JELASKAN SEBAB-SEBAB KEWUJUDAN GERAKAN KESEDARAN DI
ASIA TENGGARA, ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR.
Pada awal abad ke-19 dan abad
ke-20 telah wujud semangat kebangsaan atau nasionalisme di Asia. Secara
umumnya, nasionalisme bermakna melahirkan perasaan cintakan tanahair dalam
usaha untuk membentuk sebuah negara bangsa. Perkataan nasionalisme berkait
dengan dua perkara iaitu kewarganegaraan yang menuntut perpaduan politik dan
kedaulatan kemerdekaan dan juga semangat patriotik yang bermakna cintakan tanah
air. Nasionalisme juga boleh dikatakan sentimen kesetiaan atau simpati yang
mengikat kumpulan masyarakat menerusi institusi dan budaya yang sama untuk
mewujudkan perpaduan dikalangan mereka dan seterusnya mencapai pembentukan
negara yang merdeka.
Gerakan kesedaran wujud disebabkan
oleh faktor-faktor tertentu. Antaranya ialah dari segi faktor agama. Buddha,
Islam, Hindu dan Shinto merupakan agama yang mempunyai pengaruh yang kuat di
Asia. Agama menjadi cara hidup mereka dan mengikat persaudaraan antara mereka.
Kehadiran kuasa barat bukan sahaja motif keuntungan tetapi membawa agama mereka
iaitu agama Kristian.Bagi penduduk rantau ini kehadiran agama Kristian
merupakan tamparan hebat bagi agama mereka.Di Asia Tenggara misalnya di Myanmar , kemasuksn
pentadbiran British mengancam pengaruh agama Buddha di negara itu. Ancaman ini
ketara pada sistem pendidikan agama Buddha yang semakin merosot. Golongan
mubaligh Kristian juga cuba
untuk sebar agama kristian dikalangan penduduk pedalaman seperti puak Chin dan
Karen. Selain itu, orang British juga tidak menghormati agama Buddha apabila
mereka menggunakan kasut di kuil Buddha.Ini seolah-olah mencemari kesucian
agama Buddha.Ini menimbulkan kemarahan golongan sami-sami Buddha. Golongan sami
Buddha merupakan golongan pertamayang menyemarakkan semangat perpaduan
dikalangan rakyat Myanmar.Penubuhan Persatuan Belia Agama Buddha telah
merangsang semangat Nasianalisme dengan terlibat dalam peristiwa pertikaian
kasut, menuntut pembaharuan dalam pemerintahan British dan pemogokan pelajar
pada tahun 1920.Manakala peranan golongan Pongyi juga amat penting.Mereka
merupakan golongan yang terlibat dalam gerakan menyokong pelajar dan memberi
kesedaran kepada golongan petani diluar bandar.Pemberontakan Saya San pada 22
Disember 1930 merupakan usaha yang disokong oleh golongan Pongyi.
Di Asia Timur pula misalnya di
China, agama Kristian dianggap sebagai agen penjajah, selain mencabar
kepercayaan Conficius, Buddha dan adat resam penduduk tempatan. Kemaraan mubaligh
kristian ini mendapat perlindungan daripada perjanjian yang dikenakan oleh
kuasa barat. Perjanjian Tienstin memberi kebenaran kepada golongan mubaligh utk
ke pedalaman China.Manakala Konvensyen Peking pada tahun 1860, membenarkan
gerakan mubaligh menyewa dan membeli tanah utk tujuan pembinaan gereja.Situasi
ini seolah-olah mencabul kedaulatan China dengan memberi banyak kebebasan
kepada golongan ini.Pembinaan gereja tidak mengikut Feng Shui menyebabkan
kemarahan penduduk tempatan. Perasaan Anti-kristian menyebabkan stesen Mubaligh
kristian di Yang Chow di bakar pada Ogos 1868. Peristiwa pembunuhan Mubaligh
kristian Perancis, Abbe Auguste Chapdeline pada Februari 1868 dan pembunuhan
beramai-ramai di Tienstin juga merupakan gerakan anti-kristian.
Di Asia Selatan, contonya di India ,
pergerakan-pergerakan berunsur agama banyak meransangkan kebangkitan
nasionalisme. Contohnya Ram Mohan Roy telah menubuhkan Brahmo Samaj. Pertubuhan
ini menyarankan kepercayaan beliau dalam perpaduan tuhan dan penyingkiran
pemujaan patung-patung. Pertubuhan ini membantu beliau dalam menghapuskan
amalan sosial yang tidak berfaedah. Selain itu, pertubuhan Liga Islam
berperanan dalam menegakkan hak asasi orang Islam.
