JELASKAN PENERIMAAN MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP
PERUBAHAN YANG DILAKUKAN OLEH PENJAJAH
MOHD SHAH MD
ALI HANAFIAH
Menjelang akhir abad ke-19,hampir
kesemua negara asia telah berjaya dikuasai oleh penjajah. Ini telah menyebabkan
mereka bebas melakukan apa sahaja perubahan tanpa menghiraukan tindak balas
masyarakat tempatan. Perubahan yang dilakukan adalah untuk kepentingan mereka
sendiri. Penerimaan masyarakat tempatan terhadap perubahan yang dilakukan ada
yang positif dan ada juga yang negatif. Perubahan ini merangkumi aspek politik
, ekonomi , sosial dan kebudayaan serta
agama.
Pelbagai
reaksi telah timbul akibat daripada perubahan yang di lakukan penjajah. Dasar
pengilhaman Lord Dalhousie merupakan faktor politik yang menyebabkan Dahagi
India. Beliau telah mengilhamkan wilayah-wilayah tanpa menghiraukan perasaan
orang India. Lord Dalhousie meletakkan tiga alasan di atas Dasar Pengilhaman
yang di buatnya iaitu hak menakluk kuasa agung, "Doctrine Of Lapse"
dan ingin membantu wilayah-wilayah yang di belenggu masalah penyelewengan dan
pemerintahan. Dasar ini telah menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan
putera-putera pemerintahan tempatan. Ini kerana "Doctrine Of Lapse"
menyatakan sekiranya seseorang pemerintah mangkat tanpa waris maka negerinya
menjadi kepunyaan British. Lord Dalhousie telah mengilhamkan wilayah-wilayah
seperti Punjabi, Oudh, Satara, Jhansi, Baghat, Jaitpur dan Sambalpur. Lord
Dalhousie juga telah mencabar kedaulatan pemerintahan tempatan. Hal ini telah
menyebabkan Dahagi di India. Namun, Dahagi ini telah gagal.
Kedatangan
British di India telah menyebabkan beberapa adat resam di hapuskan. Antaranya
Sutthe, Thugee dan pembunuhan bagi perempuan. Ini telah menyebabkan masyarakat
tempatan memberontak. Amalan Sutthe ialah pengorbanan para balu di timbunan
kayu mayat suami mereka semasa upacara pengebumian. Amalan Sutthe ini di
hapuskan melalui undang-undang tahun 1828. Amalan ini di anggap sebagai satu
jenayah. Manakala amalan Thuge ialah satuu sistem rompakan dan pembunuhan di
jalan raya. Amalan ini di jalankan oleh kumpulan agama yang bersenjata dan
menyamar lalu membunuh pengembara atas nama Dewa Kali. Amalan bagi perempuan
yang di anggap tidak berperikemanusiaan juga di hapuskan oleh British. Lord
Dalhousie juga telah meluluskan undang-undang membenarkan balu-balu India
berkahwin semula. Walaupun perubahan-perubahan sosial di jalankan, tetapi ia
telah melanggar amalan dan adat serta menyinggung hati orang India. Ini telah
menyebabkan penentangan pendduduk tempatan dan kemuncaknya adalah Dahagi di
India.
Pertubuhan
yang berlaku di Indonesia yang di lakukan oleh Belanda juga menyebabkan rakyat
menentang. Antara perubahan yang di lakukan adalah di dalam pentadbiran.
Belanda telah mengubah sistem pentadbiran tradisional mesyarakat Indonesia dan
telah mengurangkan kuasa pembesar tempatan. Ini telah menyebabkan berlaku
pemberontakan terutamanya di Jawa dan
kemuncaknya adalah Perang Jawa (1825-1830). Selepas Perang Jawa, Belanda telah
menyusun sistem pentadbiran yang baru, tetapi sistem tidak di terima oleh
Sultan di beberapa daerah. Antaranya Sultan Badruddin di Palembang yang
memberontak pada 1820. Ini kerana, pembesar tempatan di letakkan di bawah
Sistem Residen.
Di
Indonesia juga telah berlaku perubahan di dalam adat resam dan undang-undang
serta ekonomi. Perubahan dalam sistem pendidikakn juga telah berlaku. Perubahan
yang di lakukan dalam undang-undang di Indonesia terutamanya di Sulu dapat di
terima oleh masyarakat tempatan. Ini kerana kebanyakan undang-undang yang di
buat tidak banyak di ubah. Umpamanya, undang-undang Sulu yang di warisi
daripada abad sebelumnya masih di gunakan selepas kedatangan penjajah. Ia hanya
di kenali sebagai Kaum Sulu Baru. Selain itu pihak penjajah juga telah
mewujudkan sistem mahkamah. Pelbagai dasar juga telah di perkenalkan dalam
sistem ekonomi Indonesia. Antaranya adalah Dasar Liberal, Sistem Kultur dan
Dasar Etika. Namun, kebanyakan dasar-dasar ini telah menindas rakyat. Contohnya
Sistem Kultur yang mengikut rakyat tempatan dalam pertanian. Ini telah
menyebabkan masyarakat Jawa memberontak kerana tidak mempunyai waktu rehat yang
cukup akibat penanaman jagung sepanjang tahun. Ini juga telah menjadi faktor
Perang Jawa. Dalam sistem pendidikan
pula, masyarakat tempatan telah menerima sistem yang di bawa oleh Barat.
