aung San,Ne Win dan Yan Naing.Semasa pendudukan Jepun,BIA tlh ditolak olh tentera Jepun menyebabkan Ba Maw (perdana menteri)Burma pd ketika itu menubuhkan Tentera Pertahanan Burma bg m’gantikan BIA.Ba Maw yg menyokong Jepun tlh m’gunakan Tentera Pertahanan Burma utk m’adakan rangka kerjasama dgn tentera Jepun bg m’perbaiki ekonomi petani Burma tapi ditentang msykt.Ekoran itu,rampasan kuasa olh tentera diadakan pd 1962.
     Dlm peranannya utk m’capai kemerdekaan dan m’bentuk krjn,Barisan Pemberontakan Rakyat,komunis dan Tentera Pertahanan Burma tlh m’bentuk Liga Pembebasan Rakyat Burma Anti Fasis (AFPFL).Pertubuhan ini dibentuk bg m’halau Jepun keluar dr Burma.         
Kebanyakan ahlinya adlh t’diri drpd anggota tentera.B’ikutan penyertaan tentera yg ramai ke dlm AFPFL,mk proses m’capai kemerdekaan dan m’bentuk krjn dpt dilakukan.Dengan ini Burma tlh diiktiraf kemerdekaannya (pd Jan. 1948).Pihak tentera berjaya mengukuhkan kedudukannya dlm krjn apblberunding dgn pihak British bg m’berikan kemerdekaan Burma melalui Perwakilan Majlis Mesyuarat Kerja Burma yg diketuai oleh Aung San (pemimpin AFPFL).
     Peranan tentera di Burma yg seterusnya adlh utk menguasai negara.Ini berlaku apbl AFPFL mula b’tapak dlm krjn apbl memenangi pilihanraya pd bln April.Kemenangan ini tlh menimbulkan perasaan tdk puas hati di klgn p’berontak iaitu pihak komunis dan puak karen.Dgn ini p’berontakan tlh diadakan di kwsn pertanian.Ekoran drpdnya,pilihanraya antara thn 1951-Feb.1952 tlh diadakan.AFPFL tlh m’dpt undi t’banyak (lbh 80% drpd .235 kerusi dlm Dewan Rendah Rampasan Kuasa. Perebutan kuasa ant. Pemimpin AFPFL iaitu U.Ba Swee,U.Kyaw Nyein & Thakin Tin tlh m’beri peluang kpd pihak tentera utk menguasai negara.Pd Okt 1958-Feb 1960,Jeneral Ne Win b’kuasa di mana p’tadb.nya adlh dibwh satu parti,demokrasi sosialis dan dsr yg b’kecuali.Ini b’maksud pentadb.b’pusat,b’sistem demokrasi sosialis dan amalan dsr luar yg terhad.
     Seterusnya,di Burma juga tentera b’peranan dan b’kuasa m’betulkan keadaan huru-hara dan ideologi melampau dlm ekonomi.Contohnya pd 1971,Parti Program Sosialis Burma (PPSB) b’setuju menerima prinsip sosialis sbg teras ekonomi negara,msykt demokratik sbg asas perpaduan negara,persamaan ras dan perpaduan kebangsaan sbg dsr penting krjn.Kesempatan ini tlh digunakan olh rejim tentera utk mewujudkan negara sosialis yg demokratik.B’ikutan itu,satu perlembagaan baru tlh digubal olh pegawai kanan tentera bg rakyat m’berikan pendapat.
     Antara thn-thn 1956 dan 1962 pula,peranan tentera didalam politik Burma tlh b’ubah sedikit demi sedikit.Anggota-anggota tentera di bwh krjn sementara tlh m’ambilalih tugas-tugas pentad.penting dan m’buat polisi yg m’berikan individu-individu tertentu pengalaman yg luas dan keyakinan utk m’tadbir scr ekonomi dgn cekap.Melalui alat-alat publisiti rasmi iaitu suratkhabar dan tindakan-tindakan persendirian,pihak tentera tlh menunjukkan yg mereka adlh sbg satu pucuk pimpinan yg kuat,jujur dan cekap sbg ganti kpd pemimpin parti politik.Antara thn-thn 1960 dan 1962,mrk tlh menekankan pengaruh ptg ke ats polisi awam dan aktiviti krjn melalui akt.ekonominya yg b’panjangan dlm Institut Perkhidmatan Pertahanan dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Burma (PPEB).Pd Mac 1962,pemimpin-pemimpin kanan drpd ketiga-tiga bhgn pasukan tentera tlh b’satu m’gulingkan krjn awam dan tlh m’ambilalih kesemua kuasaiaitu perundangan,pentadbiran dan kehakiman.
     Di Jepun pula,pihak tentera mengasai pentadbiran dlm dan luar negara.Tentera darat dan laut tlh m’gunakan kuasanya utk m’gulingkan pemerintah dgn m’bunuh bekas menteri kewangan (Inounye) pd 9 Feb.1932.Kedudukan maharaja tlh t’jejas b’ikutan campurtgn pihak tentera.Dgn itu maharaja tdk dpt m’jlnkan pentad.negara dgn sepenuhnya krn sgl keputusan maharaja mesti dirujuk kpd tentera t’lebih dahulu.Melalui hak yg dimiliki oleh Ketua Turus Agung serta menteri Perang dan Hal Ehwal Laut tentera m’berikan kesempatan kpd mrk utk menemui maharaja.Perjumpaan itu tlh m’ganggu dan mengongkongkehidupan maharaja.
     Selain itu,tentera turut meluaskan peranannya dlm pertubuhan kakitgn awam.Melalui peluasan t’sbt,pihak tentera tlh m’gunakan peluang itu utk menyebarkan fahaman tentera dan menyeru kakitgn awam menyertai angkatan awam tentera.B’ikutan itu,pertubuhan separuh entera tlh ditubuhkan di Jepun.
     Seterusnya, tentera di Jepun juga tlh  b’peranan undang-undang kerahan, Undang-undang ini menyatakan bhw pemuda yg tlh b’umur 20 thn b’tugas scr aktif slm 3 thn & b’khidmat sbg askar simpanan sehingga b’usia 30 thn. Slps thn 1937, nasib gol. Tentera dlm politik Jepun lbh t’jamin. Hal ini t’bukti apbl undang-undang Kerahan Alatan Perang di luluskan & eko. Jepun b’ada di bawah kuasa tentera. Pd ktk itu, bil. Tentera yg m’anggotainya tlh meningkat. Di ant. Pegawai tinggi yg m’anggotai Majlis T’tinggi ialah Panglima Muto,Araki,Mazaki,Hayashi.
     Di samping itu, gol tentera Jepun tlh b’usaha utk menguasai pemerintahan. Ini t’jadi apbl b’lakunya kegagalan Perdana Menteri Wakatsuki & Inukai mengawal srt menyekat kegiatan  p’luasan kuasa di Manchuria yg melambangkan bhw gol tentera tlh mula menguasai arena politik & dsr luar Jepun m’jelang 1930-an. Seterusnya gol tentera tlh m’pebesarkan kempen mrk utk m’hapuskan ahli-ahli politik b’fahaman sederhana. Kempe-kempen t’sbt tlh m’dpt sokongan gol ultra nasional & mrk yg b’fahaman Fasis. Di awal thn 1930-an pula, bbrp p’cubaan tlh di buat oleh pegawai-pegawai tentera yg  radikal utk merampas kuasa & rancangan utk menubuhkan krjn tentera di bwh Jeneral Ugaki( Menteri Perang ).                                                                                                      
     Manakala di Siam,pd 24 Jun 1932 tlh menyaksikan b’mulanya era b’perlembagaan iaitu tentera b’peranan dan b’kuasa dlm krjn.Slps revolusi 1932,bentuk parti rakyat tlh b’tukar drpd sebuah kump.kecil dan tdk b’pengaruh kpd sebuah parti pemerintah.Bbrp hari slps revolusi pula,Siam tdk m’punyai krjn awam.Hal ini tlh menyebabkan Siam diperintah olh junta ketenteraan yg t’diri drpd kolonel Phya Phanol,Kolonel Phya Song dan Kolonel Phya Ritthi yg merupakan pemimpin Parti Rakyat yg m’ambil tugas Pengawal Ketenteraan Negara.Pihak tentera tlh m’gunakan Parti Rakyat bg m’jalankan pentadbiran.Pemansuhan sistem monarki mutlak tlh m’bawa kpd amalan demokrasi.Sistem demokrasi itu pula tlh memansuhkan kuasa raja.Parti rakyat tlh menguasai stp kptsn dan tindak tanduk raja serta m’hapuskan kuasa veto yg dimiliki oleh raja.
