PERBINCANGAN 9 : BINCANGKAN SEBAB-SEBAB KEWUJUDAN
PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BERASASKAN POLITIK DI ASIA .
MOHD ZAILAN BIN ABU BAKAR
Atas kesedaran bangsa yang di jajah telah membantu
membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara, Asia Selatan serta Asia
Timur. Kemuncak kepada gerakan nasionalisme ialah gerakan berorganisasi.
Pelbagai pertubuhan di tubuhkan untuk menyatukan rakyat tempatan. Bagi negara
yang di jajah oleh kuasa barat, perjuagan mereka adalah untuk membebaskan
negara mereka daripada kongkongan kuasa barat atau dengan kata lain mencapai
kemerdekaan. Bagi negara China
pula, nasionalismenya pula berhadapan dengan dua musuh utama, iaitu
imperialisme barat dan monarki mutlak. Sementara bagi Jepun dan Thailand , tujuan mereka adalah untuuk
mempertahankan negara daripada pencerobohan mana-mana kuasa luar di samping cuba melakukan
pemodenan bagi negaranya.
Pada dasarnya, amalan diskriminasi tidak
dapat di pisahkan dari penjajah barat. Ini tidaklah menghairankan kerana
kedatangan mereka bukanlah untuk memakmurkan masyarakat tempatan, tetapi adalah
untuk mengaut semua hasil yang ada. Ini bermakna, penjajah sering mengabaikan kebajikan
penduduk tempatan. Dalam masa yang sama,
mereka juga menafikan hak penduduk tempatan dalam hampir semua aspek.
Keadaan
bertambah buruk di Filipina. Semakin banyak penindasan berlaku angkara
pemerintah Sepanyol. Ini termasuklah diskriminasi ke atas paderi-paderi
sekular, di mana mereka telah di beri taraf paling rendah dan di nafikan hak
bagi menjawat jawatan tinggi dalam institusi gereja. Dalam pada itu, nasib yang
menimpa Jose Rizal yang mengambil pendekatan sederhana itu telah membangkitkan kemarahan
golongan nasionalisme yang lain. Mereka mula mengambil pendekatan yang lebih
bersifat radikal dan revolusioner. Ini melahirkan katipunan atau Kesatuan
Pemuda-pemuda Rakyat yang di tubuhkan pada tahun 1892 oleh Andres Bonifacto,
Tedoro Plata dan Ladislao. Katipunan, sebuah parti radikal bertujuan mencapai
kemerdekaan secara paksa daripada penjajah dan menyatukan semua pulau di
Filipina menjadi sebuah negara berdaulat. Katipunan juga mempunyai matlamat
untuk mengadakan pembaharuan dalam bidang pertanian serta menghapuskan
paderi-paderi Sepanyol. Katipunan berusaha menyebarkan sentimen nasionalisme
dengan menerbitkan karya-karya berasaskan nasionalisme. Antara akhbar yang
pernah di terbitkan ialah kalayan.
Begitu juga
keadaan di negara India .
Kebanyakan penduduk India
berpendidikan barat tidak di tawarkan jawatan dalam perkhidmatan awam atau
agensi kerajaan. Bertitik tolak dari sini, timbul ketidakpuashatian di kalangan
penduduk tempatan terutamanya intelektual India . Di dapati bahawa British
melakukan penganiayaan terhadap anak tempatan. Justeru, ketidakpuashatian ini
di salurkan menerusi sebuah organisasi iaitu Persatuan India tahun
1876 oleh Surendra Nath Benerjee. Matlamatnya ialah menyatukan seluruh penduduk
India
serta membincangkan masalah-masalah perkhidmatan awam. Persatuan ini
kemudiannya di tukar nama kepada Kongress Kebangsaan India pimpinan W.C Benerjee.
Perubahan strategi nampak jelas apabila beliau sendiri pergi ke England dan mendedahkan keadaan sebenar di India . Selain
itu, pertubuhan ini bertanggungjawab
membawa India
ke arah pencapaian kemerdekaan.
