NILAIKAN
GOLONGAN TERPELAJAR DALAM MEMBANTU CHINA ,
BURMA , INDIA DAN INDONESIA UNTUK MEMBEBASKAN DIRI
DARIPADA PENJAJAHAN.
SHALIMA
BINTI SUJAK
Gerakan
kesedaran nasionalisme di negara-negara Asia
telah bermula sekitar awal abad ke- 20. Hal ini berikutan daripada tindak balas
terhadap perubahan-perubahan yang dilakukan oleh penjajah dari pelbagai aspek.
Selain system pendidikan, golongan terpelajar atau lebih dikenali dengan
golongan intelektual turut memainkan peranan penting dalam membagkitkan
semangat nasionalisme di kalangan penduduk Asia .
Hal ini kerana golongan terpelajar telah memainkan pelbagai peranan untuk
membebaskan negara mereka daripada genggaman penjajah. Ilmu yang diperolehi
mereka dimanfaatkan untuk memeperjuangkan nasib bangsa dan tanah air.
Sehubungan dengan itu, peranan golongan terpelajar amatlah penting dalam
mencetuskan kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat Asia
sekaligus membebaskan negara mereka daripada ancaman penjajah.
Penjajahan
di China berbeza dengan negara-negara lain, apabila China
cuba
membebaskan diri daripada pemerintahan Dinasti Manchu yang juga merupakan bagsa
Cina. Melalui kesedaran nasionalisme, golongan terpelajar China seperti
Kang Yu Wei dan Liang Chi Chao telah mengutarakan idea-idea radikal seperti
pemerintahan raja berpelembagaan dan kerajaan berparlimen. Golongan terpelajar
ini menjadikan modela barat sebagai contoh untuk menyusun semula
institusi-institusi social dan politik negara China ke arah kemodenan dan
mempertahankan negara mereka daripada diceroboh oleh Barat.amaun, golongan ini
gagal mencapai matlamat mereka. Satu-satunya golongan terpelajar yang berjaya
menggerakkan satu revolusi menggulingkan Dinasti Manchu dan menghapuskan
pemerintahan beraja ialah Dr. Sun Yat Sen. Beliau berpendapat kesengsaraan di
negara China
berpunca daripadda system pemerintahan berja yang sudah ketinggalan zaman. Oleh
itu, beliau mencadangkan system kerajaan republik bagi menggantikan system
kerajaan beraja. Dr. Sun Yat Sen juga percaya bahawa republik akan mewujudkan
revolusi social yang akan menyelesaikan beberapa masalah yang wujud sebelum
ini.
Dr. Sun Yat
Sen dilahirkan pada tahun 1866 di daerah Hsing-Chan, China Selatan dan dapat
pendidikan barat di Hawaii dan Hong Kong dalam bidang kedoktoran. Beliau telah
menubuhkan Tung Meng Hui yang merupakan satu pertubuhan nasionalis pada tahun
1905 di Tokyo .
Tujuan penubuhan Tung Meng Hui ialah untuk menggulingkan Dinasti Manchu dan
mewujudkan sebuah kerajaan republik di China. Beliau telah memungut wang dan
merekrut sukarelawan bagi melaksanakan pemberontakan-penberontakan di China . Melalui
cawangan-cawangan Tung Meng hui di seberang laut seperti Singapura, Brussel, San Francisco dan Honolulu .
Dr. Sun Yat Sen telah memainkan peranan yang penting dalam perrkembangan
perasaan Anti-Manchu di China. Sehubungan dengan itu, beliau telah menerbitkan
akhbarnya sendiri iaitu Min Pao di Tokyo. Melalui akhbarnya inilah Dr. Sun Yat
Sen bebas berkhutbah mengenai pemberontakan nasionalis melalui penulisan
rencana-rencana akhbar. Gerakan revolusioner yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen
telah mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, rakyat China yang anti-Manchu, ahli kongsi gelap dan
tentera China
yang berlatih secara barat.
Ideology
Dr. Sun Yat Sen yang dikemukakan melalui Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-1)
iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan rakyat telah membawa kepada
revolusi. Ideology ini juga telah menyumbang kepada pekembangan revolusioner di
China yang telah mempengaruhi
ramai orang China .
