Tuesday 31 July 2012

NOTA SJH 1106 : SEM 2 PPISMP SEJARAH


KETOKOHAN RAJA-RAJA CHAKRI TELAH MEMBANTU SIAM BEBAS DRPD PENJAJAH. BERIKAN SATU PERBANDINGAN DGN RAJA-RAJA CHINA DAN BURMA.
                                                                                                
NURHUDA BTE MOHAMED. FADZIL
         
            Kuasa-kuasa Barat telah mula datang ke Asia sejak abad ke-16 lagi. Namun, pada abad ke-19 kuasa-kuasa ini mula meluaskan pengaruhnya di tiga Asia ini. Pada mulanya, kuasa-kuasa ini dating ke Asia dengan tujuan untuk menguasai ekonomi sahaja. Tetapi, kemudiannya telah menjajah politik dan sosial negara-negara yang telah dijajahinya. Akhirnya, kuasa-kuasa ini telah berjaya menguasai negara-negara Asia kecuali Siam. Ketokohan dan kebijaksanaan raja-raja dalam dinasti Chakri telah membantu Siam bebas daripada penjajah berbanding dengan negara-negara Asia yang lain. Banyak perubahan yang telah dilakukan di Siam agar tidak dijajah oleh kuasa-kuasa Barat.
            Pada peringkat awal, pemerintah Siam menganggap kehadiran pihak Barat sebagai mengganggu kehidupan rakyatnya. Mereka berusaha menghindar daripada menjalin hubungan ekonomi dan sosial dengan kuasa Barat. Dinasti Chakri bermula pada tahun 1767 iaitu pada waktu pemerintahan Dhya Taksin. Dasar tutup pintu yang dilaksanakan oleh Siam telah bermula sejak pemerintahan Raja Rama I. Baginda enggan mengadakan hubungan dengan mana-mana kuasa Barat kerana Siam merupakan negara yang makmur. Tambahan pula, Siam mempunyai segala keperluan yang mencukupi dan mampu untuk berdikari. Selain itu, Siam telah manjalin hubungan perdagangan dengan China. Malahan  penduduk Siam merasa bimbang terhadap campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal politik sepertimana yang terjadi di Burma.
            Dasar tutup pintu Siam diteruskan oleh Raja Rama II dan Rama III. Walaupun terdapat hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa Barat, ia adalah dalam bentuk yang terhad. Kuasa asing yang menjalinkan hubungan diplomatik dengannya ialah British. Raja Rama III berusaha untuk mengelakkan British daripada menguasai Siam melalui peperangan sepertimana yang berlaku di Burma. Selain itu, semasa pemerintahan  Rama III, Amerika Syarikat juga turut berminat menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Siam. Namun, Raja Rama III masih  mengamalkan dasar tutup pintu  terhadap kuasa Barat.
            Dasar tutup pintu Siam kemudiannya dihapuskan ketika Raja Rama IV, iaitu Raja Mongkut manaiki takhta pada tahun 1841. Baginda mengamalkan dasar diplomasi dengan kuasa-kuasa asing untuk mengekalkan kemerdekaan Siam. Baginda telah membawa Siam kepada hubungan diplomatik dan perdagangan. Dasar pintu terbuka ini dimulakan apabila Mongkut mengadakan Perjanjian Bowring dengan British pada tahun 1855. Apa yang dilakukan oleh Monkut adalah berlawanan dengan dasar anti-asing yang diamalkan oleh raja-raja Dinasti Chakri yang sebelumnya iaitu, Rama I, II dan III. Mongkut telah sedar bahawa sekiranya sikap memencilkan diri Siam tidah diubah, kuasa-kuasa asing akan tetap membukanya secara paksa dan ganas sepertimana yang telah berlaku di China, Burma dan Vietnam. Pihak British