     Selain itu,pihak tentera Siam juga b’peranan dlm krjn melalui penguasaan tentera darat dan laut.Kumpulan pimpinan Phya Manopakorn tlh menguasai pentad.krjn dgn mengawal Masjl.Mesyuarat Ngri yg b’tindak sbg badan krjn.Penguasaan tentera jelas kelihatan melalui keahlian tentera dlm Majl.Mesyuarat Ngri iaitu 7 drpd 14 org ahlinya t’diri drpd Parti Rakyat.
     Seterusnya peranan tentera di Siam juga dpt dilihat dlm satu rampasan kuasa pd Nov.1947.Peristiwa ini b’laku sms pemerintahan Pridi iaitu p’bunuhan Rj Ananda scr misteri.Olh itu Pridi t’paksa melepaskan jwtn PM dan digantikan pula olh Thamrong Nawasawat.Namun politik Siam sekali lagi jatuh di tgn pihak tentera.Phibul tlh dilantik semula sbg PM dan beliau dilihat sbg pemimpin yg boleh m’atasi ketdkstabilan politik dan kebangkitan komunis di ngra jiran.Semua parti politik lain tlh diharamkan dan hanya parti pimpinan tentera yg tlh m’perkenalkan p’lembagaan baru pd 1949.Ini tlh m’beri ruang utk p/raya bg Dewan Rendah dan p’lantikan rj utk Dewan Tinggi.
     Dlm pemerintahan beliau,Siam tlh m’capai kemakmuran &keamanan.Namun pemerintahannya tdk disenangi olh pihak tentera laut &kump.politik lain menyebabkan beliau merasakan p’lembagaan 1949 tdk mampu mengekalkan beliau.Maka tlh dimansuhkan pd Nov 1951 &mengembalikan p’lembagaan 1932 yg m’beri haluan kpd penubuhan satu dewan &separuh kerusinya blh dilantik olh pihak eksekutif.Dlm parlimen baru ini pegawai tentera tlh dilantik bg ½ kerusi dewan &ini m’blhkan Phibul mengekalkan kuasanya.
     Pd Ogos 1957 pula,satu lagi rampasan kuasa tlh dilakukan olh pihak tentera dibwh pimpinan Marshal Sarit Thanarat iaitu pemimpin parti Sosialis Kebangsaan.Pd Okt.1958,beliau tlh dilantik sbg PM m’gantikan Phibul.Stlh itu langkah pertama yg diambil olh beliau ialah m’haramkan semua parti politik,m’gantung perlembagaan &m’isytiharkan undang-undang tentera.Beliau hanya m’benarkan Parti Revolusi baru yg mengandungi pegawai tentera,polis dan krjn utk b’gerak di Siam.Namun Sarit tlh m’benarkan p/raya diadakan pd thn 1958.
     Kesimpulannya,peranan tentera di Burma,Jepun dan Siam menunkukkan kekuasaan mrk dlm proses ingin m’capai kedudukan yg lbh tinggi.Pencapaian-pencapaian itu lbh m’jurus terhdp aspek politik iaitu kuasa dan kekuasaan serta sistem pentadbiran berbanding dgn aspek-aspek yg lain.       

NOTA SJH 1106 : KESEDARAN NASIONALISME


NILAIKAN PENDUDUKAN JEPUN DI BURMA,SIAM DAN INDONESIA HUBUNGANNYA DENGAN GERAKAN KESEDARAN NASIONALISME
   

     Pendudukan Jepun di Burma,Siam dan Indonesia tlh memberi kesan yg positif di mana ia tlh menyemarakan lagi semangat nasionalisme bagi rakyat di ketiga2 negara tersebut. Pd Disember 1941 Jepun tlh melancarkan serangan ke atas Burma. Menjelang Mei 1942 seluruh Burma tlh berjaya di takluki oleh Jepun. Jalinan kerjasama di antara Jepun dan Siam dlm bidang P,E dan ketenteraan menyebabkan pendudukan Jepun di Siam. Manakala  pd Februari 1942 Jepun tlh berjaya menduduki Indonesia. Pendudukan ini tlh menggalakkan lagi semangat nasionalisme di klgn rakyat tmptn.                                                                                                                        
      Di Burma, kejayaan Jepun mengalahkan british pd 1942 tlh membuktikan bahawa British bukanlah satu kuasa besar yg tdk blh dikalahkan. Kekalahan ini tlh menjadi inspirasi kpd semangat nasionalisme dan menggalakkan perkembangan anti- imperialisme di klgn nasionalis Burma. Keazaman mereka utk menuntut kemerdekaan semakin meluap2. keruntuhan pemerintahan British tlh menyedarkan mereka bhw mereka tdk blh mengharapkan sepenuhnya kpd penjajah utk menentukan nasib mereka sendiri.
    Di samping itu, Jepun juga memberi kebebasan berpolitik kpd nasionalis Burma utk menentang British. Jepun  tlh menyokong penubuhan Minami Kikan yg merupakan pertubuhan yg ditubuhkan semata2 utk menyingkir british dr bumi burma. Jepun tlh beri sokongan dgn memberi bantuan latihan ketenteraan kpd rakyat tmptn yg berminat utk menyertai bidang ketenteraan. Secara tdk langsung menggalakkan lagi semangat nasionalisme diklgn rakyat tmptn dan nasionalis. Misalnya, Minami Kikan tlh memberi latihan kpd komred 30 dan B.I.A (Burma Independent Army) sbg penentang kpd  Jepun yg ingin meluaskan bahasa dan budaya Jepun.
    Selain itu, Jepun turut memberi pengalman politik dan pentadbiran kpd rakyat tmptn sbg persediaan utk berkerajan sendiri. Di Burma, ktk tentera Jepun menyerang Burma ramai pegawai2 British tlh melarikan diri ke India. Ini menyebabkan berlakunya kekosongan dlm birokrasi Burma. Bg memenuhi kekosongan itu, Jepun tlh melantik rakyat Burma utk mengisi kekosongan itu. Pd 1 Ogos 1943, Jepun tlh beri kemerdekaan kpd Burma  maka sebuah kerajaan boneka tlh dibentuk. Ia di ketuai oleh Dr. Ba Maw sbg Perdana Menteri. Manakala, golongan Thakin diberi peluang memegang byk jwtan dlm kabinet baru. Thakin  Mya tlh dilantik sbg Timbalan Perdana Menteri dan Thakin Aung San pula sbg Menteri Pertahanan. Dgn ini, rakyat Burma tlh memperolehi byk pengalaman dlm memerintah negara. Ini tlh meyakinkan mereka utk capai kemerdekaan dan berupaya memerintah negara sendiri.