Perubahan
corak pentadbiran turut menghasilkan pertubuhan-pertubuhan politik.
Ini kerana corak pemerintahan penjajah telah mengakibatkan kesengsaraan di
kalangan penduduk pribumi. Di India, penjajah British telah memperkenalkan
peraturan yang jelas menghina penduduk tempatan. Peraturan ini menerangkan
bahawa larangan orang India
menaiki gerabak kereta api yang sama dengan mereka. Gerabak kelas pertama dan
kedua adalah di khaskan untuk orang Inggeris manakala gerabak kelas ke tiga
adalah orang India .
Sementara itu, Akta Kowalt yang di laksanakan pada tahun 1919 turut di tentang
orang India .
Pelaksanaan akta ini yang membenarkan kerajaan untuk membuang individu-individu
yang menubuhkan mahkamah-mahkamah khas dan pengawalan media massa
khususnya surat
khabar membangkitkan kemarahan Mahatma
Gandhi. Beliau telah melancarkan tentangan pasif melalui partinya iaitu kongres
India .
Antara lain, Mahatma Gandhi menyeru rakyat India supaya jangan mematuhi
ungang-undang Inggeris secara aman. Di samping itu, beliau membuat bantahan dan
menyuruh rakyat jangan bekerja pada hari di tetapkan. Pergerakan ini di kenali
sebagai satyagraha yang telah berjaya
menimbulkan mogok, rusuhan dan tunjuk perasaan. Namun , usahanya gagal setelah berlaku serangan balas
Inggeris di mana seramai 379 orang terbunuh manakala 1200 orang cedera.
Sarekat
Islam di Indonesia turut memperjuangkan hak politik bagi rakyat Indonesia . Hal
ini berbangkit akibat daripada perubahan sistem pentadbiran masyarakat tempatan
di mana pihak Belanda telah mengurangkan kuasa pemerintahan sultan. Contohnya,
selepas Perang Jawa di Indonesia, pihak Belanda telah mengurangkan kuasa
pemerintahan tempatan seterusnya sultan Surakata, Pakubuwono VII dan menjadi
raja boneka di bawah pemerintahan Belanda.
Sementara
di Myanmar, pertubuhan 'Dobama Asiayone' atau liga kebangsaan Burma . Ia
berpunca daripada tindakan British mengubah sistem pentadbiran tempatan serta
menghapuskan pentadbiran beraja. Cengkaman politik mereka mengganggu sistem
politik tradisional pribumi. Pengenalan sistem kehakiman, cukai dan pentadbiran
berpusat telah mengancam kedudukan istemewa pembesar fendal. Justeru, untuk
membangkitkan semangat kebangsaan, kerjasama antara Liga Pemuda seluruh Myanmar (1931)
dan persatuan Dobama (1930) di jalankan. Ilham golongan Thakin ini bertujuan
untuk memerdekakan Myanmar
iaitu menggulungkan kerajaan British melalui cara kekerasan. Lain-lain
perubahan yang menyebabkan penentangan ialah dasar pecah dan perintah British.
Kewujudan
pertubuhan politik juga di sebabkan oleh sikap ingin mengubah keadaan serta
menentang penjajahan asing.
