KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK MERUPAKAN SEBAHAGIAN
KESAN IMPERIALISME DAN KOLONIALISME. BINCANGKAN.
MASLIZA
BTE WAHID
Masyarakat
majmuk bermaksud satu masyarakat yg mempunyai dua atau lebih unsur kebudayaan
atau kaum yg berbeza yg hidup dalam satu komuniti dan di tempat yg sama.
Kemunculan masyarakat majmuk menyebabkan wujudnya perbezaan agama, budaya dan
cara hidup dalam masyarakat di sesebuah negara. Kewujudan masyarakat majmuk
merupakan impak yg besar ke atas kedatangan serta penguasaan penjajah Barat ke
atas negara2 di rantau Asia Tenggara.
Pembentukan
masyarakat Burma merupakan impak yg diperolehi drp. Perkembangan sejarah yg
berlaku pd abad ke-19. Masyarakat majmuk merupakan kesan social kemasukan
masyarakat luar scr besar-besaran ke Burma. Kemasukan mereka ini jelas
mempunyai matlamat ekonomi. Penduduk Burma sehingga dekadkedua abad ke-19
berjumlah 4 juta orang, sementara pd tempoh menjelang Perang Dunia kedua, Burma
mempunyai penduduk berjumlah 3 juta orang. Kemasukan orang India dan Cina di Burma
tlh menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk di negara tersebut. Kesan drp.
dasar2 ekonomi yg dilaksanakan oleh British disamping peraturan2 kemasukan yg
tidak terlalu rigid membolehkan masyarakat Cina dan India dapat masuk ke Burma
dgn mudah.
Secara
realitinya, kedudukan yg hampir dgn Burma memungkinkan hijrah masuk dpt
dilakukan dgn mudah dan tidak memberi masalah besar terutama dari sudut kos
pengangkutan. Keadaan menjadi semakin mudah apabila pentadbiran Burma pd awal
kemasukan kuaa British tlh disatukan dgn pentadbiran India. India yg mempunyai
penduduk yg padat terutama di Bengal dan ini melahirkan idea bahawa jika mereka
dibawa masuk ke Burma, maka sudah pasti mereka akan mampu mengisi kekosongan yg
wujud di Burma. Menurut pandangan ini, hijrah masuk orang India ke Burma akan
membawa faedah besar kepada semua pihak yg terlibat. Ia scr tidak langsung akan
mengurangkan kesengsaraan di India dan dlm masa yg sama akan menyebabkan
pembangunan Burma berjalan dgn lancar.
Kemasukan
orang India di Burma berlangsung dlm beberapa cara. Cara pertama dalah melalui
sykt2 persendirian, cara kedua melalui kerajaan dan cara ketiga adalah dgn
datang sendiri ke Burma tanpa melalui
kedua-dua kaedah tersebut.Usaha2 rasmi tlh cuba dilaksanakan oleh kerajaan
British utk membawa masuk orang India ke Burma dan tlh dimulakan pd thn 1874.
Ini dilakukan bukan sahaja utk mengisi kekosongan pekerjaan di Burma, malah dlm
masa yg sama meringankan tanggungan dan bebanan British di Bengal yg mengalami
mslh kebuluran dan bencana alam.
Selain
orang India, Burma juga menarik perhatian orang Cina. Meskipun begitu,
jumlahnya adalah lebih kecil berbanding orang India. Pada thn 1931, jumlah
orang Cina di Burma adalah 200 000 orang. Malahan drp. jumlah ini satuper tiga
merupakan penduduk China yg dikenali sbg “China Gunung” yg datang dr kawasan
tanah tinggi Yunnan. Kedatangan orang cina ke Burma berlaku dr bahagian utara
di mana negara tersebut bersempadan dgn China. Malah dlm sejarah Burma, terdpt
beberapa siri peperangan yg melibatkan kedua-dua negara. Ini bermakna hubungan
antara kedua-dua negara tlh berlangsung sejak sekian lama sehinggalah wujudnya
masyarakat majmuk.
Sebagaimana
negara2 lain di Asia Tenggara, Thailand tidak terkecuali drp menerima limpahan
kemasukan orang Cina. Dekad selepas Perang Dunia keduamemperlihatkan betapa
masyarakat Cina di Thailand mnguasai 70%sector perdagangan, 16% industri, 6%
prlombongan dan 8% dlm sektor pertanian dan perikanan. Di Thailand tarikan utama adalah terdptnya permintaan
tenaga buruh yg tinggi serta pembabitan mereka dlm aktiviti perdagangan.
Berdasarkan
kpd pola jantina, kaum lelaki lebih ramai berdanding kaum wanita. Ini kerana
terdapat halangan2 fizikal yg menyebabkan kaum wanita tidak dibawa bersama ke
Thailand. Imigran ini mempunyai keinginan untuk mencari keuntungan dan bersifat
sementara. Kekurangan kaum wanita Cina tlh menyebabkan kaum lelaki Cina utk
memilih wanita tempatan sbg teman hidup mereka. Maka pekahwinan campur terjadi
dan lahirlah golongan Lukkhin yg bejumlah kira-kira 80 000 orang pd thn
1820-an. Sehingga abad ke-20, orang Cina yg ada di Thailand masih terus
mngekalkan ciri2 kecinaan mereka. Mereka masih tetap mengamalkan budaya serta
cara hidup mereka dan tidak becamppur gaul src erat dn masyarakat tempatan. Ini
merupakan salah satu ciri masyarakat majmuk.