      Sementara itu, latihan dan pengalaman ketenteraan tlh memberi byk pengalaman kpd rakyat Burma utk menentang British. Sblm peperangan meletus di asia, Jepun tlh melatih dan membantu menubuhkan Tentera Kemerdekaan Burma(B.I.A)di bwh pimpinan Aung San dan Ne Win. Jepun tlh berjaya mempengaruhi B.I.A utk bantu tenteranya menewaskan tentera British. Walaupun pasukan B.I.A mengandungi ahli seramai 30 ribu org namun mereka tdk memiliki kekuatan yg kukuh. Hal ini krn mereka kurang berdisiplin. Oleh itu, pd julai 1942 pasukan ini tlh ditukar kpd tentera pertahanan Burma. Kemudiannya, Tentera Kebangsaan Burma pd 16 Sept 1943. Latihan ketenteraan yg diberi oleh Jepun tlh menambahkan lagi semangat perjuangan org2 Burma. Apabila Jepun menunjukkan tanda2 kekalahan dgn tentera Berikat, Tentera Kebangsan Burma tlh berpaling tadah dgn memberi bantuan kpd British utk menewaskan Jepun. Pengalaman ini di gunapakai utk memperoleh kemerdekaan.
     Kemungkiran janji Jepun memberikan kemerdekaan sepenuhnya kpd Burma turut menyumbang kpd kesedaran nasionalisme di Burma. Golongan Thakin tidak berpuas hati dgn hak kemerdekaan yg di berikan oleh Jepun kpd mereka. Ini krn kemerdekan yg di beri oleh Jepun kpd Burma hanyalah satu kemerdekaan kosong krn tentera Jepun masih lagi berkuasa di negara itu. Namun kebencian terhdp Jepun tlh muncul sejak 1942 lagi. Aung San melihat bhw Jepun bukanlah penyelamat ttpi gagal memberikan rakyat Burma utk berkerajaan sendiri.  Oleh  itu, apabila Jepun menubuhkan Burma   Defense Army, Aung San tlh menggunakannya sbg saluran utk menentang Jepun.
     Selain drp itu, aspek2 lain spt penderitaan, propaganda dan kezaliman yg dilakukan oleh Jepun tlh menambahkan lagi kesedaran nasionalisme rakyat Burma. Penderitaan dan propaganda Jepun “Asia utk Org Asia”tlh menyemarakkan lagi keazaman mereka utk menuntut kemerdekaan. Kekejaman pentadbiran jepun dan kemerosotan taraf hidup tlh mewujudkan semangat anti- Jepun diklgn rakyat burma. Oleh itu, pd 1944 golongan Thakin dgn bantuan lain2 pertubuhan nasionalis tlh menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti- Fasis(A.F.P.F.I) utk menentang Jepun. A.F.P.F.I tlh menyebelahi British dlm bln mac 1945 apabila ia scra terbuka menentang Jepun. Slps kekalahan Jepun dlm Ogos 1945 A.F.P.F.I yg dikuasai oleh golongan Thakin tlh muncul sbg pertubuhan nasionalis Burma yg utama.
      Manakala jika ditinjau di Indonesia pula, kejayaan Jepun mengusir Belanda dr bumi Indonesia turut menjadi inspirasi kpd nasionalios Indonesia. Nasionalis2 Indonesia spt Sukarno, Hatta dan Sjahrir percaya sekiranya mereka mengikut model Jepun dlm rcgan saintifik dan teknikal menentang  barat maka mereka akan lebih berjaya merampas kuasa dr Jepun. Perkembangan ini tlh membawa kpd beberapa rusuhan menentang Belanda di Jawa,Madura dan Sumatera. Rusuhan ini tlh menemui kegagalan.
      Selain itu, layanan baik Jepun terhdp pemimpin tmptn ialah dgn membebaskan mereka drp tahanan Belanda. Ini tlh bantu mengaktifkan kembali gerakan nasionalisme di negara ini. Antara mereka yg dibebaskan ialah Sukarno, Hatta dan Sjahrir. Mereka juga tlh menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat(PUTERA) dgn sokongan dan bantuan Jepun. PUTERA tlh memainkan peranan ptg dlm soal gerakan nasionalisme. Dlm kata2 G.M Kahin penubuhan PUTERA membarakan lagi semangat nasionalisme diklgn rakyat Indonesia dan mengembalikan keazaman mereka utk capai kemerdekaan. Melalui PUTERA Sukarno dan Hatta bebas bergerak memberi ceramah di sana sini. Secara tdk langsung mesej nasionalisme dpt disebarkan.
     Kesediaan Jepun memberi kebebasan berpolitik kpd golongan nasionalis Indonesia tlh meningkatkan kesedaran nasionalisme. Utk menjaga keptgn, Jepun tlh membenarkan parti2 ini beroperasi dgn matlamat menentang  Belanda. Jepun tlh menyokong penubuhan Pusat Tenaga Rakyat(PUTERA) dan Pembela Tanah Air(PETA) yg memiliki persamaan di TM yg bertujuan membentuk fhman bersama. Pemimpinnya terdiri drp Hatta dan Sahrir. Pd awalnya, mereka menyokong Jepun namun secara sulit mereka mengadakan pakatan menentang Jepun. Ini membawa kpd pengharaman pertubuhan2 ini. Ttpi sms kebebasan diberi PUTERA tlh berjaya menyedarkan rakyat pribumi. Manakala PETA juga tlh memperoleh sokongan yg kuat dimana menjelang 1945 ahlinya tlh mencapai 120 ribu org. Jepun turut membantu menubuhkan Majlis Syuro Muslimin Indonesia(MASJUMI)yg menggabungkan parti2 agama. Ttpi sikap anti- Jepun wujud dlm parti ini yg tdk dpt terima maharaja jepun sbg tuhan.
     Di Indonesia jepun turut memberi peluang rakyat tmptn memegang jawatan dlm pentadbiran.ini krn Jepun menghdpi mslah kekurangan kakitgn utk kendalikan pentadbiran. Ini krn ramai org Belanda tlh di buang. Keadaan ini menyebabkan byk kekosongan jwtan diisi oleh golongan terpelajar/intelektual Indonesia. Mereka memegang jwtan2 pentadbiran dan teknikal. Golongan belia dan pelajar juga terlibat dlm pertubuhn2 spt Seinendan Gakutotai, Barisan Pelopor dan Angkatan Muda. Tindakan ini tlh beri keyakinan dan pengalaman kpd org2 Indonesia utk mentadbir negara sendiri. Antara jwtan yg dipegang oleh mereka ialah Pegawai Daerah dan Polis Rahsia Jepun/Kempetai.
     Selain itu, latihan dan pengalaman ketenteraan yg diberi oleh Jepun tlh menambahkan lagi semangat nasionalisme rakyat Indonesia. Organisasi semi-tentera tlh ditubuhkan utk selamatkan empyr  jepun dan bersifat tentera penuh. Ia di anggotai oleh pemuda Indonesia. Organisasinya spt Seinendan dan Keibodan yg ditubuhkan pd 29Aapril 1943. Seinendan ialah organisasi semi-tentera  yg diberi latihan tanpa senjata. Ia di gunakan sbg garis belakang utk sokong tentera Jepun. Manakala Keibodan pula dijdikan sbg pembantu polis bg kawal ketenteraman dlm negara. Selain itu terdpt juga Barisan Pelopor, Barisan Berani Mati dan Hizbullah. Sementara, PETA dan Heino merupakan pertubuhan tentera penuh bertujuan menentang sergn tentera berikat. Latihan dan pengalaman ini di gunakan sebaiknya oleh mereka utk mengusir penjajah.
      Seterusnya jepun tlh mungkir janji utk beri kemerdekaan kpd rakyat Indonesia. Pd awalnya Perdana Menteri Jepun Koiso inigin beri kemerdekaan kpd Indonesia, ttpi apabila menyedari yg mereka kan kalah ditgn kuasa Berikat  maka kemerdekaan yg dijanjikan tadi enggan ditunaikan. Ttpi, akhirnya Jepun tlh melepaskan Indonesia di mana Sukarno tlh menetapkan kemerdekan Indonesia jatuh pd 24 Ogos 1945. namun, Belanda enggan mengiktiraf akan kemerdekaan Indonesia ttpi tanggal 27 Disember 1949 Belanda setuju mengiktiraf kemerdekan Indonesia.
