Sistem
ekonomi pertanian di Fillipina, Indonesia , dan India menguntungkan pembesar
dan penjajah. Bincangkan
1.
Mendapat komisen daripada pemerintah
Inggeris dalam melaksanakan dasar atau system yang diamalkan.
a.
Sistem Tanaman Paksa – golongan
priyayi dan bupati dibawah komisen daripada hasil yang dilakukan petani.
Semakin banyak hasil yang didapati semakin banyak komisen yang diperoleh.
b.
Petani Jawa mengalami kerugian –
dalam hari bekerja, tanaman sendiri terbengkalai, kekurangan hasil, penipuan
dalam pelaksanaan tanaman paksa.
2.
Mendapatkan hasil melalui kenaikan
kadar sewa tanah dan cukai tanah.
a.
Di India , golongan zamindari
menindas petani yang menyewa tanah dengan menaikkan kadar sewa. Zamindar berhak
menaikkan sewa jika kadar cukai di ladangnya rendah jika dibandingkan dengan
kawasan sekeliling, atau jika ia menyediakan kemudahan, atau jika harga hasil
tanah bertambah Untungkan zamindari dan Inggeris.
Kutipan sewa oleh kelas Zamindar bertambah daripda Rs 30 juta pada tahun 1793
kepada Rs 130 juta pada tahun 1876-77, dan Rs 168 juta pada tahun 1900-01
b.
Zamindar bertanggungjawab untuk
menjelaskan cukai ladangnya. Taksiran ladang adalah pada kadar 45% hasilnya dan daripada kutipan 9/10
harus diserahkan kepada kerajaan dan 1/10 akan disimpan oleh
Zamindar sebagai ganjarannya. Mengikut perhitungan tahun 1793, jumlah cukai
tanah yang akan dikutip oleh kerajaan di wilayah Bengal
ialah Rs 27 juta setahun
c.
Dalam system Ryotwari Inggeris
menaikkan kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap golongan petani. Jumlah
cukai akan ditaksirkan setiap tahun, dan antara 25 - 60 % hasil tanah hendaklah
diserahkan kepada kerajaan sebagai cukai tanah.
d.
Kadar cukai pada peringkat awal amat
tinggi sehingga 55% pada tahun 1818. Ini ditambahkan lagi dengan dasar kerajaan
yang membuat taksiran baru setiap 30 tahun.
e.
Petani terpaksa menjual hasil tanah
yang lebih untuk membayar cukai dalam bentuk wang tunai. Keadaan ini semakin
parah pada 1820-50 apabila harga bijirin merosot sebanyak 50%.
f.
Kadar cukai pada peringkat awal amat
tinggi sehingga 55% pada tahun 1818. Ini ditambahkan lagi dengan dasar kerajaan
yang membuat taksiran baru setiap 30 tahun.
g.
Kegagalan petani Indonesia
membayar cukai dalam bentuk wang tunai menggalakkan mereka berhutang dan tergadai
tanah-tanah pertanian kepada ceti dan peminjam wang.
3.
Penjajah memperoleh dapatan hasil
daripada keluaran yang telah ditetapkan.
a.
Belanda berjaya keluar daripada
masalah kewangan dan bebanan hutang.
b.
British berjaya menambahkan hasil
melalui tambahan cukai dan lambakan hasil industri.
c.
Sepanyol berjaya mendapatkan hasil
daripada sistem polo dan vandala.
4.
Wujudnya monopoli perdagangan
a.
oleh SHT Belanda dan memusnahkan
perdagangan pesisir pantai yang menjadi amalan sebelum pelaksanaan sistem ini.
Ini mendatangkan kesan kepada harga barangan yang dihasilkan dengan meletakkan
harga yang tinggi di Belanda dan harga yang rendah di Indonesia . Hasilnya
petani Indonesia
sentiasa menghadapi masalah kemiskinan yang berterusan. ( Legge, 1972 )
5.
Berkembangnya sistem ekonomi
komersial.
a.
Hasil perubahan yang dibawa penjajah
terhadap ekonomi sara diri, masyarakat pribumi berlumba bagi mencari pendapatan
dan kekayaan. Perubahan nilai yang dibawa dalam sistem ekonomi komersial telah mengubah persepsi masyarakat terhadap
ekonomi sara diri yang berfokus pada kerahan tenaga tanpa upah dan bekerja
untuk golongan pembesar dan raja. Ekonomi komersial memberikan peluang kepada
masyarakat tani untuk mendapatkan hasil yang sama dan bagi mempastikan
keuntungan titik peluh yang dikerjakan ialah hak mereka. Perubahan mentaliti
ini memperlihatkan ramai para petani mencari jalan bagi meningkatkan kualiti
hidup mereka
No comments:
Post a Comment