HURAIKAN PERKEMBANGAN IMPERIALISME DAN KOLONIALISME
DI ASIA .
MASLIZA BTE WAHID
Imperialisme
ialah kawalan atau penguasaan sesebuah negara terhadap negara lain ke atas
politik dan ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan cara
menjajah atau memaksa mengenakan kuasa pemerintahan. Sementara kolonialisme
pula ialah penguasaan sesebuah negara ke atas ssebuah negara lain dalam semua
lapangan iaitu meliputi aspek ekonomi, politik dan sosial. Kedua-dua dasar ini
adalah berkaitan dengan kegiatan
penjajahan oleh pihak penjajah bagi menjaga kepentingan dan mengukuhkan
kedudukan mereka di wilayah atau negara yang dijajah. Perkembangan imperialisme
dapat dilihat dari aspek ekonomi, politik dan sosial.
Dari
segi ekonomi, negara-negara di Asia yang kebanyakannya kaya dengan sumberalam
dan bahan galian telah menarik minat banyak kuasa asing untuk menguasai
negara-negara Asia ini. Portugal, Sepanyol,
Belanda, Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan British adalah kuasa asing yang
telah menguasai negara-negara di Asia bagi menguasai hasil ekonomi dan
perdagangan di Asia . Misalnya di Indonesia,
negara ini yang terkenal dengan kekayaan rempah-ratus iaitu di Acheh dan
Kepulauan Malukutelah menarik minat Belanda untuk terlibat dalam campur tangan
di Indonesia
dalam usaha menguasai perdagangan ini. Untuk tujuan ini, Nelanda telah
menyerang dan mengalahkan Makasar semasa dibawah pemerintahan Sultan Hasanudin.
Di Burma, kegiatan penanaman padi yang dijalankan secara meluas telah menjadi
pendorong kepada Inggeris untuk menguasai Burma . Kedatangan Inggeris telah
menyebabkan berubahnya ekonomi sara diri kepada ekonomi komersial. Kesannya
Inggeris dapat menguasai ekonomi di Burma . Selain itu, di Asia Timur
iaitu di Indo-China bantuan yang diberikan oleh Perancis terhadap perdagangan
dan membaiki perindustrian juga merupakan cara Perancis menjajah dn sekaligus
mengenakan dasar imperialisme dan kolonialisme.
Selain
itu, perkembangan imperialisme dan kolonialisme di Asia juga dapat dilihat
melalui hubungan diplomatic. Melalui hubungan diplomatic yang dilakukan oleh
kuasa barat dapat mengukuhkan lagi perhubungan di negara-negara Asia. Ini
dilaksanakan melalui perjanjian yang telah ditandatangani oleh kuasa barat
dengan pemerintah di beberapa negara Asia. Di China, terdapat dua perjanjian
selepas perang telah ditandatangani antara China dengan Inggeris. Perang
tersebut dikenali sebagai Perang Candu yang berlaku antara tahun1839-1842.
Dalam peperangan ini angkatan British
telah berjaya mengalahkan China. Kesan daripada peperangan ini, dua perjanjian
telah ditandatangani sebagai penyelesaian perang Inggeris-China. Perjanjian
yang pertama ialah perjanjian Nanking (29 Ogos 1842). Manakala perjanjian yang
kedua ialah perjanjian Hoomun yang ditandatangani pada 8 Oktober 1843 di Bogue.
Di Siam perjanjian Bowring telah ditandatangani antara Siam dengan Britain.
Kesannya negara Britain mendapat banyak keutamaan sehinggakan perdagangan asing
telah dikuasai olehnya dan termasuk juga hak wilayah asing. Di Jepun pula,
perjanjian Kanagawa telah ditandatangani antara Amerika dengan Jepun pada 31
Mac 1854. Melalui perjanjian ini, Inggeris telah berjaya membuka pintu Jepun
yan sebelum ini mengamalkan dasar tutup pintu. Ini adalah untuk aktiviti
perdagangan kepada pedagang-pedagang asing. Melalui perjanjian-perjanjian yang
dibuat,ini dapat meluaskan pengaruh dan kekuasaan negara-negara barat yang
secara tidak langsung membawa kepada perkembangan imperialisme dan kolonialisme
di Asia.
Disamping itu, kuasa-kuasa barat
telah memperluaskan imperialisme dan kolonialisme di Asia melalui beberapa
peperangan yang telah tercetus. Misalnya di Burma, sebanyak tiga kali
peperangan antara Burma-Inggeris telah berlaku iaitu pada tahun 1824, 1852 dan
1885. Kesan perang Burma-Inggeris ini menyebabkan Hilir Burma dikuasai British.
Selain itu, Burma juga terpaksa menyerahkan wilayah Arakan, Tenasserimdan Assam
kepada British. Di Asia Timur pula, perang Candu telah berlaku di China pada
1839-42 di antara China dengan Inggeris. Peperangan ini adalah disebabkan oleh
faktor perdagangan, hubungan diplomatik, undang-undang yang berbeza dan candu.
Misalnya dari segi undang-undang terdapat perbezaan di antara undang2 China
dengan undang2 barat. Mengikut undang2 China, seseorang itu didapati bersalah
sehingga dia berjaya membuktikan dirinya tidak bersalah. Manakala dalam undang2
barat pula, seseorang itu hanya bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah.
Orang barat menyifatkan undang2 ini tidak adil. Orang barat juga tidak berpuas
hati kerana kesalahan mereka diadili oleh undang2 China. Akibat perang Candu,
kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian Nanking dengan British.