Dr. Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya telah merancang, mengatur dan
mengetuai sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di China , antara
tahun 1895 dan 1911. Meskipun pemberontakan –pemberontakan ini mengalami
kegagalan, namun secara tidak langsung turut menyebabkan kemerosotan pengaruh
dan martabat kerajaan Manchu. Usaha yang dimainkan oleh Dr. Sun Yant Sen jelas
menunjukkan kejayaan kepada pembentukan Republik China
melalui Revolusi China
yang meletus pada tahun 1911 atas pimpinan beiau sendiri. Seterusnya, pada 29
Disember 1911 beliau telah dilantik sebagai presiden sementara Republik China
di Nanking dan jawatan tersebut dipegangnya secara rasmi pada 1 Januari 1912.
Gerakan
nasionalisme terawal di Burma
dilakukan oleh Persatuan Belia Buddha (YMBA). Persatuan Belia Buddha ini telah
ditubuhkan pada tahun 1906 oleh sebilangan kecil orang Burma yang
berpendidikan barat dan mempunyai idea-idea refor masi. Antara
pengasas-pengasasnya ialah U May Oung ( siswazah Universiti Cambridge), U Kin, U Ba Pe dan Sir Maung
Gyee. Persatuan Belia Buddha ini dipimpin oleh peguam-peguam muda dan
mahasiswa-mahasiswa. Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada pelajar-pelajar
sekolah-sekolah menengah Inggeris, kerani-kerani dan pegawai-pegawai rendah.
Persatuan Belia Buddha ditubuhkan dengan tujuan untuk menyatukan nilai-nilai
dan tradisi agama Buddha dengan pendidikan dan cara-cara barat. Perjuangan
pertama yang dilakukan oleh YMBA ialah menubuhkan sekolah-sekolah yang mematuhi
kehendak-kehendak kerajaan kolonial Inggeris. Namun demikian, pengajian agama
Buddha amat dititikberatkan di sekolah-sekolah tersebut. Pada tahun 1911,
persatuan ini telah menerbitkan sebuah akhbar iaitu Thuriya (matahari). Walau
bagaimanapun, persatuan ini tidak direstui oleh kerajaan kolonial Inggeris
kerana kakitangan kerajaan tidak dibenarkan menyertai persatuan ini.
Sekitar
tahun 1916, YMBA berperanan sebagai sebuah persatuan bersifat politik.
Ahli-ahlinya yang lebih muda telah mula membicarakan soal-soal politik. Perubahan
ini adalah berikutan tiga factor penting iaitu kesengsaraan ekonomi orang Burma akibat Perang Dunia Pertama (1914 – 1918),
pengaru pergerakan kebangsaan di India dan pemngumuman Presiden
Woodraw Wilson mengenai hak ‘self-determination’ sesebuah negara. Pada tahun
1916 hingga 1918, perbuatan orang Eropah yang memakai kasut di dalam rumah
berhala dan pagoda-pagoda telah menimbulkan protes di kalangan ahli-ahli YMBA
di bawah pengaruh U Thein Maung. Pertikaian kassut ini telah menyatukan semua
cawangan Persatuan Belia Buddha dalam perjuagan yang sama. Ia telah menjadi
lambang anti-Inggeris. Tindakan persatuan ini telah mendapat sokongan golongan
pongyi (sami-sami Buddha). Pertikaian ini juga dianggap sebagai tanda
nasionalisme politik Burma
yang pertama telah mencapai kejayaan berikutan persetujuan kerajaan Inggeris
mematuhi larangan ini.
YMBA turut
mengemukakan beberapa desakan terhadap perubahan-perubahan perlembagaan kepada
kerajaan Inggeris. Oleh kerana, Inggeris telah memperkenalkan system
pemerintahan dua-lapis di India ,
YMBA khuatir Burma
akan ketinggalan. Oleh itu, YMBA telah menghantar dua rombongan ke London iaitu pada Julai 1919 dan Mei 1920 bagi menuntut
pembaharuan-pembaharuan perlembagaan yang sama seperti diberikan kepada India .
Usaha-usaha yang dilakukan oleh YMBA ternyata berjaya apabila system
pemerintahan dua-lapis kemudiannya diperkenalakn di Burma pada tahun 1923. Kejayaan ini
telah menjadikan YMBA lebih popular di kalangan orang Burma .