telah mengambil peluang dan kesempatan yang diberikan oleh Raja Monkut dengan menandatangani perjanjian diplomatik dan perdagangan. Perjanjian Bowring telah ditandatangani antara John Bowring dengan Raja Mongkut pada 18 April 1855. Melalui  perjanjian tersebut, Siam memberi keistimewaan kepada British dengan kadar cukai yang rendah dan membenarkan kapal-kapal dagang British bebas berlabuh di pelabuhan Siam. Dasar buka pintu Siam terhadap kuasa asing ini juga telah menyebabkan banyak perjanjian ditandatangani dengan kuasa-kuasa asing lain. Misalnya dengan Amerika Syarikat (1856), Perancis (1856), Denmark (1858), Belanda (1860), Jerman (1872) dan Norway serta Sweden (1868).
            Perjanjian Bowring yang ditandatangani dengan Lord Bowring bagi pihak British itu telah membuka Siam  kepada perdagangan antarabangsa. Melalui perjanjian itu juga, hak wilayah asing diberikan kepada pedagang British manakala seorang konsul British ditempatkan di Bangkok.Raja Mongkut bertindak dengan bijak  apabila turun turut menandatangani perjanjian yang sama sifatnya dengan kuasa-kuasa imperialis yang lain. Antaranya ialah, Amerika Syarikat pada tahun 1855, Perancis (1856), Denmark (1858), Portugal (1859), Holland (1860), Prussia(1862), Belgium, Itali, Norway dan Sweden pada tahun 1868. Dengan cara ini, Mongkut berjaya mewujudkan keseimbangan kuasa di kalangan kuasa-kuasa besar itu. Tidak ada mana-mana kuas yang dapat menindas Siam kerana masing-masing mahukan hak di Siam.
            Hubungan perdagangan dengan Perancis telah dijalinkan pada tahun 1856. Pada mulanya, hubungan antara kedua-dua pihak tidak begitu baik kerana Perancis berusaha meluaskan kekuasaannya di Indo-China yang merupakan wilayah naungan Siam. Raja Mongkut menyedari masalah tersebut dan berusaha untuk menjalin hubungan dengan Perancis. Ini terbukti dengan perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1867. Antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah, penyerahan wilayah naungan iaitu Laos, Vietnam dan Kemboja kepada Perancis tanpa sebarang tuntutan. Selain itu, segala urusan perdagangan antara Siam dan Perancis tiada sebarang sekatan. Hal ini menyebabkan Perancis tiada alas an untuk mengganggu pentadbiran Raja Mongkut.
            Raja Monkut juga telah banyak memberi sumbangan terhadap kemajuan ekonomi Siam. Perdagangan dengan Barat juga telah meningkatkan sumber ekonomi negara. Sistem ekonomi komersil telah dipergiatkan untuk memajukan ekonomi rakyatnya. Raja Mongkut juga telah memperkenalkan penggunaan mata wang sendiri iaitu Bhat dan sekaligus memudahkan urusan perniagaan. Bagi mewujudkan system kewangan yang cekap dan sistematik, Raja Mongkut telah menubuhkan kewangan Diraja. Jabatan Cetak Kewangan Diraja telah ditubuhkan pada tahun 1861 untuk uruasan mencetak wang kertas. Selain itu, bagi melicinkan urusan perdagangan, siatem pengangkutan yang lebih baik telah diperluaskan di Siam. Jalan raya yang menghubungkan kawasan pedalaman dengan kawasan sumber ekonomi utama telah dibina. Dengan ini, urusan penghantaran akan lebih cepat dan mudah dipasarkan. Kemudahan pertanian seperti terusan dan tali air juga telah dibina, contohnya di kawasan Central Palm.