Selain itu, faktor lain ialah peranan
bahasa dan kesusasteraan.Bahasa merupakan alat perpaduan dan alat komunikasi
yang paling berkesan. Para nasionalis
dimana-mana negara selalu mengeksploitasikan peranan bahasa dan sastera sebagai
alat menyalurkan idea nasionalisme demi mencapai kesedaran. Di Asia Tenggara
misalnya di Vietnam , tulisan
quoc-ngu iaitu tulisan ciptaan mubaligh kristian Katolik pada awal abad ke-17
membolehkan pembacaan dan pembelajaran bahasa Vietnam . Tulisan ini juga mempunyai
peranan untuk memperkenalkan dan menterjemah-kan perkataan Barat. Tambahan lagi
tulisan ini juga senang dipelajari dan hanya mengambil masa
beberapa minggu sahaja untuk
menguasainya.Dari segi karya sastera, karya Phan Boi Chau cuba mendedahkan kelemahan masyarakat Vietnam dan
penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Perancis. Dalam buku beliau yang
pertama iaitu Viet Nam Vong Quoc Su yang ditulis pada tahun 1905 menceritakan
bagaimana Perancis menakluk Vietnam dan beliau menyeru penduduk bangkit melawan
pemerintah.Sementara itu, dalam karya puisi beliau yang bertajuk Hai Ngoi Huyet
Thu cuba mendedahkan sikap tidak peduli rakyat Vietnam tentang nasib negaranya.
Oleh itu, beliau menyeru supaya semua lapisan masyarakat untuk bersatu dan
melawan penjajah.
Di Asia Selatan pula, contohnya di
China. Semasa Gerakan 4Mei 1919, Hu Shih telah memulakan Gerakan Kesusasteraan
dengan mengajak orang China untuk mengguna dialek mereka sendiri iaitu pai-chua daripada menggunakan bahasa
klasik we-yen dalam memahami
kesusasteraan. Idea beliau cuba mengajak orang cina untuk memehami sendiri
sastera tempatan tanpa bergantung kepada golongan sarjana. Disebalik saranan
beliau, beliau mahu rakyat berfikiran terbuka dan tidak sahaja menerima
pendapat atau suruhan daripada pihak berkuasa.Kesan daripada saranan beliau,
ini telah membantu Gerakan 4 Mei 1919 di China yang membantah Perjanjian
Versailes diPerancis. Terdapat juga seorang lagi tokoh China yang mempunyai
idea menyedarkan masyarakat iaitu Lu Hsun. Beliau telah menerbitkan novel yang
bertajuk Diary Of a Madman dalam tahun 1918. Novel ini membicarakan soal
masalah yang dihadapi oleh masyarakat tempatan cina yang dikongkong oleh budaya
statik. Dalam novel itu beliau cuba mencari jawapan tentang kelemahan China.
Di Asia Selatan pula contohnya di
India. India merupakan negara yang mempunyai
kawasan yang besar dan luas. Penduduknya bertutur dalam pelbagai bahasa.
Oleh itu, tidak ada ikatan yang boleh menyatukan penduduknya. Pengenalan bahasa
Inggeris dalam kehidupan masyarakat India membawa satu harapan baru kepada
penduduknya untuk bersatu. Faktor bahasa Inggeris ini menyatukan bukan setakat
penduduk seagama tetapi juga rakyat India untukbergerak dalam satu landasan
untuk menuntut hak mereka daripada penjajah British. Bahasa I nggeris menjadi
alat perpaduan yang memecahkan fahaman sempit dan sifat kewilayahan penduduk
India.
Faktor yang lain pula ialah
pendidikan. Pendidikan memainkan peranan yang besar dalam menyedarkan bangsa
yang dijajah. Pendidikan mendedahkan tentang kelemahan bangsa yang dijajah yang
ketinggalan dalam semua aspek kehidupan. Dengan itu, pendidikan memberi
ransangan kepada golongan terpelajar untuk menentang atau mendesak penjajah
supaya melakukan reformasi keatas bangsa-bangsa yang dijajah. Di Asia Tenggara
misalnya di Indonesia. Pendidikan yang disediakan oleh pihak Belanda
menunjukkan sikap diskriminasi keatas penduduk tempatan.Golongan Pryayi
mendapat pendidikan tersendiri dan diasingkan dengan rakyat biasa. Ini adalah
usaha Belanda yang ungin memecahkan perpaduan dikalangan penduduk Indonesia.Namun
begitu, Stovia ( School Tot Opleiding Van Indlandsche @ sekolah untuk latihan
doktor pribumi ) yang disediakan untuk rakayat biasa yang menjadi pusat memupuk
semangat nasionalisme. Pelajarnya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat
seperti anak polis, guru, pegawai kerajaan, petani an bangsawan. Mereka ini
bukan sahaja datang dari Jawa malah
dari Sulawesi, Maluku dan Sumatera. Oleh
itu, tidak hairanlah mereka dapat bertemu danberbincang tentang masalah penduduk
Indonesia yang ditindas. Secara
rikat
dan Jerman untuk mempelajari dan memahami teknik dan bentuk organisasi
ketenteraan. Dengan itu lahirlah golongan pendidikan tempatan yang meneruskan
usaha permodenan di China. Pada tahun 1910 an, pelajar yang menikmati
pendidikan Barat dan Jepun mula kembali ke China.Mereka inilah yang menjadi
pendorong kepada gerakan nasionalisme di China.Antara mereka ialah Chen
Tu-hsiu, Lu Hsun dan Hu Shih yang telah mencari idea yang sesuai bagi negara
mereka untuk melakukan reformasi kearah permodenan yang seiring dengan Barat
dan Jepun. Manakala diperingkat negeri pula, Universiti Peking (Peita) yang
ditubuh semasa Reformasi Seratus Hari(1898) untuk membina semangat nasionalisme
dikalangan pelajarnya.
