BINCANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN
BERAJA DI ASIA
SAMSUDIN ABD KADIR
P
|
emerintahan dalam masyarakat Asia sebelum pengaruh Barat muncul
disandarkan kepada sistem beraja. Dalam sistem ini masyarakat memberikan
kesetiaan yang tidak berbalah bahagi kepada raja. Kedudukan raja amat dihormati
dan menjadi suatu keramat kepada rakyatnya. Dalam menilai dan mengkaji sistem
ini ia dapat dinilai melalui konsep raja dari sudut pandangan rakyat.
Melalui konsep yang
dipegang, rakyat melihat raja mereka sebagai individu manusia yang lain
daripada manusia yang lain. Raja dilihat
sebagai individu yang penuh keramat dan kesaktian. Raja mempunyai kuasa yang
tidak ada tandingan dengan manusia lain. Keadaan seperti ini dapat dijelaskan
melalui konsep ketuhanan atau kekuasaan ketuhanan yang ada pada raja. Dengan
kata lain penghormatan rakyat terhadap rajanya bergantung pada kekuasaan
ketuhanan yang ada pada raja itu. Dengan kepercayaan bahawa raja itu, sama ada
ialah tuhan, anak tuhan, mempunyai kuasa tuhan atau individu lindungan tuhan,
raja menjadi objek sama ada untuk disembah atau menurut segala arahan atau titahnya. Melawan atau cubaan
memberontak menjadi satu kesalahan besar dan boleh menyebabkan mereka yang
berkelakuan seperti ini disumpah atau dimurkainya. Kemurkaan raja ini dianggap
sebagai kemurkaan tuhan dan individu yang melanggar kepercayaan ini akan
mendapat kecelakaan. Kepercayaan seperti ini telah meletakkan raja dalam
situasi yang selesa dan sentiasa mendapat kepatuhan daripada rakyat.
Keadaan seperti ini
dapat digambarkaan melalui kepercayaan masyarakat Jepun yang percaya bahawa keturunan
kemaharajaan Jepun daripada keturunan Amaratsu iaitu keturunan Dewi Matahari.
Kedewaan maharaja Jepun menjadi masyarakat Jepun percaya maharaja mereka
mempunyai satu kekuasaan terhadap rakyat dan negara Jepun. Begitu juga dengan
kedudukan raja-raja Burma. Siam, dan Indocina. Raja-raja mereka dihubungkan
dengan kesucian dan pengaruh Buddha Theravada. Mereka percaya bahawa bahawa
kedudukan raja akan membantu mereka untuk mendapatkan kebahagian di dunia masa
kini dan mendatang. Malahan bagi rakyat Burma, kedudukan dan kawasan istana
raja dianggap suci. Rakyat perlu menundukan kepada mereka, membuka kasut, dan
mematuhi peraturan istana bagi
menghormati kesucian istana yang dianggap sebagai lambang kesucian dan ketuhanan.
Sifat-sifat ketuhanan yang ada pada raja-raja ini membolehkan mereka dihormati
lebih daripada individu manusia lain dan membolehkan mereka menjalankan
pemerintahan dan pentadbiran tanpa banyak penentangan daripada rakyat. Keadaan
ini ditambah dengan pengaaruh golongan cerdik pandai agama seperti para sami
yang mendapatkan kedudukan yang tinggi selepas maharaja. Keadaan ini juga berlaku kepada Raja Siam yang menganggap
dirinya sebagai raja segala raja ataupun divine
kingship. Kedudukannya dihubunkan
dengan kesucian agama Buddha dan membolehkan kedudukan raja Siam mengatasi
lain-lain kerajaan beraja di muka bumi ini.
Jika Maharaja Jepun dianggap
mempunyai kaitan dengan Dewi Matahari, Raja Nguyen di Vietnam menganggap
dirinya anak tuhan atau Thein-tu. Dengan kedudukan ini raja Vietnam dianggap
mempunyai hak dalam memerintah dunia. Beliau menganggap dirinya sebagai wakil
kepada tuhan. Kedudukan ini membolehkan pengaruh dan kuasanya dapat dipeluaskan
kepada seluruh rakyat dibawah pemerintahannya. Begitu juga dengan keturunan
raja Kampucea seperti Ang Duang ( 1848 -1860 ) dan Sihanouk ( 1943 -
1970 ). Mereka dianggap suci keturunan
yang suci. Kesucian ini membolehkan mereka membina pengaruh dan kuasa dalam
memerintah negara.