Sikap ini terhasil melalui sentimen anti-Manchu. Tokoh yang memainkan
peranan ialah Dr. Sun Yat Sen. Atas dasar inilah beliau menubuhkan Revive China
Society pada tahun 1894. Tujuan utama parti ini di tubuhkan adalah untuk
menyingkir orang manchu, memulihkan pemerintahan orang China dan
menubuhkan sebuaah republik. Persatuan ini gagal. Beliau tubuhkan pula Tung
Meng-Hui di atas dasar 3 prinsip rakyat iaitu nasionalisme, demokrasi dan
sosialisme. Penentangan ke atas penjajah pula di lakukan di sebabkan masalah
dalaman yang merosot setelah kuasa asing kuasai wilayah China dan
pelbagai perjanjian berat sebelah. Di antara perjanjian tersebut ialah
perjanjian Nanking dan Yandabo yang di
tandatangani pada 29 Ogos 1842. Melaluinya, Inggeris menikmati pelbagai
keuntungan. Contohnya, dari segi kedudukan ekonomi memperlihatkan semakin kukuh
apabila Cantoon, Amoy, Koochow, Ningpo dan Shanghai di miliki Inggeris. Dengan itu,
Kuomintang atau KMT di tubuhkan pada tahun 1912 sekali lagi pimpinan Dr. Sun
Yat-Sen. KMT berjuang untuk menyatupadukan China, menghapuskan imperialisme
Barat serta Jepun di samping menyelesaikan masalah sosioekonomi. KMT berjaya
tubuhkan sebuah kerajaan republik tetapi gagal menegakkan kuasa politik itu.
Vietnam,
tahun 1923 memperlihatkan sekumpulan nasionalisme sederhana pimpinan Bui Quang
Chien telah menubuhkan parti perlembagaan. Cara di
gunakan termasuklah bekerjasama degan pihak penjajah. Tuntutan mereka di
muatkan dalam majalah dan akhbar serta menyuarakan pendapat dalam majlis
kolonial. Perjuangan pertubuhan ini adalah untuk menuntut reformasi
pentadbiran, soal keadilan, memperbaiki
taraf hidup penduduk dan menyatukan seluruh penduduk Vietnam.
Lain-lain
penyebab ialah permasalahan kemutlakan monarki dan kegagalan mengadakan
reformasi pentadbiran serta politik. Hal ini boleh di rujuk di negara Thailand
apabila tertubuhnya parti Rakyat. Ia telah di bentuk oleh sekumpulan penduduk
yang berpendidikan Barat; iaitu kelas pertengahan terdiri daripada pegawai
tentera dan pegawai perkhidmatan awam. Sikap anti-monarki ini timbul berikutan
pihak monarki memegang kuasa mutlak dan jawatan penting dalam kerajaan.
Pemerintahan Tahiland selepas Raja Chulalongkorn, tidak mahu mengubah status
Quo keluarga di raja dan bangsawan dalam sistem pentadbiran dan ketenteraan. Di
samping itu, kaum kerabat di raja bersikap sombong dan tidak mengendahkan
nasihat pegawai-pegawai kerajaan yang cekap. Oleh itu, parti rakyat lancarkan
satu revolusi untuk menamatkan kuasa mutlak raja. Parti ini turut mengutuk
sistem pentadbiran raja mutlak sebagai tidak progresif dan penghalang kepada
permodenan Thailand. Akibat revolusi ini, sebuah perlembagaan baru di gubal dan
berjaya mengambil alih pucuk pimpinan Thailand dan menegaskan kerajaan Raja
Berpelembagaan.
Seterusnya,
sikapp ingin membebaskan diri daripada cengkaman penjajah. Seperti di
Indonesia, semangat ini telah melahirkan Parti Nasional Indonesia (PNI) pada
Julai 1927 oleh kelab Pendidikan Bandung. Turut menjadi penyebab penubuhan PNI
ialah penyerapan ideologi-ideologi politik Barat. Dari aspek ekonomi, kita
boleh lihat mereka (penjajah) telah memperkenalkan beberapa dasar yang jelasnya
membawa bebanan dan tekanan ke atas penduduk Indonesia. Ini termasuklah dasar
liberal, dasar etika mahupun sistem kultur Belanda turut menjalankan
pentadbiran capellan yang telah mengenepikan hak penduduk tempatan dari segi
kuasa dan kekuasaan. PNI pimpinan sukarno ini bertujuan mencapai kemerdekaan
Indonesia tanpa bekerjasama dengan Belanda. Di antara usaha sukarno ialah
menyatukan semua parti dalam satu gabungan yang di panggil permuafakatan
Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia yang merangkumi PNI, Sarekat Islam dan
Budi Utomo. Perjuangan berbentuk radikal yang di lakukan oleh mereka gagal
apabila Belanda mengharamkannya pada tahun 1929 dan sukarno di tangkap dan di
penjarakan.
