Sunday 7 August 2011

NOTA MINGGU 1 (KERAJAAN MELAKA)

MELAYU TRADISIONAL
Melayu tradisional merujuk kepada masyarakat Melayu yang kaya dengan adat dan budaya serta nilai-nilai murni kesopanan. Ia juga merujuk kepadamasyarakat Melayu yang hidup sebelum zaman penjajahan. Jadi, segala bentuk kegiatan sosio-ekonomi mereka adalah acuan mereka sendiri tanpa adanyapengaruh daripada negara Barat.

Masyarakat Melayu tradisional ini sangat terkenal, khususnya pada abad ke-13 hingga abad ke-16. Ini adalah ekoran kemunculan beberapa buah kerajaan Melayu tradisional seperti Kerajaan Melayu Melaka, Johor, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan dan sebagainya.

KERAJAAN MELAYU MELAKA
Kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada awal kurun ke-15. Pada masa ini, Kerajaan Melayu Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar yang terkenal di alam Melayu. Kerajaan ini dikatakan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah (1456-1477). Antara faktor-faktor yang memunculkan Melaka sebagai kerajaan yang unggul dan gemilang pada waktu ini ialah:
(a) Faktor Geografi
(b) Faktor Ekonomi
(c) Faktor Politik dan Pentadbiran

MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG
Kerajaan Melayu Melaka yang mencapai zaman kegemilangan pada kurun ke-15 Masihi terkenal di seluruh dunia sebagai:
1. Sebuah empayar yang besar dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.
2. Pusat perdagangan dunia Melaka menjadi pusat pertembungan semua
saudagar Timur dan Barat, misalnya dari Negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.
3. Pusat penyebaran agama Islam Melaka menjadi tumpuan pendakwah-
pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.
4. Pusat penyebaran ilmu pengetahuan Istana Melaka berperanan
sebagai pusat pengembangan bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRAN KERAJAAN MELAYU MELAKA
1. Meletakkan sultan sebagai kuasa tertinggi.
2. Beberapa jawatan diwujudkan untuk memudahkan urusan pentadbiran seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar dan Laksamana.
3. Tamadun Islam - Konsep ÂdevarajaÊ yang mempunyai pegangan politik dan lambang kedaulatan raja-raja tempatan telah digantikan dengan konsep khalifatullah Raja tidak dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa Hindu tetapi merupakan khalifah Allah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi.
4. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar.Contohnya, Kerajaan China bagi mengukuhkan kedudukannya.
5. Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa ini , terdapat dua jenis undang-undang iaitu:
(a) Hukum Kanun Melaka
(b) Undang-undang Laut Melaka

Undang-undang ini diwarisi sejak turun-temurun, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Kedua-dua undang-undang ini menerima banyak pengaruh atau unsur-unsur adat tempatan dan Hindu. Nama lain bagi Hukum Kanun Melaka ialah Risalat Hukum Kanun dan Undang-undang Darat Melaka. Naskhah asal hukum kanun ini mengandungi 19 fasal, kemudian bertambah kepada 22 fasal dan seterusnya bertambah kepada 44 fasal.

Undang-undang Laut Melaka juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Hukum Undang-undang Laut dan Kitab Peraturan Pelayaran. Ia mengandungi 24 bab. Undang-undang ini diadakan untuk mengatur kehidupan masyarakat Melaka pada waktu itu, sama ada di darat atau di laut.

KEJATUHAN MELAKA
Kegemilangan Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah(1456 1477). Namun, pengaruh kerajaan Melaka didapati semakin merosot pada akhir abad ke-15, terutama semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kerajaan ini ialah:

KETIADAAN PEMIMPIN YANG CEKAP
Ketiadaan pemimpin yang cekap bermula daripada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah. Baginda mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya, Sultan Mansor Syah yang sangat gagah, berani dan tegas. Sultan Alauddin, walaupun merupakan seorang yang berani dan tegas, namun bersikap lembut dan tidak suka akan kekerasan.

