Sunday 7 August 2011

NOTA BAB 5 : HUBUNGAN ETNIK

Hubungan Etnik Bab 5 Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
- Presentation Transcript -


1. PEMBANGUNAN POLITIK DAN HUBUNGAN POLITIK
2. INTEGRASI POLITIK
o Integrasi politik bermaksud pertukaran dari memberikan sepenuh kesetiaan kepada kaum etnik sendiri kepada memberikan sepenuh kesetiaan yang berbentuk semangat kebangsaan kepada sesebuah Negara
o Menurut Karl Deutsch, integrasi politik merupakan proses dan keadaan.
3. sambungan

o Sebagai satu proses , integrasi politik akan menyebabkan berlakunya perubahan di mana keamanan akan wujud di sesebuah negara .
o Sementara sebagai satu keadaan pula, integrasi politik akan menyebabkan berlakunya perubahan di mana keamanan akan wujud di sesebuah negara

o Satu kaedah untuk mewujudkan integrasi politik ialah
o mengadakan pilihanraya setiap lima tahun di mana rakyat dapat memilih pemimpin-pemimpin mereka.
o Pemimpin-pemimpin parti politik yang memerintah negara hendaklah mempunyai semangat perundingan dan kerjasama di kalangan parti-parti politik.
o ( memastikan penyertaan bersama dalam pentadbiran negara.)
4.
o Di Malaysia, hal ini telah dibuktikan pada peringkat awal lagi di mana parti orang Melayu (UMNO), parti kaum Cina (MCA) dan parti kaum India (MIC) telah bergabung bagi membentuk Parti Perikatan (PP).
o Parti-parti ini telah berikrar di bawah PP bagi melaksanakan proses pembangunan negara.
o Segala masalah yang berhubung dengan ekonomi, politik, sosial dan pendidikan akan dibincang dan diselesaikan bersama di meja rundingan.
5. PARTI PERIKATAN
o Parti-parti politik yang utama di Tanah Melayu biasanya terdiri daripada pertubuhan perkauman yang mewakili kepentingan kelompok etnik masing-masing.
o Kerjasama yang pertama antara parti perkauman ialah semasa pilihanraya setempat pada tahun 1952, apabila cawangan UMNO Selangor bergabung dengan MCA.
o Dengan kemenangan pilihanraya ini, tumbuhlah satu konsep perikatan antara parti-parti etnik yang utama untuk membentuk kerajaan
6.
o Kumpulan yang besar pengaruhnya dalam Perikatan ialah UMNO.
o Kemudian oleh Tunku Abdul Rahman (1951 – 1970).
o Pertubuhan ini dipimpin oleh Dato Onn Jaafar (1946-1951).
o UMNO berjaya menarik minat masyarakat Melayu dalam perjuangan menentang Malayan Union .
o Perkara ini dilakukan menerusi orang-orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan kerana mereka dapat menggunakan struktur pentadbiran di setiap negeri bagi mobilisasi politik.
o Pegawai-pegawai kanan Melayu dalam kerajaan menyusun tenaga pegawai Melayu di peringkat daerah, para penghulu, untuk membangkitkan orang-orang kampung supaya bertindak.
o Menerusi pentadbiran kolonial itu, UMNO berjaya menggunakan pemimpin-pemimpin Melayu tradisional di peringkat bawahan supaya muncul sebagai sebuah parti politik massa.
7.
o MCA.
o Prinsip utama parti ini ialah mengekalkan keharmonian kaum etnik melalui penyesuaian antara satu sama lain.
o MCA dianggap sebagai pelindung kepentingan masyarakat Cina.
o Hubungan yang baik dengan pucuk pimpinan dalam kerajaan membolehkan keperluan orang-orang Cina disuarakan.
o Pada peringkat awal, MCA menghadapi kesulitan kerana parti ini dikatakan hanya memberi tumpuan kepada para usahawan dan golongan profesional yang berpendidikan Barat. MCA terpaksa mendapatkan lebih ramai penyokong terutamanya dari kalangan persatuan merga dan kesatuan sekerja.