Keputusan Inggeris untuk meninggikan taraf kelayakan bagi memasuki Universiti
Rangoon dan markah kelulusan peperiksaan telah mendapat bantahan daripada YMBA
pada 1920. Keputusan Inggeris tersebut lebih ditafsirkan sebagai satu langkah
untuk mengurangkan bilangan siswazah Burma dan melambatkan proses pemberian
kerajaan sendiri. Pemogokan tersebut telah berjaya menutupkan Universiti
Rangoon dan hampir kesemua sekolah menengah di Rangoon . Walaupun pemogokan tersebut gagal
mencapai kejayaan dari aspek pendidikan, namun ia telah berjaya membangkitkan
semangat kebangsaan orang Burma
terutamanya di kalangan pelajar.
Usaha yang
dilakukan oleh YMBA telah mendapat kesinambungan daripada golongan Thakin.
Kemunculan golongan Thakin yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan
siswazah-siswazah universiti merupakan
satu factor politik di Burma
yang dikesan melalui penubuhan dua perrsatuan pelajar. Kedua-dua persatuan
pelajar ini kemudiannya telah bercantum dan menubuhkan Dobama Asiayone (We
Burmans Associations). Pemimpin persatuan ini dikenali sebagai Thakin (tuan).
Tujuan penubuhan Dobama Asiayone adalah untuk mencapai kemerdekaan bagi Burma .
Idea-idea Marxism merupakan pengaruh kepada golongan ini dan Parti Kongres
India (PKI) pula adalah model utama bagi taktik-taktik perjuangan mereka.
Pemimpin Thakin yang terkemuka ialan Aung San. Beliau dilahirkan pada 13
Februari 1915 di Natmauk, sebuah Bandar di Burma Tengah dan memasuki Universiti
Rangoon pada tahun 1932.
Antara
peranan dan sumbangan golongan Thakin dalam memperjuangkan kemerdekaan Burma ialah
golongan ini telah melakukan pemogokan pelajar pada tajun 1936. Pemogokan ii
dilakukan pelajar-pelajar Universiti Rangoon di bawah pengaruh golongan Thakin
bagi membantah tindakan disiplin yang dikenakan ke atas Thakin U Nu yang juga
merupakan Presiden Persatuan Pelajar Uiversiti Rangoon dan Thakin Aaung San.
Akibat daripada pemogokan ini, beberapa pindaan telah dibuat ke atas Akta
Universiti dalam tahun 1939 atas permintaan pemimpin-pemimpin Thakin.
Seterusnya, golongan ini telah mengambil bahagian dalam pilihanraya tahun 1936
melalui penubuhan Parti Komin-Kochin. Dalam pilihanraya ini, mereka hanya
memenangi tiga buah kerusi. Selain itu, pada tahun 1938, Thakin Mya telah
menubuhkan pertubuhan Petani-petani
Burma (All
Burmas Peasants Organization) dan All Burma Cultivators League. Sementara itu,
Tahakin Ba Swee pula telah menubuhkan All Burma Traders Union Congres pada
tahun 1940. Sekitar tahun 1938 hingga 1939, golongan Thakin telah melancarkan
beberapa pemogokan pekerja-pekerja perusahaan minyak dan pengangkutan sungani bagi
menuntut kenaikan gaji dan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik. Selain itu,
golongan Thakin juga telah menubuhkan Blok Kemerdekaan 1939 dan membuat pakatan
dengan negara Jepun.
Sekitar Mei
1942, Jepun berjaya menawan Burma
atas bantuan golongan Thakin melalui Tentera Kemerdekaan Burma ( Burma
Independece Army). Akibat daripada usaha –usaha golongan Thakin, Jepun telah
memberi kemerdekaan kepada Burma
pada 1 Ogos 1943. Namun, Jepun tidak memberi kemerdekaan yang sepenuhnya kepada
Burma. Hal ini kerana kuasa pentadbiran terletak dalam tangan pihak Jepun.
Sehubungan dengan itu, pada tahun 1944, golongan Thakin dengan bantuan
pertubuhan nasionalis yang lain telah menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat
Anti-Fasis (Anti-Facist Peoples’ Freedom League) bagi menentang panjajahan
Jepun. Pemimpin-pemimpin utama AFPFL ialah Aung San dan Than Tung. Akhirnya,
pada Ogos 1945, Jepun telah menyerah
kalah secara rasmi. Seterusnya, pada Januari 1947, satu delegasi yang dipimpin
oleh Thakin Aung san telah dihantar ke London untuk membincangkan kemerdekaan
Burma. Sehubungan dengan itu, satu pilihanraya bagi Constituent Assembly telah
diadakan pada April 1947. Dalam pilihanraya ini AFPFL telah memenangi 171 buah
kerusi daripada 182 buah kerusi yang dipertandingkan. Usaha golongan terpelajar
Burma (golongan Thakin) ini berjaya membawa hasil yang membanggakan. Ini dapat
dibuktikan apabila Burma berjaya mencapai kemerdekaan yang sepenuhnya pada 4
Januari 1948 dengan Thakin U Nu sebagai Perdana Menteri.