        Kemerosotan ekonomi, kesengsaraan hidup dan kezaliman Jepun tlh mencetuskan semangat nasionalisme di klgn rakyat Indonesia. Penderitaan yg dialami rakyat Indonesia sp[t di paksa menjadi org suruhan Jepun, dipukul jika tdk bekerjasama, diseksa jika mengkhianati jepun, harta dirampas, wanita2 dirogo dll tlh mendorong kpd penubuhan gerakan penentangan. Antara pemimpin pergerakan anti- jepun terdiri drp Amir Saifuddin yg mendpt bantuan kewangan dr Belanda. Ttpi pd awal 1943 beliau tlh ditangkap oleh belanda dan di gantikan oleh sjahrir. Sjahrir tlh menggerakan gerakan bwh tnh dan mengembangkan cwgannya di Jakarta, Cheribon, Garut, Semerang dan Surabaya. Di Cheribon tlh dipmpin oleh Dr. Sudersono yg menyalurkan kpd koperasi petani. Cth gerakan bwh tnh ialah gerakan bwh tnh Sendenbu yg dipimpin oleh Adam Malik dan beberapa yg lain.
        Utk menghapuskan kuasa Belanda , Jepun tlh mempertingkatkan taraf bahasa Indonesia.ia dilakukan dgn mengharamkan penggunaan bahasa inggeris dan belanda. Penggunaan bahasa jepun turut digalakkan krn bahasa ini tdk difahami oleh rakyat Indonesia.penggunaan bahasa Indonesia sbg bahasa kebangsaan tlh ditingkatkan diperkukuhkan lagi. Penggunaan bahasa Indonesia sbg bahasa kebangsaan tlh menyemarakkan l;agi semangat nasionalisme rakyat tmptn.
       Dr aspek pendidikan pula, dsr Jepun yg ingin menjepunkan rakyat tmptn tdk dipersetujui oleh rakyat Indonesia. Majority dr rakyat Indonesia adalah beragama islam maka dsr ini tlh dibangkang terutamanya ttg soal ketuhanan. Ini krn Jepun menganggap yg maharajanya sbg tuhan. Selain itu, tindakan Jepun yg amat biadap krn memaksa rakyat Indonesia tunduk dan beri penghormatan spt menyembah kpd tentera Jepun. Ini tlh menimbulkan kemarahan rakyat pribumi. Bg mereka yg enggan atau ingkar akan dibunuh dgn kejam.
      Di Siam pula, pergerakan anti- jepun tlh menghangatkan lagi semangat nasionalisme rakyat Siam. Di Bangkok, pergerakan anti-jepun yg dipimpin oleh Pridi, Direk Jayanam dan Thawee Bunyit. Penubuhannya ialah utk kurangkan keberkesanan kerajan Phibun dan sebarkan propaganda spy rakyat tdk mempercayaikerajaan Phibun dan tentera Jepun serta mengadakan hubungan dgn tentera Berikat. Slps 1942, pergerakan ini alami perkembangan pesat. Lama- kelamaan Pergerakan ini bertambah luas hingga meliputi stp jbtn kerajan samaada di peringkat pusat atau daerah dgn anggotanya dianggar antara 50 ribu hingga 90 ribu org. ia di lakukan utk kekalkan status merdeka oleh Siam.
    Seterusnya masalah ekonomi yg dihdpi oleh siam menambahkan lagi semangat nasionalime rakyat Siam utk mengusir Jepun. Hehadiran Jepun tlh menyebabkan simpanan kerajaan Siam di London dan New York tlh dibekukan. Ini mengakibatkan kejatuhan nilai bath dan urusan import-eksport terhenti. Inflasi juga berlaku dgn hebatnya dan ia tlh merumitkan lagi dgn percetakan wang yg berlebihan. Melesetan ekonomi ini tlh membawa kpd gejala lain spt kegiatan pasar gelap. Keutgan yg diperolehi byk krm krn brg2 disorok menyebabkan aktiviti rasuah semakin berleluasa. Ini tlh menyedarkan siam yg jepun tlh menindas dan mengeksploitasikan sumber ekonomi Siam.
     Dr aspek pendidikan, sekolah2 siam tlh diarahkan utk mengajar bahasa Jepun,mempelajari mengamalkan budaya Jepun serta menyanyikan lagu kebangsaan Jepun. Manakala Maharaja Jepun pul dijadikan lambing tat setia. Minggu Jepun turut di adakan bg memberi penerangan ttg Jepun kpd rakyat Siam. Ini tlh menimbulkan kemarahan rakyat siam dan membawa kpd penentangan.
      Kesimpulannya, pendudukan jepun di Burma, Siam dan Indonesia tlh mempercepatkan lagi proses kemerdekaan negara mereka. Walaupun pendudukan ini membawa byk kesan negetif namun terdpt juga kesan positif yg diperolehi spt semangat nasionalisme.               

NOTA SEM 2 PPISMP SEJARAH (SJH 1106)


NILAIKAN GOLONGAN TERPELAJAR DALAM MEMBANTU CHINA, BURMA, INDIA DAN INDONESIA UNTUK MEMBEBASKAN DIRI DARIPADA PENJAJAHAN.

SHALIMA BINTI SUJAK

            Gerakan kesedaran nasionalisme di negara-negara Asia telah bermula sekitar awal abad ke- 20. Hal ini berikutan daripada tindak balas terhadap perubahan-perubahan yang dilakukan oleh penjajah dari pelbagai aspek. Selain system pendidikan, golongan terpelajar atau lebih dikenali dengan golongan intelektual turut memainkan peranan penting dalam membagkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk Asia. Hal ini kerana golongan terpelajar telah memainkan pelbagai peranan untuk membebaskan negara mereka daripada genggaman penjajah. Ilmu yang diperolehi mereka dimanfaatkan untuk memeperjuangkan nasib bangsa dan tanah air. Sehubungan dengan itu, peranan golongan terpelajar amatlah penting dalam mencetuskan kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat Asia sekaligus membebaskan negara mereka daripada ancaman penjajah.
            Penjajahan di China berbeza dengan negara-negara lain, apabila China cuba membebaskan diri daripada pemerintahan Dinasti Manchu yang juga merupakan bagsa Cina. Melalui kesedaran nasionalisme, golongan terpelajar China seperti Kang Yu Wei dan Liang Chi Chao telah mengutarakan idea-idea radikal seperti pemerintahan raja berpelembagaan dan kerajaan berparlimen. Golongan terpelajar ini menjadikan modela barat sebagai contoh untuk menyusun semula institusi-institusi social dan politik negara China ke arah kemodenan dan mempertahankan negara mereka daripada diceroboh oleh Barat.amaun, golongan ini gagal mencapai matlamat mereka. Satu-satunya golongan terpelajar yang berjaya menggerakkan satu revolusi menggulingkan Dinasti Manchu dan menghapuskan pemerintahan beraja ialah Dr. Sun Yat Sen. Beliau berpendapat kesengsaraan di negara China berpunca daripadda system pemerintahan berja yang sudah ketinggalan zaman. Oleh itu, beliau mencadangkan system kerajaan republik bagi menggantikan system kerajaan beraja. Dr. Sun Yat Sen juga percaya bahawa republik akan mewujudkan revolusi social yang akan menyelesaikan beberapa masalah yang wujud sebelum ini.