Di Asia Selatan pula misalnya di
India.Pihak British telah memperkenalkan pendidikan sekular pada tahun 1835
engan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar juga memainkan
peranan tersendiri dalam merangsang gerakan nasionalisme India.Selepas itu,
banyak universiti dan sekolah ditubuhkan.Manakala orang yang berada pula
mengahantar anak mereka ke luar negeri. Hasilnya ia akan melahirkan golongan
yang berpendidikan dan mula menggerakkan usaha nasionalisme India seperti
Gandhi dan Nehru.
Hasil dalam perkembangan pendidikan,
maka lahirlah golongan intelektual. Golongan intelektual di negara Asia
membekalkan pimpinan bagi gerakan kesedaran dan membawa negara mereka kearah
pencapaian kemerdekaan. Perkembangan sistem pendidikan Barat telah melahirkan
golongan intelektual yang terdedah kpd idea-idea Barat seperti liberalisme,
sosialisme, kerajaan berparlimen dan hak-hak asasi rakyat semasa mereka diluar
negeri terutamanya Eropah. Golongan ini juga terdedah kepada peristiwa spt
penggulingan Raja Perancis dan penentangan terhadap Tzar Nicholas.Golongan ini
sedar akan dasar diskriminasi yang diamalkan di negara mereka. Mereka juga
tidak berpuas hati terhadap sistem pmerintahan yang diamalkan dinegara mereka.
Di Asia Tenggara misalnya di Indonesia. Raden Adjeng Kartini merupakan tokoh
penting dalam sejarah nasionalisme Indonesia. Beliau menyedarkan bangsa
Indonesia akan pentingnya pendidikan dan lebih bersifat terbuka.Beliau
mempunyai harapan untuk melihat bangsanya maju dan tidak lagi terkongkong
dengan ajaran lama.Daripada surat2 beliau kpd pemerintah Belanda, Kartini kesal
dengan sikap Belanda yang mendiskriminasikan pendidikan antara rakyat Indonesia
dengan kerabat diraja atau bupati.Beliau mahu rakyat Indonesia diberikan
pendidikan yang setimpal dengan keadaan semasa dan juga mengkritik dasar
Belanda yang melayan rakyat Indonesia seperti hamba.Beliau juga telah
menyerahkan biasiswa beliau kepada Agus Salim untuk mendapatkan pendidikan di
Belanda.Selain itu, Kartini juga telah memulakan gerakan nasionalis keudayaan
Indonesia.Beliau telah menubuhkan sebuah sekolah bagi anak-anak perempuan
pegawa-pegawai Indonesia. Ini bertujuan untuk meningkatkan dan majukan kaum
wanita dari pelbagai aspek.
Di Asia Timur, contohnya di China.
Golongan intelektual spt Ch'en Th-hsiu juga mempunyai peranan penting dalam
menyemai semangat nasionalisme dikalangan penduduk China. Idea-idea beliau
dalam New Youth membentangkan pandangan beliau tentang keadaan China pada masa
itu. Ajaran lama dan tidak berguna haruslah dibuang, manakala belia China di
gesa untuk memperbaiki keadaan di China.Untuk itu, beliau telah menyarankan
agar belia mengambil sikap lebih terbuka , progresif, libeal dan praktikal.
Di Asia Selatan misalnya di India,
golongan intelektual berperanan dalam memperjuangkan kemerdekaan bangsanya.