Seterusnya China terpaksa membuka lima buah pelabuhannya iaitu Amoy, Foochow,
Canton, Shanghai dan Ningpo. Dalam pada itu, China juga terpaksa menyerahkan
Hong Kong kepada British. Di Inonesia, perang Jawa telah berlaku di Pudi
Negoro. Pihak Belanda telah melancarkan serangan ke atas Indonesia untuk
menguasai ekonomi di Jawa. Peperangan ini menyebabkan tiga dasar ekonomi
berasakan pertanian dilancarkan, iaitu sistem tanaman paksa, dasar Liberal dan
dasar Etika. Peperangan yang berlaku di antara kuasa barat dengan negara-negara
Asia ialah untuk meluaskan lagi pengaruh mereka di negara-negara yang ditakluki
sekaligus dapat memperkembangkan penguasaan negara barat ke atas negara-negara
di Asia.
Dalam
hal-ehwal politik, kuasa-kuasa barat telah memperluaskan kegiatan mereka mereka
melalui campur tangan dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran di negara-negara
Asia. Faktor kelemahan kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimoin-pemimpin di di
negara Asia telah membuka peluang kuasa barat untuk mengenakan dasar
imperialisme dan kolonialisme mereka. Hal ini disebabkan pemimin yang gagal
mengawal pergolakan dan permasalahan yang berlaku dalam negara. Misalnya di Vietnam,
kerajaan Vietnam yang menghalang penduduknya memeluk agama Kristian yang dibawa
oleh mubaligh Kristian Perancis telah
menyebabkan berlakunya penindasan terhadap penganut Kristian di Vietnam. Antara
pemimpin Vietnam yang mengamalkan dasar anti-Kristian ialah Minh Mang, Maharaja
Thien-Tri dan Maharaja Tuc Duc.tindakan pemimpin ini yang melakukan penindasan
terhadap penganut Kristian menyebabkan Perancis mengambil tindakan untuk campur
tangan dalam hal-ehwal politik di Vietnam. Perancis mengambil tindakan ini
semasa penganut dan mubaligh Kristian mengalami kecaman yang paling teruk.
Melalui cara ini, maka Perancis dapat meluaskan kuasanya di Indo-China.
Perancis juga telah meluaskam kekuasaannya melalui campur tangan di Laos. Laos
yang mengakui pertuanan Thai telah menghantar ufti kepada Siam. Langkah Laos
ini tidak disenangi Perancis kerana pada masa itu Perancis sudah pun berkuasa
di Vietnam, Kemboja dan Delta Mekong. Perancis menuntut adalah wajar Laos
menghantar uti kepadanya. Laos yang tidak senang dengan sikap Perancis ini
telah mendapat bantuan Siam. Perselisihan bertambah dan pertempuran berlaku
antara tentera Siam dengan Perancis. Dalam pertempuran 1893, Siam telah
dikalahkan dan seterusnya Laos diserahkan kepada Perancis. Pihak barat ini
sebenarnya sentiasa mengambil kesempatan dan peluang ke atas pergolakan dan
kekacauan yang berlaku dalam sesebuah negara bagi mengembangkan kuasa mereka
dalam semua aspek negara yang ditakluki.
Antara
lain, perkembangan imperialisme dan kolonialisme di Asia oleh kuasa barat boleh
dilihat melalui kekerasan dan desakan bagi menguasai sesebuah negara. Di Timur,
China yang mengamalkan dasar tutup pintu dan perdagangan melalui Co-hong di
pelabuhan Canton menyebabkan British berasa tidak puas hati. Pada ketika itu,
British memerlukan China sebagai kawasan menyebarkan hasil keluaran perusahaan
dan barang dagangannya. Hal ini menyebabkan British mendesak China supaya
membuka pintu negaranya. China terpaksa akur dengan desakan British setelah
dikalahkan oleh British dalam perang Candu 1839-42. Sementara Di Jepun,
perkembangan kegiatan perdagangan telah menarik minat Amerika Syrikat untuk
terlibat dalam kegiatan ini. Dalam pada itu, perdagangan antara San Francisco
melalui lautan Pasifik ke China juga semakin berkembang. Kapal dagang Amerika
memerlukan tempat persinggahan untuk mendapatkan bekalan batu arang dan
membaiki kapal. Dengan itu, Amerika telah memaksa Jepun untuk mengikat
perjanjian dengannya pada tahun 1854. dengan termeterainya perjanjian tersebut,
Jepun telah membuka pelabuhan Hakodate dan Shimoda kepada Amerika. Di Asia
Tenggara, kekerasan dan desakan terpaksa dilakukan oleh barat kerana keengganan
Vietnamuntuk menjalin hubungan persahabatan. Tindaka Tue Due membunuh paderi
Kristian telah menimbulkan rasa kemarahan barat. Perkara ini sama dengan
peristiwa yang berlaku Tongking. Pembunuhan paderi Sepanyol telah dijadikan
alasan untuk Perancis meluaskan kuasanya. Kesannya, Perancis dapat menguasai
Vietnam. Manakala di Laos pula, tindakan Siam yang tidak mematuhi tuntutan
Perancis telah menyebabkan Perancis melakukan kekerasan dan desakan hingga
mengakibatkan peristiwa Paknam terjadi. Di mana peristiwa ini menggugat
kedudukan raja Siam dan Perancis berjaya mengalahkan Siam yang menyebabkan
Chulalongkorn melepaskan kekuasaannya ke atas Laos. Ini sekaligus menjadikan
Laos negara naungan Perancis.
Kesimpulannya,
perkembangan imperialisme dan kolonialisme di Asia yang dilakukan oleh barat
adalah bertujuan untuk memperluaskan pengaruh dan mengukuhkan lagi kedudukannya
di negara-negara Asia. Objektif kuasa asing ke atas negara-negara taklukkannya
adalah sama, cuma cara dan bentuk memperluaskan kegiatan mereka yang
berbeza.
No comments:
Post a Comment