            Dr. Sun Yat Sen dilahirkan pada tahun 1866 di daerah Hsing-Chan, China Selatan dan dapat pendidikan barat di Hawaii dan Hong Kong dalam bidang kedoktoran. Beliau telah menubuhkan Tung Meng Hui yang merupakan satu pertubuhan nasionalis pada tahun 1905 di Tokyo. Tujuan penubuhan Tung Meng Hui ialah untuk menggulingkan Dinasti Manchu dan mewujudkan sebuah kerajaan republik di China. Beliau telah memungut wang dan merekrut sukarelawan bagi melaksanakan pemberontakan-penberontakan di China. Melalui cawangan-cawangan Tung Meng hui di seberang laut seperti Singapura, Brussel, San Francisco dan Honolulu. Dr. Sun Yat Sen telah memainkan peranan yang penting dalam perrkembangan perasaan Anti-Manchu di China. Sehubungan dengan itu, beliau telah menerbitkan akhbarnya sendiri iaitu Min Pao di Tokyo. Melalui akhbarnya inilah Dr. Sun Yat Sen bebas berkhutbah mengenai pemberontakan nasionalis melalui penulisan rencana-rencana akhbar. Gerakan revolusioner yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen telah mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, rakyat China yang anti-Manchu, ahli kongsi gelap dan tentera China yang berlatih secara barat.
            Ideology Dr. Sun Yat Sen yang dikemukakan melalui Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-1) iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan rakyat telah membawa kepada revolusi. Ideology ini juga telah menyumbang kepada pekembangan revolusioner di China yang telah mempengaruhi ramai orang China. Dr. Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya telah merancang, mengatur dan mengetuai sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di China, antara tahun 1895 dan 1911. Meskipun pemberontakan –pemberontakan ini mengalami kegagalan, namun secara tidak langsung turut menyebabkan kemerosotan pengaruh dan martabat kerajaan Manchu. Usaha yang dimainkan oleh Dr. Sun Yant Sen jelas menunjukkan kejayaan kepada pembentukan Republik China melalui Revolusi China yang meletus pada tahun 1911 atas pimpinan beiau sendiri. Seterusnya, pada 29 Disember 1911 beliau telah dilantik sebagai presiden sementara Republik China di Nanking dan jawatan tersebut dipegangnya secara rasmi pada 1 Januari 1912.
            Gerakan nasionalisme terawal di Burma dilakukan oleh Persatuan Belia Buddha (YMBA). Persatuan Belia Buddha ini telah ditubuhkan pada tahun 1906 oleh sebilangan kecil orang Burma yang berpendidikan barat dan mempunyai idea-idea refor masi. Antara pengasas-pengasasnya ialah U May Oung ( siswazah Universiti  Cambridge), U Kin, U Ba Pe dan Sir Maung Gyee. Persatuan Belia Buddha ini dipimpin oleh peguam-peguam muda dan mahasiswa-mahasiswa. Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah-sekolah menengah Inggeris, kerani-kerani dan pegawai-pegawai rendah. Persatuan Belia Buddha ditubuhkan dengan tujuan untuk menyatukan nilai-nilai dan tradisi agama Buddha dengan pendidikan dan cara-cara barat. Perjuangan pertama yang dilakukan oleh YMBA ialah menubuhkan sekolah-sekolah yang mematuhi kehendak-kehendak kerajaan kolonial Inggeris. Namun demikian, pengajian agama Buddha amat dititikberatkan di sekolah-sekolah tersebut. Pada tahun 1911, persatuan ini telah menerbitkan sebuah akhbar iaitu Thuriya (matahari). Walau bagaimanapun, persatuan ini tidak direstui oleh kerajaan kolonial Inggeris kerana kakitangan kerajaan tidak dibenarkan menyertai persatuan ini.
            Sekitar tahun 1916, YMBA berperanan sebagai sebuah persatuan bersifat politik. Ahli-ahlinya yang lebih muda telah mula membicarakan soal-soal politik. Perubahan ini adalah berikutan tiga factor penting iaitu kesengsaraan ekonomi orang Burma akibat Perang Dunia Pertama (1914 – 1918), pengaru pergerakan kebangsaan di India dan pemngumuman Presiden Woodraw Wilson mengenai hak ‘self-determination’ sesebuah negara. Pada tahun 1916 hingga 1918, perbuatan orang Eropah yang memakai kasut di dalam rumah berhala dan pagoda-pagoda telah menimbulkan protes di kalangan ahli-ahli YMBA di bawah pengaruh U Thein Maung. Pertikaian kassut ini telah menyatukan semua cawangan Persatuan Belia Buddha dalam perjuagan yang sama. Ia telah menjadi lambang anti-Inggeris. Tindakan persatuan ini telah mendapat sokongan golongan pongyi (sami-sami Buddha). Pertikaian ini juga dianggap sebagai tanda nasionalisme politik Burma yang pertama telah mencapai kejayaan berikutan persetujuan kerajaan Inggeris mematuhi larangan ini.
            YMBA turut mengemukakan beberapa desakan terhadap perubahan-perubahan perlembagaan kepada kerajaan Inggeris. Oleh kerana, Inggeris telah memperkenalkan system pemerintahan dua-lapis di India, YMBA khuatir Burma akan ketinggalan. Oleh itu, YMBA telah menghantar dua rombongan ke London iaitu pada Julai 1919 dan Mei 1920 bagi menuntut pembaharuan-pembaharuan perlembagaan yang sama seperti diberikan kepada India. Usaha-usaha yang dilakukan oleh YMBA ternyata berjaya apabila system pemerintahan dua-lapis kemudiannya diperkenalakn di Burma pada tahun 1923. Kejayaan ini telah menjadikan YMBA lebih popular di kalangan orang Burma. Keputusan Inggeris untuk meninggikan taraf kelayakan bagi memasuki Universiti Rangoon dan markah kelulusan peperiksaan telah mendapat bantahan daripada YMBA pada 1920. Keputusan Inggeris tersebut lebih ditafsirkan sebagai satu langkah untuk mengurangkan bilangan siswazah Burma dan melambatkan proses pemberian kerajaan sendiri. Pemogokan tersebut telah berjaya menutupkan Universiti Rangoon dan hampir kesemua sekolah menengah di Rangoon. Walaupun pemogokan tersebut gagal mencapai kejayaan dari aspek pendidikan, namun ia telah berjaya membangkitkan semangat kebangsaan orang Burma terutamanya di kalangan pelajar.
            Usaha yang dilakukan oleh YMBA telah mendapat kesinambungan daripada golongan Thakin. Kemunculan golongan Thakin yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan siswazah-siswazah universiti  merupakan satu factor politik di Burma yang dikesan melalui penubuhan dua perrsatuan pelajar. Kedua-dua persatuan pelajar ini kemudiannya telah bercantum dan menubuhkan Dobama Asiayone (We Burmans Associations). Pemimpin persatuan ini dikenali sebagai Thakin (tuan). Tujuan penubuhan Dobama Asiayone adalah untuk mencapai kemerdekaan bagi Burma. Idea-idea Marxism merupakan pengaruh kepada golongan ini dan Parti Kongres India (PKI) pula adalah model utama bagi taktik-taktik perjuangan mereka. Pemimpin Thakin yang terkemuka ialan Aung San. Beliau dilahirkan pada 13 Februari 1915 di Natmauk, sebuah Bandar di Burma Tengah dan memasuki Universiti Rangoon pada tahun 1932.