Mereka memahami bahawa perlunya orang India disatukan supaya mereka boleh
memerintah negeri mereka sendiri.Terdapat juga golongan yang menganggap budaya
dan fikiran barat merosakkan budaya dan tradisi Hindu. Antaranya ialah
B.G.Tilak dan Lajpat Raj dari pimpinan kumpulan radikal yang menetang Akta
Pembahagian Benggala. Selain itu, padatahun 1915, Mohandas Karamchand
Gandhitelah menyertai gerakan kesedaran India.Gandhi mengamalkan dasar tidak
bekerjasama British. Beliau juga berusaha mendapatkan hak orang India dengan
cara baik. Beliau juga tidak bersetuju undang2 keras yang dikenakan oleh
Inggeris terhadap India keatas penghasut nasionalisme.
Selain itu, peranan akhbar dan
kewartawanan juga merupakan sebab wujudnya gerakan kesedaran.Akhbar merupakan
alat yang dapat meransangkan gerakan nasianalisme di Asia.Peranan utama akhbar
dan kewartawanan adalah sebagai alat propaganda dapat dilihat melalui gerakan
propaganda yang berlaku di Filipina di bawah pimpinan Jose Rizal, M.H. del
Pilar, Graciano Lopez, Mariano Ponce dan lain-lain.Mereka bergerak dengan pen
dan berus dan kata2 utk menuntut reformasi Filipina.Utk tujuan ini, akhbar La
Solidaridad diterbitkan pada 15 feb. 1889. Akhbar ini mendedahkan keburukan
golongan paderi dan mengalih oerhatian kerajaan Sepanyol tentang kekejaman yang
dilakukan di Filipina.
Di Asia Timur contohnya spt di
China.Melalui majalah New Youth yg diterbitkan pd thn 1915. Orang yg
bertanggunggjawab menerbitkan ialah Ch'en Tu Hsiu. Majalah ini cuba mencari
kelemahan China dan menyeru pemuda China bangkit utk menyumbang bakti mereka
utk memperbaiki kedudukan negara mereka. Ia juga menyeru agar China menuju ke
arah permodenan bukannya memandang kebelakang. Di Asia Selatan misalnya di India,
perkembangan persuratkhabaran memainkan peranan penting dalam perbentukan
semangat patriotik penduduk India.Surat khabar di India mengkritik kerajaan
British dan undang-undang Ilbert yang dianggap berunsurkan diskriminasi
terhadap penduduk India.
Faktor yang lain ialah peranan pengaruh
luar. Kemunculan Jepun sebagai kuasa besar dunia telah membuka mata negara Asia
untuk memperjuangkan nasib mereka yang dikongkong oleh penjajah barat dan
keadaan politik.Reformasi Meiji pada tahun 1868 memberi aspirasi kpd pemimpin2
Asia. Apabila China dikalahkan oleh Perancis dan Jepun pd 1895, Kang Yu Wei
berasa bahawa China perlu melakukan perubahan dalaman dalam bidang
pemerintahan. Beliau juga menyeru pihak istana Manchu utk terima refomis dlm
pemerintahan mereka.Beliau menyarankan China agar mencontohi Reformasi Meiji di
Jepun dan Peter The Great di Russia.
Sementara itu, idea komunis menjadi
inspirasi kpd gol. revolusioner di China dan Vietnam. Idea demokrasi yang
didukung oleh kuasa barat hanyalah dijalankan di negara mereka sahaja dan tidak
dipraktikkan di tanah jajahannya.Kejayaan revolusi Bolshevik pd 1917 memberi ransangan kepada pemimpin Asia
Tenggara dan Asia Timur utk menggunakan fahaman komunis sebagai panduan utk
membina negara mereka . Selain itu, idea komunis juga mendukung prinsip
samarata dan menentang kapitalisme dan imperialisme. Oleh itu, idea ini menjadi
tarikan pemimpin China dan Vietnam.
Reformasi Islam di Mesir juga
menyumbang dan meningkatkan kesedaran umat Islam dirantau Asia Tenggara dan
India utk membela bangsanya . Jamaluddin Al-Afghani(1838-75) dan Muhammad Abduh
merupakan 2 tokoh reformis Islam yg berpengaruh dalam Islam.Mereka mendukung
kemajuan dalam Islam dan menggesa umat Islam mementingkan ilmu.Mereka juga
tidak menolak sepenuhnya pengaruh Barat. Kedua2 tokoh ini mengakui bahawa Islam
juga tidak menolak kemajuan sains. Bagi mereka ialah memandu umat islam kpd
ajaran & prinsip islam yg sebenar.
Kesimpulannya, golongan2 ini mempuyai
peranan yg penting dalam mencetuskan gerakan kesedaran di Asia. Pelbagai cara
digunakan utk membantu masyarakat Asia.
No comments:
Post a Comment