Di
Indonesia, kebanyakan imigran datang dari Tanah Besar China. Masyarakat China
Indonesia merupakan satu kelompok masyarakat minoriti teramai di Indonesia.
Jumlah mereka adalah kira2 satu juta hari ini kemasukan mereka secara
beramai-ramai tlh menyebabkan kewujudan masyarakat majmuk di Indonesia.
Terdapat dua faktor penggerak kpd penghijrahan masyarakat Cina ke Indonesia.
Pertama kerana beberapa siri kekacauan yg berlaku di China spt kejatuhan
Dinasti Ming dan penghapusan
penentangan oleh orang Manchu ke atas
penduduk Cina yg setia kpd Dinasti Ming. Kebanyakan pelarian Cina ini datang dr
wilayah Fukien. Manakala perkembangan sektor pertanian di Indonesia turut
membawa kepada pengaliran buruh2 China ke Indonsia.
Kemasukan
imigran2 Cina tlh membawa masuk cara hidup atau budaya mereka ke Indonesia. Ini
menyebabkan berlakunya asimilasi budaya dan cara hidup imigran dan penduduk yg
asal. Ini jelas kelihatan ketika musim perayaan. Pelbagai jenis budaya di
Indonesia dpt disaksikan kesan drp. percampuran masyarakat tempatan dgn
imigran. Di Indonesia masyarakat Cina dibahagikan kpd dua golongan. Golongan
pertama dikenali sbr Singkehs atau singkehs yg bermaksud tetamu baru. Golongan
pertama ini merupakan kump. Masyarakat Cina. Mereka dikenali sbg cina totok
oleh penduduk tempatan. Manakala kump. kedua merupakan peranakan dan golongan
ini adalah penduduk Cina awal yg datang ke Indonesia dan tlh terdedah kpd
persekitaran masyarakat tempatan. Mereka juga merupakan masyarakat kahwin campur
dgn masyarakat tempatan. Kesannya lahirlah masyarakat majmuk di Indonesia. Ini
disebabkan kedua-dua kump. mempunyai ciri2 masyarakat majmuk iaitu perbezaan dr
segi tempat tinggal. Golongan Singkehs boleh didapati diluar bandar. Manakala
petempatan masyarakat peranakan pula ialah di bandar. Selain perbezaan tempat
tinggal, masyarakat ini juga berbezadr segi bahasa atau dialek antara mereka.
Kebanyakan penduduk peranakan adalah suku Hokkien dan masyarakat Cina yg
disebut singkehs adalah dr kalangan imigran2 Hakka dan Kantonis.
Di
Filipina,orang Cina juga mempunyai hubungan yg berpanjangan dgn kepulauan
tersebut. Imigran Cina datang di Amoy dan Canton serta Shanghai dan Beijing.
Penghijrahan penduduk Cina membawa kesan kpd pembentukan masyarakat berbilang
kaum di Filipina. Pada abad ke-19,penghijrahan penduduk Cina terbahagi kpd dua
peringkat, iaitu sebaik sahaja Manila dibuka kpd perdagangan dunia pd thn 1834
dan kedua antara thn 1876-1886semasa penjajahan Sepanyol di Filipina masyarakat
Cina disebut Sanleys yg memberi maksud “pedagang yg mengembara”.
Dasar
pemerintahan Sepanyol ke atas masyarakat Cina dipandu atas dua prinsip, iaitu
utk keperluan ekonomidan kebijaksanaan politik. Kegiatan kaum imjgran tidak
dibatasi dgn peraturan tidak membenarkan menjelajah sesuka hati di kepulauan
Filipina mahupun Manila tanpa sebarang kebenaran. Tambahan drp larangan
tersebut, orang Cina juga tidak dibenar memiliki tanah sehingga akhir
pemerintahan Sepanyol. Selain itu. Masyarakat tempatan Filipina tidak
dibenarkan memakai pakaian orang Cina. Halangan2 yg wujud menunjukkan
masyarakat imigran dan penduduk asal mempunyai perbezaan dr segi budaya dan
adat resam. Penghijrahan mereka sekali gus mewujudkan masyarakat majmuk di
Filipina.
Semasa
pendudukan Amerika Syarikat, dasar mereka pd masyarakat Cina juga hampir sama.
Orang Cina tetap dipandang asing dan menjalankan sekatan terhadap hijrah masuk
masyarakat. Mereka juga tidak diberi taraf kewarganegaraan atau memiliki tanah.
Dasar Amerika Syarikat terhadap penduduk Cina dipandu oleh polisi di Amerika
sendiri dan juga utk meredakan nasionalisme Filipina. Ini memperlihatkan kesan
kedatangan kuasa Barat menimbulkan adakalanya baik dan kadangkala buruk
terhadap kaum imigran kpd pembentukan masyarakat di Filipina.
Kesimpulannya,
kemunculan masyarakat majmuk di beberapa buah negara di Asia Tenggara adalah
disebabkan oleh kemasukan imigranyg membawa pelbagai adat dan budaya dr negara
asal mereka. Kemasukan mereka tlh menyebabkan berlakunya asimilasi di antara
budaya dan cara hidup penduduk asal dgn imigran. Maka secara tidak langsung,
sememangnya kemasukan kuasa asing tlh menyebabkan kemunculan masyarakat majmuk
kesan dasar penjajahan dan pengukuhan kuasa pihak asing terutama bagi tujuan
ekonomi.
No comments:
Post a Comment