8.
o Presidennya yang berwibawa, Tun Tan Cheng Lock, berjaya melaksanakan hubungan kerja dengan tokoh-tokoh UMNO.
o Parti ini menyaksikan kemunculan tokoh-tokoh baru hasil dari sistem pendidikan Cina.
o Mereka dikatakan lebih cenderung kepada politik perkauman.
o Apabila golongan muda ini mencabar kemampuan MCA bergerak dalam Parti Perikatan, golongan tua telah menggantung keahlian para pemimpinnya.
9.
o Kerana pertarungan kuasa yang wujud dalam MCA maka muncul pula kelompok ketiga.
o Walaupun golongan ini bersimpati dengan tuntutan perkauman sayap radikal parti itu, mereka juga merasakan amat penting mengekalkan hubungan baik dengan UMNO agar dapat mengekalkan kedudukan MCA dalam Perikatan.
o Kelompok ini muncul pada 1957 di bawah pimpinan Dr Lim Chong Eu.
o Ia disokong oleh golongan kiri kaum intelek berpendidikan Barat yang tinggal di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh.
10.
o Walaupun mempunyai bilangan yang kecil, golongan ini sangat efektif dan mempunyai motivasi yang tinggi
o Pada tahun 1958, Dr Lim telah terpilih sebagai Presiden MCA menggantikan Tun Tan Cheng Lock.
o Dr Lim memberi jaminan kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengekalkan kerjasama antara MCA dan UMNO.
o Walau bagaimanapun, Lim tidak dapat menjalinkan hubungan persahabatan peribadi seperti yang wujud sebelum ini antara Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock
11.
o Pilihanraya 1959 merupakan pilihanraya pertama bagi perlantikan sepenuhnya wakil-wakil ke Parlimen.
o Menjelang pilihanraya tersebut, pemimpin-pemimpin baru MCA cuba mendapatkan layanan baik sepertimana dalam pilihanraya 1955.
o Pada masa itu, MCA diperuntukkan kurang sedikit dari separuh bilangan kerusi yang dipertandingkan oleh Perikatan walaupun orang-orang Cina pada masa itu hanya merupakan 11.2 % dari keseluruhan pengundi. Pada tahun 1959, para pengundi Cina meningkat kepada 35.6% disebabkan oleh undang-undang kewarganegaraan yang baru.
o Namun Majlis Kebangsaan Perikatan secara tidak rasmi hanya memperuntukkan 28 kerusi kepada MCA. Dr. Lim mendesak supaya MCA diberi 40 daripada 104 kerusi.
12.
o Tuntutan tersebut dibuat secara terbuka yang kelihatan kepada umum sebagai satu kata dua.
o Tunku tidak dapat melayan permintaan MCA itu lalu beliau menjawab dengan pengumuman bahawa UMNO akan bertanding tanpa MCA.
o Kerana bimbang risiko bertanding bersendirian, pucuk pimpinan MCA menimbang semula kedudukan mereka dan berjaya mengekalkan kedudukan dalam Perikatan.
o Namun, MCA mula mengalami krisis dalaman di mana Dr Lim yang pada masa itu menjadi Presiden MCA telah menerima tekanan hebat daripada ahli-ahli parti itu sehingga menyebabkan beliau terpaksa meletakkan jawatan.
13.
o Hanya anggota-anggata MCA yang diterima oleh Tunku bertanding atas tiket Perikatan dalam pilihanraya Persekutuan 1959.
o Hasil dari krisis Julai ini, Perikatan menjadi sebuah parti yang teguh.
o Orang-orang Cina mula mencari pemimpin yang berwibawa untuk menjaga kepentingan mereka supaya tidak ditenggelamkan oleh orang-orang Melayu.
