KETOKOHAN
RAJA-RAJA CHAKRI TELAH MEMBANTU SIAM
BEBAS DRPD PENJAJAH. BERIKAN SATU PERBANDINGAN DGN RAJA-RAJA
CHINA DAN BURMA .
NURHUDA
BTE MOHAMED. FADZIL
Kuasa-kuasa Barat telah mula datang ke Asia
sejak abad ke-16 lagi. Namun, pada abad ke-19 kuasa-kuasa ini mula meluaskan
pengaruhnya di tiga Asia ini. Pada mulanya,
kuasa-kuasa ini dating ke Asia dengan tujuan
untuk menguasai ekonomi sahaja. Tetapi, kemudiannya telah menjajah politik dan
sosial negara-negara yang telah dijajahinya. Akhirnya, kuasa-kuasa ini telah
berjaya menguasai negara-negara Asia kecuali Siam . Ketokohan dan kebijaksanaan
raja-raja dalam dinasti Chakri telah membantu Siam
bebas daripada penjajah berbanding dengan negara-negara Asia
yang lain. Banyak perubahan yang telah dilakukan di Siam agar tidak dijajah oleh
kuasa-kuasa Barat.
Pada
peringkat awal, pemerintah Siam
menganggap kehadiran pihak Barat sebagai mengganggu kehidupan rakyatnya. Mereka
berusaha menghindar daripada menjalin hubungan ekonomi dan sosial dengan kuasa
Barat. Dinasti Chakri bermula pada tahun 1767 iaitu pada waktu pemerintahan
Dhya Taksin. Dasar tutup pintu yang dilaksanakan oleh Siam telah bermula sejak pemerintahan Raja Rama
I. Baginda enggan mengadakan hubungan dengan mana-mana kuasa Barat kerana Siam merupakan
negara yang makmur. Tambahan pula, Siam mempunyai segala keperluan
yang mencukupi dan mampu untuk berdikari. Selain itu, Siam telah manjalin hubungan perdagangan dengan China .
Malahan penduduk Siam merasa bimbang terhadap campur tangan kuasa
asing dalam hal ehwal politik sepertimana yang terjadi di Burma .
Dasar
tutup pintu Siam
diteruskan oleh Raja Rama II dan Rama III. Walaupun terdapat hubungan
perdagangan dengan kuasa-kuasa Barat, ia adalah dalam bentuk yang terhad. Kuasa
asing yang menjalinkan hubungan diplomatik dengannya ialah British. Raja Rama
III berusaha untuk mengelakkan British daripada menguasai Siam melalui peperangan sepertimana yang berlaku
di Burma .
Selain itu, semasa pemerintahan Rama
III, Amerika Syarikat juga turut berminat menjalin hubungan diplomatik dan
perdagangan dengan Siam .
Namun, Raja Rama III masih mengamalkan
dasar tutup pintu terhadap kuasa Barat.
Dasar
tutup pintu Siam
kemudiannya dihapuskan ketika Raja Rama IV, iaitu Raja Mongkut manaiki takhta
pada tahun 1841. Baginda mengamalkan dasar diplomasi dengan kuasa-kuasa asing
untuk mengekalkan kemerdekaan Siam .
Baginda telah membawa Siam
kepada hubungan diplomatik dan perdagangan. Dasar pintu terbuka ini dimulakan
apabila Mongkut mengadakan Perjanjian Bowring dengan British pada tahun 1855.
Apa yang dilakukan oleh Monkut adalah berlawanan dengan dasar anti-asing yang
diamalkan oleh raja-raja Dinasti Chakri yang sebelumnya iaitu, Rama I, II dan
III. Mongkut telah sedar bahawa sekiranya sikap memencilkan diri Siam tidah
diubah, kuasa-kuasa asing akan tetap membukanya secara paksa dan ganas
sepertimana yang telah berlaku di China, Burma dan Vietnam. Pihak British telah
mengambil peluang dan kesempatan yang diberikan oleh Raja Monkut dengan
menandatangani perjanjian diplomatik dan perdagangan. Perjanjian Bowring telah
ditandatangani antara John Bowring dengan Raja Mongkut pada 18 April 1855.
