HURAIKAN CIRI- CIRI PEPERANGAN YANG MENYEBABKAN
BERLAKUNYA PENJAJAHAN DI ASIA.
Peperangan merupakan salah satu
cara yang dilakukan bagi menentang penjajah dalam sesebuah negara.Peperangan
merupakan jalan terakhir bagi masyarakat pribumi untuk menentang penjajah.
Lazimnya penjajahan yang dilakukan termasuklah dari aspek pemikiran, budaya ,
social , agama, ekonomi dan system pentadbiran masyarakat. Kuasa- kuasa asing
telah mencetuskan beberapa peperangan ke atas negara asia dan peperangan ini
melibatkan mayarakat pribumi dengan kuasa- kuasa asing seperti yang berlaku di
Indonesia, Burma,China dan India.
Ciri
peperangan yang telah menyebabkan berlakunya penjajahan ialah perlanggaran
perjanjian yang telah dimetrai. Ini bermakna, pihak penjajah terutamanya
British telah membuat perjanjian dengan negara- negara yang ingin dijajahnya.
Hal ini boleh dilihat melalui peperangan yang berlaku antara China dengan Inggeris( perang candu
1839- 1922). Dimana telah termetrainya satu perjanjian iaitu perjanjian nanking
pada 28 ogos 1842. Perjanjian tersebut ada menyatakan tentang lampu hijau China
untuk membenarkan perwakilan asing menetap di setiap Bandar di China dan mereka
dibenarkan membuat perhubungan terus dengan pegawai China. Namun China engan
melaksanakannya dan bersikap dingin terhadap Barat. Ini menyebabkan tiada
seorang pun perwakilan asing berjaya mengadakan hubungan dengan negara China
yang diakhiri dengan peperangan.Sementara di Burma menyaksikan pengingkaran syarat perjanjian yandabo 1826
untuk menempatkan seorang wakil burma di Calcutta. Perjanjian ini diangap tidak
adil yang membawa kebencian dan kemarahan burma terhadap Inggeris( tercetusnya
perang Inggeris – Burma 2 ). Seterusnya perjanjian perdagangan yang
ditandatangani pada tahun 1862 dan 1867. Burma bersetuju menghapuskan cukai
keatas barangan dari irrawady ke hulu Burma dan kebebasan kepada saudagar
British berurusniaga seta membenarkan ejen British tinggal di mandalay. Perang
ingeris- buurma tecetus ekoran daripada ketidakpuashatian saudagar british
terhadap layanan yang diberikan oleh burma .
Justeru
apa yang dapat diperkatakan ialah perjanjian dijadikan sebagai satu landasan
bagi penjajah dan taktik ini telah memperkembangkan imperialisme dan
kolonialisme barat. Perjanjian yang dilakukan banyak memberi keuntungan kepada
pihak penjajah. Di china contohnya, mereka terpaksa menyerahkan wilayah hong
kong kepada Inggeris dan dijadikan koloni inggeris melalui perjanjian nanking.
Kerajaan Manchu pula bersetuju untuk membuka lima pelabuhan baru iaitu canton,
amoy, foochow, ningpo dan shanghai kepada pedagang inggeris. Perjanjian yandabo
di burma telah menyebabkan wilayah arakan, assam, dan tanesserim milik inggeris
dan burma tidak ada hak untuk mencampuri urusan hal ehwal kawasan tersebut.
Dari sudut kekuasaan pula, didapati seorang residen british diletakkan di ibu
kota burma.
Peperangan
di asia juga disebabkan oleh wujudnya rasa tidak puas hati tentang beberapa
aspek tertentu. Hal ini dapat dibuktikan di china . Seperti yang kita maklumi
bahawa pada awal abad ke 19 china telah menjalankan dasar isolasi. Kegiatan
perdagangan hanya melalui co-hong di pelabuhan canton. Pemencilan diri hanya
mengundang padah apabiila british melancarkan perang candu 1839-1842. Inggeris
masih belum berpuashati dan berpendapat bahawa pelabuhan yang dibuka masih
belum mencukupi untuk menampung perdagangan dan mereka mahukan supaya lebih
banyak pelabuhan yang dibuka . Keadan ini menimbulkan kebencian dan permusuhan
sehingga tercetusnya peperangan inggeris- china dan termetrainya perjanjian
nanking.Terbukti bahawa china telah dijajah dari segi ekonomi kerana mereka
terpaksa tunduk kepada barat dan menerima hakikat bahawa perdagangan bebas kerana monopoli
perdagangan telah dimansuhkan.Kemarahan orang china terhadap agama kristian
mengakibatkan pembunuhan seorang mubaligh kristian iaitu Auguste Chadelaine di
kwangsi.Di Indonesia pula perntadbirran capellan telah menimbulkan perasaan
tidak puas hati penduduk jawa . Faktor lain turut menimbulkan perasaaan tidak
puas hati ialah pembatalan kontrak sewa tanah dimana dipo negoro telah
mengalami kerugian begitu teruk sekali. Impak yang wujud ialah perang jawa pada
tahun 1825- 1830. Peperangan ini menyebabkan massyarakat pribumi kehilangan
wilayah dan terpaksa menyerahkan kepada penjajah seperti bagellan, madium,
kediri serta banjumas. Di samping itu, kekuasaan kerajaan tempatan berkurang
dimana wilayah surakata, jogjakarta dan solo diperkecilkan untuk memudahkan
pengawasan Belanda.