Penjajahan
British ke atas India telah menyebabkan berlakunya perjuangan nasionalisme di
kalangan rakyat India untuk membebaskan negara mereka daripada penjajahan.
Golongan terpelajar tidak ketinggalan dalam perjuangan membebaskan India
daripada terus dijajah. Di sini Kongres Kebangsaan India (KKI) memainkan
peranan yang tidak kurang penting dalam perjuangan membebaskan India daripada
penjajahan. Kongres Kebangsaan India telah ditubuhkan oleh golongan terpelajar
India pada tahun 1855. kongres Kebangsaan India merupakan cetusan ilham
daripada Allan Octavian hume bersama 50 orang mahasiswa Universiti Culcutta.
Tujuan Kki ditubuhkan adalah untuk membawa perubahan dalam semua asspek
termasuk pemikiran masyarakat India. Pemimpin KKI mendapati bahawa pemikiran
rakyat India yang kolot merupakan factor kemunduran rakyat India. Sehubungan
dengan itu, melalui KKI ini, golongan nasionalis berusaha mendesak pentadbiran
British supaya memperbaiki taraf hidup rakyat India dan Juga menuntut hak
persamaan dalam perkhidmatan awam India. Justeru itu, satu persidangan rassmi
telah diadakan pada 30 Disember 1855 dengan dihadiri oleh 74 orang perwakilan.
Dalam
perjuangan nasionalisme yang bersifat
sederhana, kongres ini telah menggariskan beberapa perkara penting yang mesti
diperrjuangkan demi kemajuan India. Oleh kerana pihak British telah memonopoli
keanggotaan majlis-majlis di India, keadaan ini menyebabkan rakyat India tidak
mempunyai saluran untuk mengemukakan pendapat mereka. Sehubungan dengan itu,
KKI menuntut supaya rakyat India diberi peluang untuk menganggotai Majlis Pusat
dan Majlis Perundangan. Selain itu, kongres ini juga menuntut supaya British
memberi perhatian terhadap taraf pendidikan rakyat India. Tuntutan kongres juga
termasuklah memberikan jawatan penting dalam kerajaan kepada rakyat India yang
berkelayakan. Kongres juga mendesak pihak British agar mengurangkan
perbelanjaan ketenteraan ekoran terlalu banyak wang digunakan dalam hal
pertahanan. Kesemua tututan kongres ini dipersetujui oleh pemerintahan British.
Buktinya, pada tahun 1892, Majlis Perundangan turut dianggotai oleh rakyat
India. Desakan demi desakan terus dikemukakan oleh KKI menyebabkan bebberapa
pembaharuan penting telah dibuat oleh British melalui Wizurai lord Curzon.
Antaranya ialah dengan mengurangka cukai petani dan memanjangkan tempoh
pembayaran hutang untuk petani yang menghadapi masalah kewangan. Sector
pertanian turut diberi perhatia yang serius oleh kerajaan British dan system
pengairan turut dibaiki. Aspek pertahanan diperkukuhkan manakala perkhidmatan
pengangkutan telah dimajukan dengan pembinaan kira-kira 8000 km jalan kereta
apai. Perjuangan KKI dalam membebaskan India menemui kegagalan apabila masih
terdapat kepincangan dan diskriminasi dalam pemerintahan British yang
menyebabkan berlakunya penentangan di kalangan pemimpin KKI. Perjuangan KKI ini
kemudiannya diteruskan lagi oleh Mahatma Gandhi.
Gandhi atau
nama sebenarnya Mohandas Karamchand Gandhidilahirkan pada 2 Oktober 1869 dalam
keluarga Hindu Ortodoks dan merupakan peguam yang mendapat ijazah pertama di
Britain. Pada tahun 1891, setelah lulus undang-undang, beliau pulang ke India
tanpa pengetahuan undang-undang Hindu atau Islam. Dasar diskriminasi yang
diamalkan oleh British di Afrika Selatan telah mendorong Gandhi untuk memimpin
kaum India di sana untuk menuntut keadilan melalui perjuangannya yang bercorak
Satyagraha (ketegasan dalam kebenaran). Justeru itu, beliau pernah dipenjarakan
oleh kerajaan Afrika Selatan dan kembali semula ke India pada tahun 1915.
