MASYARAKAT
PRIBUMI MENJALANKAN PELBAGAI PENENTANGAN UNTUK MENGHAPUSKAN PENJAJAHAN BARAT.
BINCANGKAN
CARA-CARA DAN STRATEGI YANG DILAKUKAN UNTUK MELANCARKAN PENENTANGAN TERSEBUT.
MASLIZA BTE WAHID
Zaman imperialisme bermula daripada
penjajahan dan penerokaan kawasan-kawasan baru di dunia pada abad ke-15 dan 16.
Kehadiran dan penglibatan kuasa Barat di beberapa buah negara di Asia Tenggara,
Asia Selatan dan Asia Timur telah mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan
penduduk pribumi. Akibat tindakan penjajah ini penduduk pribumi telah bangkit
melancarkan penentangan bagi
mengusir kuasa asing melalui beberapa
cara.
Pemberontakan
merupakan antara bentuk penentangan penduduk pribumi bagi menentang kuasa
Barat. Di India, rakyat telah bangun memberontak dengan melancarkan Dahagi utk
menamatkan pemerintahan British. Peristiwa adahagi yg meletus pd thn 1857
merupakan gambaran ketidakpuasan hati rakyat India terhadap system pentadbiran
yg dilaksanakan oleh British. Ia bermula pd 10 Mei 1857 di Merut. Pemberontakan
umum ini telah tewas pd thn 1858. Di China. Penentangan terhadap kuasa Barat
dilancarkan melalui penberontakan Boxer. Pemberontakan ini dianjurkan oleh
kongsi-kongsi gelap spt Persatuan Teratai Putih, Persatuan Huang Meng serta
Persatuan Dunia Akhirat. Pemberontakan tersebut meletus akibat perasaan
anti-asing yg cuba menguasai
China .
Pada thn
1880, msykt Vietnam
tlh melancarkan satu pemberontakan bersenjata utk mengusir Perancis.
Pemberontakan tersebut tlh berjaya dipatahkan oleh tentera Perancis. Di
Filipina pula, penentangan yg berterusan telah dilancarkan oleh rakyat
sepanjang pemerintahan Sepanyol selama 300 thn. Pada thn 1807 pemberontakan tlh
dilancarkan oleh rakyat Filipina akibat pengharaman industri arak di Ilocos.
Pada 1823 pemberontakan Novales telah berlaku disebabkan rasa tidak puas hati
tentera Filipina krn wujud amalan diskriminasi dlm pasukan tentera. Selain itu,
terdpt juga pemberontakan lain yg berlaku di Filipina spt Tayabas dan Cavite .
Cara
penentangan berikutnya ialah melalui pemboikotan, rusuhan, pemogokan gerakan
dan pembunuhan. Di India pertubuhan CGBA telah terpengaruh dgn gerakan Parti
Kongres Nasional India. Mereka memboikot reformasi Montagre. Peristiwa rusuhan
di India
dipimpin oleh Mahatma Gandhi dlm demonstrasi perbarisan penderhakaan awam
1930.Lal Bal Pal juga menggunakan
strategi tidak bekerjasama dengan melancaarkan hartal atau pemogokan. Mereka
juga melancaarkan pemboikotan barangan British . Ghandi juga pernah menyeru
orang India
agar tidak membeli garam daripada kerajaan British. Di China Parti Thankin
membentuk pertubuhan buruh dan pelajar pd 1936 dan melancarkan tunjuk perasaan
besar-besaran melibatkan 32 buah sekolah bg menyatakan bantahan mereka kpd
dasar pendidikan sejarah. Gerakan Islah dilancarkan pd 11 Jun – 20 Sept 1896.
Gerakan ini dianjurkan oleh gerakan 4 Mei. Di China, tunjuk perasaan telah
dianjurkan oleh pelajar Universiti dan Maktab. Matlamat gerakan ini ialah
memulihkan keamanan di negera China .
Parti Nasional Vietnam telah melakukan keganasan bg menentang penjajah Barat.
Pembunuhan juga turut berlaku di kalangan pegawai-pegawai Perancis. Cthnya
penguasa bahagian kerahan buruh iaitu Bazin telah dibunuh pd thn 1929. Di
Vietnam badan yg dipelopor oleh ideologi komunis ialah Liga Propaganda Revolusi
Vietnam di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Beliau telah menyarankan agar para
pekerja melakukan mogok dan tunjuk perasaan terhadap Perancis. Di Filipina
pula, gerakan propaganda digunakan bagi menentang Sepanyol pd thn 1872. Di
Indonesia juga, (1923-1926) pemogokan turut berlaku di kalangan pekerja
keretapi. Malangnya tindakan ini hanya menemui jalan buntu.
Media massa
juga turut memainkan peranan dlm penentangan penduduk pribumi terhadap kuasa
asing. Di Filipina akhbar La Solidaridad
telah ditulis oleh Jose Rizal pada 1887.