Burma.
Ketidakpuashatian wujud dikalangan pihak british apabila saudagar british
mendapat layanan buruk selepas menguasai
hilir burma.Semasa pemerintahan pagan min baginda memberi kuasa kepada gabenor
pegu, maung ok menguruskan hal perdagangaan british. Beliau telah menyekat
kegiatan perdagangan british di tanesserim dan Rangoon. Hubungan kedua belah
pihak tegang sehingga meletusnya perang inggeris—burma kedua pada tahun 1882.
Raja burma telah kehilangan kuasa pemerintahan
di tanesserim dan arakan dan jajahan british semakin tersebar
luas.Manakala di Vietnam pula berkaitan dengan agama. Dasar anti-kristian
bermulaa daripada maharaja minh mang hingga maharaja tu duc ( 1848- 83) telah
memberi satu tamparan hebat keatas penganut agama kristian. Undang-undang baru
yang diperkenalkan membawa kemarahan
peranchis dan beberapa orang paderi juga telah dibunuh. Tindakan agresif itu
dibalas dengan melancarkan peperangan. Akhirnya peranchis berjaya menguasai
Vietnam sepenuhnya. Penduduk tempatan turut berasa tidak puas hati akibat
pembaharuan yang dilakukan oleh perancis dii kemboja. Anntara lain perancis
telah melantik seorang residen superiuer untuk melaksanakan tugas-tugas
kerajaaan. Penduduk telah melancarkan peperangan . Kesannya, pada tahun 1892,
wilayah kemboja dikuasai sepenuhnya oleh peranchis. Di samping itu tidak menghormati kekaulatan dan undang-
undang dikategorikan antara cirri-ciri peperangan. Ini bermakna pihak barat
telah melangari peraturan atau tradisi yang sedia ada dalam sesebuah negara dan
akibatnya berlaku pencemaran dari segi budaya . Sikap kurang ajar ini
membangkitkan kemarahan rakyat tempatan sehingga tercetusnya peperangan yang
sengit.
Di
burma aspek ini boleh dilihat secara jelas berkaitan isu kasut. Walaupun isu
ini dianggap kecil, namun burma menganggapnya sebagai tidak menghormati
kedaulatan mereka. Puncanya ialah keengganan pegawai british membuka kasut
setiap kali menghadap raja mindon. Ini merupakan satu penghinaan yang amat
dasyat bagi burma. Ini menyebabkan raja mindon tidak mengizinkan wakil british
menghadap baginda. Perang inggeris – burma ketiga pada rahunn 1885 meletus dan
seluruh wilayah burma milik kuasa barat itu. Di Indonesia belanda telah
mengetepikan aspek perlantikan pemerintah baru iaitu apabila dipo negoro
dinafikan haknya untuk memerintah jogjakarta. Selepas kematian amang kubowono 3
padatahun 1814, rafles yang mentadbir jawa pada masa itu telah ketepikan dipo
negoro dan digantikan dengan putera yang lebih muda iaitu djarot. Maka perang
jawa telah berlaku yang didalangi oleh dipo negoro sendiri sehingga tahun 1830.
Namun beliau mengalami kekalahan dan
telah membawa perubahan dalam system pentadbiran masyarakat. Pengurangan kuasa
pemerintahan tempatan berlaku dan sultan pakubuwono telah dibuang negeri ke ambon manakala
puteranya diiktiraf sebagai sultan tetapi hanya dijadikaan boneka.
Selain
itu, pemberontakan dan rusuhan juga merupakan ciri peperangan yang seterusnya.