Walaupun Gandhi tidak aktif namun beliau telah cuba mengumpulkan
pengikut-pengikut untuk hidup secara radikal yang kebanyakannya disertai oleh
golongan berkasta rendah.
Perjuangan
beliau bermula apabila beliau menentang Akta-akta Rowlatt 1919. Akta
Rowlattialah akta yang memberi kerajaan kawalan ke atas akhbar, benarkan
hakim-hakim bicarakan pesalah-pesalah politik tanpa juri, mengesahkan penahanan
dalam penjara orang-orag yang disyaki menjalankan aktiviti subversif. Rayuan
beliau kepada wizurai agar menghentikan pelaksanaan akta tersebut tidak
dilayan. Ini menyebabkan beliau memulakan satu penentangan secara pasi, di mana
beliau meminta rakyat jangan mematuhi undang-undang baru itu sehingga
undang-undang itu ditarik balik. Penduduk juga digesa mengadakan perjumpaan dan
dilarang bekerja pada hari bantahan. Pergerakan yang dikenali sebagai
Satyagraha ini telah berjaya menimbulkan tunjuk perasaan, mogok, hartal dan
rusuhan berlaku di seluruh India. Serangan balas daripada pihak Inggeris telah
menyebabkan 379 orang terbunuh manakala 12000 orang tercedera.
Tindakan
pembunuhan beramai-ramai di Amritsar menyebabkan Gandhi mengubah corak
perjuangannya iaitu tidak bekerjasama dengan Inggeris, proses perlucutan
gelaran-gelaran kerajaan, memulaukan dewan-dewan perundangan dan pilihanraya,
penarikan diri daripada sekolah-sekolah kerajaan, meletak jawatan daripada
perkhidmatan kerajaan serta tidak membayar cukai. Perjuangan ini telah mendapat
sokongan daripada kakitangan kerajaan dan peguam. Namun, tindakan rakyat
seperti pembakaran balai polis di Chauri Chaura pada tahun 1922 telah
menyebabkan 21 orang pegawai polis terbunuh, menyebabkan Gandhi menghentikan
kempen enggan bekerjasama ini. Beliau kemudiannya ditangkap dan dipnjarakan
oleh Inggeris. Hubungan Inggris dengan orang-orang India semakin tegang dengan
pengumuman anugerah perkauman pada 17 Ogos 1932 oleh Inggeris. Orang India
menyifatkan ini sebagai satu perbuatan memecahbelahkan masyarakat Hindu.
Sehubungan itu, Mahatma Gandhi telah melahirkan pandangannya dalam
Persidangan Meja Bulat tetapi tidak
diendahkan oleh kerajaan Inggeris. Keadaan ini menyebabkan beliau mengambil
tindakan untuk berpuasa, memulakan barisan untuk berjalan kaki sejauh 200 batu
dan melanggar undang-undang garam yang mewajibkan rakyat India membeli garam
daripada kerajaan. Kesemua cara ini dilakukan oleh Gandhi untuk membangkitkan
kesedaran nasionalisme di kalangan rakyat India. Walaupun Gandhi menggunakan
cara sederhana dalam memperjuangkan kemerdekaan India, namun cara yang
digunakan oleh beliau berjaya membangkitkan kesedaran nasionalisme di kalangan
rakyat India. Sungguhpun banyak usaha yang dilakukan oleh Gandhi, namun India
masih gagal untuk membebaskan dirinya daripada penjajah.
Antara
tokoh nasionalisme lain dari kalangan golongan intelektuak ialah Mohammad Ali
Jinnah. Sumbangan dan peranan beliau dalam usaha memerdekakan India ialah
beliau merupakan pemimpin Liga Muslim. Pada 1916, beliau bersama
pemimpin-pemimpin Kongres Kebangsaaan telah mengadakan perjumpaan di Lucknow.
Melalui pakatan ini, kedua-dua pihak bersetuju bergerak ke satu tujuan iaitu
mahukan satu system yang sama untuk pembentukan kerajaan bersendirian.
Persefahaman yang dicapai antara orang India dan Islam sedikit sebanyak telah
meninggikan harapan orang-orang India. Pada ketika ini Gerakan Khalifat di
bawah pimpinan Muhammad Ali dan Shaukat Ali menyokong Turki dan menentang
Inggeris dengan kuassa-kuasa Berikat.