Jose Rizal telah menghasilkan dua buah novel iaitu Noli Me Tangere (1887) dan
El Fili Busterismo (1891) yg menggambarkan kekejaman Sepanyol di Filipina dan
beliau menyeru org Filipina bersatu menentang penjajah. Novel ini bersama dgn
akhbar tersebut diterbitkan bg
membangkitkan semangat rakyat tempatan menentang Sepanyol. Karya yg diterbitkan
oleh Katipunan ditermakan semangat nasionalisme dan menyebarkan fahaman
revolusi di kalangan rakyat Filipina. Akhbarnya ialah Kalayan. Di China, reformasi
tlh ditulis di dlm akhbar utk membangkitkan kesedaran tentang pentingnya usaha
pemulihan dijalankan. Pelajar yg menuntut di Jepun tlh menyebarkan idea
revolusi dan penggulingan dinasti Manchu menerusi akhbar. Mereka menerbitkan
Kuo Min Pao. Pelajar2 ini turut menyebarkan idea mereka dgn menerbitkan akhbar
Su Pao di negara mereka sendiri.
Peperangan
juga merupakan penentangan yg dilakukan terhadap penjajah.Perang Diponegoro
atau Perang Jawa telah meletus di Jawa pd thn 1825-1830. Perang ini dicetuskan
oleh gol. bangsawan dan petani krn tidak puas hati dgn Belanda yg tlh diambil
alih pentadbiran P. Jawa stlh tamatnya
Perang Napoleon. Pemimpin perang ini ialah Diponegoro yg dianggap pahlawan asia
pertama menentang penjajah Barat dgn menggunakan taktik gerila. Perang Jihad
juga dilancarkan oleh sebilangan besar pelajar yg terpengaruh dgn gerakan
pemulihan Islam di Mesir. Pada 29 Ogos 1896, Banifacio dan beberapa ahli
Katipunan melancarkan revolusi. Pada 30 Ogos 1896, mereka telah menyerang
tentera Sepanyol, tetapi tidak berjaya. Kekejaman dan kezaliman pemerintahan
Jepun tlh membangkitkan perasaan anti-Jepun di kalangan rakyat Filipina. Ia
ditubuhkan utk mengganggu pentadbiran dan sekali gus mahu mengusir Jepun keluar
dari Filipina. Kumpulan anti-Jepun ini melancarkan Perang Gerila terhadap Jepun. Di China Perang Candu tlh
berlaku pd 1839-42 dan 1856-60 yg
berpunca drp candu. Perang ini adalah bg menentang pendudukan British di China.
Di Burma juga, peperangan turut berlaku bg menentang penjajahan Barat. Sebanyak
tiga peperangan tlh meletus di Burma iaitu Perang Inggeris-Burma pertama, kedua
dan ketiga. Selain itu berlaku juga gerakan menentang peraturan baru spt di
bawh pimpinan Saya San. Kehadiran dan penglibatan Perancis di Vietnam tlh
mencetuskan gerakan tentangan. Gol. Mandarin (pegawai kerajaan) yg tidak
berpuas hati tlh melancarkan gerakan terhadap Perancis. Tetapi gerakan ini
lebih bercorak tempatan.
Cara
penentangan yg terakhir ialah melalui parti politik dan persatuan. Di India
parti politik yg banyak ditubuhkan bg menentang penjajah Barat ialah Brahmo
Sawaj, Prattana Samaj, Perutusan Ramakrishma dan Persatuan Theosofika.
Pergerakan ini menggerakkan masyarakat Hindu ke arah perkembangan semangat
nasionalisme di India.Kongres Kebangsaan India yg ditubuhkan oleh Mahatma
Gandhi bertujuan utk menentang penjajah Inggeris.Persatuan Liga Islam juga
ditubuhkan oleh Salimullah Khan bg tujuan menentang penjajah Inggeris. Di
Vietnam pd thn 1878, lahir kumpulan di bawah pimpinan Nam Thiep. Beliau
mengisytiharkan berakhirnya Emperor of Light (Maitreya) dan bermulanya Era Low.
Nam Thiep berjaya mengumpulkan petani bersenjatakan lembing buluh dan memakai
azimat menyerang markas Perancis. Walau bagaimanapun, pasukan Nam Thiep
berundur setelah pasukan Perancis melepaskan tindakan rifel. Di Filipina mereka
menggunakan KALABI (Kesatuan Bagi Perkhidmatan Filipina Baru) bg menetang
Jepun. Liga Filipina turut ditubuhkan bg menentang penjajahan ini.
Kesimpulannya,
penjajahan kuasa Barat di Asia, tlh menyebabkan masyarakat pribumi bangun
menentang bg mempertahankan hak-hak mereka. Oleh kerana itu mereka sanggup
berbuat apa sahaja utk menghapuskan penjajah di negara mereka. Walaupun
pelbagai strategi dan cara yg dilakukan bg mengusir kuasa asing tetapi
hakikatnya matlamat mereka adalah sama.
No comments:
Post a Comment