Penerimaan ini berlaku semasa pemerintahan Jepun. Pendidikan telah menyebabkan
ramai yang mendapat pendidikan yang lebih baik dan jawatan yang penting dalam
persediaan ke arah berkerajaan sendiri.
Di
Vietnam, Perancis melaksanakan pembaharuan untuk mengukuhkan kekuasaan ke atas
negeri naungan itu iaitu Kemboja. Raja Norodom di paksa menerima segala pembaharuan
yang di laksanakan Perancis. Baginda hanya di anggap sebagai Raja Boneka.
Perancis telah melantik seorang residen untuk melaksanakan tugas-tugas
kerajaan. Perubahan-perubahan ini telah menimbulkan kemarahan dan rasa benci penduduk. Mereka telah bangkit
memberontak di bawah Si Vattha. Peperangan ini telah memakan masa selama 18
bulan dan Si Vattha telah mengalami kekalahan dan menyerah diri. Di Filipina, Sepanyol telah membawa
perlaksanaan beberapa dasar ekonomi seperti Sistem Polo dan Vandala yang
memaksa penduduk melakukan kerja paksa. Dalam sistem Polo, rakyat perlu bekerja
secara percuma untuk kerajaan selama 40 hari dalam setahun dan Sistem Vandala
pula, menghendaki rakyat menyerahkan barangan mereka kepada kerajaan secara
paksa. Biasanya kerajaan tidak membuat sebarang bayaran. Ini menyebabkan
masyarakat tempatan tidak puas hati terhadap perubahan tersebut kerana
perubahan yang di lakukan bersifat penindasan terhadap masyarakat. Ini telah
menyebabkan pemberontakan tempatan 1562-1872 dan pergerakan perubahan
1872-1896.
Di
Burma, pelbagai perubahan juga telah di lakukan oleh British. Antaranya,
menghapuskan Sistem Hutdaw dan menggantikan dengan sistem Residen. Ramai
pemimpin di tangkap dan di buang negeri. Tindakan ini menimbulkan kemarahan pemimpin. Burma
yang masih mengharap pihak British mewujudkan kembali sistem beraja tetapi
British menolak. Mereka telah bangun memberontak dan pemberontakan telah
berlarutan. Contohnya kebangkitan Saya San 1930-1931. Selain itu, perubahan
juga berlaku dalam adat dan kebudayaan Burma yang ingin di gabungkan dengan
pendidikan barat. Ini di lakukan oleh orang Burma yang pendidikan barat. Mereka
telah menubuhkan sekolah agama Buddha tetapi tidak berbentuk biaya dan
kependerian dan mengajar ilmu sekular dan Buddha. Tetapi sekolah ini tidak
mendapat sokongan para sami yang tidak mahu menerima ilmu sekular. Sistem
pendidikan barat sebenarnya telah mendapat sambutan dari masyarakat tempatan di
sebabkan oleh nasionalisme dan hak mendapat kemerdekaan.
Bagi
China, undang-undang barat di anggap sebagai sisstem bertimbang rasa, adil dan
bebas. Ini di sebabkan undang-undang negara tersebut kejam kerana prinsip
perundangan China yang menyatakan seseorang di anggap bersalah sehinggalah
membuktikan dia tidak bersalah. Ini berbeza dengan barat yang mengganggap
seseorang tidak bersalah sehingga di buktikan bersalah. Perbezaan ini telah
mengakibatkan perang Inggeris-China pada tahun 1839. Selain itu, kuasa barat
telah memperkenalkan kereta api dan kapal wap dan ini menjejaskan mata
pencarian pekerja China dalam bidang pengangkutan tradisional seperti kereta
kuda, kereta lembu dan tangkan. Ini telah menyebabkan Pemberontakan Boxer.
Tetapi pemberontakan ini gagal. Dalam sistem pendidikan pula, China terpaksa
menerima sistem pendidikan barat pada awalnya. Tetapi, pada 1850-an kerajaan
Manchu China telah menggalakkan para pegawainya mempelajari tamadun barat.
Sistem pendidikan barat telah menghapuskan sistem pendidikan berteraskan ajaran
Confucius, Teoisme dan Buddisme.
Kesimpulannya,
kedatangan penjajah telah menyebabkan pelbagai perubahan yang mendatangkan
kebaikan dan keburukan. Dari segi kebaikan, masyarakat tempatan memperolehi
pendidikan yang baik dan mendapat jawatan dalam sistem pentadbiran di samping
meningkatkan ekonomi. Namun begitu masyarakat tempatan sebenarnya tertindas
dengan peraturan-peraturan yang di buat. Selain itu, pihak penjajah ingin
mengekalkan kuasa mereka di negara-negara Asia melalui perubahan yang di
lakukan.
No comments:
Post a Comment