            Antara peranan dan sumbangan golongan Thakin dalam memperjuangkan kemerdekaan Burma ialah golongan ini telah melakukan pemogokan pelajar pada tajun 1936. Pemogokan ii dilakukan pelajar-pelajar Universiti Rangoon di bawah pengaruh golongan Thakin bagi membantah tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Thakin U Nu yang juga merupakan Presiden Persatuan Pelajar Uiversiti Rangoon dan Thakin Aaung San. Akibat daripada pemogokan ini, beberapa pindaan telah dibuat ke atas Akta Universiti dalam tahun 1939 atas permintaan pemimpin-pemimpin Thakin. Seterusnya, golongan ini telah mengambil bahagian dalam pilihanraya tahun 1936 melalui penubuhan Parti Komin-Kochin. Dalam pilihanraya ini, mereka hanya memenangi tiga buah kerusi. Selain itu, pada tahun 1938, Thakin Mya telah menubuhkan pertubuhan Petani-petani Burma (All Burmas Peasants Organization) dan All Burma Cultivators League. Sementara itu, Tahakin Ba Swee pula telah menubuhkan All Burma Traders Union Congres pada tahun 1940. Sekitar tahun 1938 hingga 1939, golongan Thakin telah melancarkan beberapa pemogokan pekerja-pekerja perusahaan minyak dan pengangkutan sungani bagi menuntut kenaikan gaji dan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik. Selain itu, golongan Thakin juga telah menubuhkan Blok Kemerdekaan 1939 dan membuat pakatan dengan negara Jepun.
            Sekitar Mei 1942, Jepun berjaya menawan Burma atas bantuan golongan Thakin melalui Tentera Kemerdekaan Burma ( Burma Independece Army). Akibat daripada usaha –usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Burma pada 1 Ogos 1943. Namun, Jepun tidak memberi kemerdekaan yang sepenuhnya kepada Burma. Hal ini kerana kuasa pentadbiran terletak dalam tangan pihak Jepun. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1944, golongan Thakin dengan bantuan pertubuhan nasionalis yang lain telah menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (Anti-Facist Peoples’ Freedom League) bagi menentang panjajahan Jepun. Pemimpin-pemimpin utama AFPFL ialah Aung San dan Than Tung. Akhirnya, pada Ogos 1945, Jepun   telah menyerah kalah secara rasmi. Seterusnya, pada Januari 1947, satu delegasi yang dipimpin oleh Thakin Aung san telah dihantar ke London untuk membincangkan kemerdekaan Burma. Sehubungan dengan itu, satu pilihanraya bagi Constituent Assembly telah diadakan pada April 1947. Dalam pilihanraya ini AFPFL telah memenangi 171 buah kerusi daripada 182 buah kerusi yang dipertandingkan. Usaha golongan terpelajar Burma (golongan Thakin) ini berjaya membawa hasil yang membanggakan. Ini dapat dibuktikan apabila Burma berjaya mencapai kemerdekaan yang sepenuhnya pada 4 Januari 1948 dengan Thakin U Nu sebagai Perdana Menteri.
            Penjajahan British ke atas India telah menyebabkan berlakunya perjuangan nasionalisme di kalangan rakyat India untuk membebaskan negara mereka daripada penjajahan. Golongan terpelajar tidak ketinggalan dalam perjuangan membebaskan India daripada terus dijajah. Di sini Kongres Kebangsaan India (KKI) memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam perjuangan membebaskan India daripada penjajahan. Kongres Kebangsaan India telah ditubuhkan oleh golongan terpelajar India pada tahun 1855. kongres Kebangsaan India merupakan cetusan ilham daripada Allan Octavian hume bersama 50 orang mahasiswa Universiti Culcutta. Tujuan Kki ditubuhkan adalah untuk membawa perubahan dalam semua asspek termasuk pemikiran masyarakat India. Pemimpin KKI mendapati bahawa pemikiran rakyat India yang kolot merupakan factor kemunduran rakyat India. Sehubungan dengan itu, melalui KKI ini, golongan nasionalis berusaha mendesak pentadbiran British supaya memperbaiki taraf hidup rakyat India dan Juga menuntut hak persamaan dalam perkhidmatan awam India. Justeru itu, satu persidangan rassmi telah diadakan pada 30 Disember 1855 dengan dihadiri oleh 74 orang perwakilan.
            Dalam perjuangan  nasionalisme yang bersifat sederhana, kongres ini telah menggariskan beberapa perkara penting yang mesti diperrjuangkan demi kemajuan India. Oleh kerana pihak British telah memonopoli keanggotaan majlis-majlis di India, keadaan ini menyebabkan rakyat India tidak mempunyai saluran untuk mengemukakan pendapat mereka. Sehubungan dengan itu, KKI menuntut supaya rakyat India diberi peluang untuk menganggotai Majlis Pusat dan Majlis Perundangan. Selain itu, kongres ini juga menuntut supaya British memberi perhatian terhadap taraf pendidikan rakyat India. Tuntutan kongres juga termasuklah memberikan jawatan penting dalam kerajaan kepada rakyat India yang berkelayakan. Kongres juga mendesak pihak British agar mengurangkan perbelanjaan ketenteraan ekoran terlalu banyak wang digunakan dalam hal pertahanan. Kesemua tututan kongres ini dipersetujui oleh pemerintahan British. Buktinya, pada tahun 1892, Majlis Perundangan turut dianggotai oleh rakyat India. Desakan demi desakan terus dikemukakan oleh KKI menyebabkan bebberapa pembaharuan penting telah dibuat oleh British melalui Wizurai lord Curzon. Antaranya ialah dengan mengurangka cukai petani dan memanjangkan tempoh pembayaran hutang untuk petani yang menghadapi masalah kewangan. Sector pertanian turut diberi perhatia yang serius oleh kerajaan British dan system pengairan turut dibaiki. Aspek pertahanan diperkukuhkan manakala perkhidmatan pengangkutan telah dimajukan dengan pembinaan kira-kira 8000 km jalan kereta apai. Perjuangan KKI dalam membebaskan India menemui kegagalan apabila masih terdapat kepincangan dan diskriminasi dalam pemerintahan British yang menyebabkan berlakunya penentangan di kalangan pemimpin KKI. Perjuangan KKI ini kemudiannya diteruskan lagi oleh Mahatma Gandhi.
            Gandhi atau nama sebenarnya Mohandas Karamchand Gandhidilahirkan pada 2 Oktober 1869 dalam keluarga Hindu Ortodoks dan merupakan peguam yang mendapat ijazah pertama di Britain. Pada tahun 1891, setelah lulus undang-undang, beliau pulang ke India tanpa pengetahuan undang-undang Hindu atau Islam. Dasar diskriminasi yang diamalkan oleh British di Afrika Selatan telah mendorong Gandhi untuk memimpin kaum India di sana untuk menuntut keadilan melalui perjuangannya yang bercorak Satyagraha (ketegasan dalam kebenaran). Justeru itu, beliau pernah dipenjarakan oleh kerajaan Afrika Selatan dan kembali semula ke India pada tahun 1915. Walaupun Gandhi tidak aktif namun beliau telah cuba mengumpulkan pengikut-pengikut untuk hidup secara radikal yang kebanyakannya disertai oleh golongan berkasta rendah.
            Perjuangan beliau bermula apabila beliau menentang Akta-akta Rowlatt 1919. Akta Rowlattialah akta yang memberi kerajaan kawalan ke atas akhbar, benarkan hakim-hakim bicarakan pesalah-pesalah politik tanpa juri, mengesahkan penahanan dalam penjara orang-orag yang disyaki menjalankan aktiviti subversif. Rayuan beliau kepada wizurai agar menghentikan pelaksanaan akta tersebut tidak dilayan. Ini menyebabkan beliau memulakan satu penentangan secara pasi, di mana beliau meminta rakyat jangan mematuhi undang-undang baru itu sehingga undang-undang itu ditarik balik. Penduduk juga digesa mengadakan perjumpaan dan dilarang bekerja pada hari bantahan. Pergerakan yang dikenali sebagai Satyagraha ini telah berjaya menimbulkan tunjuk perasaan, mogok, hartal dan rusuhan berlaku di seluruh India. Serangan balas daripada pihak Inggeris telah menyebabkan 379 orang terbunuh manakala 12000 orang tercedera.