14.
o MIC
o Kongres India Tanah Melayu atau lebih dikenali sebagai MIC merupakan parti ketiga terbesar dalam Perikatan.
o Ia mempunyai bilangan pengundi yang kecil iaitu hanya 7.4% daripada jumlah pengundi pada tahun 1959.
o Pada peringkat awal penubuhannya, MIC tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari orang-orang India sendiri.
o Ini kerana kebanyakan mereka merupakan buruh dari kelas bawahan sedangkan kebanyakan pemimpin MIC terdiri daripada golongan profesional.
o Pada tahun 1951-1953, MIC bekerjasama dengan Parti IMP di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar dan juga menyertai Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) bagi menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah
15.
o Melayu.Namun, MIC mula mendapat sokongan sepenuhnya dari kaum India setelah MIC menyertai Perikatan pada tahun 1955.
o MIC berusaha untuk kekal dalam Perikatan supaya dapat menjalinkan hubungan dengan UMNO.
o Kebanyakan orang-orang India sendiri tidak berpuashati dengan prestasi MIC kerana kurang berjaya menyuarakan kepentingan orang-orang India dalam Perikatan.
16.
o Menurut Means , kejayaan MIC dalam Perikatan pada peringkat awal adalah disebabkan hubungan peribadi yang erat antara Tunku dan presiden MIC pada waktu itu iaitu V.T. Sambathan.
o Beliau merupakan seorang tuan punya ladang getah dan mendapat pendidikan dalam kedua-dua aliran Tamil dan Inggeris.
o Apabila terdapat sesetengah ahli yang berfahaman radikal dan perkauman dalam MIC cuba merosakkan hubungan dengan UMNO, mereka telah disingkirkan dari parti tersebut.
o Pada tahun 1958, pimpinan golongan lama mengekalkan pengawasan yang tegas ke atas MIC dan bergerak dengan penuh harmoni dengan Majlis Kebangsaan Perikatan.
17.
o Menjelang pilihanraya Persekutuan pada tahun 1959, Parti Perikatan yang didaftarkan pada tahun 1958 sebagai sebuah parti politik yang tidak terikat kepada parti-parti anggotanya, telah dipusatkan dan bergerak sebagai satu entiti di bawah arahan Tunku Abdul Rahman.
o Perikatan hanya dapat menjadi jentera politik yang viabel disebabkan tolak ansur yang telah dicapai oleh ketiga-tiga parti komponen berhubung isu-isu sensitif ;kewarganegaraan, pendidikan dan hak-hak istimewa orang Melayu.
18.
o Apabila MCA menuntut agar asas untuk mendapatkan kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli iaitu membolehkan semua kaum yang lahir di Tanah Melayu secara automatik menjadi warganegara,
o UMNO bersetuju dengan saranan tersebut dengan syarat MCA menerima beberapa permintaan UMNO iaitu dasar pelajaran, iaitu mewajibkan penggunaan bahasa Melayu di semua sekolah dan mewujudkan satu ‘kurikulum Malaya’ yang sama bagi semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantar.
o MCA dan MIC juga bersetuju dengan nisbah 4:1 antara Melayu/bukan Melayu dalam Perkhidmatan Awam Malaya serta penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
o UMNO telah meyakinkan kedua parti lain bahawa dasar ekonomi yang liberal akan diterapkan untuk membolehkan orang-orang bukan Melayu melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi tanpa bimbang usaha mereka akan dirampas atau dikenakan cukai yang berat sebelah.
19.
o Dengan itu, Perikatan mengambilalih peranan mewakili kepentingan ketiga-tiga kumpulan etnik utama di Tanah Melayu.
o Perikatan tetap memegang tampuk kekuasaan kerana sikap pragmatisme para pemimpinnya, kemampuan mereka menenggelamkan perbezaan kaum semasa pilihanraya dan kesanggupan pemimpin-pemimpin bekerja sebagai satu pasukan.
o Latar belakang pendidikan dan sosial yang sama di kalangan para pemimpin utama parti menyebabkan mereka mampu menyelesaikan permasalahan yang timbul.
o Tiada kumpulan politik lawan yang lain boleh mendapat kerusi begitu banyak untuk mencabar Parti Perikatan kerana parti ini mendapat mandat untuk membina satu masyarakat baru dari pelbagai kumpulan yang bersaingan serta bermusuhan.