Cadangan
Nehru yang mahukan taraf dominion kepada rakyat India tidak mendapat
persetujuan ramai termasuklah orang Islam di bawah pimpinan Jinnah. Ini
menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kongres dan menyebabkan Jinnah
menyertai Liga Islam. Oleh kerana itu, Pandit Jawaharlal Nehru telah
mengenepikan taraf domonion itu. Walau bagaimanapun, Akta Kerajaan India 1935
yang digubal oleh British bagi tujuan memulihkan kerajaan India, dipersetujuai
oleh Liga Islam. Sehubungan itu, pada tahun 1937 telah berlangsungnya
pilihanraya. Seterusnya, Nehru meneruskan usahanya dengan menyertai pilihanraya
untuk dewan perwakilan dan satu kerajaan sementara dibentuk pada 2 September
1946 dengan Nehru sebagai Naib Presiden. Namun kerajaan sementara ini ditentang
oleh Liga Muslim. Sehubungan itu, pada 3 Jun 1947 Lord Mounbatten telah
mengemukakan cadangannya dan diluluskan oleh Parlimen British sebagai Akta
Kemerdekaan India Julai 1942. Dengan ini, India diisytiharkan merdeka paada 15
Ogos 1947 dengan Pandit Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri India Pertama.
Manakala Mohammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral Pakistan dan Lord
Mounbatten sebagai gabenor India yang baru.
Peranan golongan
terpelajar dalam membebaskan Indonesia daripada penjajahan Belanda juga tidak
Kurang pentingnya. Dasar diskriminasi yang diamalkan oleh Belanda dalam satu
system pendidikan, pekerjaan dan pentadbiran menimbulkan rasa tidak puas hati
di kalangan golongan terpelajar Indonesia. Gerakan nasioanalis kebudayaan
Indonesia telah dimulakan oleh Raden Adjeng Kartini pada tahun 1902. raden
Adjeng Kartini merupakan puteri seorang Pemangku Raja Japara. Beliau telah
memperjuangkan perlunya kesedaran social di kalangan rakyat termasuklah kaum
wanita. Kartini turut memperjuangkan hak orang-orang perempuan diberi
pendidikan yang setimpal dengan kaum lelaki. Justeru itu, beliau telah
menubuhkan sebuah sekolah bagi anak-anak perempuan pegawai-pegawai Indonesia.
Dalam surat-suratnya kepada sahabatnya di Belanda, beliau menulis tentang
tradisi lama masyarakatnya yang menghalang kemajuan. Namun akhirnya, Kartini
meninggal dunia di usia terlalu muda iaitu 25 tahun.
Perjuangan
memperkembangkan pendidikan di kalangan orang-orang Indonesia diteruskan oleh
Dr Mas Wahidin Suduro Husudo. Beliau telah mengembara kebeberapa bahagian Pulau
Jawa telah menubuhkan sekolah-sekolah dan mengumpulkan wang bagi mewujudkan
sebuah tabung dema pelajaran. Beliau telah menubuhkan budi Utomo pada 20 Mei
1908. Perjuangan Wahidin mempengaruhi sekumpulan pelajar-pelajar perubatan
Indonesia. Mereka kemudiannya menubuhkan Budi Utomo pada bulan Oktober 1908 di
Betawi. Pemimpin-pemimpinnya ialah Raden Goenawan mangkukesuma dan Raden
Sutumo. Penubuhan Budi Utomo mempelihatkan permulaan wujudnya perjuangan secara
berpersatuan dalam gerakan nasionalisme Indonesia, walaupun pertubuhan itu
bukanlah sebuah organisasi politik dalam ertikata sebenarnya.
Tujuan
utama pergerakan ini ialah berusaha untuk meninggikan taraf hidup penduduk Jawa
dan Madura melalui pengetahuan barat dan juga melalui Warisan Kebudayaan mereka
sendiri. Ia juga memperjuangkan kemajuan pertanian, perusahaan dan perdagangan
di kalangan rakyat Indonesia dan akhirnya berjuang untuk mencapai satu
penghidupan yang mulia. Budi Utomo yang merupakan Jawa-Centric tida mempunyai
tujuan politik sehingga 1917. Keanggotaan Budi Utomo kebanyakannya terdiri
daripada pegawai-pegawai perkhidmatan, pelajar-pelajar di peringkat tinggi dan
golongan aristocrat jawa ( priyayi). Hingga akhir tahun1909, Budi Utomo
mempunyai keanggotaan seramai 10000 orang. Bagaimanapun, jumlah itu tidak kekal
lama apabila muncul pertubuhan-pertubuhan yang lebih lantang memperjuangkan
politik. Maka, ramai ahli-ahli meninggalkannya, yang tinggal ialah
anggota-anggota aristocrat yang konservatif.