Oleh itu, tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada zaman baginda. Ini menyebabkan banyak wilayah-wilayah jajahan cuba membebaskan diri dan membentuk autonomi masing-masing. Sementara itu dari segi pembesar pula, bendahara-bendahara yang menggantikan Tun Perak didapati tidak secergas dan sebijaksana beliau. Misalnya, adik Tun Perak iaitu Tun Perpatih Putih yang menggantikan beliau merupakan seorang yang pemboros.

Demikian juga Tun Mutahir yang lebih memberi tumpuan kepada keinginan menambahkan kekayaan berbanding mengutamakan pentadbiran kerajaan. Selain daripada bendahara, dari segi pertahanan ketenteraan dan kepahlawanan, ketiadaan pahlawan-pahlawan yang handal seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan.

2. PEMERINTAHAN YANG ZALIM
Di samping itu, walaupun agama Islam menjadi anutan dan disebarkan secara meluas di Melaka, pegangan dan amalannya di kalangan pembesar dan rakyat terlalu nipis dan tidak dihayati sepenuhnya. Justeru itu, banyak berlaku kezaliman, ketidakadilan dan penindasan. Fenomena ini boleh dikaitkan juga dengan meningkatnya kegiatan rasuah di kalangan pembesar-pembesar kerana terlalu mengejar kekayaan.

3. RAKYAT BERPECAH-BELAH DAN TIDAK BERSATU-PADU
Kurangnya semangat perpaduan di kalangan rakyat juga mengundang kepada kemerosotan Melaka. Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak, misalnya wujud puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) dan puak muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak bersefahaman. Demikian juga, wujud pertelingkahan antara kaum India-Muslim dengan kaum Melayu.


4. PEDAGANG MULA MENGALIHKAN PUSAT PERDAGANGANNYA KE TEMPAT LAIN
Sikap tidak adil pembesar juga seperti mengenakan cukai yang berlebihan kepada pedagang-pedagang menyebabkan mereka menjadi marah dan mula mencari pelabuhan lain seperti Aceh, Bentan, Patani dan Brunei untuk menjalankan kegiatan perdagangan mereka.

5. TIDAK ADA KEKUATAN TENTERA DAN PERTAHANAN
Kerajaan Melaka masih lagi belum maju dari segi ketenteraan, strategi perang dan juga senjata. Tentera Melaka masih lagi mengamalkan kaedah lama, iaitu menggunakan keris dan pedang sedangkan pihak Portugis menggunakan senjata yang lebih canggih iaitu menggunakan senapang dan peluru.

Faktor Luaran
Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari tentang penemuan jalanan laut melalui Tanjung Harapan di selatan Afrika oleh Bartholomew Diaz pada tahun 1488. Akibat bermulanya aktiviti penjelajahan di Eropah ke Timur dengan penemuan Tanjung Harapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan tapak-tapak perdagangan di kawasan timur. Pihak Portugis telah menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511.

Pada masa itu, Melaka tidak mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi alat-alat senjata angkatan Portugis yang lebih canggih dan moden. Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, iaitu kepada angkatan Portugis yang dipimpin oleh Alfonso de Alburqueque.
AK
TIVITI 1.1
STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN SOSIOEKONOMI MELAYU TRADISIONAL
Sistem Sosio-Politik Masyarakat MelayuTradisional
Sistem politik Tradisionalonal merupakan sistem pemerintahan yang dominansebelum berlakunya proses pemodenan politik yang bermula dengankedatangan penjajah pada abad ke-18. Sistem politik tradisional ini banyak dipengaruhi oleh kepercayaan, adat resam dan agama. Ciri utama sistem politik tradisional ialah wujudnya jurang perbezaan antara golongan pemerintah, aristokrat/bangsawan dan rakyat jelata/bawahan.
Dalam masyarakat Melayu tradisional, kuasa politik, ekonomi dan sosial dipegang oleh golongan aristokrat. Rakyat jelata tidak diberi peluang untuk melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara. Secara kesimpulannya, masyarakat pada masa ini dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.