20.
o Peristiwa 13 Mei
o Semenjak merdeka, Malaysia telah berhadapan dengan ancaman luaran dan dalaman yang telah meredakan tuntutan kelompok etnik demi perpaduan negara.
o Pada tahun 1969, faktor-faktor tersebut tidak wujud lagi.
o Setiap kelompok etnik melihat pilihanraya tahun itu sebagai peluang untuk mengekalkan kepentingan sendiri terhadap pencerobohan kelompok lain.
o Maka tidak hairanlah kalau kempen-kempen pilihanraya kali ini dipenuhi dengan isu-isu sensitif seperti isu pendidikan, bahasa dan sebagainya.
21.
o Sebagai hasilnya, keputusan pilihanraya pada waktu itu sangat memeranjatkan
o Parti Perikatan. Walaupun masih memegang majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat, jumlahnya telah jatuh merosot daripada 89 pada tahun 1964 kepada 66, dan jumlah undi merosot dari 58.4% pada tahun 1964 kepada 48.5% pada tahun 1969.
o Parti Gerakan, DAP dan PPP memenangi 25 kerusi, dan PAS memenangi 12 kerusi. Oleh itu, kerajaan Perikatan telah hilang majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat.
o Ini bermakna kerajaan tidak boleh lagi meminda Perlembagaan sewenang-wenangnya.
22.
o RUSUHAN ETNIK MEI 1969 DAN KERAJAAN DARURAT
o Pada 13 Mei, iaitu tiga hari sesudah pilihanraya, penyokong-penyokong parti pembangkang, Gerakan dan DAP telah merayakan kemenangan mereka dengan bersorak di sepanjang jalanraya di Kuala Lumpur. Dalam perarakan tersebut mereka mengungkit-ungkitkan perkara-perkara yang menjadi isu-isu sensitif antara kaum di Malaysia. Perbuatan ini telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu, dan sebagai reaksinya, penyokong-penyokong UMNO telah mengadakan perarakan balas. Akibatnya, perarakan tersebut kemudiannya bertukar menjadi rusuhan ganas yang sukar dikawal di seluruh Kuala Lumpur.
23.
o Akibatnya, darurat telah diisytiharkan.
o Perlembagaan Persekutuan telah dibubarkan dan Malaysia diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
o Pemerintahan MAGERAN yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak berlaku selama 18 bulan.
o Tunku Abdul Rahman telah meletak jawatan sebagai pemimpin UMNO dan Perdana Menteri.
o Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih tugas mentadbir dan membina semula struktur pembangunan negara.
o Keamanan dan ketenteraman hanya dapat dipulihkan setelah empat hari berlakunya pertumpahan darah. Selama dua bulan sesudah rusuhan 13 Mei, kejadian-kejadian keganasan perkauman masih berterusan
24.
o Pimpinan Melayu dalam Perikatan menyalahkan pihak pembangkang kerana kecaman mereka yang lantang terhadap hak-hak istimewa orang Melayu yang menyebabkan orang mereka bertindak ganas.
o Namun dakwaan ini dinafikan dengan kerasnya oleh pihak pembangkang.
o Kerajaan telah memberi amaran sekiranya perbuatan melampau itu berterusan, sistem pemerintahan secara demokrasi berparlimen perlu diubah.
o Daripada peristiwa rusuhan 13 Mei 1969 ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa betapa kuatnya kecurigaan antara golongan etnik di negara kita.
25.
o Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan pelbagai etnik, kerajaan darurat telah mengambil beberapa langkah.
o Pada Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan untuk mencipta satu ideologi kebangsaan.
o menyusun program sosial dan ekonomi yang baru.
o Pada 31 Ogos 1970, Hari Kemerdekaan Malaysia, ideologi baru yang dinamakan Rukunegara telah diisytiharkan dengan rasmi.
