HURAIKAN
ALIRAN-ALIRAN PERJUANGAN SETIAP PERTUBUHAN YANG MENENTANG PENJAJAH DI ASIA .
Gerakan nasionalisme di Asia banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur tempatan dan
pengaruh falsafah Barat. Oleh kerana itu, gerakan nasionalisme ketiga-tiga
rantau ini juga mempunyai aliran yang sama dan ada juga yang berbeza. Pelbagai
persatuan, kelab, pertubuhan dan parti ditubuhkan.
Dari segi politik, contohnya di Indonesia ialah
Sarekat Islam. Pada mulanya pertubuhan ini adalah bertujuan sosioekonomi, namun
pada tahun 1923 yang pada masa itu dibawah pimpinan Agus Salim telah berubah
menjadi pertubuhan yang bertujuan memperjuangkan kemerdekaan.
Selain itu, parti Indische yang merupakan parti radikal
telah ditubuhkan dalam tahun 1912. Tujuan parti ini ialah menuntut kemerdekaan
penuh bagi Indonesia dan
menyatukan bangsa Indonesia
asli dengan Indo-Belanda serta menghapuskan diskriminasi. Walaubagaimanapun
parti ini telah dibubarkan dan tidak diiktiraf oleh kerajaan Belanda.
Selain
itu juga, pertubuhan lain seperti Parti Komunis Indonesia turut ditubuhkan. parti
ini ditubuhkan berikutan kelemahan dalam Sarekat Islam. PKI menggunakan aliran
pemikiran Marx. PKI bertanggungjawab wujudnya ideologi sosialis Marxist sebagai
cara untuk menentang kapitalisme dan penjajah Belanda di Indonesia. PKI ingin
menubuhkan kerajaan komunis di Indonesia
melalui keganasan dan revolusi. PKI telah mengambil alih kepimpinan gerakan
nasionalis di Indonesia
dari Sarekat Islam pada awal tahun 1920-an. Oleh itu, PKI telah melancarkan
pemberontakan di Jawa Barat dan Sumatera Tenggara.PKI telah menjalankan
aktiviti anti-Belanda iaitu pemogokan antara tahun 1923-26. Pada tahun 1923
pemogokan telah dijalankan di jalan keretapi tetapi Belanda dapat
menghapuskannya dan Semaun telah dibuang negeri.
Gerakan
nasionalisme tidak lenyap begitu sahaja di Indonesia.Pada 4 Julai 1927 , Parti
Nasional Indonesia (PNI) ditubuhkan oleh ahli-ahli Kelab Pendidikan Bandung.
Pemimpinnya ialah Sukarno. Matlamat
perjuangan parti ini ialah mahukan kemerdekaan Indonesia
dengan menyatukan rakyat Indonesia .
Selain itu, ia juga bermatlamat menghapuskan kaum penjajah dan kapitalis Barat
serta menubuhkan satu kerajaan demokratik yang dipilih oleh rakyat untuk rakyat
Indonesia .
Parti ini mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan Belanda.PNI telah menjadi
sebuah parti yang popular. Namun setelah pemimpin parti itu iaitu Sukarno
ditahan oleh Belanda, parti ini berpecah dan munculnya pertubuhan lain seperti
Partindo, Parti Rakyat Indonesia ,
Parindra, Gerindro dan lain-lain.
Di
Filipina, Parti Nasionalis Filipina, Parti Perlembagaan, La Liga Filipina
mengamalkan aliran demokrasi dan liberal dalam kerajaan. Pertubuhan ini agar
rakyat mendapat hak untuk memerintah dan mengembalikan kedaulatan mereka.
Mereka juga mahukan pembentukan negara yang bersatu dan merdeka dengan hak
rakyat yang dijamin dalam perlembagaan.Selain itu, kemunculan Katipunan dibawah
pimpinan Andres Banifacio memulakan gerakan baru perjuangan nasionalisme di
Filipina. Katipunan bercita-cita mendapatkan kemerdekaan penuh melalui
revolusi. Ia dilakukan melalui aliran republik secara kekerasan.Tujuan utamanya
untuk menggulingkan pembentukan Sepanyol dan membentuk sebuah kerajaan bagi
orang Filipina. Oleh itu, Katipunan telah melancarkan perang terhadap Sepanyol.