Melalui perjanjian tersebut, Siam
memberi keistimewaan kepada British dengan kadar cukai yang rendah dan
membenarkan kapal-kapal dagang British bebas berlabuh di pelabuhan Siam. Dasar
buka pintu Siam terhadap kuasa asing ini juga telah menyebabkan banyak
perjanjian ditandatangani dengan kuasa-kuasa asing lain. Misalnya dengan
Amerika Syarikat (1856), Perancis (1856), Denmark (1858), Belanda (1860),
Jerman (1872) dan Norway serta Sweden (1868).
Perjanjian
Bowring yang ditandatangani dengan Lord Bowring bagi pihak British itu telah
membuka Siam kepada perdagangan
antarabangsa. Melalui perjanjian itu juga, hak wilayah asing diberikan kepada
pedagang British manakala seorang konsul British ditempatkan di Bangkok.Raja
Mongkut bertindak dengan bijak apabila
turun turut menandatangani perjanjian yang sama sifatnya dengan kuasa-kuasa
imperialis yang lain. Antaranya ialah, Amerika Syarikat pada tahun 1855,
Perancis (1856), Denmark (1858), Portugal (1859), Holland (1860),
Prussia(1862), Belgium, Itali, Norway dan Sweden pada tahun 1868. Dengan cara
ini, Mongkut berjaya mewujudkan keseimbangan kuasa di kalangan kuasa-kuasa
besar itu. Tidak ada mana-mana kuas yang dapat menindas Siam kerana
masing-masing mahukan hak di Siam.
Hubungan
perdagangan dengan Perancis telah dijalinkan pada tahun 1856. Pada mulanya,
hubungan antara kedua-dua pihak tidak begitu baik kerana Perancis berusaha
meluaskan kekuasaannya di Indo-China yang merupakan wilayah naungan Siam. Raja
Mongkut menyedari masalah tersebut dan berusaha untuk menjalin hubungan dengan
Perancis. Ini terbukti dengan perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1867.
Antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah, penyerahan wilayah naungan
iaitu Laos, Vietnam dan Kemboja kepada Perancis tanpa sebarang tuntutan. Selain
itu, segala urusan perdagangan antara Siam dan Perancis tiada sebarang sekatan.
Hal ini menyebabkan Perancis tiada alas an untuk mengganggu pentadbiran Raja
Mongkut.
Raja
Monkut juga telah banyak memberi sumbangan terhadap kemajuan ekonomi Siam.
Perdagangan dengan Barat juga telah meningkatkan sumber ekonomi negara. Sistem
ekonomi komersil telah dipergiatkan untuk memajukan ekonomi rakyatnya. Raja
Mongkut juga telah memperkenalkan penggunaan mata wang sendiri iaitu Bhat dan
sekaligus memudahkan urusan perniagaan. Bagi mewujudkan system kewangan yang
cekap dan sistematik, Raja Mongkut telah menubuhkan kewangan Diraja. Jabatan
Cetak Kewangan Diraja telah ditubuhkan pada tahun 1861 untuk uruasan mencetak
wang kertas. Selain itu, bagi melicinkan urusan perdagangan, siatem
pengangkutan yang lebih baik telah diperluaskan di Siam. Jalan raya yang menghubungkan
kawasan pedalaman dengan kawasan sumber ekonomi utama telah dibina. Dengan ini,
urusan penghantaran akan lebih cepat dan mudah dipasarkan. Kemudahan pertanian
seperti terusan dan tali air juga telah dibina, contohnya di kawasan Central
Palm.
Selian
memantapkan system ekonomi, Mongkut juga turut memodenkan system social
masyarakat Siam dengan menghapuskan amalan orang awam berlutut di hadapan raja.
Orang asing pula dibenarkan menunjukkan hormat mereka kepada raja dengan cara
masing-masing. Mongkut juga memberikan kebebasan kepada mubaligh Kristian untuk menjalankan aktiviti mereka di
Siam. Ini termasuklah menyebarkan agama Kristian dan mendirikan gereja. Mongkut
juga telah memberi perhatian terhadap perkembangan pendidikan. Raja Mongkut
menggalakkan rakyatnya untuk mendapat pendidikan Barat. Beliau telah
memperkenalkan beberapa matapelajaran moden seperti bahasa asing, matematik,
sains dan astronomi.