            Tindakan pembunuhan beramai-ramai di Amritsar menyebabkan Gandhi mengubah corak perjuangannya iaitu tidak bekerjasama dengan Inggeris, proses perlucutan gelaran-gelaran kerajaan, memulaukan dewan-dewan perundangan dan pilihanraya, penarikan diri daripada sekolah-sekolah kerajaan, meletak jawatan daripada perkhidmatan kerajaan serta tidak membayar cukai. Perjuangan ini telah mendapat sokongan daripada kakitangan kerajaan dan peguam. Namun, tindakan rakyat seperti pembakaran balai polis di Chauri Chaura pada tahun 1922 telah menyebabkan 21 orang pegawai polis terbunuh, menyebabkan Gandhi menghentikan kempen enggan bekerjasama ini. Beliau kemudiannya ditangkap dan dipnjarakan oleh Inggeris. Hubungan Inggris dengan orang-orang India semakin tegang dengan pengumuman anugerah perkauman pada 17 Ogos 1932 oleh Inggeris. Orang India menyifatkan ini sebagai satu perbuatan memecahbelahkan masyarakat Hindu. Sehubungan itu, Mahatma Gandhi telah melahirkan pandangannya dalam Persidangan  Meja Bulat tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan Inggeris. Keadaan ini menyebabkan beliau mengambil tindakan untuk berpuasa, memulakan barisan untuk berjalan kaki sejauh 200 batu dan melanggar undang-undang garam yang mewajibkan rakyat India membeli garam daripada kerajaan. Kesemua cara ini dilakukan oleh Gandhi untuk membangkitkan kesedaran nasionalisme di kalangan rakyat India. Walaupun Gandhi menggunakan cara sederhana dalam memperjuangkan kemerdekaan India, namun cara yang digunakan oleh beliau berjaya membangkitkan kesedaran nasionalisme di kalangan rakyat India. Sungguhpun banyak usaha yang dilakukan oleh Gandhi, namun India masih gagal untuk membebaskan dirinya daripada penjajah.
            Antara tokoh nasionalisme lain dari kalangan golongan intelektuak ialah Mohammad Ali Jinnah. Sumbangan dan peranan beliau dalam usaha memerdekakan India ialah beliau merupakan pemimpin Liga Muslim. Pada 1916, beliau bersama pemimpin-pemimpin Kongres Kebangsaaan telah mengadakan perjumpaan di Lucknow. Melalui pakatan ini, kedua-dua pihak bersetuju bergerak ke satu tujuan iaitu mahukan satu system yang sama untuk pembentukan kerajaan bersendirian. Persefahaman yang dicapai antara orang India dan Islam sedikit sebanyak telah meninggikan harapan orang-orang India. Pada ketika ini Gerakan Khalifat di bawah pimpinan Muhammad Ali dan Shaukat Ali menyokong Turki dan menentang Inggeris dengan kuassa-kuasa Berikat.
            Cadangan Nehru yang mahukan taraf dominion kepada rakyat India tidak mendapat persetujuan ramai termasuklah orang Islam di bawah pimpinan Jinnah. Ini menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kongres dan menyebabkan Jinnah menyertai Liga Islam. Oleh kerana itu, Pandit Jawaharlal Nehru telah mengenepikan taraf domonion itu. Walau bagaimanapun, Akta Kerajaan India 1935 yang digubal oleh British bagi tujuan memulihkan kerajaan India, dipersetujuai oleh Liga Islam. Sehubungan itu, pada tahun 1937 telah berlangsungnya pilihanraya. Seterusnya, Nehru meneruskan usahanya dengan menyertai pilihanraya untuk dewan perwakilan dan satu kerajaan sementara dibentuk pada 2 September 1946 dengan Nehru sebagai Naib Presiden. Namun kerajaan sementara ini ditentang oleh Liga Muslim. Sehubungan itu, pada 3 Jun 1947 Lord Mounbatten telah mengemukakan cadangannya dan diluluskan oleh Parlimen British sebagai Akta Kemerdekaan India Julai 1942. Dengan ini, India diisytiharkan merdeka paada 15 Ogos 1947 dengan Pandit Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri India Pertama. Manakala Mohammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral Pakistan dan Lord Mounbatten sebagai gabenor India yang baru.
            Peranan golongan terpelajar dalam membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda juga tidak Kurang pentingnya. Dasar diskriminasi yang diamalkan oleh Belanda dalam satu system pendidikan, pekerjaan dan pentadbiran menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan golongan terpelajar Indonesia. Gerakan nasioanalis kebudayaan Indonesia telah dimulakan oleh Raden Adjeng Kartini pada tahun 1902. raden Adjeng Kartini merupakan puteri seorang Pemangku Raja Japara. Beliau telah memperjuangkan perlunya kesedaran social di kalangan rakyat termasuklah kaum wanita. Kartini turut memperjuangkan hak orang-orang perempuan diberi pendidikan yang setimpal dengan kaum lelaki. Justeru itu, beliau telah menubuhkan sebuah sekolah bagi anak-anak perempuan pegawai-pegawai Indonesia. Dalam surat-suratnya kepada sahabatnya di Belanda, beliau menulis tentang tradisi lama masyarakatnya yang menghalang kemajuan. Namun akhirnya, Kartini meninggal dunia di usia terlalu muda iaitu 25 tahun.
            Perjuangan memperkembangkan pendidikan di kalangan orang-orang Indonesia diteruskan oleh Dr Mas Wahidin Suduro Husudo. Beliau telah mengembara kebeberapa bahagian Pulau Jawa telah menubuhkan sekolah-sekolah dan mengumpulkan wang bagi mewujudkan sebuah tabung dema pelajaran. Beliau telah menubuhkan budi Utomo pada 20 Mei 1908. Perjuangan Wahidin mempengaruhi sekumpulan pelajar-pelajar perubatan Indonesia. Mereka kemudiannya menubuhkan Budi Utomo pada bulan Oktober 1908 di Betawi. Pemimpin-pemimpinnya ialah Raden Goenawan mangkukesuma dan Raden Sutumo. Penubuhan Budi Utomo mempelihatkan permulaan wujudnya perjuangan secara berpersatuan dalam gerakan nasionalisme Indonesia, walaupun pertubuhan itu bukanlah sebuah organisasi politik dalam ertikata sebenarnya.
            Tujuan utama pergerakan ini ialah berusaha untuk meninggikan taraf hidup penduduk Jawa dan Madura melalui pengetahuan barat dan juga melalui Warisan Kebudayaan mereka sendiri. Ia juga memperjuangkan kemajuan pertanian, perusahaan dan perdagangan di kalangan rakyat Indonesia dan akhirnya berjuang untuk mencapai satu penghidupan yang mulia. Budi Utomo yang merupakan Jawa-Centric tida mempunyai tujuan politik sehingga 1917. Keanggotaan Budi Utomo kebanyakannya terdiri daripada pegawai-pegawai perkhidmatan, pelajar-pelajar di peringkat tinggi dan golongan aristocrat jawa ( priyayi). Hingga akhir tahun1909, Budi Utomo mempunyai keanggotaan seramai 10000 orang. Bagaimanapun, jumlah itu tidak kekal lama apabila muncul pertubuhan-pertubuhan yang lebih lantang memperjuangkan politik. Maka, ramai ahli-ahli meninggalkannya, yang tinggal ialah anggota-anggota aristocrat yang konservatif.
           Namun pada tahun 1917, Budi Utomo mula menuntut kerajaan berparlimen, system perundangan yang seragam, perkecualian agama dan peluang-peluang yang sama bagi penduduk-penduduk Indonesia dalam bidang-bidang social dan ekonomi. Kegagalan Budi Utomo untuk bergelar sebuah parti politik yang popular telah menyebabkan ia bergabung dengan Persatuan bangsa Indonesia untuk menubuhkan Partai Indonesia Raya (Parindra).