            Selian memantapkan system ekonomi, Mongkut juga turut memodenkan system social masyarakat Siam dengan menghapuskan amalan orang awam berlutut di hadapan raja. Orang asing pula dibenarkan menunjukkan hormat mereka kepada raja dengan cara masing-masing. Mongkut juga memberikan kebebasan kepada mubaligh  Kristian untuk menjalankan aktiviti mereka di Siam. Ini termasuklah menyebarkan agama Kristian dan mendirikan gereja. Mongkut juga telah memberi perhatian terhadap perkembangan pendidikan. Raja Mongkut menggalakkan rakyatnya untuk mendapat pendidikan Barat. Beliau telah memperkenalkan beberapa matapelajaran moden seperti bahasa asing, matematik, sains dan astronomi.
            Raja Mongkut dan Siam telah memodenkan system pentadbiran kerajaan dan memperkenalkan beberapa pembaharuan. Langkah-langkah pembaharuan yang mereka lakukan itu telah dapat mengurangkan kemungkinan campur tangan kuasa asing di Siam. Dalam melaksanakan langkah-langkah pembaharuan, Mongkut telah mengambil kira-kira 80 orang penasihat untuk membantu penyusunan semula perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan. Misalnya, Mongkut mengambil guru-guru dan penasihat kewangan British, penasihat ketenteraan Perancis dan penasihat perkhidmatan kastam Amerika.           Raja Chulalongkorn yang menggantikan Mongkut pula telah meneruskan dasar-dasar bapanya dalam memajukan dan memodenkan Siam. Beliau menghapuskan sistem hamba abdi dan memusatkan pentadbiran kerajaan Siam. Chulalongkorn juga turutmenubuhkan system perbendaharaan dan system keadilan yang lebih moden. Dasar buka pintu yg dijalankan oleh Mongkut telah diteruskan oleh puteranya, Raja Chulalongkorn yg mengadakan hub diplomatic dan perdagangan dgn banyak kuasa barat. Baginda turut memodenkan Siam mengikut asas yg telah dijalankan oleh raja Mongkut. Raja Chulalongkorn tlh menghapuskan adat perhambaan, menubuhkan  Maktab Diraja utk anak-anak raja dan gol   bangsawan serta memperkenalkan system pelajaran moden iaitu pd tahun 1891 yg disampaikan dlm bahasa Inggeris dan bahasa Siam. Selain itu, perkhidmatan pos dan telegraf juga diperkenalkan serta pengunaan kapal-kapal wap dan keretapi utk memudahkan Siam menghubungi konsul di luar negeri. Raja Chulalongkorn juga tlh menyerahkan 12 buah wilayahnya kpd Perancis agar kedudukan negaranya sbg sebuah negara yg bebas drpd penjajah kekal. Akhirnya, semasa perang dunia kedua, Siam tlh membuka buka pintunya  kpd Jepun utk mengelakkan drpd penjajahan.
                Berbanding dgn Burma, walaupun pemerintah Dinasti Konbaung tlh banyak melakukan perubahan, namun Burma tetap dijajah oleh kuasa asing. Dinasti Konbaung bermula pd tahun 1819 iaitu semasa pemerintahan Raja Bagyidaw.Burma enggan menjalin hb diplomatic dgn British. Hub diplomatic yg wujud adalah terhad. Hal ini menyebabkan British mendesak Burma utk membuka banyak peluang kpd British terutamanya dlm perdagangan. Utusan British yg pertama iaitu Huram Cox dan John Canning tidak dapat layanan yg baik. Burma juga tlh melanggar syarat perjanjian Yandabo tentang layanan terhadap duta British.

