JELASKAN
SUMBANGAN DAN PERANAN GOLONGAN WARTAWAN
DAN AKHBAR
DALAM MENCETUSKAN NASIONALISME DI ASIA.
Golongan wartawan dan akhbar memainkan peranan yang
penting di dalam mencetuskan gerakan nasionalisme di Asia Melaluai bidang
wartawan dan akhbar telah mendorong golongan berpendidikan mengkritik kelemahan
penjajah.Masyarakat temptan mula sedar tentang ketidakadilan pemerintah dan
seterusnya mendorong masyarakat tempatan lebih bersatupadu di dalam
memperjuangkan di dalam penentangan penjajah.Kesedaran ini dapat diperkukuhkan
lagi dengan rancangan-rancangan yang dimuatkan dalam akhbar dan majalah.
Antara
sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh golongan wartawan dan akhbar ialah
digunakan sebagai alat propaganda .contohnya di filipina golongan ini telah mencetuskan
semangat nasionalisme di kalangan masyarakat.Melaluai akhbar La Solidaridad di
bawah pimpinan Jose Rizal,M.H.del piler.Granicio lopez jeane serta marino telah
banyak menuntut perubahan misalnya menukarkan pentadbiran daripada tentera kpd
awam,memberi hak dan keistemewaan yang sama kpd orang Filipina sepertimana yang
dinikmati oleh orang Sepanyol,mengiktiraf hak berhimpun secara secara aman
serta kebebasan bercakap.Dalam perjuang ini Jose Rizal dan Del Piler mengadakan kempen dari Sepanyol
bagi menigkatkan semangat pejuangan Filipina sehubungan dengan itu muncul
gerakan propaganda dan Liga Filipina yang menyokong dan membantu gerakan ini .
Gerakan propaganda di tubuhkan oleh Del Piler sebelum berlepas ke Eropah untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi
menjalankan kempen di Mdrid meraka menyebarkan risalah dan akhbar bagi pihak
Filipina.
Walaupun
semangat perjuangan telah berkembang di filipina tetapi liga filipina hanya
ditubuhkan setelah Jose Rizal tiba di manila dr Hong Kong pd jun 1892 .Liga filipina
ditubuhkan dgn rasmi pd 3 Julai 1892.Matlamat perjuangan ialah kesatuan
kepulauan yang kemas ,perjuangan yang sama menentang kekejaman dan
ketidakadilan ,mengalakan pelajaran perdagangan dan pertanian di Filipina dan
menjalankan perubahan.Jose Rizal juga menghasilkan buku El Filibusterisme dan
Noli Me tangere yg mana kedua-dua mengkritik kerajan Sepanyol.
Sumbangan
lain yang dimainkan oleh golongan wartawan dan akhbar ialah sebagai alat
penyebar maklumat.Contohnya di vietnam akhbar Tribune Indigena yang diterbitkan
oleh Nguyen phu khai dan Bui Quang chieu.Ia sebagai alatpengkritik penindasan
kerajaan Perancis di Vietnam.Selain itu ia juga cuba mendedahkan kegiatan
ekonomi Vietnam yang bukan sahaja dikongkong oleh kerajaan perancis tetapi juga
oleh oraang China akhbar Cloche felee diterbitkan oleh Nguyen an ninu pada
sekitar 1920.Akhbar ini menerangkan tentang kelemahan bangsa yang dikongkong
oleh metiliti lama dan mencapai kemerdekaan apabila masyarakat Vietnam memilih
budaya intelektual.Dua orang yang memainkan peranan di Vietnam ialah Phan Boi
chau dan phan chau trine .Phan boi chau pada sekitar 1920-03.Buku baru tangisan
darah pulau Ryukyu yang menyeru orang sebagai bersaudara dan hendaklah bersatu
cintakan tanah air.Selain itu dalam tulisan yang lain Phan Boi Chau menyatakan
bahawa George Washington menjadi tentera British dan dengan itu beliau dapat
menpelajari dan menggunakan cara berjuang .Pada tahun 1908 pelajar Vietnam
telah dihantar menuntut di Universiti di Jepun.Semasa pertemuan phan dengan okuma
beliau telah cuba meyakinkan okuma untuk menyokong gerakan nasionalisme di
Vietnam.Okuma tidak terpengaruh dengan pendapat phan .Okuma hanya mengalukkan
kedatangan pelajar-pelajar ke Jepun.Antara tulisannya ialah sejarah kejatuhan
Vietnam surat dari seberang laut dengan tulisan darah serta ringkasan sejarah
Vietnam.
Seterusnya
sebagai ruang bagi mencetuskan idea daripada semangat nasionalisme in dapat
dilihat di China dan di India .Di China didang kewartawanan turut memainkan
peranan yang penting dalam membidas segal;a tradisional china yang tidak
mendatangkan sebarang faedah kepada negara.Majalah New Youth diterbitkan oleh
ch en tu hsiu adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat cina tentang
kelemahan mereka.Majalah New Youth juga menyeru pemuda-pemuda cina bangkit utk
menyumbangka bakti untuk memperbaiki kedudukan negara mereka .Ia juga menyeru
agar masyarakat china menuju ke arah pemodenan dan mengkikis amalan kuno
seperti mengatur perkahwinan ,mengecilkan kaki dan lain-lain.Selain itu pelajar-pelajar
china yang menuntut di luar negera turut menyebarkan idea mereka melaluai
akhbar spt Kui min dao dan china kurun ke-20 ,dalam usaha menghapuskan Dinasti
Manchu.Penubuhan persatuan nasionalisma di ilhamkan daripada sikap ingin
mengubah keadaan di china dan menentang penjajah asing .Pelajar-pelajar ini
turut menerbitkan akhbar su pao utk menyebarkan idea mereka.
Manakala
di India pula akhbar India telah menulis tentang hal-hal politik mengenai
penentang terhadap kerajan British.Selain itu akhbar-akhbar ini juga telah
menyebarkan idea-idea nasionalisme kepada orang India .Antara akhbar-akhbar
yang berpengaruh ialah India mirror dan Bombay samachar.Perkembangan
persuratkabaran juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan semangat
patriotic penduduk India .Pada tahun 1877 terdapat 62 surat khabar dalam bahasa
tempatan di daerah Bombay,23 di Banggali dan 24 di India selatan dan 62 di
India utara.
Akhir
sekali peranan wartawan dan akhbar adalah ialah dijadikan sebagai alat
komunikasi.Contohnya di Indonesia ,perjuangan nasionalismae mereka ini mula
menumpu soal masa depan Indonesia selepas gerakan Fasis Jerman semakin giat
.Melakukan pencerobohan di negara jirannya pada tahun 1939.Majalah De
Lokemetiet utk menentang hak istemewa golongan atasan dan beliau juga menentang
undang-undang yang memberi jawatan Bupati melaluai turun-temurun.Terdapat juga
akhbar-akhdar lain yang diterbitkan di Indonesia spt medan priyayi ,kaumsundra
,utusan Hindi serta terjemahan akhbar dari Belanda yang bertemakan politik
,kebebasan manusia dan permansuhkan perbezaan antara golongan kaya dan miskin.
Kesimpulanya
jelaslah peranan dan sumbangan wartawan dan akhbar penting dalam mencetuskan
semangat nasionalisme utk menentang penjajah demi kemakmuran negara serta
membela negara daripada ancaman negara asing.
No comments:
Post a Comment