Raja
Mongkut dan Siam telah memodenkan system pentadbiran kerajaan dan
memperkenalkan beberapa pembaharuan. Langkah-langkah pembaharuan yang mereka
lakukan itu telah dapat mengurangkan kemungkinan campur tangan kuasa asing di
Siam. Dalam melaksanakan langkah-langkah pembaharuan, Mongkut telah mengambil
kira-kira 80 orang penasihat untuk membantu penyusunan semula
perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan. Misalnya, Mongkut mengambil guru-guru dan
penasihat kewangan British, penasihat ketenteraan Perancis dan penasihat
perkhidmatan kastam Amerika. Raja
Chulalongkorn yang menggantikan Mongkut pula telah meneruskan dasar-dasar
bapanya dalam memajukan dan memodenkan Siam. Beliau menghapuskan sistem hamba
abdi dan memusatkan pentadbiran kerajaan Siam. Chulalongkorn juga
turutmenubuhkan system perbendaharaan dan system keadilan yang lebih moden.
Dasar buka pintu yg dijalankan oleh Mongkut telah diteruskan oleh puteranya,
Raja Chulalongkorn yg mengadakan hub diplomatic dan perdagangan dgn banyak
kuasa barat. Baginda turut memodenkan Siam mengikut asas yg telah dijalankan
oleh raja Mongkut. Raja Chulalongkorn tlh menghapuskan adat perhambaan,
menubuhkan Maktab Diraja utk anak-anak
raja dan gol bangsawan serta
memperkenalkan system pelajaran moden iaitu pd tahun 1891 yg disampaikan dlm
bahasa Inggeris dan bahasa Siam. Selain itu, perkhidmatan pos dan telegraf juga
diperkenalkan serta pengunaan kapal-kapal wap dan keretapi utk memudahkan Siam
menghubungi konsul di luar negeri. Raja Chulalongkorn juga tlh menyerahkan 12
buah wilayahnya kpd Perancis agar kedudukan negaranya sbg sebuah negara yg
bebas drpd penjajah kekal. Akhirnya, semasa perang dunia kedua, Siam tlh
membuka buka pintunya kpd Jepun utk
mengelakkan drpd penjajahan.
Berbanding dgn Burma, walaupun
pemerintah Dinasti Konbaung tlh banyak melakukan perubahan, namun Burma tetap
dijajah oleh kuasa asing. Dinasti Konbaung bermula pd tahun 1819 iaitu semasa
pemerintahan Raja Bagyidaw.Burma enggan menjalin hb diplomatic dgn British. Hub
diplomatic yg wujud adalah terhad. Hal ini menyebabkan British mendesak Burma
utk membuka banyak peluang kpd British terutamanya dlm perdagangan. Utusan
British yg pertama iaitu Huram Cox dan John Canning tidak dapat layanan yg
baik. Burma juga tlh melanggar syarat perjanjian Yandabo tentang layanan
terhadap duta British.
Raja Mindon Minh yg menjadi
pemerintahan pd tahun 1853 merupakan pemerintah yg banyak buat perubahan.
Perubahan-perubahan yg dilakukan oleh raja Mindon Min tlh membawa kapal
perkembangan dan pembangunan Burma. Banyak perubahan dlm aspek politik,ekonomi
dan social dilakukan. Semasa pemerintahan raja Mindon Min, baginda tlh berusaha
utk menjalin hub dgn kuasa barat demi menjaga keamanan dan kestabilan Burma.
Raja Mindon Min tlh berusaha menamatkan peperangan dgn kedua-da-ua pihak iaitu
antara Burma dgn British. Beliau tlh menghantar perwakilan utk berunding dgn
pihak British. Cth; beliau menghantar Mague Maungi ke India pd 1853.
Selain British, Raja Mindon tlh
menjalinkan hubungan diplomatik dgn Perancis. Beliau menjalinkan hubungan dgn
Perancis adalah utk mengimbangi pengaruh British di Burma. Selain itu, beliau
juga tlj memberi sumbangan yg besar terhadap perkembangan ekonomi Burma dgn
pelbagai perubahan. Baginda tlh membela nasib masyarakat bawahan khususnya
golongan buruh. Penghapusab guna tenaga percuma digantikan dgn sistem bergaji.
Dsr ini tlh meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan mengelakkan penindasan
golongan atasan terhadap masyarakat bawahan. Baginda juga tlh menghapuskan
cukai feudal yg dikutip oleh golongan bangsawan drpd rakyat di kampung-kampung.