             Raja Mindon Minh yg menjadi pemerintahan pd tahun 1853 merupakan pemerintah yg banyak buat perubahan. Perubahan-perubahan yg dilakukan oleh raja Mindon Min tlh membawa kapal perkembangan dan pembangunan Burma. Banyak perubahan dlm aspek politik,ekonomi dan social dilakukan. Semasa pemerintahan raja Mindon Min, baginda tlh berusaha utk menjalin hub dgn kuasa barat demi menjaga keamanan dan kestabilan Burma. Raja Mindon Min tlh berusaha menamatkan peperangan dgn kedua-da-ua pihak iaitu antara Burma dgn British. Beliau tlh menghantar perwakilan utk berunding dgn pihak British. Cth; beliau menghantar Mague Maungi ke India pd 1853.
              Selain British, Raja Mindon tlh menjalinkan hubungan diplomatik dgn Perancis. Beliau menjalinkan hubungan dgn Perancis adalah utk mengimbangi pengaruh British di Burma. Selain itu, beliau juga tlj memberi sumbangan yg besar terhadap perkembangan ekonomi Burma dgn pelbagai perubahan. Baginda tlh membela nasib masyarakat bawahan khususnya golongan buruh. Penghapusab guna tenaga percuma digantikan dgn sistem bergaji. Dsr ini tlh meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan mengelakkan penindasan golongan atasan terhadap masyarakat bawahan. Baginda juga tlh menghapuskan cukai feudal yg dikutip oleh golongan bangsawan drpd rakyat di kampung-kampung.
               Raja Mindon tlh memperkenalkan sistem cukai baru pd thn 1861. Sistem cukai ini dikenali sbg Thatameda yg dikenalkan kpd semua keluarga. Raja Mindon turut berusaha utk mempelbagaikan sumber ekonomi Burma yg selama ini hanya bergantung kpd keluaran komoditi utama spt beras dan kayu jati. Baginda tlh menggalakkan pembangunan sektor perindustrian dan perlombongan. Namun, usaha tersebut kurang berjaya krn kurangnya pengetahuan dan teknologi.
               Walaupun byk perubahan yg tlh dilakukan oleh Raja Mindon, namun kedudukan Burma utk menjadi negara yg tidak dijajah tidak bertahan lama setlh tampuk pemerintahan Burma diambil alih oleh Raja Thibaw. Pd masa pemerintahan Raja Thibaw, Perancis tlh menjalin hubungan yg erat dgn Burma. Perancis tlh menjual senjata kpd Burma. Manakala Burma pula diberi hak utk melombong batu permata. Hal ini menyebabkan British berusaha dgn lebih agresif utk mendptkan Burma. Perancis pula tlh mendpt hak istimewa di Burma Hulu. Ini menyebabkan British kurang senang dan khuatir Perancis akan menggugat kepentingannya.
                Dlm pemerintahan Raja Thibaw, tlh berlaku kekacauan politik dlm negara. Ini menyebabkan pemerintahan Burma tidak stabil. Selain itu, beliau tlh mengenakan tindakan undang-undang terhadap Sykt Perdagangan Bombay-Burma krn kesalahan membalak kayu jati melebihi had yg ditetapkan dan tidak membayar cukai eksport. Sykt tersebut tlh didenda sebyk 23 juta rupee. British merayu supaya denda tersebut dikurangkan tetapi ditolak oleh Burma. Ini menyebabkan British menyerang Burma pd thn 1885. Akhirnya, Burma tlh kehilangan wilayah dan kedaulatannya setlh British menguasai Burma.
               Di China, dsr tutup pintu tlh diamalkan antara period ke-18 hingga perengahan abad ke-19. Terdpt beberapa factor yg melatari sikap dan dsr tutup pintu ngra China iaitu, pemerintahan di China merasakan bhwa hubungan dgn luar tudak diperlukan sbb sgla keperluan mereka dpt diperolehi dari dlm ngra mereka sendiri. Mereka tidak memerlukan hubungan dgn luar krn sumber brgn samada sumber makanan atau sumber brgn harian dpt diperolehi dgn mudah. System ekonomi yg dijlnkan menyebabkan keperluan brgn dari luar sgt kecil. Keadaan ini sebaliknya terhadap kuasa luar yg sgt memerlukan brgn China terutama tembikar, the, sutera dsbnya.
                Dsr ngra ini juga sgt berkait rapat dgn kebimbangan yg dialami bhwa pihak luar terutamanya pihak Barat akan campur tangan dlm politik tempatan. Mereka juga bimbang budaya dan adat tempatan akan terjejas apabila pihak Barat campurtagan di ngra mereka. Agama Kristian y dibawa oleh barat akan menyebabkan agama tradisi yg dianuti sejak turun temurun akan menerima ancaman.  Mereka beranggapan bhwa kuasa-kuasa barat adalah todak setanding dgn mereka yg dikenali sbg “Middle Kingdom”. Oleh yg demikian, hubungan sama taraf tidak boleh dilakukan krn ia akan menjatuhkan kedudukan Middle Kingdom tersebut.
                   Akhirnya, ngra Middle Kingdom tersebut tlh membukan pintunya secara terpaksa apabila kalah dlm peperangan dgn kuasa-kuasa barat. Pertembungan antara dua budaya (Barat dan China) menyebabkan China terpaksa menerima segala kandungan perjanjian yg merugikan malah mereka juga tlh kehilangan wilayah kpd kuasa asing spt yg berlaku terhadap Hong Kong.
                   Kesimpulannya, ketokohan raja-raja Dinasti Chakri tlh berjaya membebaskan Siam drpd penjajahan dan seterusnya menjadi sebuah ngra bebas. Hal ini berbanding dgn China dan Burma yg terpaksa menerima kuasa-kuasa Barat ini menjajah ngra mereka dan terpaksa melepaskan wilayah mereka kpd kuasa asing. 

No comments:

Post a Comment