Melalui
konsep ketuhanan ini raja-raja di Asia beperanan dalam menentukan kesejahteraan
negara dan rakyatnya. Sebagai contoh, Raja Burma berperanan dalam mengembangkan
agama dan menjadi penaung dalam negara. Ia juga berperanan sebagai sumber
penakluk negeri dan menjadi tunggak kekuaatan ketenteraan Burma seperti yang
dipaparkan oleh Alaungpaya 1800an. Kekutan negara dapat diterjemahkan dengan
kekuatan yang ada pada raja. Ini dapat disimpulkan dengan kepercayaan
masyarakat Burma bahawa raja mereka mempunyai satu keajaiban dan kekuasaan kerana
keuapayaannya untuk mengumpulkan gajah
putih. Pengumpulan ini dianggap sebagai lambang kepada ciri-ciri luar biasa
raja seperti gagah dan lambang kemakmuran negara. Gajah putih juga dikaitkan
dengan sebagai simbol kedaulaan sejagat serta pengiktirafan kuasa raja oleh
kuasa-kuasa ghaib. Selain itu, raja Burma juga beperanan dalam memberi
pengesahan sama ada dalam sistem politik mahupun soisal. Di sinilah keunggulan
yang ada pada diri raja. Tanpa pengesahan raja individu pembesar tidak boleh
menjalankan pemerintahan mereka. Oleh itu semua kedudukan rakyat memerlukan
pengesahan daripada raja bagi mengesahkan kuasa dan pemerintahan yang
dijalankan. Raja juga berperanan dalam menentukan adat resam tempatan berkekalan dan dipatuhi. Ia juga perlu mempunyai
moral yang tinggi bagi menjamin kebahagiaan rakyat di dunia dan dunia akan
datang. Dengan demikian kesucian raja yang dihubungkan dengan ketuhanan perlu
bagi menjamin pengekalan dan kebahagiaan itu sentiasa ada dan dinikmati oleh
masyarakat.
Dalam masyarakat Vietnam, peranan raja mereka dalam pemerintahan
diibaratkan sebagai punca ilmu. Selain itu ia juga berperanan dalam menentukan
kemakmuran ekonomi negara dan rakyat. Ia juga dipercayai sebagai ayah kepada
rakyatnya. Hal ini kerana manusia kebanyakan diberi keupayaan yang berbeza jika dibandingkan dengan raja dan raja
Vietnam memiliki kelebihan tersebut, iaitu kelebihan sebagai anak tuhan.
Kelebihan-kelebihan inilah yang menjadikan raja Vietnam ditaati dan sumber kepada
kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi. Kelebihan ini bukan sahaja ada
pada raja di Vietnam , tetapi ia juga menjadi kelebihan kepada raja di
Kampucea. Dengan status sebagai raja yang suci, raja-raja Kampucea berperanan
sebagai tempat rujukan undang-undang. Malahan, apa-apa yang dikatakannya adalah
merupakan satu peraturan dan mesti dipatuhi. Selain tugas tersebut, raja
Kampucea juga berperanan sebagai tempat menaruh harapan kepada rakyat yang
menghadapi masalah. Raja dianggap sebagai tempat menyelesaikan kesulitan kerana
ia juga dianggap sebagai lambang kepada kemakmuran. Dengan kata lain tanpa raja
negara akan musnah dan kacau bilau akan berlaku. Oleh itu, kepatuhan kepada
kata-kata raja merupakan undang-undang dan peraturan yang harus dipatuhi.
Bagi raja Siam peranan yang dimainkannya dalam pemerintahan negara ialah
raja dianggap sebagai pelindung kepada rakyat. Tanpa raja rakyat akan
menghadapi kesengsaraan. Hal ini kerana raja Siam dipercayai mempunyai kuasa
yang mutlak tentang semua yang ada di bumi ini. Keadaan ini bersesuaian dengan
konsep divine kinship yang ada
pada raja. Dalam era pemerintahan Rama
1, beliau telah mengeluarkan undang-undang
yang diperlukan pada waktu itu. Selain itu raja juga ialah penaung
kepada agama Buddha dan beliau juga memastikan segala upacara negara dan agama
dijalankan. Dalam bidang pendidikan, Rama 1 menggalakkan kesusasteraan rakyat
serta telah mengubahsuai tradisi yang diamalkan dalam era Ayudhya seperti
undang-undang cerai, kesusasteraan, sejarah, undang-undang agama, dan istiadat
negara. Beliau juga telah melaksanakan revolusi senyap yang mementingkan
intelek manusia bagi menentukan nasib negara. Dalam pemerintahan Rama 2 dan 3,
mereka telah berperanan dalam menentukan keamanan negara disamping meneruskan
usaha Rama 1 dengan berperanan dalam pelaksanaan upacara negara serta
memperkembangkan keintelektualan masyarakat di samping mempertahankan negara
daripada tekanan pihak luar. Keadaan dan kebolehan raja Siam dalam menjalankan pemerintahan
dapat dikaitkan dengan kekuasaan yang ada pada rajanya dengan mengumpulkan
gajah putih iaitu satu lambang kebebasan raja dalam mendapatkan dan menjalankan
pemerintahannya.