Dalam dahagi India , ia meruupakan pemberontakan sepoi menentang pemerintahan
di India yang dikuasai pemerintah british. Mereka tidak berpuashati dengan
dasar diskriminasi yang terdapat antara mereka dengan tentera british. Golongan
sepoi juga berasa tidak puas hati apabila lord canning meluluskan akta
pengambilan tentera am. Melalui akta ini , seseorang sepoi boleh dihantar
berkhidmat di mana- mana sahaja apabila diperlukan dan bagi yang berada di
kawasan yang jauh mereka ini tidak diberikan elaun yang lebih. Ketegangan ini
telah membawa kepada peperangan dengan british.Pemberontakan di china pula
dikenali sebagai pemberontakan boxer. Sebab
pemberontakan ini tercetus boleh diperhatikan dari aspek pencerobohan
ekonomi iaitu termetrainya perjanjian nanking dan trietsin dimana kemasukan
modal dan barangan barat semakin pesatnya. Akibatnya, produk tempatan dari
china tidak mampu bersaing dengan barangan luar yang ternyata lebih berdaya
maju terutamanya daripada penggunaan teknologi. Pemberontakan ini telah
menyebabkan martabat china ke taraf yang paling rendah dan kekalahan yang
dialami china membolehkan kapal- kapal perang dan kapal dagang barat berulang –
alik dengan bebas di sepanjang pantai china dan lembah Yang –Tze.
Ciri-ciri
peperangan seterusnya ialah wujud halangan kuasa-kuasa besar kebimbangan
pengaruh perancis di Burma telah mendorong British untuk mengamalkan dasar yang
lebih egresif terhadap Burma .Kebimbangan British semakin bertambah apabila
pada tahun 1783 De Bussy telah menghantar satu utusan untuk membuat perjanjian
perdagangan dengan Burma untuk mengendalikan kapal perang mereka ,dengan tujuan
Inggeris menentang Perancis atas kepentingan ekonomi.British melihat Burma
sebagai pangkalan kepentingan perniagaanya dengan China disamping mahu
menguasai kayu jati bagi membina kapal .Untuk mencapai tujuan itu kapten Symes
pergi ke Burma dan mendesak istana ara supaya menutup pelabuhan kepada pedagang
Perancis .Namun Raja Bodawpaya yang memerintah ketika itu menolak permintaan tersebut.Kegagalan
ini telah mendorong British berperang dengan Burma dan berjaya menguasai hilir
Burma.
Ciri-ciri
peperangan seterusnya ialah penguasan dan penindasan ekonomi .Tujuan asas
kedatangan kuasa barat adalah untuk mengaut keuntungan ekonomi .Dalam usah
untuk mencapai matlamat itu bangsa penjajah turut menguasai pemerintahan
sesebuah kawasan .Akibatnya pelbagai kesensaraan melanda penduduk tempatan
terutamanya hasil bumi dieksplotesi tampa memikirkan kesejahteraan rakyat
tempatan sehingga berlaku peperangan.
Di
Indonesia pelbagai jenis cukai dikenakan ke atas penduduk tempatan .Orang-orang
Jawa berang apabila kuasa kutip cukai diberikan kepada orang cina yang bukan
anak tempatan.Selain itu orang-orang jawa yang menguasia kawasan kerajaan untuk
keladang di kawasan perdalaman dikenakan bayaran tol .Disebabkan itu
,tercetusnya perang Jawa (1825-1830).Penjajahan dibuktikan dengan penguasan
ekonomi oleh Belanda.Selepas perang jawa pihak Belanda telah mengubah sistem
ekonomi di jawa .Belanda telah memperkenalkan sistem tanaman paksa (sistem
kultur) melaluai Jeneral baru iaitu Van der bosch pada 1830. Melaluai sistem
kultur ini 1/5 drpd keluasan tanah tidak dikenakan cukai iaitu dengan tanaman
eksport ke eropah.Manakala selebihnya bebas .Sebahagian hasil tanaman eksport
diserahkan kepada Belanda iaitu dengan menyemai dengan nilai sewa tanah.Para
petani berkerja di bawah arahan penghulu dengan diawasi pegawai Belanda.
Di
Myanmar(Burma),penindasan ekonomi menyebabkan Raja Thibaw mendakwa syarikat
perdagang Bombay-Burma .Raja Thibaw mendawa syarikat tersebut lebih banyak kayu
jati daripada had yang dibenarkan dan memberi rasuah kepada pegawai-pegawai
tempatan .Kerajaan British menuntut agar masalah ini diserahkan kepada
penimbangtara dan hubungan luar Burma diletakakan di bawah kawalan kerajaan
British.Keenganan Raja thibaw memberikan jawapan memuaskan menyebabkan British
menistiharkan perang ke atas burma pada tahun1885.Akibatnya keseluruhan wilayah
Burma dimiliki British dan menamatkan Dinasti konbanng yang diasaskan oleh
Alanngpaya pada tahun 1752.
Dengan
ini jelaslah bahawa peperangan-peperangan yang berlaku di negara asia seperti
di Indonesia,Burma,China dan india telah
menyebabkan penjajah menjajah negara-negara tersebut .Peperangan yang berlaku
ini memberi impak positif kepada pihak penjajah berbanding masyarakat tempatan.
No comments:
Post a Comment