Namun pada
tahun 1917, Budi Utomo mula menuntut kerajaan berparlimen, system perundangan
yang seragam, perkecualian agama dan peluang-peluang yang sama bagi
penduduk-penduduk Indonesia dalam bidang-bidang social dan ekonomi. Kegagalan
Budi Utomo untuk bergelar sebuah parti politik yang popular telah menyebabkan
ia bergabung dengan Persatuan bangsa Indonesia untuk menubuhkan Partai
Indonesia Raya (Parindra).
Haji Agus
Salim yang dilahirkan pada tahun 1884 merupakan seorang pemimpin Sarekat Dagang
Islam atau lebih dikenali dengan nama Sarekat Islam. Sarekat Islam telah
ditubuhkan semula pada tahun 1912 dengan tujuan utamanya untuk memajukan
kepentingan dan kedudukan sosioekonomi rakyat Indonesia secara bekerjasama
denagan Program kebajikan kerajaan Belanda di bawah Dasar Etika. Di antara
tahun-tahun 1912 dan 1919, jumlah keahlian Sarekat Islam telah meningkat
daripada 360000 orang pada tahun 1916 kepada hampir dua setengah juta pada
tahun 1919. di peringkat desa, Sarekat Islam dipimpin keseluruhannya oleh
guru-guru agama, guru-guru sekolah dan pemimpin-pemimpin kesatuan. Sarekat
Islam merupakan sebuah parti Indonesia-Centric. Cawangan-cawangannya telah
dibuka di setiap pelosok Indonesia.
Selain
pendekatan Islam, program Sarekat Islam juga adalah untuk meninggikan taraf
sosioekonomi rakyat Indonesia dan juga berjaya menarik minat orang ramai untuk
menyertai parti ini. Keberanian Sarekat Islam mengkritik kerajaan Belanda di
atas kegagalannya membaiki kedudukan ekonomi rakyat Indonesia, telah menjadikan
nya popular. Di bidang pendidikan, Sarekat Islam telah menuntut penghapusan
langkah-langkah diskriminasi dalam kemasukan murid-murid ke sekolah. Sarekat
Islam juga menuntut pendidikan wajib bagi murid-murid di bawah umur 15 tahun
dan pemberian biasiswa kepada belia Indonesia untuk menuntut di luar negeri.
Dalam bidang ekonomi, Sarekat Islam menuntut kerajaan Belanda memiliknegarakan
industri-industri yang penting seperti kilang-kilang tekstil, perusahaan kertas
dan industri-industri lain yang mengeluarkan barang-barang besi. Sarekat Islam
turut menuntut penghapusan buruh kanak-kanak dan buruh paksa serta menambahkan
bilangan klinik-klinikperubatan yang percuma.
Pada tahun 1916, Hj Aagus Salim bersama pengikut-pengikutnya telah
memperjuangkan dasar pemerintahan sendiri melalui cara perlembagaan.
Seterusnya, pada tahun 1917, merupakan tahun permulaan bagi parti yang dipimpin
oleh Hj Agus Salim memperjuangkan kemerdekaan penuh Indonesia ( dengan menggunakan
kekerasan jika perlu ). Namun kemudiannya, pada tahun 1923, Sarekat Islam telah
menjadi parti politik yang rasmi dengan nama Partai Sarekat Islam. Partai
Sarekat Islam memperjuangkan kemerdekaan Indonesia dengan perlembagaan yang
berasaskan undang-undang Islam.
Usaha-usaha
untuk memerdekakan Indonesia daripada penjajahan diteruskanlagi oleh Soekarno.
Soekarno merupakan bekas pelajar Kolej Teknikal Bandung telah menubuhka
Parti Nasional Indonesia (PNI) pada 4
Julai 1927. PNI yang merupakan sebuah parti massa secular dianggotai oleh
ahli-ahli Kelab Pendidikan Bandung denagn Soekarno sendiri sebagai pemimpin
PNI. Tujuan penubuhan PNI ialah untuk mencapai kemerdekaan Indonesia dengan
menyatukan rakyat Indonesia dan mengamalkan cara tidak bekerjasama dengan
Belanda. Antara peranan yang dimainkan oleh PNI ialah memperkukuhkan
kesatuan-kesatuan sekerja, memajukan syarikat-syarikat kerrjasama dan membantu
pendidikan nasional, terutamanya sekolah-sekolah taman Siswa. Kelebihan
Soekarno yang pandai berpidato menyebabkan PNI muncul sebagai parti nasionalis
Indonesia yang paling kuat dan berpengaruh. PNI berpecah apabila kerajaan
Belanda menangkap Soekarno dan tujuh orang pemimpin yang lain pada 24 Disember
1949.
Kemasukan
Jepun sebagai satu kusa baru di Indonesia berjanji akan memberi kemerdekaan
kepada Indonesia. Sehubungan dengan itu, kemerdekaan Indonesia yang pertama
telah diisytiharkan pada 17 Ogos 1945 dengan Soekarno sendiri yang menjadi
presidennya, sementara Hatta menjadi Timbalan Presiden. Namun kedatangan semula
Belanda ke Indonesia, enggan mengiktiraf kemerdekaanyang dicapai oleh
Indonesia. Lantaran itu, Belanda melantik Sutan Sjahrir sebagai Presiden
Indonesia yang baru dan hanya memberi taraf kerajaan komanwae kepada Indonesia.
Ini bermakna Indonesia mendapat kemerdekaan tanpa kedaulatan. Penculikkan
Presiden Sjahrir dan beberpa orang anggota Kabinet Indinesia oleh golongan
komunis yang dipimpin oleh Tan Malaka pada Jun 1946, telah membuka peluang
kepada Soekarno untuk bertindak pantas mengalahkan golongan komunis,
mengambilalih kuasa dan mengisytiharkan darurat. Kesannya, kerajaan Belanda
terpaksa berjumpa Soekarno dan mengadakan persidangan di Linggajati antara
Oktober hingga November 1946. ekoran daripada persidangan itu, satu perjanjian
( Perjanjian Linggajati ) telah ditandatangani pada 15 November 1946. melalui
perjanjian ini, Belanda telah memberi kemerdekaan kepada Sumatera, Jawa dan
Madura. Namun Belanda telah melanggar perjanjian ini dengan menduduki beberapa
pelabuhan utama di Jawa, Sumatera dan Madura. Ekoran itu, muncul pemberontakan
di merata Indonesia sekaligus menyebabkan
Sutan Sjahrir meletak jawatan. Kekecohan ini telah menyebabkan
Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) campurtangan dengan mengadakan
persidangan antara Belanda dengan Republik Indonesia. Hal ini menyebabkan
Perjanjian Renville ditandatangani pada 17 Oktober 1947, namun dicabuli oleh
pihak Belanda. Malahan kali ini Belanda bertindak dengan lebih ganas dengan
melakukan penangkapan beramai-ramai termasuklah Soekarno dan Hatta. Hal ini
memaksa PBB campurtangan sekali lagi. Persidangan Meja Bulat telah diadakan di
hague pada Disember 1949 dengan mencapai keputusan Indonesia diberi kemerdekaan
yang penuh oleh Belanda. Sehubungan dengan itu, pada 27 Disember 1949, Soekarno
mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia untuk kali kedua dengan Soekarno sendiri
menjadi Presiden republik Indonesia manakala Hatta adalah Timbalan presiden.
Peranan yang dimainkan oleh golongan terpelajar Indonesia seperti Soekarno
ternyata berjaya membebaskan Indonesia daripada penjajahan. Hal ini terbukti
apabila Indonesia mencapai kemerdekaan pada 27 Disember 1949 dan Soekarno
diberri gelaran Bapa Kemerdekaan Indonesia.
Kemerdekaan
negara-negara Asia ini ternyata membawa perubahan yang besar dalam pelbagai
aspek. Kesan utama yang dapat dilihat ialah system pentadbiran di China, Burma,
India dan Indonesia semakin teratur dan bersistematik. Ekonomi negara-negara
ini juga semakin stabil dan mereka bebas menjalankan peradaban mereka sendiri.
Ekoran daripada kemerdekaan yang dicapai, negara-negara asia ini semaki pesat
membangun dengan bantuan teknologi moden dan hasil pertukaran idea dari
negara-negara luar.
No comments:
Post a Comment