26.
o Pada Januari 1970, Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan untuk mengadakan garis-garis panduan yang positif dan praktikal bagi kerjasama antara kaum serta integrasi sosial untuk pembentukan satu keperibadian nasional Malaysia.
o Badan ini mengandungi wakil-wakil dari menteri, kerajaan-kerajaan negeri, parti-parti politik, Sabah, Sarawak, kumpulan-kumpulan agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, persatuan-persatuan majikan, pihak akhbar, guru-guru dan kumpulan minoriti.
27.
o Majlis yang mewakili semua kelompok masyarakat ini boleh mencapai muafakat sebenar.
o Kerajaan memerintah secara muafakat dalam sebuah perhimpunan am secara demokrasi berparlimen, menurut corak barat.
o Melalui perbincangan-perbincangan yang telus, diharap dapat menyelesaikan masalah perpaduan antara kaum di Malaysia.
28. PENYUSUNAN SEMULA POLITIK
o kerajaan ia telah melakukan beberapa perkara untuk membendung rusuhan kaum berulang kembali.
o Februari 1971, pindaan perlembagaan diluluskan oleh Dewan Rakyat bertujuan untuk menghapuskan isu-isu sensitif di kalangan rakyat pelbagai etnik.
o perbincangan umum yang menyentuh kuasa dan taraf Raja-raja Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi negara dianggap sebagai menghasut
29.
o 2. Pindaan tersebut juga menentukan kuota bilangan pelajar bumiputera di Institusi Pengajian Tinggi sebagai satu cara mewujudkan keseimbangan etnik dalam sesuatu profesion. (kejuruteraan, perubatan dan sains )
o 3. sekatan melakukan perbincangan mengenai isu sensitif, pihak media kini menjadi alat pengesahan dan pembulatan suara dan bukan lagi menjadi pengkitik terhadap tindakan kerajaan.
o 4.dasar kerajaan semakin mencerminkan idea pemimpin-pemimpin UMNO
30. Ke Arah Penggubalan Sistem Pendidikan Keb
o Penyata Razak 1956
o Kerajaan sedar perlu ada satu dasar pendidikan baru utk capai perpaduan
o Diketuai Menteri Pelajaran Tun Abd Razak dan menerbitkan penyata ini pada 16 Mei 1956
o Penyata ini mensyorkan antaranya:
o - BM sebagai bahasa keb, bahasa lain boleh digunakan
o - Tubuh 2 jenis sek rendah: sek umum(guna BM), sek jenis umum(guna BC & BT) BM adalah subjek wajib.
o - Tubuh 2 jenis sek menengah: sek men umum(BM bahasa pengantar, BI subjek wajib), sek men jenis umum( BI bahasa pengantar, BM subjek wajib)
31.
o Sukatan yang sama dipakai di semua jenis sek ini, utk capai perpaduan.
o Guru dilatih dan diletak di bawah satu perkhidmatan profesional
o Penyata ini dikuatkuasa sebagai Ordinan Pelajaran 1957 dengan beberapa saranan antaranya:
o - Hanya 2 jenis sek dibenarkan: sek kerajaan/persendirian
o - BM & BI subjek wajib di sek rendah & menengah
o - Sukatan berorentasikan kebangsaan
32.
o Laporan Rahman Talib 1960
o Merupakan semakan pada ordinan pelajaran 1957.
o Laporan ini mencadangkan:
o - BM sebagai bahasa pengantar pada semua sek
o - BM & BI digunakan dlm peperiksaan awam.
o - sek vokasional disediakan bagi pelajar yang gagal.
o - sek ren umum ditukar ke sek ren keb, sek ren jenis umum ke sek ren jenis keb.
o Segala syor laporan razak & rahman talib dibentangkan di Parlimen dan dikuatkuasa sebagai akta pelajaran 1961.
33.
o Akta Pelajaran 1961
o Akta ini tekankan penggunaan BM sebagai bahasa pengantar di sek dan di dalam peperiksaan
o Antara peruntukannya ialah:
o - pelajaran sek ren adalah percuma.
o - Hanya 2 jenis sek: sek keb & sek jenis keb
o - Penggunaan BM dlm SRP & SPM
o - Pendidikan Islam utk pelajar beragama Islam & pendidikan akhlak & rohani.
o - semua pelajar sek ren berpeluang masuk sek men
o - kurikulum yang disediakan adalah sama.