Sementara itu, di Vietnam Parti Kebangsaan Vietnam @ Viet Nam Quoc Dan Dang
(VNQDD) ditubuhkan pada tahun 1927 bermotif untuk memperjuangkan kemerdekaan
secara kekerasan. Pertubuhan ini mendapat sokongan kebanyakannya di bahagian
utara Vietnam.Langkah kekerasan diambil disebabkan jalan sederhana yang diambil
oleh Parti Perlembagaan juga gagal.
Pemimpin VNQDD, nguyen Thai Hoc pada awalnya menyokong usaha sederhana dan
jalan berperlambagaan untuk menyuarakan hak rakyat Vietnam . Namun tuntutan mereka
dilayan.Oleh itu, VNQDD ditubuhkan untuk mengusir penjajah Perancis dan
menegakkan hak orang Vietnam .
Selain itu, di Burma , Dobama Asiayone (Persatuan Kami Orang Burma)
ditubuhkan hasil percantuman antara Liga Pemuda Seluruh Burma dan Persatuan
Dobama pada tahun 1935. Ilham kedua-dua parti ini atas daya usaha golongan
Thakin. Penubuhan kedua-dua parti ini juga untuk memerdekakan Burma daripada
penjajah British.
Di
China pula contohnya Parti Koumintang yang mengamalkan aliran pembentukan
negara republik secara kekerasan. Tujuan utama KMT untuk mewujudkan demokrasi
berpalimen di negara China .
KMT menentang pemerintahan monarki Dinasti Ching yang telah dikatakan memalukan
China .
Dengan itu, negara demokrasi dan tidak mempunyai raja harus dibentuk. Pemikiran
Dr Sun telah mempengaruhi Phan Boi Chan untuk menukar pegangan dan pembentukan
sebuah negara republik.Pada awalnya, Dr Sun telah menubuhkan Tung Meng Shui
yang ditubuh atas dasar prinsip rakyat iaitu nasionalisme, demokrasi dan
sosialisme. Dari Meng Shui tercetusnya KMT. KMT kemudiannya menjadi parti
revolusioner yang mempunyai matlamat untuk melawan kerajaan Mutlak Yuan Shui
Kai dan seterusnya untuk menyatukan China .
Dari
aspek agama pula,contohnya di Indonesia ialah Muammadiyah, Sarekat Islam
Nahdatul ulama .Bagi Sarekat Islam, agama Islam digunakan sebagai lambang
penyatuan dan perpaduan kebangsaan dalam usaha-usahanya menentang kaum asing
dan pengaruh mereka di Indonesia. Islam digunakan kerana berlaku konflik agama
diantara Islam dan kristian.Rakyat Indonesia beranggapan Islam sebagai
langkah pertama bagi melancarkan peperangan suci menentang orang Belanda.
Manakala bagi Muhammadiyah pula ahlinya adalah anti Belanda.Parti ini ingin
mengembangkan pandangan Islam moden menyebabkan mereka memberi tentangan hebat
kepada penyebaran agama Kristian. Bagi Nahdatul ulama pula penubuhannya pada
1926 oleh Kiyai Hasjim Asjari di Surabaya Jawa Timur bertujuan untuk
menyebarkan agama ortodoks islam dan menggalakkan orang islam mematuhi
mana-mana satu dari empat mazhab islam.
Di Burma, aliran perjuangan yang dijalankan
untuk menentang pihak British adalah melalui pertubuhan Persatuan Belia
Buddha(YMBA). Pertbuhan ini dianggotai oleh pemuda yang berpendidikan barat dan
golongan agama yang berpengaruh. YMBA juga hendak mengukuhkan kedudukan agama
Buddha daripada pencabulan agama kristian. YMBA juga menentang pentadbiran
British yang tidak menghormati agama Buddha yang tidak memakai kasut sewaktu
memasuki rumah berhala dan pagoda.