Raja Mindon tlh memperkenalkan
sistem cukai baru pd thn 1861. Sistem cukai ini dikenali sbg Thatameda yg
dikenalkan kpd semua keluarga. Raja Mindon turut berusaha utk mempelbagaikan
sumber ekonomi Burma yg selama ini hanya bergantung kpd keluaran komoditi utama
spt beras dan kayu jati. Baginda tlh menggalakkan pembangunan sektor
perindustrian dan perlombongan. Namun, usaha tersebut kurang berjaya krn
kurangnya pengetahuan dan teknologi.
Walaupun byk perubahan yg tlh
dilakukan oleh Raja Mindon, namun kedudukan Burma utk menjadi negara yg tidak
dijajah tidak bertahan lama setlh tampuk pemerintahan Burma diambil alih oleh
Raja Thibaw. Pd masa pemerintahan Raja Thibaw, Perancis tlh menjalin hubungan
yg erat dgn Burma. Perancis tlh menjual senjata kpd Burma. Manakala Burma pula
diberi hak utk melombong batu permata. Hal ini menyebabkan British berusaha dgn
lebih agresif utk mendptkan Burma. Perancis pula tlh mendpt hak istimewa di
Burma Hulu. Ini menyebabkan British kurang senang dan khuatir Perancis akan
menggugat kepentingannya.
Dlm pemerintahan Raja Thibaw,
tlh berlaku kekacauan politik dlm negara. Ini menyebabkan pemerintahan Burma
tidak stabil. Selain itu, beliau tlh mengenakan tindakan undang-undang terhadap
Sykt Perdagangan Bombay-Burma krn kesalahan membalak kayu jati melebihi had yg
ditetapkan dan tidak membayar cukai eksport. Sykt tersebut tlh didenda sebyk 23
juta rupee. British merayu supaya denda tersebut dikurangkan tetapi ditolak
oleh Burma. Ini menyebabkan British menyerang Burma pd thn 1885. Akhirnya,
Burma tlh kehilangan wilayah dan kedaulatannya setlh British menguasai Burma.
Di China, dsr tutup pintu tlh
diamalkan antara period ke-18 hingga perengahan abad ke-19. Terdpt beberapa
factor yg melatari sikap dan dsr tutup pintu ngra China iaitu, pemerintahan di
China merasakan bhwa hubungan dgn luar tudak diperlukan sbb sgla keperluan
mereka dpt diperolehi dari dlm ngra mereka sendiri. Mereka tidak memerlukan
hubungan dgn luar krn sumber brgn samada sumber makanan atau sumber brgn harian
dpt diperolehi dgn mudah. System ekonomi yg dijlnkan menyebabkan keperluan brgn
dari luar sgt kecil. Keadaan ini sebaliknya terhadap kuasa luar yg sgt
memerlukan brgn China terutama tembikar, the, sutera dsbnya.
Dsr ngra ini juga sgt berkait
rapat dgn kebimbangan yg dialami bhwa pihak luar terutamanya pihak Barat akan
campur tangan dlm politik tempatan. Mereka juga bimbang budaya dan adat
tempatan akan terjejas apabila pihak Barat campurtagan di ngra mereka. Agama
Kristian y dibawa oleh barat akan menyebabkan agama tradisi yg dianuti sejak
turun temurun akan menerima ancaman.
Mereka beranggapan bhwa kuasa-kuasa barat adalah todak setanding dgn
mereka yg dikenali sbg “Middle Kingdom”. Oleh yg demikian, hubungan sama taraf
tidak boleh dilakukan krn ia akan menjatuhkan kedudukan Middle Kingdom
tersebut.
Akhirnya, ngra Middle
Kingdom tersebut tlh membukan pintunya secara terpaksa apabila kalah dlm
peperangan dgn kuasa-kuasa barat. Pertembungan antara dua budaya (Barat dan
China) menyebabkan China terpaksa menerima segala kandungan perjanjian yg
merugikan malah mereka juga tlh kehilangan wilayah kpd kuasa asing spt yg
berlaku terhadap Hong Kong.
Kesimpulannya, ketokohan
raja-raja Dinasti Chakri tlh berjaya membebaskan Siam drpd penjajahan dan
seterusnya menjadi sebuah ngra bebas. Hal ini berbanding dgn China dan Burma yg
terpaksa menerima kuasa-kuasa Barat ini menjajah ngra mereka dan terpaksa
melepaskan wilayah mereka kpd kuasa asing.
No comments:
Post a Comment