Sistem Pemerintahan Beraja
Raja sebagai tonggak kedaulatan. Di rantau alam Melayu, Raja-Raja Melayu yang bertakhta di singgahsana kerajaan, memberikan identiti sejarah Kerajaan Melayu dan kewujudan alam Melayu. Kerajaan Melayu dan alam Melayu sudah bertapak sejak zaman Kerajaan Funan pada kurun pertama Masihi dan Kerajaan Seri Vijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera pada kurun ke-7M. Alam Melayu di bawah pemerintahan Kerajaan Melayu merangkumi kawasan dan wilayah yang luas meliputi selatan Thailand, Langkasuka, Majapahit, Mentaram, Brunei, Campa hingga kepada era
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15.

Dalam konteks sistem pemerintahan beraja Melayu, Kesultanan Melayu Melaka telah berjaya menjana tamadun bangsa dalam sistem politik, perundangan, keilmuan, kecendekiawanan dan kesusasteraan di alam Melayu melalui tamadun yang dibina. Walaupun kerajaan silih berganti tetapi setiap kerajaan sentiasa meneruskan tradisi mengekalkan identiti bangsa. Kesultanan Melayu adalah satu realiti, satu manifestasi dan satu lambang keagungan tamadun bangsa.

Pada hari ini hanya tiga negara di dunia yang masih dikuasai oleh pemerintahan Melayu. Pertama, Kesultanan di Brunei, kedua, Republik Indonesia dan ketiga, Kerajaan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Pengekalan institusi raja di negara ini adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan Melayu di tanah air warisan bangsa. Atas fahaman itu, Tunku Abdul Rahman (Almarhum) ketika merangka formula membentuk kerajaan, telah mengasaskan sistem berkerajaan dan bernegara atas landasan yang menggabungkan institusi Raja dan institusi rakyat.

Raja dimaktubkan sebagai ketua agama Islam. Peranan ini diwarisi sejak era Kesultanan Melayu Melaka dan tidak pernah dipindahkan bidang kuasanya. Islam adalah petunjuk moral kepada pemerintahan yang harus diterjemahkan melalui sifat adil lagi saksama, tidak melakukan kezaliman dan tidak melakukan penindasan. Islam juga mempunyai nilai yang sejagat sifatnya, iaitu nilai yang terkandung dalam semua agama.

Ajaran Islam begitu sebati dengan institusi Kesultanan Melayu kerana selari dengan nilai dan amalan yang dianjurkan oleh Islam dalam sistem pemerintahan pada era Kesultanan Melayu. Undang-undang Melaka umpamanya menjelaskan bahawa martabat tinggi seseorang sultan itu dinilai daripada sudut amal makruf baginda menyempurnakan tanggungjawab (Raja Nazrin Shah, 2004).

Konsep Daulat dan Derhaka
Konsep ini membawa maksud rakyat tidak boleh menderhaka kepada pemerintah atau Raja. Jika seseorang rakyat itu mengengkari perintah raja, dia akan ditimpa tulah atau kecelakaan.

Sistem Pembesar
Golongan pembesar berada di tempat ketiga tetapi masih lagi tergolong dalam golongan atasan. Sesetengah daripada mereka bertugas di istana sebagai penasihat raja dan ada antara mereka yang menjadi pembesar di daerah-daerah tertentu. Pembesar-pembesar ini dilantik oleh sultan dan diberi kuasa untuk memungut cukai dan memiliki tentera dan orang suruhan mereka sendiri.

Antara pembesar-pembesar yang terkenal adalah Seri Nara Diraja, Tun Perak, Laksamana Hang Tuah, Tun Bija Sura dan banyak lagi (sila rujuk Teks Sejarah Melayu). Pembesar yang terakhir adalah penghulu atau ketua kampung yang merupakan orang paling berkuasa di peringkat kampung. Beliau juga merupakan perantara antara Raja dan rakyat.

Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar. Contohnya semasa pemerintahan kerajaan Melayu Melaka: Jepun, China, Asia Barat. Orang-orang Melayu telah hidup bertamadun sejak beribu tahun yang lalu.
Selain daripada dapat mengatur dan mentadbir negaranya sendiri sesuai dengan keadaan waktu itu, nenek moyang kita juga telah biasa mengharungi samudera luas seperti Lautan Hindi, Laut China dan sekitar Lautan Pasifik Selatan selain daripada laut alam Melayu dengan menggunakan kapal-kapal layar yang besar yang mereka bina sendiri.

Mereka bukan saja membuat perhubungan dengan negeri China, di sebelah timur, malah dengan negara yang lebih bertamadun dan kuat di Barat yang kita kenal dengan nama Benua Rom. Laksamana Hang Tuah pernah diutus oleh Sultan Melaka sebagai duta pelawat di kedua-dua buah negara tersebut, selain daripada menjalin hubungan dan mengikat tali persahabatan di antara kerajaan Melayu Melaka dengan negeri China dan Benua Rom, hubungan dagang juga telah turut dijalinkan.
SEMAK-KENDIRI 1.1

ANTARA SISTEM POLITIK TRADISIONAL DENGAN SISTEM POLITIK MODEN
Sistem Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional
Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bermaksud kegiatan ekonomi yang masih kuat terikat dengan ekonomi tradisional iaitu berbentuk sara diri. Penumpuan adalah untuk keperluan ahli keluarga, manakala barang keperluan yang tidak dapat dihasilkan sendiri akan diperolehi melalui pertukaran barangan dengan orang luar. Walau bagaimanapun, pada masa ini sudah ada hubungan perdagangan dengan negara luar khususnya dari China, India dan Asia Barat.

Ciri kedua sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional adalah pemisahan antara golongan pemerintah dan rakyat. Dalam hal ini, golongan pemerintah dan aristokrat memegang sistem ekonomi dan menguasai kedudukan dalam ekonomi. Mereka ini menerima cukai daripada pedagang-pedagang yang singgah di pelabuhan serta cukai daripada rakyat jelata. Rakyat hanyalah menjadi petani yang menyewa tanah-tanah milik golongan aristokrat.




Sistem Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu tradisional mencerminkan tamadun yang tinggi. Hal ini sedemikian kerana corak hidup mereka berubah mengikut kesesuaian masa berdasarkan beberapa siri pertembungan budaya luar seperti Hindu, Islam dan Barat. Walau bagaimanapun, corak hidup masyarakat Melayu semakin matang dan lebih teratur dengan kedatangan agama Islam kerana sebelum itu, mereka sangat mempercayai tahyul dan animisme. Masyarakat Melayu mengamalkan budaya dari pelbagai kepulauan Melayu, terutamanya budaya Melayu-Indo dan Melayu-Islam.

Ciri kedua adalah dari segi kekeluargaan. Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang paling kuat mempertahankan sistem kekeluargaan kerana daripada keluargalah bermulanya sistem sosialisasi seseorang individu Melayu. Di rumahlah mereka dididik dengan nilai-nilai murni seperti menghormati orang tua dan belajar untuk menjadi insan yang baik.

Ciri seterusnya adalah pengenalan undang-undang untuk mengawal tingkahlaku masyarakat, iaitu undang-undang laut dan tanah. Kepentingan undangundang dan adat dalam masyarakat Melayu boleh dilihat melalui perumpamaan berikut ”biar mati anak, jangan mati adat”. Perumpamaan ini sengaja direka untuk menggambarkan betapa pentingnya undang-undang dan adat bagi menjaga tatasusila dan kelakuan individu dalam bermasyarakat. Pada masa ini, setiap negeri mempunyai undang-undangnya sendiri, contohnya UndangundangPahang, Undang-undang Johor dan sebagainya.

Pencapaian dalam Bidang Teknologi
(a) Seni bina Melayu rumah Melayu (Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah,
Johor);
(b) Pembuatan senjata keris;
(c) Pembuatan alat pengangkutan perahu, perahu layar;
(d) Perubatan perubatan Tradisionalonal (perubatan herba).
AKTIVITI 1.2

1 comment: