Tuesday, 31 July 2012

NOTA SJH 1106 : SEM 2 PPISMP SEJARAH

TAJUK 1 : Institusi Pemerintahan, Sistem Ekonomi dan Sosial di Asia Tenggara 

MINGGU 2 : 
Sistem Kepercayaan dan Institusi Agama
-Agama Hindu dan Buddha
-Agama Confucianisme
- Agama Islam 


PERBINCANGAN 1 : 
AGAMA HINDU DAN BUDDHA MEMPUNYAI PENGARUH YANG BESAR DALAM MENCORAKKAN PEMERINTAHAN MASYARAKAT ASIA. BINCANGKAN. 


 Agama disifatkan sebagai sistem kepercayaan dalam sesebuah masyarakat. Pendapat lama menyebut bahawa agama adalah satu kepercayaan mengenai kerohanian. Agama juga dilihat sebagai satu bentuk sikap, idea, kepercayaan dan perlakuan terhadap kuasa-kuasa supernatural yang wujud dalam konsep tuhan dewa-dewi, kuasa halus, hantu dan sebagainya. Secara keseluruhannya, masyarakat Asia telah mengamalkan pelbagai bentuk agama dan kepercayaan. Namun begitu, agama Hindu dan Buddhalah yang paling banyak mempengaruhi masyarakat Asia terutamanya dalam sistem pemerintahan masyarakaat Asia. Agama Hindu merupakan salah satu daripada agama utama di dunia yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Malah agama hindu adalah agama besar dunia yang terawal di Asia Tenggara. Agama Hindu berasal daripada India. Perkataan Hindu berasal daripada perkataan ‘Sindhu’ yang berkaitan dengan Sungai Indus. Terdapat dua mazhab yang penting dalam dalam Agama Hindu iaitu Mazab ‘gairisme’ yang menyembah Dewa Siva’ dan Mazhab vaishnavisme yang menyembah Dewa Vishnu. Penganut hindu percaya kepda jelmaan tuhan. Menurut mereka, terdapat tiga jelmaan tuahan Dewa Brahma ( Dewa pencipta), Dewa Vishnu ( Dewa pelindung) dan Dewa Siva ( Dewa pemusnah) Dewa jelmaan ini dikenali sebagai Trimurti ( tiga penjelmaan). Selain itu ajaran hindu adalah berasaskan empat kitab atau veda iaitu Reg veda, yajur veda,Atharva veda dan sama veda. Penganut agama hindu percaya kepada hokum karma dan kelahiran semula. Hukurm karma ialah nasib seseorang yang ditentukan berdasarkan perbuatan-perbuatan atau karmanya pada masa kehidupannya sebelum itu. Sekiranya karma seseorang itu baik dan mulia, apabila dia mati kelak dia akan menjelma semula dalam kehidupan baru yang lebih baik dari yang sebelumnya. Matlamat hidupp penganut agama hindu ialah mencapai nirvana iaitu sesuatu keadaan dimana seseorang itu tidak akan dilahirkan semula ke dunia ini tetapi akan bercantum dengan alam semesta atau Dewa Brahma. Manakala Agama Buddha yang muncul di Asia Tenggara dan China adalah berasal daripada India. Asas ajaran Buddha adalah melalui ‘ empat kebenaran mulia’ yang diterima oleh ‘Sidharta Gautama’ dibawah pokok ‘Bo’ di Boghaya, India, Agama Buddha yang diamalkan di Asia Tenggara terbahagi kepada dua Mazhab iaitu Hinayana dan Mahayana’ Mazhab Hinaana diamalkan di Burma, Siam, Indo – China dan Sri Lanka. Manakala Mazhab Mahayana diamalkan di Jepun dan China. Antara kedua-dua mazhab ini, mazhab Mahayana mempunyai lebih ramai pengikut antara lain,agaran Buddha menyentuh tentang konse. ‘ahimsa’ iaitu sikap anti kekerasan atau keganasan ke atas mana-mana mahluk di dunia ini. Dasar ini telah diamalkan oleh Maharaja Asoka dalam pemerintahannya seerta oleh Mahatma Ghandi dalam perjuangannya menuntuk kemerdekaan British di India. Dalam bahasa Sanskrit, Mahayana bermakna, Kenderaan Agung, mazhab ini berkembang dengan meluas di China. Korea Jepun, Tibet, Indo – China dan Taiwan. Penganut Mazhab Mahayana melaksanakan lebih banyak amalan-amalan asas ajaran Buddha serta meneroka lebih banya isu-isu falsafah, daripada Mazhab Mahayana ini muncul kelompok-kelompok mazhab kecil lain seperti Madhymika dan Vijhanarada di India serta Pure land Buddhism dan zen di luar India. Dalam sistem pemerintahan kerajaan-kerajaan awal asia tenggara menampakkan pengaruh kebudayaan Hindu dan Buddha yang amat ketara. Mengikut agama ini Raja meruakan ketua kerajaan seterusnya berkuasa mutlak di atas segalanya. Ini kerana Raja dianggap bayangan tuhan atau deva Raja ( Dewa sakti) serta merupakan wakil tuhan di bumi. Oleh kerana itulah Raja mempunyai kedudukan yang mulia serta mempunyai kuasa mutlak dalam segala urusan pemerintahan dan keagamaan. Justeru itu, agama Hindu dan Buddha ini telah memberikan kedudukan yang terata sekali di kalangan susun lapis masyarakat. Di Burma, Thailand, dan Indo – China pengaruh Buddha Theravada telah diamalkan dalam sistem pemerintahan . Pengaruh Buddha Theravada banyak diamalkan disitu kerana kedudukan yang penting dalam menentukan kebahagiaan kehidupan di dunia dan di dunia akan datang. Sifat ketuhanan ini membolehkan Raja dihormati dan ditaati. Contohnya di Burma, Raja merupakan tunggak penting dalam pentadbiran yang berasaskan pada pengkelasan buruh, kedaulatan yang terhasil daripada pengaruh ajaran Hindu dan Buddha. Manakala di Siam Raja berkuasa mutlak terhadap semua yang ada di bumi. Raja menjadi pelindung rakyat dan penaung kepada Buddhisme. Selain itu dalam masyarakat tradisional Asia Tenggara dan Asia Selatan. Golongan agama mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam pentadbiran. Malah menurut kepercayaan masyarakat India. Golongan pendeta mempunyai taraf yang agak mulia daripada raja itu sendiri. Malah menurut kepercayaan masyarakat India, golongan pendeta ini berperanan untuk menonjolkan kesakitan atau kekuatan atau kekuatan Raja melalui cerita-cerita dongeng, mitos atau legenda dengan tujuan untuk menanamkan keyakinan dan ketaatan rakyat kepada Raja. Lantaran itu Raja sering dikaitkan dengan unsure ketuhanan dan kesaktian dan dewa-dewa. Ini menyebabkan rakak menaruh keyakinan tidak berbelah bagi terhadap Raja. Seterusnya unsure ini berjaya menaikan taraf raja selapis lebih tinggi dari taraf rakyat. Ini akhirnya mewujudkan adat-adat di Raja seperti menyembah , daulat dan pelbagai peraturan semasa menghadap Raja. Sebagai contohnya di Burma rakyat perlu terikat dengan peraturan adat seperti menundukan keada dan membuka kasut ketika menghadap Raja. Bukan itu sahaja, pengaruh Agama Hindu dan Buddha yang memainkan peranan penting dalam system pendididkan di masyarakat asia terutamanya untuk memiliki sebuah jawatan dalam pentadbiran. Sebagai contohnya di Burma, seseorang yang menginginkan sebuah jawtan dalam pemerintahan, dia mestilah memasuki pendidikan Agama Buddha. Dengan ini jelaslah bahawa pendidikan Agama Buddha ini dapat melahirkan seseorang pemimpin yang terbaik dalam sebuah pentadbiran. Selain itu dalam kebanyakan pemerintahan masyarakat di Asia rakyak sering mengaitkan Raja sebagai lambang kesucian yang ditunjukan di Burma. Di Burma kawasan Istana dianggap suci oleh rakyatnya. Rakyat juga perlu terikat dengan peraturan seperti menundukan kepada dan membuka kasut ketika mengadap Raja. Ini ditambah lagi dengan pengumpulan gajah putih yang sering dikaitkan dengan cirri-ciri luarbiasa serta gajah dan negara semakin aman dan makmur. Gajah putih ini dianggap simbol kedaulatan segajat serta pengiktirafan kuasa Raja oleh kuasa-kuasa ghaib. Manakala di Siam pengumpulan gajah putih juga dijadikan sebagai lambang kesucian dimana ia merupakan simbol kebanggaan Raja. Bagi Agama Buddha ia turut mempengaruhi negara-negara di Asia Tenggara Burma dan Siam telah menjadikan agama Buddha sebagai agama rasmi dan mempunyai kedudukan yang amat kukuh kuil-kuil Buddha dan pembinaan patung-patung Buddha diperbuat daripada gangsa dan ini telah mendapat sokongan daripada kerajaan. Kesungguhan beragama merupakan factor perpaduan mesyarakat Burma, kepentingan rahib Buddha dalam pembentukan masyarakat turut berlaku dalam asek pemerintahan. Rahib Buddha bertindak sebagai penasihat kerajaan. Sangha merupakan pusat penting dalam gerakan nasioalisme di Burma Sangha bertindak melindung agama, adat dan kehiduan masyarakat. Dalam sistem pemerintahan masyarakat di Asia. Susun lapis masyarakat di asia lebih dipengaruhi oleh pengaruh Hindu dan Buddha,dimana masyarakat telah dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu golongan Brahmin, kasytria, raisya dan sudra. Golongan Brahmin merupakan golongan tertinggij dan terdiri daripada golongan pendeta dan golongan pemerintah. Dalam sistem pemerintahan di Myanmar, iainya adalah berasaskan agama Buddha Theravada. Ini dapat dilihat, melalui pembahagian Putera-putera Raja, Pemaisuri dan Menteri kepada timur, selatan dan barat yang berpusatkan singgahsana, jelas mencerminkan pengaruh kosmologi Hindu – Buddha. Begitu juga dengan pembahagian rakyat kerada diraja dan bukan diraja, kepada yang bertaraf, kepada yang bertaraf menteri dan bertaraf rendah, istaana dan desa, peribadi dan kerajaan dan keagamaan dan secular ada kaitan dengan pengaruh komologi Hindu-Buddha. Raja juga berperanan menjaga adat istiadat dan perayaan agama. Di Thailand susunan hierarki masyarakat Thai tradisonal dalam pemerintahan ini ditentukan oleh konsep-konsep agama Bun ( pahala) dan Bab (dosa). Perkembangan agama Buddha di Asia Timur lebih kepada Buddha Mahayana. Agama Buddha Mahayana ini digunakan untuk menenangkan masyarakat yang dalam kekeliruan. Pencapaian agama Buddha di China kemudiannya dikembangkan ke negara-negara lain seperti Korea dan Jepun. Pada abad ke 19, kedudukan agama Buddha di China adalah kukuh. Agama Buddha amat menekankan prinsip-prinsip kesetiaan kepada pemimpin. Ia telah mengembalikan kuasa sebenar Maharaja Jepun melalui doktrin falsafah yang menekankan betapa pentingnya mempunyai sistem kerajaan berpusat yang kuat. Agama Buddha telah diberikan status yang tinggi di Jepun. Kedudukan Agama Buddha sebagaimana penting dijelaskan melalui daasar yang dilaksanakan oleh kerajaa. Kesimpulannya, Agama Hindu dan Buddha mempunyai pengaruh yang kuat terhadap masyarakat Asia. Ini dapat dilihat kepentingannya dalam masyarakat di sesebuah negara di asia khususnya sistem pemerintahan.


PERBINCANGAN 2 : 

AGAMA MEMAINKAN PERANAN PENTING PERJUANGAN NASIONALIS DI BURMA, INDONESIA DAN FILIPINA. BINCANGKAN.

KHAIRIAH BT. ABD. HAMID

            Nasionalisme memberi makna melahirkan perasaan cintakan tanah air dalam usaha untuk membentuk sebuah negara bangsa. Oleh itu, perkataan nasionalisme berkait dengan dua perkara iaitu kewarganegaraan dan semanagt patriotik. Kewarganegaraan menuntut perpaduan politik dan kedaulatan kemerdekaan, manakala semangat patriotik pula bermakna cintakan tanah air. Dengan kata lain, nasionalisme boleh dikatakan sentimen kesetiaan atau simpati yang mengikat sekumpulan masyarakat menerusi institusi atau budaya yang sama untuk perpaduan di kalangan mereka dan seterusnya mencapai pembentukan negara yang merdeka.
            Semangat perjuangan para nasionalis di Asia dibangkitkan dengan lebih bersifat massa oleh pelbagai faktor. Antara faktor awal yang memainkan peranan ini ialah agama yang telah berjaya mengikat perpaduan kelompok. Agama telah memainkan peranan penting dalam perjuangan nasionalisme terutamanya di Burma, Indonesia dan Filipina. Pengaruh golongan agama ini berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat pribumi.
            Di Burma, perkembangan awal kebangkitan semangat nasionalisme adalah berlandaskan agama dan diterajui oleh golongan agama. Golongan agama merasa tercabar dengan kemasukan pentadbiran British dan penyebaran agama Kristian di Burma. Penglibatan golongan agama ini boleh didasarkan atas dua sebab. Pertama, peranan ketua hierarki agama, Thatnabaing dalam urusan agama diketepikan oleh pihak British. Hal ini menyebabkan golongan agama terutama para pongyi tidak berpuas hati dan bertindak atas pertimbangan sendiri. Semangat perjuangan para pongyi (sami-sami Buddha) dilihat dengan jelas antara tahun 1916 hingga tahun 1935, disebabkan oleh kemerosotan pengaruh sangha (komuniti sami-sami Buddha) dan sekolah-sekolah agama Buddha di bawah pentadbiran British. Oleh itu, golongan ponyi merasa terpanggil untuk menegakkan semula pengaruh mereka dan agama Buddha dalam masyarakat Burma. Kedua, menjelang tahun 1900, penyerapan nilai dan teknologi Barat secara beransur-ansur merosakkan pengaruh agama Buddha dalam masyarakat Burma. Sekitar tahun 1921-1929, pongyi-pongyi yang berpolitik menguasai perjuangan nasionalis apabila mereka menjalankan perjuangan mereka melalui Majlis Umum Sangha Sametggi (GCSS). Pongyi-pongyi bergiat dalam politik hasutan. Contohnya seperti taktik-taktik ketidak-kerjasamaan Gandhi, pemboikotan pembayaran cukai, tentangan terhadap pengajaran-pengajaran Kristian kepada kanak-kanak yang baeragama Buddha serta keganasan dan taktik-taktik ugutan U Ottama mengulami pergerakan nasionalis dengan cara hidup orang-orang beragama Buddha. Tindakan ini telah menukarkan pergerakan nasionalis menjadi satu pergerakan menjadi satu pergerakan yang disukai ramai. Peranan pongyi adalah amat penting kerana nasionalis-nasionalis Burma bergantung kepada sokongan pongyi ekoran pongyi telah menawan sokongan masyarakat luar bandar.
            Penyerapan nilai dan teknologi Barat dalam masyarakat Burma amat dibimbangi oleh golongan agama kerana khuatir Buddha akan terjejas. Meraka berusaha memulihkan kepercayaan terhadap agama melalui beberapa pembaharuan termasuk galakan yang dapat membangkitkan semangat nasionalisme. Antara usaha pembaharuan agama dan penyemarakan sentimen nasionalisme dilaksanakan melalui pembentukan persatuan yang berasaskan agama sebagai matlamat perjuangan. Salah satu pertubuhan agama yang aktif dalam penyebaran sentimen nasionalisme ini ialah Persatuan Pemuda-pemuda Buddha (Buddha Bhata Kalyana Yuma Athin) atau lebih dikenali sebagai Young Men Buddhist Association (YMBA) yang ditubuhkan pada tahun 1906.
            YMBA diasaskan oleh sekumpulan peguam muda dari Universiti Rangoon (Yangoon) antaranya seperti U Ba Pe, U Ba Dun dan U Saw. Pada peringkat awal, kegiatan YMBA ialah tertumpu kepada soal agama, selain daripada aspek pelajaran, pembaharuan sosial, peningkatan kesusasteraan dan kebudayaan. Unsur agama jelas dilihat dalam perjuangan mereka menerusi slogan yang digunakan, “Buddha Penyelamat Kita dan Raja”, untuk memperjuangakan agama, sosial, politik dan ekonomi mereka. YMBA mula aktif pada tahun 1917, apabila pucuk pimpinan pertubuhan itu jatuh ke tangan pemimpin nasionalis yang lebih berfahaman radikal seperti U Thein Maung, U Chit Hliang dan U Ba Pe, berbeza dengan pimpinan sebelum ini yang bersifat sederhana. Kewujudan pemimpin yang berfahaman radikal menyebabkan mereka kembali membangkitkan isu kasut yang kuat. YMBA merasakan British tidak mahu melayan tuntutan mereka agar menghormati agama masyarakat pribumi. Hali ini jelas diperlihatkan oleh para pelawat British yang mencemar dan melanggar peraturan kuil dengan tidak mahu membuka kasut mereka apabila memasuki kuil. Ini dianggap sebagai satu penghinaan ke atas kesucian rumah ibadat masyarakat Burma. “Masalah kasut” menjadi satu agenda utama dalam persidangan YMBA yang diadakan pada tahun 1917, namun tuntutan tidak dilayan kerana British memandang ringan hal tersebut.
            YMBA sedar bahawa tuntutan mereka akan menjadi lebih berkesan, jika ia mendapat suara ramai dan bersifat kebangsaan. Oleh itu, YMBA berusaha meluaskan kegiatan mereka bukan sahaja di bandar malahan di luar bandar. Hasilnya, pada tahun 1920, terdapat kira-kira 6000 buah persatuan di peringkat kampung yang memberi sokongan kepada YMBA. Salah satu isu yang dipropagandakan oleh YMBA untuk mendapat sokongan rakyat ialah melalui sentimen agama berhubung dengan “masalah kasut”. Perkembangan pesat YMBA memberi kesan kekuatan kepada persatuan ini sebagai badan pergerakan nasional, hingga menyebabkan beberapa tuntutan awal dan utama YMBA yang terpaksa dilayan oleh kerajaan ialah “masalah kasut”. Kerajaan telah mengambil tindakan mengenakan undang-undang dan bertolak ansur dengan golongan agama. Kerajaan telah mengisytiharkan larangan memakai kasut di dalam kuil.
            Pada bulan Disember 1930 pula, berlaku Pemberontakan Tharawaddy atau dikenali juga sebagai Pemberontakan Saya San kerana ia dipimpin oleh Saya San yang merupakan seorang bekas sami Buddha tetapi berfikiran politik. Saya San dilahirkan di Shwebo adalah bekas sami, ahli jawatankuasa kerja Unit So Thein, cabang GCBA dan bomoh. Gerakan Saya San dikaitkan dengan pemulihan kembali keseluruhan alat-alat diraja dan agama Buddha dan animisme. Saya San diarahkan oleh So Thein GCBA pada akhir tahun 1920-an menyiasat aduan rakyat mengenai cukai tanah, hutang petani dan larangan mengambil hasil, seperti buluh dan kayu api di hutan simpanan. Setelah menyerahkan laporan pada tahun 1928, Saya San meletakkan jawatan dalam So Thein GCBA dab secara rahsia mengendalikan pertubuhan untuk melancarkan kebangkitan. Gerakan awal Saya San adalah rancangan membunuh Pesuruhjaya British Bahagian Pegu. Kebanyakan pengikut Saya San adalah pongyi yang terlibat dalam politik dan bergiat melalui Wuthanu Athins. Bentuk politik agama dalam perjuangan Saya San terserlah daripada sumpah yang diwajibkan kepada semua ahli Galon. Antara lain ahli Galon menyatakan yang mereka adalah diikat sama untuk menghalau semua kafir sehingga mereka bebas daripada pemerintahan British. Setiap ahli juga bersumpah akan mengikut perintah pemimpin Galon dan dengan itu agama mereka akan selamat daripada orang kafir. Sebelum kebangkitan Saya San meletus Durbar berlangsung di Tharrawaddy. Pemangku Gabenor, Si J.A Maung Gyi menolak permintaan orang ramai mengurangkan cukai. Kebangkitan Saya San meletus pada 22 Disember 1930. kira-kira 1500 orang datang berkumpul dan jumlah ini bertambah sekali ganda kemudiannya. Kumpulan Galon ini memiliki kira-kira 30 laras senapang. Mereka melancarkan serangan ke atas balai polis, ketua kampung yang enggan bekerjasama, orang Cina serta India. Pejabat perhutanan menjadi sasaran utama mereka. Enam puluh pegawai perhutanan termasuk seorang Eropah terbunuh. Kira-kira 100 buah rumah kakitangan perhutanan dibakar. Ini adalah menepati tujuan asal pemberontakan iaitu bagi mendapatkan semula tanah daripada penguasaan ceti-ceti India. Mereka juga mahu menggulingkan pemerintahan British dan memulihkan kembali keagungan agama Buddha di kalangan masyarakat pribumi. Walau bagaimanapun, pemberontakan ini akhirnya dapat dipatahkan. Saya San telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tahun 1931. Namun demikian, pemberontakan ini telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan di kalangan rakyat Burma. Buktinya, pada 4 Januari 1931, seorang pongyi yang datang dari markas Saya San melancarkan kebangkitan di Yamethin, Burma Tengah akibat pemilikan tanah oleh golongan ceti secara melampau.
            Di Indonesia, walaupun penduduk Indonesia dipisahkan oleh kedudukan geografi yang luas dan mempunyai penduduk pelbagai bangsa dan budya tetapi kehadiran Islam membantu penduduk Indonesia bersatu untuk menentang kehadiran Belanda di negara itu. Lebih daripada 90% penduduk Indonesia adalah beragama Islam dan ikatan Islam umpama rantai besi yang mengikat perpaduan bangsa Indonesia. Oleh itu, munculnya persatuan-persatuan unsur Islam sebagai teras perjuangan bangsa Indonesia seperti Sarekat Islam, Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama. Sarekat Islam, misalnya mempunyai pengikut Islam yang ramai dan menjadi ancaman kepada pemerintahan Belanda pada tahun 1920-an.
            Pada akhir abad ke-19, bilangan pelajar-pelajar Islam Indonesia yang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah semakin bertambah. Mereka ini menerima pengaruh daripada gerakan Reformis Islam di Timur Tengah. Di Timur Tengah, mereka menerima ajaran-ajaran Islam yang lebih progresif serta mendapat inspirasi daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku di negara-negara Islam. Sebagai contohnya, di Mesir mereka mendapati orang-orang Mesir bergerak maju menuju kepada pembaharuan fikiran dalam Islam seperti Syed Jamaludin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh.
            Gerakan ini memperjuangkan konsep Pan-Islamisme (penyatuan dunia Islam bagi menentang perluasan kuasa Barat) dan membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kuno yang tiada kaitan dengan ajaran Islam. Beberapa nasionalis yang mendapat pengaruh pergerakan Muhammad Abduh di Mesir telah menubuhkan pertubuhan Muhammadiyah untuk menegakkan kekuatan umat Islam daripada ancaman pengaruh asing yang melemahkan Islam serta dapat melawan penjajah yang beragama Kristian.
            Pejuangan nasionalisme di Indonesia disemarakkan lagi dengan penubuhan Sarekat Islam pada tahun 1912 di bawah pimpinan Haji Omar Said Tjokroaminoto. Antara tujuan penubuhan sarekat ini ialah untuk memajukan kebajikan bangsa Indonesia dan menyebarkan agama Islam dan bentuk yang lebih sejati kepada seluruh rakyat Indonesia supaya dapat menyaingi agama Kristian. Sarekat Islam telah mempergunakan agama Islam sebagai lambang penyatuan dalam usaha-usahanya untuk menentang kaum-kaum asing dan pengaruh mereka di Indonesia. Pendekatan seperti ini telah menarik minat ramai orang Indonesia terutamanya golongan santri dan reformis Islam yang dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah. Orang Islam di Borneo dan Sulawesi menganggap pembentukan Sarekat Islam sebagai langkah pertama melancarkan peperangan suci menentang orang Belanda.
            Tindakan Sarekat Islam bukannya semata-mata disebabkan ia memperjuangkan hak politik bagi rakyat Indonesia tetapi juga suara lantangnya mengkritik kerajaan Belanda dalam pelbagai bidang. Sebagai contohnya, Sarekat Islam menuntut agar kerajaan Belanda menghapuskan sistem diskriminasi dalam pendidikan dan menuntut pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur 15 tahun ke bawah. Dalam bidang ekonomi pula, kerajaan digesa untuk memiliknegarakan industri penting seperti kilang-kilang tekstil, perusahaan kertas dan industri besi. Dengan itu, rakyat mula melihat Sarekat Islam sebagai punca penyelesaian masalah-masalah sosisoekonomi mereka.
            Nasionalisme Filipina pula telah bermula sejak pertengahan abad ke-19. Sebelum tempoh itu, selama dua abad, berlaku tidak kurang daripada 100 penentangan terhadap Sepanyol yang menakluki Filipina. Kebanyakannya bertujuan mengembalikan kebebasan kumpulan atau suku kaumyang tertinda oleh tindakan tidak adil Sepanyol sama ada dalam aspek agama, sosiobudaya, pentadbiran atau ekonomi. Kehadiran Kristian menjadi pendorong kepada penduduk Filipina bersatu dan mula memandang diri mereka sebagai satu golongan masyarakat. Dengan kata lain, agama Kristian dianggap sebagai simbol perpaduan rakyat Filipina untuk membangkitkan perasaan perpaduan dan nasionalisme. Contohnya, layanan buruk oleh paderi Sepanyol juga memberi semangat kepada rakyat Filipina memberontak. Diskriminasi sering dilakukan oleh paderi Sepanyol yang disebut sebagai Paderi Regular, terhadap paderi Filipina yang disebut sebagai Paderi Sekular. Malahan, Paderi Sekular dipandang rendah dan menafikan mendapat jawatan penting dalam pentadbiran gereja. Paderi Regular juga lebih suka mengumpul harta daripada berkhidmat dengan penduduk tempatan.
            Sebagai satu paradoks atau gerakan bertentangan dengan unsur perpaduan, penyebaran agama Kristian, pentadbiran bercorak sentral dan birokrasi berhierarki dari peringkat kampung hingga ke kota pentadbiran di Manila menggalakkan unsur kesatuan daerah dan penduduk Filipina. Pemelukan agam Kristian oleh orang Filipina menyebabkan mereka merentasi masalah sperti perbezaan kaum, keturunan, wilayah dan lain-lain. Dengan pemelukan agama Kristian, orang Filipina kini memandang diri mereka sebagai satu golongan masyarakat. Kemunculan identiti dan semangat nasionalisme ini banyak didorong oleh perubahan persekitaran sosioekonomi dan politik dalam kawasan dan di luar kawasan Filipina. Punca perubahan tersebut berkait rapat dengan tindakan Sepanyol membunuh tiga orang paderi ilustrado iaitu Mariano Gomez, Jose Burgos dan Jacinto Zamora. Ketiga-tiga paderi ini telah menjalankan gerakan yang dikenali sebagai Pengorbanan Gom-Bur-Za untuk menuntut hak persamaan bagi paderi Filipina dan Sepanyol. Pembunuhan tiga orang paderi ini dianggap sebagai titik permulaan pergerakan nasionalisme Filipina. Ini disebabkan buat pertama kali lahir kebencian yang menyeluruh terhadap keganasan dan ketidakadilan Sepanyol dalam soal keagamaan.
            Penentangan menuntut keadilan atau persamaan hak dalam bidang agama juga dapat dilihat pada penentangan Apolinario de la Cruz (1840 hingga 1841) merupakan perjuangan menuntut persamaan hak bagi rakyat Filipina dalam hierarki atau jawatan kepaderian dan mengandungi unsur tuntutan politik. Cruz bertindak apabila beliau tidak dibenarkan belajar di biara gereja katolik kerana pihak gereja itu mengamalkan dasar menyekat orang Filipina menduduki jawatan penting dalam urusan gereja. Sebagai tindak balas, Cruz membentuk pertubuhan agama yang dikenali sebagai Confradia de San Jose. Pertubuhan ini tidak diiktiraf oleh Sepanyol dan Sepanyol ambil tindakan untuk hapuskan pertubuhan itu apabila ia semakin berpengaruh, khususnya di kawasan Tayabas. Cruz berjaya dibunuh oleh paderi-paderi Filipina yang disyaki menyokongnya disingkirkan sehingga mengurangkan jumlah paderi Filipina dalam organisasi gereja. Menjelang tahun 1871, hanya terdapat 181 orang daripada 792 pegawai gereja berbangsa Filipina. Penentangan menuntut persamaan hak dilakukan oleh tentera berbangsa Filipina dalam Dahagi Tagalog. Penentangan ini gagal memupuk perpaduan di kalangan rakyat Filipina. Malah, tindakan Sepanyol memperalatkan sesuatu kumpulan orang Filipina bagi menentang orang Filipina yang lain menyukarkan perpaduan di kalangan orang Filipina. Walau bagaimanapun, tindakan Sepanyol memperbodohkan serta menindas orang Filipina akhirnya menyedarkan mereka terhadap eksploitasi dan ketidakadilan penjajah itu.
            Agama Islam juga dilihat sebagai sumber kekuatan dalam usaha masyarakat Filipina menentang ancaman Sepanyol. Masyarakat Sulu di bahagian Selatan Filipina telah menjadikan Islam sebagai tunjang penting dalam usaha mereka menentang Sepanyol. Sepanyol yang menjalankan dasar penyebaran dakyah Kristian secara aktif menerima tentangan hebat daripada Kesultanan Sulu sejak abad ke-16 lagi dan sepanjang tempoh itu, kesultanan Sulu sering sahaja menjadikan Islam sebagai sumber kekuatan dan penyatuan rakyatnya. ‘Perang Moro’ yang berlangsung sepanjang abad ke-16 hingga abad ke-20 membuktikan hakikat ini. Malahan di kalangan pejuang Moro telah timbul satu amalan yang disebut sebagai Juramentado iaitu kesanggupan mengorbankan nyawa sewaktu berperang dengan Sepanyol.
            Kesimpulannya, agama turut menjadi landasan penting dalam menyemai semangat nasionalisme di kalangan nasionalis. Kebangkitan semangat kebangsaan ini adalah satu langkah atau usaha awal dalam membebaskan diri mereka daripada cengkaman penjajah dari aspek sosial, politik dan ekonomi masyarakat pribumi.


PERBINCANGAN 3 :
AGAMA MERUPAKAN ASPEK PENTING DALAM BERLAKUNYA PERTENTANGAN IDEOLOGI DI INDIA DAN FILIPINA.BINCANGKAN.

NOR AZLINA BINTI HARON

            Agama merupakan aspek penting dlm berlakunya pertentangan ideologi di India dan Filipina.Agama merupakan kepercayaan kepada kuasa tertinggi yang menjadikan dan menguasai alam ini serta dgn ajaran dan kewajipan yang berkaitan dgn kepercayaan itu.Manakala ,ideologi pula merupakan aliran @ ajaran yang dijadikan dasar sesuatu pemerintahan @ yang menjadi pegangan sesuatu parti politik.Sebenarnya ,terdapat beberapa punca dalam bidang agama yang menjadikan agama sebagai aspek penting dalam berlakunya pertentangan ideologi di India dan Filipina.
            Di India, penglibatan pihak British telah mencetuskan beberapa gerakan tentangan .Gerakan pertentangan ini pula, disebabkan oleh pelbagai faktor.Antara faktor yang paling menonjol dlm pertentangan ideologi ini ialah gerakan Faraidi,yang dipimpin oleh Haji Shariatullah.Golongan ini yang dipengaruhi Wahabi menyatakan India bukan lagi negara Islam (Darul Islam ) tetapi telah berubah menjadi negara perang.
            Selain itu ,faktor agama yang menyebabkan berlaku pertentangan ideologi ialah dalam sistem pendidikan .Ianya dapat dilihat semasa pentadbiran Lord Dalhousie, beliau telah memperkenalkan sis. Pendidikan Barat di India yang mana telah mencetuskan pertentangan masyarakat pribuminya.Ini disebabkan masy.India beranggapan dan merasakan pendidikan barat yang diperkenalkan oleh British ini adalah salah satu cara dan percubaan untuk menyebarkan agama Kristian.Ia juga salah satu cara untuk mengkristiankan masyarakat India.Masy. India menentang sistem pendidikan ini kerana mereka bimbang akan dipengaruhi oleh agama Kristian.
            Sementara itu,pertentangan ideologi agama dr segi bahan yang digunakan dlm bidang ketenteraan telah menyebabkan penduduk India bangun untuk menentang.I ni adalah akibat tentera India mendapat tahu minyak yang digunakan oleh British utk membersihkan rifel telah dibuat drpd lemak babi & lembu.Perubahan dlm tindakan British itu telah menghina agama di India.Bagi masyarakat India yang beragama Islam lemak babi adalah haram,manakala bagi masyarakat beragama hindu menganggap lembu adalah tuhan mereka.Masyarakat India beranggapan British sengaja melakukan perkara ini utk menghina agama mereka.Pasukan Peribumi ke-19 di Berhampur yg enggan menggunakan rifel dibubarkan pd Mac 1857,sebelum meletusnya Dahagi India.Manakala Mangal Pande drpd pasukan Peribumi ke-34 telah menembak sarjan mejar lalu dihukum mati dan rejimen ini dibubarkan.
            Di samping itu,terdapat pertentangan agama antara orang Islam & Hindu. Petentangan ini berlaku adalah disebabkan oleh akta pembahagian Benggala yg dikuatkuasakan pada tahun 1905.Menerusi akta ini ,Lord Curzon mencadangkan pembahagian Benggala kpd 2 wilayah iaitu Benggala Timur  dan Benggala Assam.Kump.sederhana dan radikal telah menentang akta ini kerana British tidak mendapatkan cadangan  @ pendapat drp orang Hindu.Kumpulan radikal ini telah
Mula memulaukan dan membakar barangan buatan British. Hal ini telah mengakibatkan perpecahan dalam Kongres Kebangsaan India.Selain itu ,pertentangan juga berlaku apb.pilihan raya Dewan Perhimpunan Bahagian diadakan pada Julai 1946.Ini telah menyebabkan hubungan ant.orang Islam dengan Hindu menjadi semakin tegang.Parti Kongres telah memenangi kebanyakkan kerusi yang telah dipertandingkan .Hal ini telah menumpaskan Jinnah dan menggesa orang Islam supaya mengambil tindakan langsung untuk mencapai pembentukan Pakistan.Oleh itu, negara baru telah dibentuk iaitu Pakistan di bawah pimpinan Mohammad Ali Jinnah.
            Selain itu,pertentangan ideologi juga wujud kerana penduduk India tidak dapat menerima teklnologi Barat yang diperkenalkan British di India.Pembinaan  jalan keretapi dan telegraf disifatkan memberi ancaman kepada agama Hindu dan kasta mereka.Segala pengenalan ini bercanggah dgn amalan lama masyarakat India dan nenjejaskan cara hidup mereka.Dgnitu,mereka menyimpan perasaan benci kpd British dan seterusnya turut serta dalam Dahagi 1857.Sikap British juga mencurigakan orang Hindu dan Orang Islam yang bimbang melalui perundangan sosial,British cuba membinasakan agama dan budaya.Pentadbiran British juga mengakibatkan kemiskinan dan penderitaan yang lebih buruk kpd penduduk India.
           Di Filipina, sejak kedatangan Sepanyol,orang-orang Sepanyoltelah membawa paderi-paderi dan para rahib yang bertujuan untuk mengkristiankan masyarakat Filipina.Paderi dan rahib ini terdiri drp pelbagai mazhab.Agama merupakan aspek penting dlm berlakunya pertentangan ideologi di Filipina. Ini dapat dilihat apabila paderi Filipina mendapat layanan yang buruk daripada paderi Sepanyol.Dgn layanan yang buruk ini secara tidak langsungtelah memberi semangat baru kpd rakyat Filipina untuk memberontak. Diskriminasi agama juga sering berlaku diantara paderi Filipina (paderi Sekular) dgn paderi Sepanyol (paderi Regular) di mana paderi Sekular telah direndahkanmartabatnya & dipandang rendah oleh paderi regular.Paderi Sekular ini tidak mendapat pegangan jawatan penting dalam pentadbiran gereja di Filipina oleh paderi regular.Apabila hal ini berlaku,timbul rasa tidak puas hati dikalangan masyarakat & paderi di Filipina.Kesan drpd rasa tidak puas hati ini menyebabkan mereka menuntut keadilan & ini telah membawa kpd kebangkitan paderi di Filipina seperti yg diperjuangkan oleh Marino,Gomez,Jacinto,Zamora,Jose Guerena & Jose Burges.Perjuagan mereka telah berakhir dgn hukuman bunuh kpd sebahagian drp mereka antaranya ialah Jacinto pd 12.2.1872 oleh pemerintah Sepanyol.Paderi yg dibunuh ini telah terlibat dlm Pemberontakan Cavite 1872.Kematian tiga orang paderi ini telah menjadi sumber inpirasi @ daya penarik kpd penduduk & paderi Filipina lain utk melakukan penentangan.Tindakan Sepanyol membunuh tiga org paderi Filipina telah mencetuskan rasa tidak puas hati & perasaan benci masyarakat Filipina terhadap Sepanyol.Mereka menyifatkan hukuman yg dikenakan terhadap lima paderi tersebut adalah tidak adil.
            Di samping itu agama Kristian juga telah dijadikan oleh pemerintah Sepanyol sebagai alat utk menundukkan & menindas penduduk peribumi di Filipina.Hal ini juga telah menyebabkan diskriminasi berlaku dikalangan paderi & gereja.Archobiscop & Bischop-bischop sering memandang rendah kpd paderi2 dan masyarakat peribumi di Filipina.Paderi2 Filipina ini telah dibeza-bezakan drpd paderi Sepanyol.Ini telah menyebabkan paderi Filipina bangun menentang Sepanyol.Selain itu paderi2 Sepanyol telah disanjung tetapi pd masa yg sama mereka telah menyalah gunakan kuasa & kedudukan yg ada pd mereka.Ajaran agama telah dicampur aduk dgn amalan duniawi, bagi memenuhi keperluan politik,ekonomi & sosial.Paderi Sepanyol turut sebarkan agama & ajaran palsu.Mereka tlh melakukan pelbagai skendal & perbuatan kotor yg tidak sesuai dgn sifat sbg seorang paderi.

            Pada tahun 1892, telah berlaku sekali lagi pertentangan ideologi di Carile di mana paderi Filipina tidak berpuas hati terhadap Sepanyol yang tidak membenarkan mereka menunaikan sembahyang. Apb. Hal ini berlaku ia telah menyebabkan berlakunya gerakan menentang Sepanyol.Namun dlm pertentangan dan gerakan ini Sepanyol telah berjaya mengatasinya.Sebahagian drp penduduk Filipina yg mengikuti pergerakan ini telah dipenjarakan & ada yg dijatuhkan hukuman buang negeri.
            Walaupun agama Kristian telah menimbulkan dan merupakan aspek dlm pertentangan ideologi di Filipina ,namun agama juga telah dianggap sebagai agama yg telah memupuk perpaduan di kalangan masy. Filipina terutamanya masy.yg beragama Kristian.Sebelum ini penduduk Filipina dipisahkan dgn ribuan pulau & menganut agama animisme yg berbeza.Penentangan @ revolusi yg berlaku di Filipina sblm ini,adalah bersifat regionalistik.Kehadiran Kristian menjadi pendorong kpd penduduk Filipina bersatu & mula memandang diri mereka sbg . satu golongan masyarakat.dgn kata lain agama Kristian dianggap sbg simbol perpaduan rakyat Filipina untuk membangkitkan perasaan perpaduan & nasionalisme.
            Wujud juga penentangan berkaitan agama Islam dgn Kristian di Filipina. Islam dilihat telah membawa semangat rasionalisme & intelektualisme bukan shj dikalangan istana &keraton,malah telah meluas hingga babitkan kalangan rakyat.Masy.Sulu di Selatan Filipina telah menjadikan Islam sbg tunjang penting dlm usaha menentang Sepanyol.Islam dijadikan sumb.kekuatan & penyatuan rakyatnya.Perang Moro yg meletus sepanjang abad ke-16 hingga abad ke-20 buktikan hakikat ini.Kesannya telah membawa kpd amalan korbankan nyawa sewaktu keluar berperang dgn Sepanyol.
            Kesimpulannya.jelaslah di sini bahawa agama merupakan aspek penting dlm berlakunya pertentangan ideologi yang berlaku di India dan Filipina.Ianya berlaku akibat rasa tidak puas hati kpd penjajah terutamanya dlm aspek berkaitan bidang keagamaan.Namun begitu,agama juga penting dlm usaha menyatupadukan penduduk dlm sesebuah negara yg berkenaan @ terlibat supaya mencapai kemakmuran & keamanan untuk semua masyarakatnya.


No comments:

Post a Comment