Bagi Vietnam, sikap inginkan pencapaian
kemerdekaan telah mewujudkan Parti Kebangsaan Vietnam atau Viet Nam Quoc Dan
Dang (VNQDD) pada tahun 1927. Motif penubuhannya ialah memperjuangkan
kemerdekaan secara kekerasan VNQDD melakukan kekerasan, keganasan, kekacauan,
pembunuhan serta jenayah. Langkah ini di ambil ekoran daripada jalan sederhana
yang di ambil oleh Parti Perlembagaan gagal mencapai hasrat penduduk tempatan.
Oleh kerana parti ini merupakan ancaman besar kepada Perancis, maka kerajaan
Perancis bertindak mengharamkannya.
Kemunculan
pertubuhan politik turut berpunca daripada pengaruh komunis. Sebagai
buktinya ialah Parti Komunis China (PKC) yang di tubuhkan pada tahun 1921. Beberapa pemimpin komunis
seperti Chen Tu Shiu, Li Ta Choa dan Mao Tse-tung telah menerajui parti ini.
Penubuhan PKC adalah langkah seterusnya bagi menentang imperialisme Barat
apabila semua gerakan sederhana dan radikal gagal. Bantuan telah di berikan
oleh ejen comintern (Kongres Komunis Antarabangsa) iaitu Greogory Voitinsky.
PKC berperanan dalam menyebarkan fahaman komunis. Akhbar-akhbar rasmi turut di
gunakan sebagai landasan untuk memberi penerangan kepada dunia global tentang
komunis. Kongress pertama di adakan di Shanghai, 23 Julai 1921 dengan beberapa
resolusi di luluskan. Antaranya untuk menyingkirkan rejim kapitalis dengan
tentera proletariatrevolusi. Dapat di lihat pada akhirnya PKC berjaya menguasai
seluruh negara China dan mengisytiharkan penubuhan kerajaan republik Rakyat
China, 10 Oktober 1949.
Pengurus
unsur-unsur subversif (aliran komunis) ini turut menular di Indonesia. Ia di
tubuhkan pada tahun 1920 oleh Semaun dan Darsono juga mempunyai tujuan
menumpaskan kerajaan Belanda melalui cara kekerasan, iaitu melancarkan revolusi
bersenjata. Matlamat utamanya ialah untuk menubuhkan sebuah republik komunis di
Indonesia. Beberapa pemberontakan telah di jalankan di sekitar Jawa Barat dan
Sumatera (tahun 1926-1927) tetapi gagal. Seterusnya pihak Belanda telah
mengamalkan dasar menindas terhadap parti-parti berbentuk radiakal atau ekstrim
dan mengharamkan PKI.
Pada tahun
1930, Parti Komunis Vietnam telah di tubuhkan oleh Ho Chi Minh seperti VNQDD,
parti ini bertujuan menggulingkan Perancis melalui satu resolusi. Mereka telah
melancarkan permogokan, tunjuk perasaan dan kekacauan sabagai cara untuk
mengusir penjajah. Namun, usaha ini telah di sekat oleh pihak berkuasa
Perancis. Oleh itu, Parti Komunis Vietnam menukar strategi dengan menyeru
perpaduan rakyat vietnam sehingga tertubuhnya Barisan Demokratik Kebangsaan.
Jelaslah di
sini bahawa kemunculan pertubuhan berasaskan politik di Asia adalah di dokongi
sikap anti-penjajah yang bermula daripada golongan intelektual berpendidikan
Barat. Kezaliman dan penindasan yang di lakukan membawa kesedaran kepada
masyarakat pribumi untuk bangkit menentang penjajah.
No comments:
Post a Comment