Di
India pula, penubuhan Liga Islam pada 1906 adalah atas keinsafan orang islam
akan kepentingan mereka dan digalakkan lagi dengan penekanan Hinduisme dalam
Kongres India dan pertikaian Hindu-Islam.Ia ditubuhkan oleh Nawab Salimullah
Khan di Dacca.Parti ini memperjuangkan hak penduduk Islam di India.
Dari
aspek sosial pula, contohnya di Indonesia ialah Budi Utomo.Ia ditubuhkan pada
20 Mei 1908 oleh Dr Mas Wahidin Soediro Hoesoedo dengan bantuan dua orang
penuntut sekolah perubahan di Betawi.Budi Utomo merupakan perjuangan yang
didasarkan pada perjuangan untuk memajukan kehidupan orang Jawa dan Madura
dalam bidang pendidikan, meluaskan pendidikan moden dan memajukan kehidupan
sosial budaya rakyat Indonesia.Selain itu, Sarekat Islam dianggap menonjol pada
awal abad ke 20 dan menyebabkan kemerosotan Budi Utomo. Dalam bidang pendidikan
Sarekat Islam menuntut agar Belanda menghapuskan sistem diskriminasi dan
menunutut pendidikan wajib bagi murid dibawah umur 15 tahun. Pertubuhan ini jga
menunutut pemberian biasiswa kepada belia Indonesia
yang ingin menunutut diluar negeri serta meningkatkan taraf maktab-maktab
kepada Universiti.Oleh keran segala program yang diatur oleh Belanda
menambahkan penderitaan mereka ekoran dari berlakunya Perang Dunia Pertama,
maka ini menyebabkan rakyat Indonesia
berminat menganggotai pertubuhan ini.
Di
Burma, aliran perjuangan ditubuhkan melalui Persatuan Pemuda Buddha(YMBA). Ia
merupakan pertubuhan yang menentang penjajah di Burma untuk menyatukan nilai dan
tradisi agama Buddha dengan pendidikan dan cara Barat. Ahli-ahli YMBA juga
turut menuntut agar pendidikan percuma bagi anak-anak Burma serta pendidikan
universal. Dengan itu, mereka telah mendirikan sekolah-sekolah yang memberi
tumpuan kepada agama.
Di
India, Pertubuhan Kongres Kebangsaan India 1855 telah dibentuk untuk
memperjuangkan sosial rakyat India untuk memperluaskan pendidikan am dan teknik
kepada rakyat India. Ini bagi membolehkan pencapaian matlamat untuk mendapat
kemerdekaan India direalisasikan.Manakala di Filipina, Liga Filipina merupakan
pertubuhan yang menentang penjajahan di Asia dengan melakukan aliran perjuangan
pendidikan. Ahli-ahli pertubuhan ini telah menuntut mengadakan reformasi
pendidikan. Tuntutan ini di buat secara diflomasi.Namun, perjuangan ini dikritik
oleh kerajaan Sepanyol.
Dari
aspek ekonomi pula, di Indonesia ialah Sarekat Islam. Sarekat Islam menuntut
agar kerajaan Belanda menggalakkan
perdagangan dikalangan bangsa Indonesia serta meminta memiliknegarakan
industri-industri penting seperti tekstil, perusahaan kertas, dan industri yang
mengeluarkan barang-barang besi. Di samping itu, tuntutan juga di buat untuk
memperbaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan perairan.Ini untuk kegitan
monopoli. Mereka juga menuntut agar buruh paksa dan buruh kanak-kanak
dihapuskan. Selain itu, mereka juga meminta supaya mendirikan klinik-klinik
percuma.
Secara
keseluruhannya, aliran perjuangan setiap pertubuhan menentang penjajah di asia
adalah penting untuk meningkatkan taraf hidup rakyat agar mereka dapat menerima
segala pembaharuan yg telah dilakukan demi kepentingan mereka untuk memperolehi
kemerdekaan.
No comments:
Post a Comment