            Haji Agus Salim yang dilahirkan pada tahun 1884 merupakan seorang pemimpin Sarekat Dagang Islam atau lebih dikenali dengan nama Sarekat Islam. Sarekat Islam telah ditubuhkan semula pada tahun 1912 dengan tujuan utamanya untuk memajukan kepentingan dan kedudukan sosioekonomi rakyat Indonesia secara bekerjasama denagan Program kebajikan kerajaan Belanda di bawah Dasar Etika. Di antara tahun-tahun 1912 dan 1919, jumlah keahlian Sarekat Islam telah meningkat daripada 360000 orang pada tahun 1916 kepada hampir dua setengah juta pada tahun 1919. di peringkat desa, Sarekat Islam dipimpin keseluruhannya oleh guru-guru agama, guru-guru sekolah dan pemimpin-pemimpin kesatuan. Sarekat Islam merupakan sebuah parti Indonesia-Centric. Cawangan-cawangannya telah dibuka di setiap pelosok Indonesia.
            Selain pendekatan Islam, program Sarekat Islam juga adalah untuk meninggikan taraf sosioekonomi rakyat Indonesia dan juga berjaya menarik minat orang ramai untuk menyertai parti ini. Keberanian Sarekat Islam mengkritik kerajaan Belanda di atas kegagalannya membaiki kedudukan ekonomi rakyat Indonesia, telah menjadikan nya popular. Di bidang pendidikan, Sarekat Islam telah menuntut penghapusan langkah-langkah diskriminasi dalam kemasukan murid-murid ke sekolah. Sarekat Islam juga menuntut pendidikan wajib bagi murid-murid di bawah umur 15 tahun dan pemberian biasiswa kepada belia Indonesia untuk menuntut di luar negeri. Dalam bidang ekonomi, Sarekat Islam menuntut kerajaan Belanda memiliknegarakan industri-industri yang penting seperti kilang-kilang tekstil, perusahaan kertas dan industri-industri lain yang mengeluarkan barang-barang besi. Sarekat Islam turut menuntut penghapusan buruh kanak-kanak dan buruh paksa serta menambahkan bilangan   klinik-klinikperubatan yang percuma. Pada tahun 1916, Hj Aagus Salim bersama pengikut-pengikutnya telah memperjuangkan dasar pemerintahan sendiri melalui cara perlembagaan. Seterusnya, pada tahun 1917, merupakan tahun permulaan bagi parti yang dipimpin oleh Hj Agus Salim memperjuangkan kemerdekaan penuh Indonesia ( dengan menggunakan kekerasan jika perlu ). Namun kemudiannya, pada tahun 1923, Sarekat Islam telah menjadi parti politik yang rasmi dengan nama Partai Sarekat Islam. Partai Sarekat Islam memperjuangkan kemerdekaan Indonesia dengan perlembagaan yang berasaskan undang-undang Islam.
            Usaha-usaha untuk memerdekakan Indonesia daripada penjajahan diteruskanlagi oleh Soekarno. Soekarno merupakan bekas pelajar Kolej Teknikal Bandung telah menubuhka Parti  Nasional Indonesia (PNI) pada 4 Julai 1927. PNI yang merupakan sebuah parti massa secular dianggotai oleh ahli-ahli Kelab Pendidikan Bandung denagn Soekarno sendiri sebagai pemimpin PNI. Tujuan penubuhan PNI ialah untuk mencapai kemerdekaan Indonesia dengan menyatukan rakyat Indonesia dan mengamalkan cara tidak bekerjasama dengan Belanda. Antara peranan yang dimainkan oleh PNI ialah memperkukuhkan kesatuan-kesatuan sekerja, memajukan syarikat-syarikat kerrjasama dan membantu pendidikan nasional, terutamanya sekolah-sekolah taman Siswa. Kelebihan Soekarno yang pandai berpidato menyebabkan PNI muncul sebagai parti nasionalis Indonesia yang paling kuat dan berpengaruh. PNI berpecah apabila kerajaan Belanda menangkap Soekarno dan tujuh orang pemimpin yang lain pada 24 Disember 1949.
            Kemasukan Jepun sebagai satu kusa baru di Indonesia berjanji akan memberi kemerdekaan kepada Indonesia. Sehubungan dengan itu, kemerdekaan Indonesia yang pertama telah diisytiharkan pada 17 Ogos 1945 dengan Soekarno sendiri yang menjadi presidennya, sementara Hatta menjadi Timbalan Presiden. Namun kedatangan semula Belanda ke Indonesia, enggan mengiktiraf kemerdekaanyang dicapai oleh Indonesia. Lantaran itu, Belanda melantik Sutan Sjahrir sebagai Presiden Indonesia yang baru dan hanya memberi taraf kerajaan komanwae kepada Indonesia. Ini bermakna Indonesia mendapat kemerdekaan tanpa kedaulatan. Penculikkan Presiden Sjahrir dan beberpa orang anggota Kabinet Indinesia oleh golongan komunis yang dipimpin oleh Tan Malaka pada Jun 1946, telah membuka peluang kepada Soekarno untuk bertindak pantas mengalahkan golongan komunis, mengambilalih kuasa dan mengisytiharkan darurat. Kesannya, kerajaan Belanda terpaksa berjumpa Soekarno dan mengadakan persidangan di Linggajati antara Oktober hingga November 1946. ekoran daripada persidangan itu, satu perjanjian ( Perjanjian Linggajati ) telah ditandatangani pada 15 November 1946. melalui perjanjian ini, Belanda telah memberi kemerdekaan kepada Sumatera, Jawa dan Madura. Namun Belanda telah melanggar perjanjian ini dengan menduduki beberapa pelabuhan utama di Jawa, Sumatera dan Madura. Ekoran itu, muncul pemberontakan di merata Indonesia sekaligus menyebabkan  Sutan Sjahrir meletak jawatan. Kekecohan ini telah menyebabkan Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) campurtangan dengan mengadakan persidangan antara Belanda dengan Republik Indonesia. Hal ini menyebabkan Perjanjian Renville ditandatangani pada 17 Oktober 1947, namun dicabuli oleh pihak Belanda. Malahan kali ini Belanda bertindak dengan lebih ganas dengan melakukan penangkapan beramai-ramai termasuklah Soekarno dan Hatta. Hal ini memaksa PBB campurtangan sekali lagi. Persidangan Meja Bulat telah diadakan di hague pada Disember 1949 dengan mencapai keputusan Indonesia diberi kemerdekaan yang penuh oleh Belanda. Sehubungan dengan itu, pada 27 Disember 1949, Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia untuk kali kedua dengan Soekarno sendiri menjadi Presiden republik Indonesia manakala Hatta adalah Timbalan presiden. Peranan yang dimainkan oleh golongan terpelajar Indonesia seperti Soekarno ternyata berjaya membebaskan Indonesia daripada penjajahan. Hal ini terbukti apabila Indonesia mencapai kemerdekaan pada 27 Disember 1949 dan Soekarno diberri gelaran Bapa Kemerdekaan Indonesia.
            Kemerdekaan negara-negara Asia ini ternyata membawa perubahan yang besar dalam pelbagai aspek. Kesan utama yang dapat dilihat ialah system pentadbiran di China, Burma, India dan Indonesia semakin teratur dan bersistematik. Ekonomi negara-negara ini juga semakin stabil dan mereka bebas menjalankan peradaban mereka sendiri. Ekoran daripada kemerdekaan yang dicapai, negara-negara asia ini semaki pesat membangun dengan bantuan teknologi moden dan hasil pertukaran idea dari negara-negara luar.