Bagi masyarakat Jepun walaupun raja dianggap mempunyai unsur ketuhanan,
tetapi ia dapat dimanipulasikan oleh Shogun. Dalam hal ini raja Jepun hanya
berperanan dalam melaksanakan upacara sahaja, tetapi tidak dalam hal politik
jika dibandingkan dengan raja-raja di
Burma, Siam, Vietnam, dan Cina. Aspek politik banyak diiitentukan oleh Shogun
yang memerintah melalui keesahan raja. Segala bentuk perrjalanan dan
pemerintahan negara dijalankan oleh Shogun. Malahan raja dihalang daripada
bertemu dengan pembesar lain dan rakyat. Ia hanya boleh dilakukan jika mendapat
kebenaran dan iringan Shogun Tokugawa sahaja. Walaupun dalam aspek ini
kelihatan Shogun lebih berkuasa, tetapi raja tetap berperanan sebagai ketua
negara dan kerajaan. Hal ini kerana Shogun masih memerlukan raja, kerana tanpa
raja Shogun tidak boleh berkuasa. Ini berikutan daripada kepercayaan rakyat bahawa raja memberikan kuasanya kepada
Shogun untuk memerintah. Shogun pula memanipulasikan kedudukan raja bagi
memberikan hak kepadanya untuk mentadbir Jepun. Keadaan ini kerana raja Jepun
dianggap mempunyai kesucian dan ada hubungan dengan dewi matahari. Pemberian
kuasa kepada Shogun oleh raja melambangkan pemberian kuasa dewi matahari kepada
Shogun. Dengan kata lain, raja Jepun ialah sumber kedaulatan dan bukannya
sumber kuasa dalam pentadbiran. Shogun pula memperguna kedudukan ini bagi
mendapat taat setia daripada rakyat dan pembesar supaya mereka tidak menentang dan
memberontakan terhadapnya. Kedudukan ini membolehkan keluarga Togukawa mengawal
pemerintahan dan mentadbir Jepun lebih daari 200 tahun, jika dibandingkan
dengan rakan-rakannya – Nobunaga dan Yoritomo.
Bagi maharaja Cina ia masih mengawal dan mentadbir serta menjadi nadi penting dalam pemerintahan
Cina. Maharaja mempunyai kuasa penuh dalam pemerintahan dan menganggap dirinya
seperti divine kinship. Ia melihat orang lain tidak bertamadun jika
dibandingkan dengan Cina. Keadaan di India dan Indonesia pula raja-rajanya
didapati kehilangan banyak kuasa. Segala kuasa mentadbir telah diambil oleh
pihak penjajah. Walaupun pada peringkat awalnya mereka seperti raja-raja Asia
yang lain, tetapi kebijaksanaan penjajah Eropah telah menyebabkan mereka
kehilangan kuasa melalui perjanjian dan kekalahan dalam peperangan. Dari segi
konsep, rakyat masih melihat mereka mempunyai hubungan dengan tuhan. Bagi
Indonesia rajanya pada awalnya dikaitkan dengan amalan dalam Hindu, Buddha, dan
kemudiannya Islam. Begitu juga, dengan raja Burma dan Vietnam yang akhirnya
mereka mengikut jejak langkah dengan kehilangan kuasa di tangan penjajah
Eropah.
Sebagai rumusannya raja-raja ini boleh dikatakan kesemuanya telah
dihubungkaitkan dengan aspek agama. Mereka telah dilihat seperti manusia lain
yang teristimewa sehinggakan segala perintahnya diikuti dan ditaati. Tanpa
hubungan ini manusia raja ini berkemungkinan tidak akan dapat bertahan lama
dalam pemerintahan. Unsur kesucian dan ketuhanan yang ada pada mereka telah membolehkan
mereka sentiasa ditaati.
No comments:
Post a Comment