34. Keadilan Sosial & Keseimbangan Ekonomi
o Dasar Ekonomi Baru (DEB):1971-1990
o Merupakan rancangan jangka panjang (20 tahun).
o Terasnya ialah mencapai perpaduan negara & keharmonian sosial melalui pembangunan sosioekonomi yang seimbang.
o Falsafah & Matlamat
o Pastikan kekayaan & peluang ekonomi dinikmati secara adil & saksama.
o Falsafahnya adalah untuk capai pertumbuhan ekonomi yang seimbang.
35.
o Matlamatnya ialah:
o Basmi kemiskinan tanpa mengira kaum
o Susun semula masyarakat yang dulunya dikenali mengikut kegiatan ekonomi
o 30% pemilikan ekuiti bagi bumiputra.
o Pelaksanaan & Pencapaian
o 10%-20% saham syarikat diperuntukkan kpd bumiputra
o Setiap syarikat mesti punya pekerja yang berbilang kaum
o Membangunkan tanah & kegiatan pertanian luar bandar
36.
o Strategi DEB
o Perkenal kemudahan asas, modenkan kaedah bertani.
o Sediakan peluang pendidikan, latihan, bantuan.
o Buka tempat berniaga, bantuan, bimbingan berniaga
o Wujudkan usaha sama antara bumiputera dgn yg lain.
o Pencapaian DEB
o Kadar kemiskinan, pengangguran menurun.
o Pemilikan modal saham bumiputera bertambah.
o Pendapatan bulanan seisi rumah bertambah.
o Masih kurang penyertaan bumiputera dlm lapangan profesional- banyak bergantung dlm sektor awam.
o #Pada 1991, DEB diganti dgn DPN ( 1991-2000).
37.
o Dasar Pembangunan Nasional (DPN):1991-2000
o Merupakan kesinambungan DEB.
o Falfasah & Matlamat
o Menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020
o Melengkapkan rakyat dgn nilai positif
o Lahirkan tenaga kerja berkualiti
o Wujudkan perpaduan kaum
o Malaysia sebagai negara maju dlm semua aspek.
o Perlaksanaan & Pencapaian
o Basmi kemiskinan
o Hapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
38.
o Wujudkan MPPB, sumber tenaga bumiputera, pengurusan koporat
o Tidak tetapkan tempoh utk capai 30% pemilikan ekuiti
o Lindungi kedudukan sosioekonomi golongan minoriti
o Tekankan pembangunan sumber manusia.
o Strategi
o Pembukaan tanah melalui FELDA, FELCRA
o Program pendidikan, latihan, kesihatan diberi tumpuan
o Diwujudkan PPRT, Amanah Ikhtiar dll.
o Pencapaian DPN: Kadar kemiskinan & pengangguran dikurangkan, penyertaan bumiputera dlm sektor profesional meningkat.
39. Ke Arah Pembentukan Bangsa Malaysia
o Wawasan 2020 ( Dasar Wawasan Nasional 2001-2020)
o Tujuan: menjadikan Malaysia negara maju pd 2020.
o Falsafah & Matlamat
o Malaysia sebagai negara maju berasaskan ekonomi perindustrian melalui satu bangsa malaysia.
o Matlamatnya: bentuk Malaysia yang unggul, lahirkan rakyat M’sia yg yakin( Malaysia Boleh)& capai integrasi etnik yang meluas.
o Teras
o 7 teras penting, antaranya; bina masyarakat berdaya saing, msyrkat yg saksama, bangunkan alam sekitar.
40.
o Strategi Pelaksanaan
o Pupukkan perpaduan & semangat patriotisme.
o Semua mengambil peranan
o Penyusunan semula masyarakat
o Pembasmian kemiskinan
o Pembangunan wilayah yang masih mundur
o Kukuhkan sektor perbankan
o Memberi galakkan kepada IKS supaya berdaya saing di peringkat global
o Pensyarikatan Malaysia – semua bertanggungjawab

No comments:

Post a Comment